**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

05 September 2021

NOTA UHK 29: RAWATAN SAKIT MATA

 

NOTA UHK 29: RAWATAN SAKIT MATA

بسم الله الرحمن الرحيم

 

Dari semasa ke semasa ramai pesakit yang datang mengadu sakit mata. Ada yang disebabkan fizikal semata-mata. Disebabkan alahan, salah makan ubat, side effect ubat dan tak kurang pula disebabkan gangguan. Bagi pesakit yang terkena gangguan hendaklah diruqyah  seperti pesakit-pesakit gangguan yang lain.

 

Qurani:

 

1) Baca ayat 22 Surah Qaf pada belakang kedua2 ibu jari tangan 7 kali. Setiap kali diselangselikan dengan selawat. Tiup dan cium serta disapu pada mata. Buat sekerap mungkin.

 

Tabie:

 

1) Katarak dan Glaukoma: Gunakan madu asli: Dicalit sedikit di bawah kelepet mata bawah sambil membaca ayat 22 Surah Qaff dua kali sehari, bangun tidur dan sebelum tidur. (dengan syarat belum pernah dibedah).

 

2) Atau jika tidak selesa; boleh bancuhkan madu di dalam air ruqyah. Celikkan mata di dalam campuran tersebut. Buat amalan pada tiap-tiap hari.

 

3) Kabur: Titiskan dalam mata embun pagi yang bersih.

 

4) Infeksi: Basuhkan mata dengan air teh (teh hitam yang terbaik).

 

Amalan:

 

1) Sedekah tiap-tiap hari selepas Subuh dengan niat kesembuhan. Sedikit setiap hari lebih baik dari banyak tapi terputus-putus. Letak di dalam tabung. Cukup minggu atau bulan sedekahkan kepada yang ‘benar-benar’ memerlukan.

 

2) Nazar, jika sembuh akan berpuasa sehari atau lain-lain.

 

3) Jangan terlampau banyak memandang SCREEN. Bawalah mata yang keletihan dan stress itu melihat kecantikan ciptaan Allah di maya pada sambil mengucap; ‘SUBHANALLAH’. Apabila melihat anugerah dan nikmat Allah kepada kita maka ucapkanlah ; ‘MA SYA ALLAH’.

 

4)  Mata digunakan untuk beribadah kepada Allah seperti membaca al-Quran mentelaah ilmu dan sebagainya. Jangan khianat nikmat-anugerah Allah dengan melihat perkara yang bukan-bukan. Bersyukur dengan nikmat mata- maka hendaklah ‘memulangkan nikmat Allah iaitu mata kepada Maha Pemberi nikmat iaitu Allah. Syukur: Memulangkan nikmat kepada yang memberi nikmat..

 

 

5) Memakai pakaian berwarna hijau ketika sakit kerana akan datang perlindungan malaikat ketika menanggung penderitaan dan membantu kesembuhan serta lihatlah kejadian Allah Taala yang menghijau.

 

 

-          Allahu Haq – Hidayah Seluruh Alam  - Hayat Kiswah -

 

……………………

Jangan lupa sedekah setiap Subuh untuk kehidupan yang lebih berkat, panjang umur, murah rezeki, angkat bala’, disembuhkan penyakit, membahagiakan, mengkabulkan hajat dan mempermudahkan urusan. Sedekah tiap hari hari lagi baik dari bersedekah banyak tapi terputus-putus.

Rawatan di Pusat Rawatan Islam Kiswah Temerloh. 0179065131

 

#infaqsarkafakiswah

Bank Rakyat: 1101587095

 

#binapondokkiswah

Maybank: 556057503843

 

Support ekonomi KISWAH dengan membeli barangan ruqyah di Shopee Online Shop; Kiswah Shoppe

 

Jom join group rawatan Islam Kiswah. Bimbingan oleh Ustaz Hayat Kiswah.

 

https://t.me/joinchat/xnPqoBoS5UpiYWNl

 

 

 


NOTA UHK 28: RAWATAN SAKIT KULIT

 


NOTA UHK 28: RAWATAN SAKIT KULIT

بسم الله الرحمن الرحيم

 

Dari semasa ke semasa ramai pesakit yang datang mengadu sakit kulit. Ada yang disebabkan fizikal semata-mata. Disebabkan alahan, salah makan ubat, side effect ubat dan tak kurang pula disebabkan gangguan. Bagi pesakit yang terkena gangguan hendaklah diruqyah  seperti pesakit-pesakit gangguan yang lain.

 

Qurani:

 

1) Sakit kulit: Tunjuk pada kulit (kenakan hujung jari telunjuk ke kulit) yang sakit dan bacakan 259 Surah al Baqarah:

2)  Kudis: Tunjuk pada kulit yang sakit dan bacakan 266 Surah al Baqarah:

 

Tabie:

 

1) Sentalkan kawasan bermasalah dengan cuka asli ( cuka kurma, anggur, epal, nipah dll) sehingga merah. Apabila sudah kering…. :

2) Kemudian sapu dan sentalkan minyak zaitun. Jika kering sapu lagi, jika kering sapu lagi. Sentiasa berminyak zaitun. Paling kurang sapu 3 kali sehari.

 

3) Semasa proses tersebut sila baca dan tunjukkan ayat ini di kulit;
      a) Ayat 259 Surah Al Baqarah   b) Ayat 266 Surah Al Baqarah

 

4) Selepas mandi. Masukkan sesudu garam bukit merah kedalam segelas air ruqyah dan sapukan kawasan kulit yang gatal.

KAYAP: Boleh gunakan cara yang sama ATAU:

5) Tumbuk pinang muda, tambah sedikit air / minyak zaitun dan sapukan pada kawasan jangkitan dan bacakan ayat2 di atas.

 

6) Sekiranya jenis gegata. Maka bolehlah minum air kelapa sekali sehari.

 

7) Jangan gunakan sabun yang tidak sesuai dengan PH kulit khusunya yang fully chemical. Guna sabun 7.7 PH atau sabun berubat yang disarankan doktor.

 

8) Jaga makan. Jangan makan makanan yang gatal seperti belacan, budu, cencaluk dll. Kurangkan pengambilan gluten iaitu sejenis protein yang biasa terdapat di dalam gandum, barli dll. Biasanya terdapat dalam roti, biskut dan pasta.

 

-          Allahu Haq – Hidayah Seluruh Alam  - Hayat Kiswah -

 

……………………

Jangan lupa sedekah setiap Subuh untuk kehidupan yang lebih berkat, panjang umur, murah rezeki, angkat bala’, disembuhkan penyakit, membahagiakan, mengkabulkan hajat dan mempermudahkan urusan. Sedekah tiap hari hari lagi baik dari bersedekah banyak tapi terputus-putus.

Rawatan di Pusat Rawatan Islam Kiswah Temerloh. 0179065131

 

#infaqsarkafakiswah

Bank Rakyat: 1101587095

 

#binapondokkiswah

Maybank: 556057503843

 

Support ekonomi KISWAH dengan membeli barangan ruqyah di Shopee Online Shop; Kiswah Shoppe

 

Jom join group rawatan Islam Kiswah. Bimbingan oleh Ustaz Hayat Kiswah.

 

https://t.me/joinchat/xnPqoBoS5UpiYWNl

 

 

NOTA UHK 27: TIPS KELUARGA BAHAGIA

 


 

NOTA UHK 27: TIPS KELUARGA BAHAGIA

 

بسم الله الرحمن الرحيم

 

Ramai pesakit datang ke pusat rawatan mengadu perkahwinan tidak bahagia dan kurang kasih sayang. Sempena ulang tahung perkahwinan saya dan isteri yang ke-14 saya kongsikan pengisian Seminar Rawatan Islam Kiswah Modul 2: Keluarga Bahagia Bebas Sihir.

 

Keluarga Bahagia Lestari Ke Syurga

 

Pendamai rumahtangga:

 

1)      Jangan memandang lelaki / perempuan lain yang bukan pasangan kita. Suami dan isteri kita adalah amanah dan anugerah titipan Allah untuk dijaga, dibelai dan ditarbiyyah.

 

2)      Selalu menghadiri majlis ilmu, majlis zikir bersama serta mempunyai guru rohani  untuk keluarga.

 

3)      Selalu solat berjemaah (jika tidak ke masjid) / qiyamullail bersama dan berdoa bersama untuk kesejahteraan rumahtangga.

 

4)      Selalu membaca al Quran bersama. Yaasin baca bersama keluarga setiap kali selepas Subuh. al-Mulk selepas Zuhur, an-Naba’ selepas Asar, as Sajdah dan al Waqiah selepas Maghrib dan al Mulk selepas Isyak.

 

5)      Yaasin dan al Kahfi di baca bersama keluarga pada setiap malam Jumaat. Setiap penghujung hari Jumaat berdiri di luar rumah dan berdoa bersama pasangan; agar diberi kebahagian sejati hakiki dunia akhirat. Waktu tersebut waktu mustajab doa hari Jumaat.

 

 

6)      Selalu makan di rumah bersama. Makan masakan isteri dengan air tangannya sendiri. Jangan terlampau kerap makan di luar. Jika suami tidak habis makan, maka dihabiskan oleh isteri. 😉

 

7)      Sentiasa mengucapkan kasih sayang dan bertolak ansur. Ucapkan dan buktikan. Ucapan itu dalil dan bukti. Anniversary jangan dilupakan. Birthday berilah hadiah seadanya. Hargailah pasangan itu.

 

8)      Selalu berlumba meminta maaf atas kesalahan dan amalkan sikap suka berterima kasih.

 

9)      Menjadikan setiap malam yang berlalu sebagai malam pertama dalam perkahwinan.

 

10)  Selalu saling memberi hadiah. Khususnya pada ulang tahun perkahwinan dan ketika mendapat cahaya mata. Jika isteri mengadung; sediakan dua tabung. 1. Untuk akikah anak. 2. Untuk memberikan hadiah kepada isteri yang berjuang melahirkan permata hati kita.

 

11)  Sedapatnya anak jangan dipeihara oleh orang lain. Jika bekerjaya, maka dipelihara oleh keluarga dan keluarga kita sendiri. Banyakkan masa di rumah berbanding di luar khususnya ibu.

 

12)  Hargailah pasangan anda seolah2 ia duduk di atas singgahsana kemaharajaan dan kepermahsurian sehingga terhijab keaibannya. Sehingga tidak memandang orang lain lebih cocok menjadi pasangan kita atau lebih banyak kelebihan berbanding pasangan kita yang tidak menarik itu. 😉

 

13)   Jangan kecanduan teknologi esp Handset. Di dalam setiap teknologi ada ‘syaitannya’ yang tersendiri. Handset dicipta untuk mendekatkan yang jauh. Namun kita ‘menjauhkan’ yang di depan mata. Sebelum membuka sebarang ‘teknologi’ maka bacalah ‘Auzubillah..’ terlebih dahulu.

 

14)  Hobi yang dimiliki biarlah meraikan hubungan suami isteri. Janganlah sampai menghabiskan masa2 terindah yang diimpikan dengan terlalu banyak di luar jika tidak perlu.

 

15)  Sedekah setiap Subuh untuk menjemput rezeki dan menolak bala’. Bersedekah sebelum keluarga bermusafir dan suami / isteri keluar ke tempat kerja.

 

16)  Jangan suka membandingkan rumahtangga kita dengan orang lain yang lebih bernasib baik. Bandingkan dengan yang lebih ‘kedhaifan’ berbanding kita. Anugerah sedia ada tidak sempat disyukuri lagi komplen dengan TUHAN tak beri itu tak beri ini.

 

17)   Jangan suka menyalahkan pasangan. Jadilah cermin muka jangan jadi cermin mata. Satu jari menunjuk kepada orang, empat jari lagi patah ke batang hidung kita sendiri. Mungkin masalah itu berpunca dari kesalahan kita juga.

 

 

 

-          Allahu Haq – Hidayah Seluruh Alam  - Hayat Kiswah -

 

……………………

Jangan lupa sedekah setiap Subuh untuk kehidupan yang lebih berkat, panjang umur, murah rezeki, angkat bala’, disembuhkan penyakit, membahagiakan, mengkabulkan hajat dan mempermudahkan urusan. Sedekah tiap hari hari lagi baik dari bersedekah banyak tapi terputus-putus.

Rawatan di Pusat Rawatan Islam Kiswah Temerloh. 0179065131

 

#infaqsarkafakiswah

Bank Rakyat: 1101587095

 

#binapondokkiswah

Maybank: 556057503843

 

Support ekonomi KISWAH dengan membeli barangan ruqyah di Shopee Online Shop; Kiswah Shoppe

 

Jom join group rawatan Islam Kiswah. Bimbingan oleh Ustaz Hayat Kiswah.

 

https://t.me/joinchat/xnPqoBoS5UpiYWNl

 

 

 

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...