**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

21 October 2014

Ahlan Wa Sahlan Ya Syahra Muharram 1436H dan Amalan Awal Muharram


Ahla wa Sahlan Ya Muharram al Haram.. 1 Muharram Tarikh Malaysia 25 Okt 2014


Assalamualaikum semua...

Warga KISWAH mengucapkan Salam Maal Hijrah kepada semua rakyat Malaysia umumnya dan semua ahli keluarga KISWAH serta para pesakit yang pernah berkunjung ke KISWAH khususnya...

Bulan Muharram adalah bulan yang mulia dan merupakan salah satu dari bulan haram...

Muharram adalah bulan yang agung dan setiap hari yang berlalu di dalam bulan ini mempunyai kelebihan dan tajalliyat dan berpuasa di dalam bulan ini adalah mustahab..; sunat.

Secara kebiasaannya, pada bulan ini para wali mendapat makam 'wilayah' kewalian dan paras syuhada' mendapat makam 'syahadah'.

Disunatkan kita membaca DOA AWAL DAN AKHIR TAHUN...
Sebelum Maghrib 1 Muharram dibacakan Doa Akhir Tahun.. Dan Selepas Maghrib kita membacakan Doa Akhir Tahun.







Di dalam bulan ini mengandungi haru yang amat mulia iaiatu hari Asyura.. Sabda Nabi saw: " Sesiapa yang berpuasa pada sepuluh hari pertama Muharram sehingga Asyura' maka dia akan mewarisi Jannatul Firdausil A'la" - Futuhat Haqqaniah. Berpuasa pada hari tersebut adalah sunnah muakkadah... Hendaklah kita mengapit puasa tersebut sehari sebelum atau selepasnya...


Hari Asyura' adalah hari kemenangan:

Dicipta dan dipilih Nabi Adam as

Diangkat Nabi Idris ke syurga

Bahtera Nabi Nuh berlabuh di Bukit Judi

Nabi Ibrahim dipilih sebagai KhalilullAH...

Dikembalikan kekuasaan Nabi Sulaiman

Disembuhkan Nabi Daud as

Dikeluarkan Nabi Yunus dari Huut.. Ikan Nun / Ikan paus selepas 40 hari

Dipertemukan Nabi Yaakub dan Nabi Yusuf selepas 40 tahun

Hari dilahirkan Nabi Isa dan diangkat ke langit

Nabi Muhammad saw berkahwin dengan Saidatina Khadijah ra

Hari Allah mencipta langit dan bumi

Hari Allah mencipta 'Qalam', Nabi Adam as, Hawwa'..... Semuanya pada hari Asyura...



Antara amalan yang diajar oleh guru kami sepanjang bulan ini adalah:


  • Maulana Sheikh asked us all to add to our daily Zikirs:
40 timesSalawat Tunjina
100 timesHasbuna Allah Rabbuna Allah
100 timesBismillah r- Rahman r- Rahim
100 timesIkhlas al Sharif
100 – 1000 timesSalawat al Sharif
  • For those uncertain, this is the Salawat Tunjina:







Selamat beramal.. Semoga tahun baru ini menambahkan CINTA kita kepada Allah.....

PENGERTIAN AWAL MUHARRAM

1)      MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah)
2)      Sebelum rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi.
3)       Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.
4)       Pada asasnya, Muharam membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91)
5)       Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan



PERISTIWA-PERISTIWA PENTING


1)       1 Muharam – Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah
2)       10 Muharam – Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran
3)        Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
·                      
·                     Nabi Adam bertaubat kepada Allah
·                     Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit
·                     Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan
·                     Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud
·                     Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa
·                     Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara
·                     Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah
·                     Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya
·                     Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam
·                     Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun
·                     Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah
·                     Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar
·                     Hari pertama Allah menciptakan alam
·                     Hari Pertama Allah menurunkan rahmat
·                     Hari pertama Allah menurunkan hujan
·                     Allah menjadikan ‘Arasy
·                     Allah menjadikan Luh Mahfuz
·                     Allah menjadikan alam
·                     Allah menjadikan Malaikat Jibril

·                     Nabi Isa diangkat ke langit

14 October 2014

Kuliah Tasawwuf; Kitab Penawar Bagi Hati Setiap Minggu Kedua dan Keempat Di Surau Al Falah; Surau Abi Kg Paya Pulai, Temerloh


Mari meramaikan "Taman Syurga"
Kuliah Tasawwuf; Kitab Penawar Bagi Hati Setiap Minggu Kedua dan Keempat Di Surau Al Falah; Surau Abi Kg Paya Pulai, Temerloh


Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!

09 October 2014

Diskusi Buku Rahsia Air Jampi Terbitan Kiswah Publishing House di Utusan Malaysia 10 Okt 2014



Assalamualaikum semua..


Buku Terbitan Kiswah publishing House 'Rahsia Air Jampi' di Ruangan Diskusi Buku Utusan Malaysia hari ini. Jumaat 10 Okt 2014. 




Boleh dapatkan di http://airjampi.com/



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...