**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

30 May 2013

KISWAH di Berita Harian Edisi Jumaat 31 Mei 2013; Ruangan Famili; Sihir Cinta dan Penangguh Jodoh

BERITA HARIAN EDISI JUMAAT 31 MEI 2013 Ruangan FAMILI

Sihir cintaPenangan ilmu sihir mencetuskan rasa benci dalam diri pasangan. - Gambar hiasan
Azizah, 45, (bukan nama sebenar), dikenali seorang yang peramah, cantik, bijak dan memiliki kewanitaan yang didamba lelaki. Bidang tugasnya yang sering berhubung dengan orang ramai menjadikan dia disenangi, malah ramai lelaki yang tertawan dan ingin menyunting sebagai isteri. 

Cintanya dengan Mazlan paling hangat. Mereka bertunang dan hampir berkahwin, tetapi akhirnya terputus atas sebab yang tidak pasti. Sejak itu bukan tidak ada lelaki yang hadir dalam hidupnya, tapi semuanya seakan tidak serasi dan ditolaknya. 
Ada kalanya, Azizah suka dan amat merindui teman lelakinya, tapi akhirnya bertukar benci. Dalam usia sebegitu, sebenarnya wanita patutnya semakin resah sedang tidak juga berkahwin sedang usia beranjak dari setahun ke setahun. Bukan sengaja menolak jodoh atau ingin digelar andartu, tapi dia sendiri pun tidak mengetahui mengapa dirinya dibelenggu perasaan begitu. 


Malah, wanita tinggi kurus lampai ini selalu melawan gejolak jiwanya dan memberontak supaya hasrat untuk berkahwin dengan mana-mana lelaki tidak wajar diteruskan. 

Kata Azizah, fikirannya selalu runsing manakala badannya terasa lesu dan pernah beberapa kali meracau serta bertukar menjadi murung. Badannya juga sakit dan paling teruk, sering bermimpi bukan-bukan termasuk hamil dan mendukung bayi. 

Katanya, selepas mendapatkan rawatan perubatan Islam barulah dia mengetahui semua itu berpunca daripada sihir pelalau yang dititipkan kepadanya melalui makanan. 

Kemudian baru menyedari ia angkara rakan karibnya yang juga menyimpan perasaan dendam padanya. Semua berpunca, kisah 12 tahun lalu apabila rakannya dalam diam cemburu pada Azizah yang sentiasa disenangi hampir semua rakan lelaki mereka. 
Jiwa kacau 

Apa yang terjadi kepada Azizah bukanlah perkara pelik, malah ia tidak mustahil boleh berlaku kepada sesiapa saja. Pelalau adalah satu istilah dalam ilmu kebatinan Melayu yang membabitkan sihir. 

Kesan daripada sihir itu akan menyebabkan terkunci nafsu atau tabiat orang yang terbabit mungkin akan berubah seperti menjadi pendiam, tidak aktif, murung, menyendiri dan ada yang bertindak di luar kebiasaan, akibat daripada tekanan jiwa ataupun akibat sihir pelalau, atau kerana kedua-duanya. 

Selain daripada pelalau kunci nafsu kahwin, sihir jenis ini juga boleh menyebabkan berlakunya halangan menyebabkan usaha untuk menemukan jodoh seseorang itu tidak kesampaian. Inilah yang berlaku pada Azizah tanpa disedarinya. 

Menurut ulama, perkataan sihir dari segi bahasa bererti terdapatnya sesuatu yang amat halus sedang bersembunyi dan kehadirannya tidak dapat dikesan dengan pancaindera. 

Takrifan sebahagian ulama pula mendakwa sihir merujuk kepada azimat, pelbagai jampi mantera dan simpulan tali yang dapat memberikan kesan yang nyata kepada jiwa, akal dan badan seseorang. 

Biarpun kemajuan teknologi semakin menghiasi muka bumi, kecanggihannya masih tidak dapat mengesan punca penyakit atau gerak laku individu terkena sihir. 

Sebagai contoh, seseorang menderita kesakitan namun diagnosis doktor mendapati tiada masalah kerosakan atau kegagalan saraf pada diri pesakit. Begitu juga mungkin isteri tiba-tiba benci kepada suaminya tanpa sebarang perkelahian atau perselisihan pendapat antara mereka. 

Begitu juga sihir boleh menyebabkan seseorang menderita sakit di bahagian tertentu badan atau seluruh badan atau menyebabkan anggota tertentu badannya menjadi lumpuh tanpa sebab yang jelas. Antara sihir yang kerap ditemui dalam masyarakat kita ialah sihir pelalau, santau dan pukau. 

Liat jodoh 

Sihir boleh menyebabkan seseorang tidak waras atau membuatkan fikirannya celaru, boleh menimbulkan rasa cinta berahi atau benci tanpa sebab yang jelas serta membuatkan badan sakit. 

Pastinya, apabila bercerita mengenai sihir penyekat atau penghalang jodoh yang lebih dikenali pelalau dalam kalangan masyarakat bukan perkara luar biasa di telinga. 

Menjelas lanjut mengenai sihir tatiluz zawaj, Pengasas dan Pengerusi Pertubuhan Pengamal Perubatan Islam Ruqyah Syariyyah Malaysia (Kiswah), Hayat Abdul Rahman, berkata kesan daripada masalah itu individu tidak menemui jodoh sehingga lanjut usia atau sampai ke hujung nyawa bergantung sama ada terkena gangguan atau tidak. 

Soal jodoh sememangnya kuasa Allah. Kelewatan bertemu jodoh boleh juga disebabkan ga gangguan jin atau sihir yang dihantar baik menerusi bantuan makhluk halus atau sebaliknya secara santau. 

Pembabitan sihir ini boleh dibahagi kepada sama ada membabitkan gangguan jin atau dihantar oleh orang yang membuat onar, jelasnya ketika dihubungi, baru-baru ini. 

Sihir penyekat jodoh 

Hayat berkata, sihir penyekat jodoh boleh berlaku kerana munculnya hasad dengki dalam kalangan saudara, pasangan atau sesiapa saja apabila pujaan hati tidak dapat dimiliki atau juga menolak lamaran dikemukakan. 

Sihir pelalau membuatkan seseorang berat hati untuk menerima cinta baru dan juga boleh menjadikan seseorang itu hilang perasaan terhadap jantina berlainan jika kisahnya teruk. 

Allah menjadikan fitrah kita untuk menyukai jantina berlainan. Sihir ini juga mampu menutup hati wanita dan buka kepada sesama jenis berdasarkan pengalaman saya sendiri. 

Sihir penghalang jodoh ini juga membuatkan wanita untuk menolak lamaran sama ada kerana kehadiran jin Asyik yang menutup pintu hati untuk meneruskan perasaan cinta terhadap manusia atau pun jin yang dihantar oleh tukang sihir, katanya. 

Rasa benci mula timbul 

Kehadiran sihir mampu mengubah sikap dan keinginan seseorang hingga mereka tutup hati sepenuhnya terhadap persekitaran dan untuk menerima lelaki dalam hidupnya. 

Hayat berkata, individu dikenakan sihir pelalau, lazimnya akan hilang rasa kasih mereka kepada pasangan malah melihat pasangan seakan sesuatu dibenci dan ada juga berubah nafsu hingga mereka memilih untuk berkongsi kasih dengan kaum sejenis. 

"Berdasarkan pengalaman dikongsi pesakit, tanpa mereka sedar perasaan sayang yang dicurahkan kepada pasangan mereka merubah benci malahan melihat cinta hati seakan haiwan dan hodoh. 

"Sihir itu juga menjadikan mereka cenderung melupakan perkara sunat iaitu berkahwin dan memilih untuk memberi fokus pada kerjaya dan kehidupan sendiri. 

"Bahkan, ada mengalami gangguan ketika majlis akad nikah dan ada juga pula mengamuk pada detik itu hingga hubungan sedia ada putus. 

Cara rawatan 

Bahana yang dicetuskan sihir terlalu besar dan merugikan di akhirat nanti. Justeru, kita semua mesti menjauhi sihir yang membawa kepada syirik dan sentiasa bersandar dan meletakkan harapan sepenuhnya kepada Allah dalam merungkaikan apa saja masalah membelenggu diri. 

Katanya, jika mula terasa wujudnya perasaan pelik dalam setiap perhubungan yang terputus biarpun puas cuba untuk menerima pasangan, individu disaran mengambil langkah mencari penyelesaian menggunakan perkhidmatan pakar perubatan Islam. 

"Memang sukar untuk mengetahui sama ada kita terkena sihir atau sebaliknya. Tapi jika dengan berkat keizinan Allah dan usaha pesakit sendiri, Insya Allah sihir boleh disingkirkan dari tubuh. 

"Antara tanda yang boleh diteliti adalah seperti mimpi melihat haiwan liar dan berbisa, melihat bayi dan api serta ketap gigi. Tanda itu juga boleh dirasai ketika sedar termasuk sakit tulang empat kerat, sakit pelikat, ketumbuhan, sawan dan gelisah mendengar ayat al Quran, sebaiknya cari penawarnya," katanya.

29 May 2013

Jaulah Johor; Semalam KISWAH di Sungai Abong Muar; 8 Jun 2013; Ijazah Ruqyah & Ratib Haddad






SEMALAM KISWAH DI MUAR 8 JUN:

di INDAH SYARIAT @ KISWAH MUAR DI SUNGAI ABONG MUAR:

Solat Maghrib Berjemaah

Bacaan Ruqyah Syariyyah dan Ratibul Haddad serta Pengijazahan 

(Buku Handbook Ruqyah ; rm10)

Solat Isyak Berjemaah

Mawlid ad Daibaie: Muar Berselawat


AHAD 9hb Jun 2013

Kuliah Subuh Ustaz Hayat di Masjid Jame' Sungai Abong Muar Berdekatan JPJ Muar: 

"Kelebihan dan Persiapan Ramadan"

Rawatan Ruqyah Syariyyah kepada pesakit secara berjemaah di Indah Syariat; 8 pagi:

HUBUNGI HAJI HAFIZ KISWAH: 019 7632310

28 May 2013

Jaulah KISWAH di JOHOR; Kota Tinggi dan Muar: Diskusi Buku Air Jampi: 8 Jun 2013




Jaulah KISWAH di JOHOT; Kota Tinggi dan Muar: Diskusi Buku Air Jampi: 8 Jun 2013


Sehari Bersama NGO KISWAH "Diskusi Buku Rahsia Air Jampi dan Pengijazahan serta Rahmah Mesra Bersama AJK Tertinggi KISWAH" / Ijtima' KISWAH Kota Tinggi dan MUAR..

Tarikh: 8 JUN 2013

Hari: Sabtu

Yuran: RM 40 (Termasuk Makan dan Harga Buku: Rm16)

Pendaftaran NGO KISWAH:Yang layak menyertai KISWAH adalah sesiapa yang pernah menyertai paling kurang 3 seminar KISWAH sebelum ini.

Daftar: Rm30

Yuran Tahunan: rm10

Sticker: RM 10

Jumlah: RM50


Tentatif:

8 am: Kehadiran peserta

9 am: Mula diskusi buku

10.30: Rehat dan Makan pagi

11am: Penerangan berkenaan NGO KISWAH dan aktiviti

12am: Soal Jawab

1 pm: Konlusi dan Pengijazahan.

1.30pm: Solat Zuhur dan Makan Tengahari

1.45pm: Majlis Selawat dan al Wada'

2.00pm: Pendaftaran NGO...

SILA HUBUNGI: USTAZ AZHARI KISWAH: 017 2230510

USTAZ JUNAIDI KISWAH: 019 7554255


KISWAH DI MUAR:
di INDAH SYARIAT @ KISWAH MUAR:

Solat Maghrib Berjemaah

Bacaan Ruqyah Syariyyah dan Ratibul Haddad serta Pengijazahan

Solat Isyak Berjemaah

Mawlid ad Daibaie: Muar Berselawat


AHAD 9hb Jun 2013

Kuliah Subuh Ustaz Hayat di Masjid Berdekatan: Persiapan Ramadan

Rawatan Ruqyah Syariyyah kepada pesakit secara berjemaah:

HUBUNGI HAJI HAFIZ KISWAH: 019 7632310

20 May 2013

Jangan Lupa Diskusi Buku Rahsia Air Jampi NGO KISWAH dan Pengijazahan di Teluk Intan 25 Mei 2013




Assalamualaikum semua pencinta Ruqyah Syariyyah SeMalaysia..

"1 keluarga 1 perawat"
"Rawatan Islam Berasaskan Ruqyah Syariyyah Indah dan Mudah"

Daftar Sekarang!!!

Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!

19 May 2013

Tafsiran Mimpi Ular: Nantikan!!! Kamus Tafsir Mimpi Kaedah al Quran; Terbitan KISWAH Publishing House 2013


Nantikan kemunculannya; JUN 2013

Contoh Soal Jawab Tafsiran Mimpi Kaedah al Quran: "Tafsiran Bermimpi Ular"

1) Assalamualaikum ustaz. Saya ada satu soalan. Saya selalu bermimpi ular dan binatang-binatang lain semasa tidur. Adakah ada orang ingin masuk meminang saya? Apakah maksud mimpi saya ini ustaz? 


Mimpi ular tiada kena mengena dengan orang datang masuk meminang. Semua mimpi ular khususnya dan binatang berbisa dan liar lain adalah membawa maksud yang negatif. Kemungkinan mimpi ular bermaksud ada orang yang ingin melakukan kejahatan kepada anda. Sekiranya ia telah patuk bermakna bisa atau kejahatannya sudah menular. Mimpi dipatuk ular juga mungkin membawa maksud kemungkinan anda akan menerima musibah di dalam waktu terdekat.

a) Gangguan sihir: Sekiranya kerapkali bermimpi ular semasa tidur.
b) Gangguan tidur yang biasa: Sekali sekala bermimpi.

Mimpi begini juga mungkin bermaksud terjadinya percakaran antara keluarga, anak-anak dan isteri. Kemungkinan juga ada orang yang berhasad dengki kepada anda. Jika mimpinya banyak kali boleh jadi ia adalah Petanda anda terkena sihir atau gangguan makhluk halus. Jadi hendaklah anda diruqyah dengan ayat-ayat suci al Quran untuk menghilangkan pengaruh gangguan jin atau sihir yang kemungkinan terdapat di dalam tubuh anda.Jika anda bermimpi ular masuk ke rumah mungkin membawa maksud musuh anda telah menjalankan konspirasi menjatuhkan anda.

Jika di dalam mimpi tersebut anda berjaya membunuh ular, ini bermaksud anda berjaya mengatasi musuh anda. Wallahu a’lam.

SEDUTAN DARI BUKU KAMUS TAFSIR MIMPI KAEDAH AL QURAN; JUN 2013: 

TERBITAN "KISWAH PUBLISHING HOUSE 2013..."

17 May 2013

Permohonan Sumbangan Untuk Menyiapkan Pembinaan Surau al Munzirin Batu Sawar




Proses pembinaan semula surau al munzirin di Kampun Batu Sawar Temerloh Pahang atau dikenali sebagai surau tuan guru ustaz saad deboandi (pak mentua).sebarang sumbangan blh disalurkan ke akaun:

 Bank Islam 06028010050971 ats nama surau al munzirin...

SHARE JIKA PRIHATIN....

13 May 2013

Jualan Alat Bekam Murah; RM35 dan Pengantaran RM8


ASSALAMUALAIKUM SEMUA!!!
Set bekam dr china.kualiti:sederhana, harga:murah:rm35. Pehantaran rm8. Bank in ke maybank muliati binti saad 156057415555. Slpas tu sms nama alamat dan produk serta bila dan di mana bank in ke 017 9065131 us hayat kiswah.stok amat terhad.





BOLEH BELI SECARA ONLINE DI:

12 May 2013

Kenangan Himpunan KISWAH dan Pembacaan Kitab Tauhid Serta Sambutan Hari Lahir


Assalamualaikum...Himpunan NGO Pertubuhan Pengamal Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Malaysia (KISWAH) di Temerloh Pahang... Selepas program pembacaan dan pengkhataman buku "Soal Jawab Yang Wajib Dalam Ilmu Tauhid" terbitan KISWAH Publishing House...Diadakan sedikit bacaan kitab Sairus Salikin dan  majlis sambutan hari lahir...




Keluaran Terbaru KISWAH PUBLISHING HOUSE
Terima kasih kepada yang sanggup datang dari jauh

Tak pandai, cuma bertujuan refresh ilmu yang dah banyak lupa

Ukhuwwah Fillah Lestari Selamanya

Kitab2 rujukan

Sambutan hari lahir pada 10 Mei.... Sekadar mengerat sillaturrahmi..

Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam!

11 May 2013

Ahlan Wa Marhaban Ya Syahra Rajab al Murajjab 1434H




Ahlan Wa Sahlan Ya Syahra Rajab al Murajjab,  Antara sambutannya adalah malam Laylatur Raghaib (Jumaat malam pertama Rajab; malam di mana benih Rasulullah saw lekat di rahim bondanya) dan Malam Isra' Mi'raj (27 Rajab)...

Ya Allah, berilah keberkahan pada kami di dalam bulan Rajab dan Sya'ban serta sampaikanlah kami kepada bulan Ramadhan. Nabi saw bersabda,""Sesungguhnya Rajab adalah bulan ALLAH, Sya'ban Adalah bulan aku dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku".


KEUTAMAAN BULAN RAJAB


Beberapa hadis Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam menunjukkan kelebihan bulan rajab:

1.Hendaklah kamu memuliakan bulan Rajab, niscaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.

2.Bulan Rajab bulan Allah, bulan Sya'ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.

3.Kemuliaan Rajab dengan malam Isra' Mi'rajnya, Sya'ban dengan malam nisfunya dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.

4.Puasa sehari dalam bulan Rajab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus).Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

5.Puasa 3 hari pada bulan Rajab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

6.Puasa 7 hari pada bulan Rajab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.

7.Puasa 16 hari pada bulan Rajab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.

8.Kelebihan bulan Rajab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran keatas semua kalam (perkataan).

9.Puasa sehari dalam bulan Rajab seumpama puasa empat puluh tahun dan iberi
minum air dari syurga.

10.Bulan Rajab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rajab, wajib bagi yang ber puasa itua.Diampunkan dosa-dosanya yang lalu. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.Terlepas daripada dahaga di akhirat.

11.Puasa pada awal Rajab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.

12.Siapa bersedekah dalam bulan Rajab, seperti bersedekah seribu dinar,dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu derjat, dihapus seribu kejahatan -

"Dan barang siapa berpuasa pada tgl 27 Rajab/ Isra Mi'raj akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa."

- "Barang siapa yang berpuasa dua hari di bulan Rajab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SUBHANAHU WA TA’AALA."

"Barang siapa yang berpuasa tiga hari yaitu pada tgl 1, 2, dan 3 Rajab, maka ALLAH akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia, dan siksa akhirat."

- "Barang siapa berpuasa lima hari dalam bulan ini, permintaannya akan dikabulkan."

- "Barang siapa berpuasa tujuh hari dalam bulan ini, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan delapan pintu syurga."

- "Barang siapa berpuasa lima belas hari dalam bulan ini, maka ALLAH akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah(hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM lagi : "Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril a.s.:

"Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini ?"

Maka berkata Jibrilb a.s.:

"Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca sholawat untuk engkau dibulan Rajab ini".

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita : "Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM melalui sebuah kubur, lalu Rasulullah berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH SUBHANAHU WA TA’AALA.
Lalu saya bertanya kepada beliau:

"Ya Rasulullah mengapakah engkau menangis?"
Lalu beliau bersabda :

"Wahai Tsauban, mereka itu sedang disiksa dalam kuburnya, dan saya berdoa kepada ALLAH, lalu ALLAH meringankan siksa ke atas mereka". Sabda beliau lagi: "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mau berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rajab niscaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur".
Tsauban bertanya:

"Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rajab sudah dapat mengelakkan dari siksa kubur?" Sabda beliau: "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan sholat malam sekali dalam bulan Rajab dengan niat karena ALLAH, kecuali ALLAH mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan sholat malam satu tahun."

Sabda beliau lagi:
"Sesungguhnya Rajab adalah bulan ALLAH, Sya'ban adalah bulan aku dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku". "Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rajab, Sya'ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang, serta tidak akan merasa lapar dan haus bagi mereka."

Satu lagi hadist yang cikup menggetarkan hati, Rasulullah bersabda :

"Apa bila datanghari kiamat berserulah malaikat 'Dimanakah orang orang yang suka menghormati bulan Rajab?' lalu keluarlah sebuah NUR dan malaikat Jibril dan Mikail 'Alaihi salam mengikuti Nur itu, serta merta   mengikutlah orang orang yang menghormati bulan Rajab, kemudian mereka melewati Sirthatal Mustaqim secepat kilat yang menyambar. Bersujudlah mereka kepada Allah Subhanahu wa Ta'aala karena bersyukur dapat melewati Sirath dengn selamat, lalu Allah Berfirman : "Wahai orang orang yang suka menghormati bulan rajab, angkatlah kepalamu pada hari ini, kamu telah menunaikan sujud dunia pada bulanku, sekarang berangkatlah menuju tempat tempatmu "

Allah Subhanahu Wa ta'aala.Malaikat Jibril dan Mikail Alaihi Salam memanggil orang orang yang menghormati bulan rajab dengan RAJABIYYUUN...

Sahabat Ku,mengenai riwayat siapa dan dhoif atau tidaknya hadist diatas Wallahu'alam Bishowab..

Yang Paling penting adalah Inna a'maalu Bin Niiyah.., Niat kita berpuasa, berdzikir, juga bersholawat Nabi, semata mata hanya ingin lebih dekat lagi dengan Allah, ingin berbuat amal kebajikan se banyak banyaknya, ingin bisa memasuki surgaNya, ingin mendapat Rahmat dan Ridhonya, kalau saya pribadi ingin sekali menjadi HambaNya dipanggil RAJABIYYUUN, Insya Allah saya akan memakai moment ini untuk lebih dekat dan dekat lagi kepada Allah....

Perkara diterima atau tidaknya amal Ibadah Kita Bukanlah manusia yang menentukan, tapi itu semua adalah Hak Allah semata...

Semoga bermanfaat....

PS : 1 Rajab Jatuhnya hari Senin Tanggal 3 Jun 2011

oleh :Al habib Abu Bakar Alhabsyi




JAWAPAN TERHADAP KEMUSKILAN FADHILAT BERPUASA DI BULAN REJAB AL MUHARRAM DAN KELEBIHAN REJAB .

oleh Ikhram Almukminun pada pada 05hb Jun 2011 pukul 7.00 ptg
Disusun oleh : Tuan Guru Abd. Raof Al Bahanjee, Al A’liyy.
Pondok Jalan Padang Ragut. Seri Repah . Tampin . Negeri Sembilan.
Malaysia.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Berkenaan mengenai puasa sunat di bulan Rajab , terdapat segelintir manusia yang mengembar gemburkan larangan berpuasa di bulan Rajab atau cuba menggambarkan tidak ada langsung dalil berpuasa dan beribadat dibulan Rajab dan tidak ada kelebihan bulan Rejab berbanding bulan-bulan selainnya ataupun sekurang-kurangnya cuba mengwas-waskan orang ramai terhadap keutamaan bulan Rajab dengan beralasankan hadis- hadis yang mengisahkan fadilat puasa di bulan Rajab adalah dhaif dan maudhu’. Maka mereka melarang atau sekurang- kurangnya menimbulkan perasaan tidak senang dan cinta untuk berpuasa dan beribadat di bulan Rajab dengan alasan yang tersebut sebenarnya adalah suatu kejahilan yang timbul daripada diri mereka sendiri ataupun akibat dari penyakit was-was yang tebal terhadap autoriti keilmuan para ulama yang muktabarah.

Ini boleh kita lihat kenyataannya daripada jawapan seorang ulama` yang Muhaqqiq Al-Imam Al-Allamah Ibnu Hajar Al-Haitami, wafat tahun 974 dalam kitab Al-Fatawal Kubro Al Fiqhiyah karangan beliau juzu yang kedua, mukasurat 3, cetakkan Darul Kutub Ilmiah.

Al Allamah Ibnu Hajar ini hidup dikurun ke9 hijrah, kira-kira 4 ratus tahun dahulu. Maka , persoalan ini sebenarnya telah dijawab terlebih dahulu kira-kira 4 ratus tahun dulu lagi. Tiba-tiba hari ini datang seorang hamba Allah yang mendakwa dirinya mempunyai Ilmu yang dipelajari melebihi tahap masa 3 tahun , cuba membongkar semula masalah ini , atas alasan Maudhu dan Dhaif hadisnya. Maka tak sunat puasa di bulan Rejab?. Apakah maksud sebenar beliau ini ?, Kalau sekadar untuk memaklumkan maudhu dan dhaif hadisnya sahaja tidaklah menjadi masalah. Tetapi kalau sampai membatalkan hukum sunat berpuasa di bulan Rajab dan melarang orang ramai mendapatkan kelebihan bulan Rajab , maka sudah termasuk kategori melakukan suatu yang bercanggah dengan kepentingan awam Muslimin. Sebenarnya bukan orang ramai yang dilarang mendapatkan fadilat berpuasa dibulan Rajab, beliaulah yang sepatutnya ditegah daripada menyebar –luas fahaman songsang tersebut.

Al Allamah Ibnu Hajar Al Haitami mengulas:

“Terdapat seorang Ahli Fekah yang sentiasa menegah manusia daripada berpuasa di bulan Rajab adalah kerana kejahilan padanya, dan membuat suatu keputusan tanpa pertimbangan berdasarkan kaedah syariat yang sucinya. Maka jika dia tidak rujuk kembali daripada menegah, wajib di atas para Hakim Makamah Syariah melarangnya / menegahnya daripada menyebarkan larangan tersebut dan mentakzirkan si Faqih yang jahil tersebut bersama-sama mereka yang seperti nya dengan hukuman Takzir yang sungguh- sungguh, yang memberi faedah tercegahnya daripada melarang orang ramai berpuasa di bulan Rejab. Seolah- olahnya Faqih (ahli fekah ) yang jahil tersebut terpedaya dengan satu hadis yang diriwayatkan yang menyatakan:
“Bahawasanya Neraka Jahanam menyala-nyala bermula daripada haul/ pusingan daripada satu haul kepada satu haul bagi sesiapa yang berpuasa Rajab”.

Padahal Si Jahil yang terpedaya tersebut tidak mengetahui bahawasanya hadis yang termaklum itu adalah batil, dusta yang tidak halallah meriwayatnya sebagaimana yang telah menyebut oleh Syekh Abu Omar bin Sollah (Ibnu Solah) dan menegah engkau dari (meriwayatkannya) , kerana memeliharakan sunnah, dan memeliharakan kebesaran ilmu. Beliau berfatwa berbetulan dengan fatwa Izzudin bin Abdis Salam, yang mana sesungguhnya telah disoal mengenai catitan sebahagian Ahli Hadis terdapatnya TEGAHAN berpuasa di bulan Rajab dan membesarkan bulannya al Haram , maka adakah sah nazar berpuasa pada keseluruhan bulan Rajab?.

Izzudin Abdis Salam menjawab “ Nazar puasanya sah, beliau tersebut sebenarnya telah melazimkan penghampiran diri kepada Allah Taala dengan seumpama mengerjakan puasa . Mereka yang menegah daripada berpuasa di masa tersebut adalah jahil terhadap tempat ambilan ( Istinbat hukum- hukum syarak).

Maka bertapa pula dia menegahkan daripada berpuasa padahal bahawasanya para ulama` yang mana mereka telah menyusun (mentadwinkan) hukum –hukum syariah, tidak pernah ada dikalangan mereka seorang pun yang menyebut termasuk larangan yang makruh berpuasa bahkan sebenarnya puasanya adalah merupakan taqarub yakni penghampiran diri kepada Allah S.W.T kerana berdasarkan beberapa hadis yang sohih yang menyungguh- nyungguh mendorong berpuasa seperti mana sabda Nabi S.A.W, berfirman Allah Taala “ Tiap –tiap anak Adam adalah baginya ( yakni boleh diketahui hitungan pahalanya) melainkan puasa.

Dan sabda Nabi S.A.W “ Sesungguhnya berubah bau mulut seseorang yang berpuasa terlebih harum disisi Allah Taala daripada Bau Kasturi”.

Dan lagi sabda Nabi S.A.W : “ Sesungguhnya seafdal- afdal puasa ialah puasa saudaraku Daud A.S . Beliau berpuasa sehari dan berbuka sehari”. Adalah Nabi Daud A.S berpuasa dengan cara tersebut tanpa mengaitkan dengan bulan- bulan yang selain daripada bulan rejab dan tanpa mengaitkan selain daripada membesarkan bulan Rajab lain dari apa yang berlaku disisi puak Jahiliyah yang mana mereka juga membesarkan bulan Rejab. Maka Daud A.S dengan sebab berpuasanya bukanlah pula mengikut Jahiliyah . Tidaklah kesemua perkara yang dilakukan jahiliyah ditegah melakukannya , melainkan apabila terdapat Tegahan Syariat padanya , atau terdapat dalil-dalil Kaedah syariat yang menegahnya. Dan tidak pula ditinggalkan perkara yang sebenar disebabkan kerana terdapat orang-orang yang mengikut sesuatu kebatilan melakukannya.

(Sebenarnya) Orang yang melarang berpuasa (Rejab) tersebut adalah seorang yang Jahil yang terserlah
kejahilannya. Tidak halal (yakni Haram lah ) seseorang Islam mengikuti agama orang tersebut. Kerana tidak harus bertaqlid (mengikut) agama orang tersebut disebabkan , seseorang Islam tidak dibenarkan mengikut (sesuatu fatwa) melainkan kepada mereka yang telah Masyhur memahami , mengetahui dan mengertinya terhadap segala hukum Allah s.w.t dan memahami, mengetahui dan mengertinya segala tempat pengambilan hukum yaitu dalil-dalil hukum.

Apa yang telah dibentangkan dan dibangsakan kepada Ahli fekah tersebut adalah jauh dari faham, mengerti dan mengetahui berkenaan agama Allah s.w.t. Maka janganlah diikut pada fatwa dan pendapatnya. Sesiapa sahaja yang mengikutinya , nescaya terpedayalah dengan agama ahli fekah itu”. Tammat fatwa Izzuddin Abdis Salam.

Seterusnya Ibnu Solah telah menjelaskan maksud Fatwa Izzuddin Abdis Salam dalam kitab Fatawa Kubro tersebut di muka surat yang sama.

“Dan telah mengisyaratkan oleh Izzuddin Abdis salam bahawa memadai pada kelebihan berpuasa di bulan Rejab dengan apa yang telah diriwayatkan oleh beberapa hadis yang menunjjukkan atas Fadhilat/Kelebihan puasa
Yang Mutlak (yakni yang umum, yang menyeluruh) dan

Yang Khusus kelebihannya pada BULAN-BULAN HARAM.

Yaitu seperti hadis Abi Daud dan Ibnu Majah dan hadis riwayat selain mereka, daripada Al Bahili : Aku datang kepada Rasulullah s.a.w maka aku bertanya : Wahai Rasulullah Saya adalah seorang lelaki yang datang bertemu Tuan pada tahun yang pertama. Baginda bersabda : Mengapa Ku lihat tubuhmu kurus kering?. Jawab Al Bahili : Ya Rasulullah , tidak ada benda yang Saya makan disiang hari yang Saya makan melainkan (dimakan ) pada malam sahaja. Bertanya Nabi s.a.w : Siapa pula yang menyuruh engkau mendera dirimu?. Aku menjawab: Wahai Rasulullah , sesungguhnya Saya kuat (berpuasa). Bersabda Nabi s.a.w: Berpuasalah dibulan sabar , dan tiga hari selepasnya dan berpuasalah dibulan-bulan Haram” .

Pada satu riwayat lain ” Berpuasalah dibulan sabar dan sehari pada tiap-tiap bulan. Berkata Al Bahili : Tambahi lagi sesungguhnya mempunyai kekuatan . Bersabda Nabi s.a.w : Berpuasalah dua hari . Berkata Al Bahili : Tambahilah lagi maka sesungguhnya daku mempunyai kekuatan . Bersabda Nabi s.a.w : Berpuasalah tiga hari selepasnya dan berpuasalah diBULAN HARAM dan tingallkanlah , puasalah dibulan Hazam dan tinggalkanlah . Bersabda Rasululah s.a.w sambil menghimpunkan jari-jari nya yang tiga kemudian melepaskannya”.

Para Ulamak telah mengulas bahawa Nabi s.a.w menyuruh Al Bahili berhenti berpuasa (beberapa ketika) kerana mendapati kesusahan nya untuk membanyakkan puasa seperti yang telah dinyatakan pada awal-awal hadis pertama, dan sesiapa yang tidak kepayahan (yakni mampu) , maka berpuasa keseluruhan adalah satu Fadhilat/ kelebihan.

Perhatikanlah: Perintah Nabi s.a.w dengan berpuasa diBULAN-BULAN HARAM pada riwayat yang pertama dan Perintah Nabi s.a.w berpuasa dalam sebahagian dari BULAN-BULAN HARAM pada riwayat yang kedua nescaya engkau akan dapati NAS PERINTAH BERPUASA REJAB atau BERPUASA SEBAHAGIAN DARINYA KERANA REJAB ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA BULAN-BULAN HARAM bahkan ia adalah yang paling Afdhal dari semua bulan-bulan haram.
Maka perkataan Orang Jahil tersebut ” Bahawa Hadis-hadis berpuasa diBulan Rejab adalah Maudhu’ , jika dia memaksudkannya menyeluruh pada segala hadis-hadis yang menunjjuk kepada berpuasa Rejab menurut umumnya hadis dan khususnya , itu sebenarnya adalah satu pendustaan dan pembohongan pula dari si Jahil tersebut. Hendaklah dia bertaubat (dari fahamannya dan meyebar-luaskan fatwanya kepada orang ramai) kalau tidak mau juga, diTakzir lah atasnya dengan Takzir yang sungguh-sungguh oleh pemerintah (lantaran fahaman songsangnya).

Disatu sudut memang betul juga terdapatnya banyak hadis-hadis yang maudhu ,yang dusta berkenaan Puasa Rejab walhal Para Imam kita tidak langsung berpegang dengan hadis-hadis maudhu’ tersebut sebagai dalil
Sunat Puasa Rejab. Jauhlah mereka nak bertindak sebegitu. Sebenarnya Hanya lah mereka berdalilkan sepertimana yang telah Saya nyatakan dan terdapat lagi hadis-hadis dan dalil-dalil yang lain.
Sebahagiannya sepertimana terdapatnya hadis-hadis yang popular misalnya hadis yang :

1) Diriwayatkan oleh Imam Baihaqi daripada Anas , beliau telah memarfu’kannya : )
. إن في الجنة نهرًا يُقال له رجب، ماؤه أشدُّ بياضًا من اللبن وأحلَى من العسل، مَن صام يومًا من رجب سَقاه اللهُ من ذلك النّهر
“Sesungguhnya didalam syurga ada sebuah sungai yg dipanggil Rejab, warna airnya sangat putih dari susu, manisnya lebih manis dari madu, barangsiapa yg berpuasa satu hari dari bulan Rejab, maka Allah akan memberi ia minum dari sungai itu”.

(2) Riwayat daripada Abdullah bin Said dari bapanya beliau memarfu’kannya:
مَن صام من رجب يوما كان كصيام سنة ومن صام منه سبعةَ أيّام غُلِّقت عنه أبواب جهنم . ومن صام منه ثمانيةَ أيام فُتِّحتْ أبوابُ الجنّةِ ، ومن صام منه عشرة أيام لم يسأل الله شيأ الا أعطاه الله اياه , ومن صام خمسة عشر يوما نادى مناد من السمأ قد غفر لك ما سلف فاستأنف العمل وقد بدلت سيِّئاتك حسنات ومن زاد زاده الله . ٍ

Barangsiapa berpuasa sehari didalam bulan Rejab seolah-olah dia berpuasa satu tahun , dan siapa yg berpuasa didalamnya 7 hari maka akan ditutup 7 pintu-pintu neraka Jahannam , dan barangsiapa yg berpuasa 8 hari maka 8 pintu-pintu syurga akan terbuka, dan barangsiapa yg berpuasa 10 hari, tidaklah jika dia berdoa melainkan akan dimakbulkan Allah, barangsiapa yang berpuasa 15 hari , menyerulah penyeru dari langit “ Sesungguhnya telah diampunkan bagimu perkara yang telah lalu maka dimulai amal yang baru , dan sesungguhnya telah digantikan segala kejahatan engkau dengan kebajikan dan barangsiapa yang melebihkannya maka melebihkannya oleh Allah”.

Kemudian Al Baihaqi telah menaqalkan daripada Gurunya Al Hakim bahawa hadis yang pertama diatas adalah statusnya Mauquf atas Abi Qilabah seorang Tabi’in. Orang yang seperti beliau tidak akan berkata-kata melainkan diambil daripada Seseorang (yaitu Para Sahabat) yang perkataannya diambil pula daripada Tuan yang menerima Wahyu ( yaitu Rasulullah s.a.w).

Mengenai Hadis yang diriwayatkan daripada Abi Hurairah pula “ Bahawa Nabi s.a.w tidak pernah berpuasa selepas Ramadhan melainkan Rejab dan Sya’ban “. Beliau berkata Isnad hadis tersebut Dhaif .
Tammat komentar Ibnu Solah.

Syekh Al Allamah Ibnu Hajar menjelaskan pula fungsi hadis-hadis Dhaif yang berkisar dalam masalah Puasa Rejab ini. Beliau menulis di muka surat 5 .

“ Sesungguhnya Para Ulamak telak menetapkan bahawa hadis-hadis Dhaif , Mursal , Munqothi’ , Mu’dhal dan Mauquf diamalkan dengannya pada Fadho ilil A’mal atas dasar IJMAK . Maka tidak syak lagi bahawa berpuasa Rejab adalah sebahagian daripada Fadho ilil A’mal . Memadailah padanya dengan hanya berdalilkan hadis-hadis Dhaif dan yang sepertinya, tiadalah diingkari demikian itu melainkan orang-orang yang JAHIL YANG TERPEDAYA”.
Tammat.

Walaubagaimana sekalipun selain daripada kenyataan Al Allamah Ibnu Hajar mengenai memadai untuk beramal Puasa di bulan Rejab dengan beriktibar kepada hadis-hadis yang tersebut sekalipun ada yang dhaif, beliau juga menjelaskan lagi mengenai terdapatnya Hadis-hadis yang bertaraf Sahih sebagai pegangan Para Ulamak yang memfatwakan Puasa Rejab adalah SUNAT. Kita lihat dimuka surat 22 beliau menulis :
“Bahawa yang sebenar adalah perkataan dari orang yang berkata : Sunat berpuasa hari Isnin dan Khamis , Rejab dan baki hari-hari di Bulan Haram . Sesiapa yang berkata sebaliknya ,yaitu “Tidak sunat” dan menegah manusia (dari mendapatkan fadhilatnya) dengan berpuasa , maka orang tersebut salah dan berdosa.  Kerana penghujung kedudukan orang tersebut sebenarnya adalah bertaraf seorang Awam
{Ulasan : Orang awam tidak boleh sewenang-wenang memberi fatwa dan tidak harus diikuti. Maka seseorang awam yg cuba-cuba berfatwa adalah berdosa dan haram diikuti.}

Dimuka surat 23 beliau menyebut lagi:

“Sepertimana satu hadis yang telah mesahihkannya oleh Ibnu Khuzaimah daripada Usamah , “Saya berkata ( Wahai Rasululah , Saya tidak pernah melihat Tuan berpuasa sepanjang bulan daripada seluruh bulan sepertimana Tuan berpuasa Bulan Sya’ban?. Baginda s.a.w menjawab : Demikian itu adalah satu bulan yang lalai manusia daripadanya yang berada antara Rejab dan Ramadhan . Maka bulan Sya’ban adalah satu bulan yang diangkat didalamnya semua amal kehadrat Rabbil a’lamin. Maka aku suka bahawa diangkat amalanku dalam keadaan aku berpuasa )”.

Maka mengisyaratkan oleh Rasulullah s.a.w tatkala melengkungi oleh dua bulan yang Agung yaitu Bulan Rajab dan Ramadhan ,yang mana maknusia berlumba-lumba sibuk ( berpuasa dan beribadat ) dalam kedua kedua bulan tersebut, lantas terlupa bulan Sya’ban. Kerana yang demikian , kebanyakan ulamak berpendapat Puasa di Bulan Rejab terlebih afdhal dari Bulan Sya’ban.
Tammat.

Agaknya siapakah manusia yang sibuk berpuasa di bulan Ramadhan dan Rejab tersebut?. Iaitu Rasulullah s.a.w dan Para Sahabat , sudah termaklum mereka adalah sebahagian daripada makna manusia dari lafaz hadis tersebut dan hadis ini juga menjadi dalil kesunatan berpuasa rejab sebab lafaz “Maka aku suka bahawa diangkat amalanku dalam keadaan aku berpuasa ” adalah sabda Baginda s.a.w sendiri . Mengatakan Nabi tidak pernah berpuasa dibulan rejab dan tidak sunnah berpuasa dibulan rejab adalah satu pendustaan juga terhadap Nabi s.a.w. Telah maklum hadis riwayat Imam Ibnu khuzaimah tersebut adalah hadis sahih.

Seterusnya beliau menambah :

Telah meriwayatkan oleh Abi Daud bahawa Nabi s.a.w memandubkan berpuasa di BULAN-BULAN HARAM . Pada hal Rajab adalah sebahagian dari bulan-bulan Haram. Riwayat dari Abi Daud dan lainnya dari Urwah , Bahawa beliau telah bertanya Abdullah bin Umar “ Adakah Rasululah s.a.w berpuasa dibulan Rejab?. Beliau menjawab: Ya dan Baginda melebihkannya . Ibnu Umar mengatakannya sampai tiga kali”.
Dan sesungguhnya Abu Qilabah telah meriwayatkan “Sesungguhnya dalam Syurga ada sebuah Mahligai bagi sesiapa yang berpuasa di bulan Rajab”. Imam Al Baihaqi mengulas “ Abu Qilabah salah seorang Tabi’in yang tidak akan berkata mengenainya melainkan diambilnya dari seorang Penyampai (Sahabat).

Maka sabit lah Sunat berpuasa di Bulan Rajab , bukan Makruh. Sesungguhnya pendapat yang mengatakan Makruh adalah Fasid bahkan Salah sebagaimana yang telah engkau ketahui Kelebihan/Fadhilat puasa Sya’ban , padahal puasa Rajab terlebih afdhal darinya. Kerana seafdhal-afdhal bulan selepas Ramadhan ialah Bulan Muharam , kemudian baki-baki bulan Haram , akhirnya barulah Sya’ban.
Tammat.

Ulasan:
Sebahagian manusia mengatakan Nabi s.a.w tidak pernah berpuasa Rejab. Tidak ada Nas berpuasa Rejab.

Lantaran itu Haram puasa Rejab atau makruh. Kalau berkepercayaan Nabi ada berpuasa di bulan Rejab maka Haram sebab dusta kepada Nabi s.a.w. Kalau nak buat juga tapi mengkhususkan niat Puasa Bulan Rejab maka makruh sebab tak ada dalil hadis yang terang.
Sebenarnya semua kenyataan tersebut salah dan kalau menafikan Nabi pernah berpuasa Rejab dengan sebab tidak kerana kejahilannya , maka hendaklah bertaubat. Kalau sengaja-sengaja buat dusta dan kacau bilau , maka pihak Kerajaan mestilah mengambil tindakan.

Cuba lihat ini , satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim , satu lagi hadis yang mana tidak disangsikan lagi kesahihan nya. Yang sangsi adalah mereka yang diadalam hati berpenyakit. Seperti yang sudah ditimpa kepada Puak yang anti Ulamak , anti Ahli Sunnah dan anti Mazhab . Barang di jauhkan Allah adanya.

Usman bin Hakam Al Ansori berkata: Saya telah bertanya Sa’id bin Jubair berkenaan Puasa Rejab sedangkan kami ketika itu masih berada di Bulan Rejab. Beliau (Sa’id ) menjawab : Saya telah mendengar
Ibnu Abbas Radiallahu an’hu berkata: Adalah Rasulullah s.a.w Berpuasa sehingga kami mengatakan (menyangka) beliau tidak berbuka (tidak berhenti puasa) , dan baginda berbuka sehingga kami mengatakan (menyangka) beliau tidak berpuasa “. Riwayat Muslim.

Terang dalam hadis ini menunjjukan Nabi s.a.w berpuasa Rejab. Mengatakannya Nabi tak pernah buat adalah dusta.

Kalau mereka berkata : Aaah itu hadis yang menunjjukan harus puasa dibulan Rejab bukan Sunat!!!. Memang dibolehkan jika berpuasa tanpa mengaitkan bulan Rejab . Sebab dalilnya Hanya bersandarkan dalil yang umum hadis Sahih riwayat Muslim tersebut:

Jawab: Lihatlah mereka cuba pusing-pusing. Mula –mula kata tak sunat Puasa Rejab sebab tak ada dalil Nabi Puasa. Kemudian berdalih pula mengatakan hadis Muslim tersebut menunjjukkan hanya Harus bukan sunat.

Lihatlah Syarahan Hadis tersebut dalam Kitab Syarah Muslim 8 ms 38-39 , cetakan Daarul Syaqafah:

Bab; “ Berpuasa Nabi s.a.w dibulan yang selain bulan Ramadhan”.
Maksudnya “ Yang Zohir , bahawa maksud Sa’id bin Jubair dengan istidlal (pengambilan hukum) dengan hadis ini bahawa puasa Rejab tidak ditegah dan tidak disunatkan berdasarkan hadis ini untuk ain /diri puasa Rejab. Bahkan tetapi bagi puasa Rejab sama hukumnya dengan hukum selebihnya bulan-bulan (yakni dengan hukum Puasa dibulan-bulan haram ). Tidak sabit pada berpuasa Rejab tegahan dan tidak tidak sabit nadab (sunat ) bagi diri Rejab , tetapi Asal hukum berpuasa Rejab , adalah disunatkan . Didalam Sunan Abi Daud Bahawa Rasulullah s.a.w mensunatkan berpuasa dibulan-bulan Haram. Padahal Rejab adalah salah-satu dari Bulan-bulan Haram. Wallahu a’lam”. Tammat.

Maksud sebenar Imam Nawawi dalam Syarah Muslim tersebut, hanya sahaja dalil Kesunatan Rejab tidak berdalilkan dengan ain/diri hadis tersebut. Bukan menafikan “Kesunatan Berpuasa dibulan Rejab”.

Perhatikan baik-baik .
Memang , berdasarkan hadis tersebut kita memahamkan :

Nabi s.a.w pernah berpuasa di Bulan Rejab. Menafikannya sebagai tidak pernah berpuasa dibulan Rejab dan tiada sunnahnya berpuasa dibulan Rejab , adalah satu pembohongan yang mentah-mentah mesti ditolak oleh mereka yang mengerti.

Hadis tersebut dilalahnya menunjjukan Harus berpuasa di Bulan Rejab. Bukan Sunat ,bukan juga Makruh, barang dijauhi Haramnya.

Sekalipun hadis tersebut tidak menjadi ain/diri dalil kesunatan berpuasa Rejab , tetapi berpuasa di bulan Rejab tetaplah juga Hukum nya sunat berdasarkan Hadis-hadis Sahih mesabitkan Puasa Di bulan Haram.

Misalnya hadis riwayat Imam Ibnu Khuzaimah tersebut dan Imam Abu Daud juga telah meriwayatkan “Seafdhal-afdhal puasa adalah Puasa dibulan-bulan Haram”.

Sebagai penjelasan , Imam Nawawi menyebut “Ashlu Saum mandubun ilaih”. Maksudnya asal hukum berpuasa adalah mandub yaitu di Sunatkan. Ditahkikkan dengan kenyataan “ Bulan Rajab adalah salah satu daripada Tadhamun makna ‘Asyh harul Haram” . Tidak ada satu hadis samada yang bertahap Sahih maupun Hasan yang boleh dijadikan dalil Pentakhisan untuk Hadis “Asyharul Haram” yang umum maknanya. Bahkan  hadis tersebut akan menunjjukan Rajab adalah sebahagian Afradnya. Hadis yang khusus berkenaan Puasa Sya’ban dan Bulan Muharam tidak pula sah dan boleh dipakai sebagai pentakhsisan hadis “Asyhurul Haram” sehingga melibatkan Puasa di Bulan Rajab. Sebab Muharram , Sya’ban dan Rajab adalah ain atau diri atau masa yang berlain-lainan. Sya’ban bukan bulan Haram . Sya’ban mempunyai dalil yang tersendiri. Sedangkan Muharram dan Rejab adalah afrad “Bulan Haram”. Hadis khusus berkenaan fadhilat Muharram tidak akan melibatkan Rejab . Maka Bulan Rejab tepat diatas ASAL HUKUM nya yaitu SUNAT sebagaimana yang dicatit oleh Imam Nawawi tersebut “Ashlul Saumi Mandhubun ilaih”.

Ini juga difahamkan tentulah berlaku perbezaan Bulan Rajab dengan bulan-bulan selain dari bulan Haram misalnya bulan safar. Bulan Safar tidak termasuk Bulan-bulan Haram. Bulan Rejab Sunat berpuasa, berdalilkan hadis-hadis yang telah lalu . Sementara bulan Safar pula misalnya tidak disunat kan berpuasa sebab tak ada dalilnya. Lantaran itu jika ada orang yang berkata “Tak ada langsung bezanya Bulan Rejab dengan bulan-bulan yang lain , sebab semua hadis-hadisnya adalah maudhu’ dan Dhaif. Tak ada fadhilat , tak ada pahala kalau puasa , tak ada ketentuan berpuasa di bulan Rejab dengan berniat umpamanya : Saja aku puasa esok , bulan Rejab…. ” maka satu lagi bohong telah timbul. Sebab memang terdapat perbezaan antara bulan Rejab dengan selain bulan-bulan Haram misalnya Safar tersebut , menunjjukan ada Fadhilat atau kelebihan Bulan Rejab . Maka diulangi lagi , “Adalah Mereka yang menafikan secara muthlak Fadhilat Bulat Rejab adalah kesalahan yang mesti ditangani oleh pemerintah, lantaran nakal yang menjejaskan kepentingan awam”.

5 ) Maka sebenarnya hendaklah difahami , bahawa Imam Nawawi hanyalah menyatakan Hadis Muslim tersebut tidak menjadi ain dalil Berpuasa Rejab sahaja. Bukan Berpuasa Rejab tidak ada dalilnya.
Kedua-duanya adalah berbeza.
Ada lagi seorang hamba Allah mengatakan , tak betul huraian awak ini sebab Imam Nawawi tidak berkata Khusus berpuasa di bulan Rejab , sehingga boleh ditentukan Niat berpuasa Rejab secara khusus?.
Jawab: Kenapa Imam Nawawi mengatakan Ashlu Sawumi Mandubun ilaih?. Cuba pulak awak cernakan?.
Sila lihat pula Majmuk juzuk 6 ms 386: “Sebahagian dari puasa yang disunatkan , ialah Puasa dibulan-bulan Haram, Yaitu Zul Qa’dah , Zul Hujjah, Muharram dan REJAB”. Tammat.

Disini menunjjukkan Sunat Puasa Rejab dan adanya pengkhususan Puasa Rejab serta niat-niatnya.
Oleh yang demikian , setiap Muslim semestinya faham untuk membezakan diantara terdapatnya hadis-hadis maudhu’ dan dhaif yang menghikayatkan kelebihan berpuasa dibulan Rejab dengan ketiadaan dalil kelebihan berpuasa di bulan Rejab. Kedua-duanya perkara tersebut sebenarnya adalah perkara yang berlain-lainan.
Jangan terkeliru dan terpedaya dengan oceh-ocehan mereka yang tidak bertanggung jawab, yang mungkin kononnya terlalu asyik menjaga masyarakat agar tidak berpegang dengan hadis-hadis yang dusta terhadap Rasulullah s.a.w. Langsung terlajak menolak terus Sunat berpuasa dibulan Rejab.

Sebenarnya method mereka sama saja bila berhadapan dengan sebarang isu agama khususnya hukum-hukum agama yang telah maklum diketahui orang ramai. Mereka biasanya mencari-cari ruang yang boleh sedapat mungkin untuk dikritik habis-habisan fatwa-fatwa Ulamak Muktabar, mengikut kaedah mereka yang kebanyakannya adalah mengelirukan. Menghigh-lightkan cogan “Penilaian Semula fatwa-fatwa ulamak, jangan ikut saja buta tuli”, padahal dalam kebanyakan hal merekalah yang terlebih buta, terutama dalam konteks memahami ibarat-ibarat dan maksud kata-kata dari Para Ulamak. Wassalam .

Mengenai hadis –hadis yang selalu dipertikaikan oleh kebanyakan orang, dan dikatakan telah digunakan sebagai dalil puasa rejab oleh mazhab, boleh lah kita melihat komen dari Sheikh Ibnu Hajar al-Haitami dalam fatawa kubro beliau. Muka surat 46 juzuk 2 cetakan daarul kutob ilmiyyah:

و سئل نفع الله به عن حديث أن فى الجنة نهرا يقال له رجب ماؤه أشد بياضا من اللبن وأحلى من العسل من صام يوما من رجب سقاه الله من ذلك النهر ,وحديث : من صام يوما كل شهر الخميس والجمعة والسبت كتب له غبادة سبعمائة سنة و حديث مَن صام من رجب يوما كان كصيام سنة ومن صام منه سبعةَ أيّام غُلِّقت عنه أبواب جهنم . ومن صام منه ثمانيةَ أيام فُتِّحتْ أبوابُ الجنّةِ ، ومن صام منه عشرة أيام لم يسأل الله شيأ الا أعطاه الله اياه , ومن صام خمسة عشر يوما نادى مناد من السمأ قد غفر لك ما سلف فاستأنف العمل وقد بدلت سيِّئاتك حسنات . هل هى موضوعة أم لا؟. فأجاب بقوله : ليست موضوعة بل ضعيفة , فتجوز رواتها والعمل بها فالفضائل. قال الحافظ ابن حجر : فى الأول ليس فى اسناده من ينظر فى حاله سوى منصور الأسدى , وقد روى عنه جماعة لكن لم أر فيه تعديلا , و قد ذكره الذهبى وضعفه بهذا الحديث وقال فى الثانى له طرق بلفظ عبادة ستين سنة وهو أشبه ومخرجه أحسن و اسناده أشد من الضعف قريب من الحسن والثالث له طرق وشواهد ضعيفة يرتقى عن كونه موضوعا , والله أعلم .
RUJUKAN

09 May 2013

Jangan Lupa Diskusi Kitab Tauhid dan Perjumpaan NGO KISWAH Esok 11 Mei 2013





Assalamualaikum semua...



Semua dijemput untuk menghadiri:

Diskusi kitab: "Soal Jawab Yang Wajid Dalam Ilmu Tauhid Pegangan al Asyairah wal Maturidiah" karya Ustaz Hayat al Mawlawi dan Perjumpaan NGO Pertubuhan pengamal Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Malaysia (KISWAH)

Di Pusat Rawatan Islam KISWAH Terapi Ruqyah Syariyyah, Temerloh Pahang

20 APRIL 2013
Masa: 8 pagi - 12 Tengahari

Tentatif:

9 pagi: Pendaftaran dan pembelian buku.
9.30 pagi: Mula diskusi buku
11.00 pagi: Bacaan Mawlid Nabi SAW
11.30 pagi: Sambungan diskusi dan kesimpulan.
12.30 tengahari: Sambungan solawat dan wada'

REHAT

2.30 petang: PERJUMPAAN NGO KISWAH
4.30 petang: Solat Asar
Pembacaan kitab, Solawat dan Wada'

Yuran: FREEEE!!!! (makan tengahari sendiri - bebas) 
CUMA BAWA RM UNTUK BUKU iaitu lebih kurang RM20.

Golongan sasaran: 
Semua muslimin dan muslimat sekitar Temerloh dan ahli NGO KISWAH khususnya dari Temerloh, Bentong, Kuantan, Johor, Selangor, Perak dan tidak ketinggalan Kuala Kubu Baru...

Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...