Al kisahnya bermula apabila sebuah sekolah yang terletak di seberang Temerloh mengalami insiden histeria. Maka berbondong-bondonglah perawat Islam datang terutamanya dari Darul.... dan Darul....... . Tak ketinggalan ustaz-ustaz, tok imam,bekas imam dan sebagainya mencuba nasib di sekolah tersebut..... Malah seorang tokoh agama Malaysia merangkap tokoh perawat Islam juga berkunjung ke sekolah terbabit...Khabarnya beliau juga ditendang..... dan bermakna masalah masih berlanjutan....
Nak dijadikan cerita keadaan makin meruncing dan tidak terkawal sedangkan musim peperiksaan menjelang tiba.
Diri ini tertanya, apakah diri ini tidak akan dipanggil. Maklumlah rumah mak dekat je sekolah tersebut... Hari demi hari berlalu, kejadian demi kejadian hanya sampai ke hujung telinga sahaja. Tak lebih dari itu....
Mujurlah ada cikgu yang sudi berhubung dan memberitahu perkembangan semasa sekolah terbabit... Rupa-rupanya isu yang dimainkan di sekolah adalah,.....
"TAK GUNA PANGGIL USTAZ-USTAZ DAN PERAWAT ISLAM. TARA DATO.................... MAI MENGUBAT PUN TAK JALAN....!!! INIKAN ORANG LAIN!!!LEBIH BAIK PANGGIL BOMOH"Ooooh, itu isunya...Isu ini dibawa oleh ibu bapa. Tak ketinggalan cikgu2 dan ustaz ustazah pun turut berpendapat begitu!!! Amat menakutkan!!!!
......Persoalannya; akidah kita bagaimana? Ustaz / Dato' yang menyembuh atau Allah Rabbul Jalil? Kita sebagai manusia kan wajib berikhtiar dengan saluran yang betul!!!!
Darul Hikmah pun tak dipanggil.. Tidak mengapa, Ustaz Malek bagitau orang yang macam ni biarkan sahaja dengan labu-labunya...Kita kesian la tapi tak rugi apa-apa...yang rugi depa juga... Saya pun jadi tak lalu untuk ke sekolah terbabit walaupun sekiranya dijemput....Nak buat macam mana; dah merajuk....
Malam tadi dilaporkan kepada saya ada satu team bomoh bertandang ke sekolah terbabit siap dengan botol2 nya....Haaiiii tak tahu laa, berapa banyaklah pula jin bomoh2 yang diimport masuk....
Saya agak terkilan kerana perawat Islam tidak diberikan ruang dan peluang yang seluasnya untuk berjuang dan menabur bakti di tempat sendiri. Tak tunggu saya, sape2 lah pun yang bergelar perawat Islam sepatutnya dihargai...Bukan dihina dan dibangkitkan isu2 yang pelbagai.
Patutlah pusat rawatan di TJ semenjak dua menjak ni lengang saje...Nampaknya orang Pahang khususnya di Temerloh lebih suka melanggan bomoh....
Saya tidaklah mengaku saya hebat, saya tak pandai dan saya tidak mengaku kalau saya mengubat memang wajib sembuh. Belum tentu kalau saya ke sekolah terbabit masalah akan selesai... Saya akui!!!!... Kerana semua kesembuhan adalah di tangan Allah semata-mata berdasarkan kemurnian perubatan dan niat perawatnya... Tak gitu!!!
Namun kaedah Quran yang diguna sudah tentu hebat kerana al Quran adalah sumber kesembuhan yang hebat. KALAMULLAH!!! Mukjizat nabi terbesar...!!!!
BUKANKAH AL QURAN ADALAH SYIFA' DAN RAHMAT KEPADA ORANG YANG BENAR-BENAR BERIMAN!!!!Kalaupun pesakit tidak sembut setelah berikhtiar dengan al Quran, adakah bermakna Quran tidak hebat dan sabda Nabi saw bahawa sebaik-baik penyembuhan adalah al Quran tidak benar??????? Sudah tentu TIDAK!!!!... Sudah tentu ia ada kaitan dengan kerohanian dan keyakinan perawat atau rawatan yang patut dikenakan mesti diulang secara intensif atau atau atau dan atau lagi..... 1001 alasan lagi.
Sebenarnya Allah tidak memberi keizinan lagi untuk sembuh!!!! Allah suruh anda semakin kuat bermujahadah dan lebih berpaut kepadaNYA!!! MengharapkanNYA!!!
Ini kafarah dosa anda!!!!
Yang lebih penting akidah kita jangan tersasar... Ini kerana YANG MAHA PENYEMBUH adalah Allah Taala semata dan bukan manusia.... Manusia hanya berikhtiar....dan ikhtiarnya juga hendaklah selari dengan al Quran dan as Sunnah...
Ada orang sound saya:
1) Ustaz mengubat dengan al Quran lambat jadi. Lebih baik guna jurus silat atau khadam. Sekali NGAP......zussssssssss!!!! Terus lega.....
2) Buat apa pasang ayat al Quran (ruqyah syariyyah) di sekolah terkena histeria.....sakit la jin tu nanti.....kenapa nak ISA kan jin... pujuk la sembang dulu...diplomasi la...
Jangan seksa jin dengan al Quran...
Terkejut saya.....!!!! Isu ni saya akan kupas nanti....
Apapun inilah mentaliti orang di tempat saya, BANDAR IKAN PATIN, TEMERLOH, PAHANG...
Orang Temerloh jangan marah ye.... Saya bukan nak cari gaduh dengan sesiapa.....saya tak suka cari pasal ye.... sekadar teguran terbuka kepada orang Temerloh, Bandar Ikan Patin........... :)