27 January 2014
Jemputan Sambutan Mawlidurrasul SAW Peringkat Temerloh Pada 28 Januari 2014
Assalamualaikum...
Sambutan mawlidurrasul saw peringkat daerah Temerloh. . Bersama mawlana Johari dan Ustaz Uwais al Qarani. Masjid Abu Bakar Mentakab 28hb Januari 2014.. Esok.. Sama2 kita meriahkan..
Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!
26 January 2014
Sambutan Mawlidurrasul di Masjid Kg Tebal 24 Januari 2014 Bersama Penaung NGO KISWAH; Mufti Pahang
Assalamualaikum semua!
NGO KISWAH Mawlidurrasul saw di kg tebal bersama mufti pahang.. qadhi maran, timb qadhi temerloh dan ustaz uwais al qarni.. pada 24hb jan 2014..
Labels:
berita,
Dato Mufti Pahang,
mawlid,
NGO KISWAH
Sambutan Mawlidurrasul Anjuran Maahad Tahfiz Furqan Ustaz Syukri di Masjid Kg Paya Pulai Batu 4 Pada 18 Januari 2014
Assalamualaikum semua..
Pada 18 Januari 2014 yang lalu NGO KISWAH telah dijemput oleh Masjid Paya Pulai dan Maahad Tahfiz Furqan Ustaz Syukri untuk menjayakan bacaan mawlid sempena mawlidurrasul
Kami diberi berkesempatan berqasidah bersama Ustaz Mat Nor Maahad Tahfiz Berhala Gantang dan kumpulan qasidahnya yang hebat.
Terima kasih daun keladi kepada penganjur khususnya Us Anuar Masjid Temerloh yang sudi menjemput kami.
Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!.
Labels:
berita,
mawlid,
NGO KISWAH
20 January 2014
Bermawlid di Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh (SMKT) pada 10 Januari 2014
Assalamualaikum semua..
Pada 10 Januari 2014 bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh, NGO Pertubuhan Pengamal Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Malaysia (KISWAH) yang bernaung di bawah Mufti Pahang telah diberi kesempatan untuk mengetuai pembacaan mawlid ad daibaie di sana.
Turut sama berselawat dan memberikan tausiyyah adalah Timb Qadhi Daerah Temerloh; Ustaz Amin Talib.
Terima kasih kepada semua warga SMKT atas jemputan dan layanan yang diberikan..
Semoga berjumpa lagi dalam majlis mawlid yang akan datang...
Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!..
Labels:
berita,
mawlid,
NGO KISWAH
19 January 2014
Sambutan Mawlidurrasul saw 1435 H Peringkat KISWAH pada 13 Januari 2014
Assalamualaikum semua..
Semenjak dua menjak ni agak sibuk sehingga tak sempat nak update blog ni..
Apapaun salam mawlidurrasul saw kepada semua..
Pada malam 12 RabiulAwwal bersamaan 13hb Januari 2014 yang lalu bertempat di KISWAH Temerloh, telah diadakan majlis mawlid yang gilang gemilang...
Majlis dimulakan dengan Solat Maghrib berjemaah dan adab2nya. Solat Isyak, Solat Tasbih dan Solat Syukur. Kemudian disusuli dengan zikir khatm khawajakan dan bacaan mawlid daibaie..
Terima kasih tidak terhingga kepada semua ahli keluarga NGO KISWAH yang sudi hadir dan bertungkus lumus menjayakan majlis pada kali ini.
Semoga Allah membalas jasa kalian semua lantas berhak mendapat syafaat kekasih Allah di akhirat nanti..
Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam...
Mubarak Ya RasulALLAH saw... !!!
Labels:
berita,
mawlid,
NGO KISWAH
08 January 2014
Majlis Akad Pembelian dan Penyerahan Kedai Makanan Sunnah Terbesar di Temerloh Oleh Pertubuhan Pengamal Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Malaysia (KISWAH) Pada 5 Januari 2014
Assalamualaikum semua..
Pada hari Ahad yang lalu bersamaan 5 Januari 2013, Pertububuhan Pengamal Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Malaysia (KISWAH) yang dinaungi Mufti Pahang telah membeli sebuah kedai borong makanan sunnah terbesar di Temeloh; Kedai Air Gau Enterprise.. Semuanya dengan izin Allah Rabbul Jalil jua.
Kedai tersebut terletak di no 14 Jalan Bahagia Makmur 8/1 iaitu jalan utama yang mengubungkan Jalan Bahagia dan Temerloh Jaya.
Sekarang kedai tersebut dikenali sebagai:
"KISWAH SHOPPE"
"Menjual dan Memborong Makanan Sunnah, Buku Agama dan Perlalatan Ibadah"
Waktu beroperasi adalah seperti berikut:
BUKA 7 HARI SEMINGGU:
9 Pagi - 9 Malam
Kecuali Khamis hanya dibuka pada shift siang - 9 pagi hingga 6.30 petang.
Waktu rehat: Setiap solat 5 waktu kerana pembantu kedai ke surau berdekatan.
Juga pada pukul 12.30 - 2.00 petang
7.00 malam - 8.00 malam
Petugas di KISWAH SHOPPE adalah Saudara Syarifuddin Syamsuddin
Semoga Usaha Ini Diterima Allah..
Pohon Doa Semua Khususnya Ahli KISWAH; Khususnya Yang Menyertai Projek Kali Ini.
Syukur ya Rabbi. Majlis akad pembelian dan penyerahan KEDAI AIR GAU ENTERPRISE; kedai borong makanan sunnah terbesar di temerloh oleh NGO KISWAH..
Allahu Haq!!! Hidayah Seluruh Alam!!!
Labels:
berita,
KISWAH SHOPPE,
NGO KISWAH
04 January 2014
Jemputan Sambutan Mawlidurrasul 1435H di KISWAH Temerloh 13 Januari 2014
Semua Dijemput Hadir.... |
13 Januari 2014 bersamaan Malam 12 Rabiul Awwal
Bertempat di Pusat Rawatan Islam KISWAH
Jemputan: Semua Ahli KISWAH dan Masyarakat Umum.
Tentatif:
Malam:
7.15: Solat Maghrib Berjemaah
Pembacaan kisah kelahiran Rasulullah
8.30: Solat Isyak Berjemaah
Khatam Khawajakan
Solat Tasbih
Pembacaan Maulid ad Daibaie
11.00: Jamuan
12.00: Bersurai
Kelebihan Menyambut Maulidurrasul saw Mengikut Khulafa’ ar Rasyidin
Berikut ini adalah beberapa perkataan 4 sahabat khulafa’ ar rashidin ridiyALLAHU anhum ajmaien yang menyentuh berkenaan kelebihan menyambut maulid nabi besar Muhammad sholallahu ‘alaihi wasalam:...
Saidina Abu Bakar ash-Shiddiq radiyALLAHU anhu:
Telah berkata Sayyidina Abu Bakar As-Shiddiq: “Barangsiapa yang menafkahkan satu dirham bagi menggalakkan sambutan Maulid Nabi saw., maka ia akan menjadi temanku di dalam syurga.”
Saidina Umar bin Khottob al-Faruq radiyALLAHU anhu:
Telah berkata Sayyidina ‘Umar: “Siapa yang membesarkan (memuliakan) majlis maulid Nabi saw. maka sesungguhnya ia telah menghidupkan Islam.”
Saidina Utsman bin ‘Affan Dzun-Nuraini radiyALLAHU anhu:
Telah berkata Sayyidina Utsman: “Siapa yang menafkahkan satu dirham untuk majlis sambutan maulid Nabi saw. maka seolah-olah ia menyaksikan peperangan Badar dan Hunain”
Telah berkata Saidina ‘Ali Karram ALLAHU wajhahu:
“Siapa yang membesarkan majlis maulid Nabi saw. dan karenanya diadakan majlis sambutan maulid, maka dia tidak akan keluar dari dunia melainkan dengan keimanan dan akan masuk ke dalam syurga tanpa hisab”.
(sumber dari kitab anni’matul kubro ‘alaa al-’aalam fii maulid sayyidii waladii aadam karya Imam Syihabuddin Ahmad ibnu Hajar al-Haitami as-Syafii
p/s: Jemputan Temerloh Bersolawat di Pusat Rawatan Islam KISWAH Temerloh Pahang Sempena Sambutan Maulidurrasul saw pada 13hb Januari 2014 Selepas Maghrib… Jumpa di sana…. www.rawatanislam2u.com.
Labels:
berita,
mawlid,
NGO KISWAH
Subscribe to:
Posts (Atom)