**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

23 March 2015

Majlis Akikah dan Mawlid Di Rumah Ustaz Shuhaidi Mohamad Taman Tualang Pada 21 Mac 2015.


KISWAH 21 Mac 2015. Selepas bermawlid di majlis akikah anakanda Ustaz Shuhaidi M Hai Mohamad dan malam kenduri adinda beliau. Di Taman Tualang Mentakab.

18 March 2015

Akikah dan Mawlid di Rumah Cikgu Adib Haron Pada 14hb Mac 2015


Pertubuhan Pengamal Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Malaysia (KISWAH) dijemput untuk mengendalikan bacaan mawlid sempena majlis akikah ahli senior kami Cikgu Adib Kuantan... Pada 14 Mac 2015.

Terima kasih atas jemputan..

Ukhuwwah Fillah Syafaat Ke Syurga..

Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam!...






16 March 2015

Tuan Guru Haji Ahmad bin Shafie al Makki, Felda Ulu Jempol, Anak Murid Sheikh Yaasin al Fadani Meninggal Dunia 17 Mac 2015



Kenangan Semasa Ceramah Dan Khutbah Jumaat di Masjid Felda Ulu Jempol

Tuan Guru Sheikh Ahmad bin Shafie al Makki Ulu Jempol. Anak murid Sh Yaasin al Fadani meninggal dunia pagi tadi 17 Mac 2015.. inna lillah wa inna ilaihi rajiun , al fatihah.. 

http://www.rawatanislam2u.com/2013/08/ceramah-jumaat-rawatan-ruqyah-dan.html?m=1



09 March 2015

Sambutan Mawlidurrasul Di Masjid Syakirin Maran Pada 8 Mac 2015



8 Mac 2015. Syukur Ya Rabbi.. Diberi kesempatan untuk menghadiri majlis sambutan mawlidurrasul peringkat daerah maran yang berlangsung dengan meriahnya semalam.

Allahu Haq. Hidayah Seluruh Alam.

"Saya bertanya berkenaan tulisan jawi pada lambang negeri pahang.. Rupa2nya 'YA LATIF...' Wahai Yang Maha Berlemah Lembut. Sebenarnya nilah penyelesai kepada masalah tuan-tuan. Pergaduhan dan masalah di merata-rata..Maka kita pohon kepada Allah dengan berkat namanya Ya Latif.. semoga semuanya diselamat Allah. Bacalah 129 kali Ya Latif selepas Subuh setiap hari. " TG Us Hafiz Selamat semasa malam sambutan Mawlidurrasul Maran malam tadi.. {Berkat Negeri Pahang dengan lindungan Ya Latif.. Amin Ya Rabb. Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam! }











02 March 2015

Haul di Kg Tekal Pada 1 Mac 2015


Haul Kg Tekal 1 Mac 2015. Pelajaran hari ini: "Berusaha menggembirakan Rasulullah saw melalui amalan sunnah serta amal ibadah kita. Jadikan diri dan rumahtangga kita layak menggembirakan hati Rasulullah saw.." - Habib Kazim as Saggaf



Allahu Haq Hiadayah Seluruh Alam..

Majlis Mawlid Di Rumah Anakanda Muhammad Najib Taman Seri Kerinau 28 Feb 2015



Malam ni mawlid di rumah akhi Muhammad Najib. Semoga keluarga beliau dimurahkan rezeki , dipanjangkan umur, dielakkan sebarang musibah dan bahagia dunia akhirat berkat majlis yang penuh barakah ini. Mudah2an..



Memuntahkan Barang Sihir Dari Badan Pesakit. Surah Saad Ayat 77 dan 78


Surah Al Mukminum Ayat 115- 118 



dan:

A077




A078

Surah Saad Ayat 77 dan 78

Allah berfirman (Shaad:77-78): “Kalau demikian, keluarlah engkau dari syurga, kerana sesungguhnya engkau adalah makhluk yang direjam. Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknat-Ku terus menerus hingga ke hari kiamat.

Assaamualaikum!

Hmm .. cerita hari ni.. keluar objek hitam berketul2 melalui muntah. 4 bekas jugak. Baca ayat di atas sambil tepuk belakang pesakit secara sederhana.


Semoga lekas sembuh... "BismiLLAHis Syafie.. ALLAHumma syfie a'bdak.."

Dengan nama Allah yang Maha Menyembuhkan, Ya Allah Tolonglah Sembuhkan Hambamu Ini.




Menghapuskan Barang Sihir Dari Senjata Lama

"Assalamualaikum Semua"

Parang 'terbang' dan belati yang didakwa keluarga pesakit mempunyai unsur-unsur mistik sehingga berlakunya 'perkara-perkara misteri' di rumah mereka.. WALLAHU A'LAM.

Doa Shaykh Bahrawi Mesir untuk memusnahkan sihir:

"Allahumma Abtil Kulla Asharin Fi Hadidin, Aw Zahabin Aw Fiddatin"

"Ya Allah musnahkan setiap sihir yang terdapat menumpang pada besi, atau emas atau perak"







Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...