**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

29 August 2010

Jangan berdebat dan berbalah; nanti akan membakar imanmu!



Suatu hari Maulana Sheikh berkata:

" Jauhilah kamu akan perdebatan dan perkelahian. Sesungguhnya perkelahian, bercakap dengan orang yang ingin berdebat denganmu dan ingin berkelahi denganmu akan membakar imanmu.

Ini kerana kepanasan yang terhasil dari kemarahan yang berpunca dari berbicara dengan mereka akan membakar imanmu.

Oleh itu, sekiranya bercakap dan berjumpa mereka maka wajiblah kamu:


  • Wajib mandi; menyejukkan diri dari kepanasan tersebut
  • Bersihkan diri dengan cara berwuduk
  • Bertaubat
  • Banyakkan zikir dan selawat
  • Berazam untuk tidak berjumpa dengannya
Oleh itu elakkan dari bercakap dan berjumpa dengan mereka.

Allahu Haq!!! Hidayah Seluruh Alam!

27 August 2010

Jejak kasih: Pertemuan dgn Us Syarhan

Pertemuan yang sudah lama dinanti... saya tidak akan lupa jasa guru pertama yang memperkenal dan mendidik saya dalam perubatan Islam sejak tahun 2001

Ustaz Syarhan masih begitu... Walaupun beliau kini bergelar selebriti, perwatakkannya masih seperti mula2 saya mengenalinya lebih kurang 9 tahun dahulu.

Buku Perubatan Islam Menangkis Kejahatan Makhluk Halus Cetakan pertama 2004 Edisi Malaysia. Tulisan saya dan Us Syarhan

Perubatan Islam Menangkis Kejahatan Makhluk Halus 2005 Edisi Mesir. Mendapat kelulusan dan pengiktirafan panel penilaian Mahasiswa al Azhar dan pelajar2 Master Mesir PMRAM (MANHAL PMRAM). Berpuluh2 seminar telah diadakan di Mesir dan Syria menggunakan buku ini. Telah habis di pasaran. Isinya berlainan dengan edisi Malaysia dan pembetulan dari pihak MANHAL PMRAM.

Perubatan Islam Menangkis Kejahatan Makhluk Halus Kulit Baru Hingga kini...Isi masih sama dengan cetakan awal cuma kulit yang bertukar; menjadi mangsa cetak rompak....

Top Seller... Rangking pertama pesta buku 2010!!!

Assalamualaikum semua.. Di sini yang ingin mencoretkan kenangan manis bertemu dengan guru pertama saya di dalam perubatan Islam, Us Syarhan Syafie di Masjid Saidina Umar, Bukit Damansara, KL. Ustaz Syarhan menyatakan keinginan untuk berjumpa dengan saya melalui telefon sebaik sahaja saya muncul di dalam beberapa akhbar dan majalah tempatan baru2 ini.

Beliau melahirkan rasa berbangga dan mengucapkan tahniah kepada saya atas dakwah yang sekelumit cuma ini dan mengharapkan agar kami dapat berganding bahu berjuang mendaulatkan perubatan Islam di negara Malaysia yang tercinta ini, walaupun kami mempunyai pusat rawatan yang berlainan. Beliau memberikan motivasi kepada saya untuk terus mara menyebarkan dakwah ke serata Malaysia.

Dalam pertemuan ini juga, beliau mencadangkan agar saya menjadi penggantinya untuk satu episod dalam rancangan Tanyalah Ustaz; membincangkan tajuk khurafat. Namun, saya menolaknya dengan baik kerana bagi saya, bukan masanya lagi untuk saya muncul di media elektronik... :(

Beliau yang datang dengan Vellfire ny,a dengan disertai anak2 murid dan pembantu2 sanggup bersusah payah meninggalkan sesi rawatan di Sg Besi untuk bertemu dengan saya...

Antara yang kami perbincangkan adalah:

  1. Tentunya bertanya khabar akan keluarga dan perkembangan dakwah perubatan masing2. Maklumlah sudah 4 tahun tidak bertemu.
  2. Beliau melahirkan rasa sedihnya kerana kedapatan anak2 muridnya yang mengambil ijazah perubatan Islam menggunakan teknik ruqyah telah mencampur adukkannya dengan teknik2 lain sehingga menjejaskan ketulenan teknik rawatan yang telah sedia ada.
  3. Beliau berhasrat untuk mengumpulkan semua anak2 murid generasi kami; iaitu generasi paling awal untuk dihimpunkan semula dalam satu majlis khas.
  4. Cadangan saya untuk mengedit semula beberapa isi buku rawatan Islam yang mendatangkan kontroversi seperti isu kokka dan lain2 lagi.
  5. Kami membincangkan perkembangan buku rawatan Islam yang menjadi mangsa cetak rompak dan perkara ini dalam proses mahkamah. Us Syarhan mendakwa kerugian berpuluh2 ribu ringgi angkara penipuan ini.
  6. Hasrat Us Syarhan agar saya menulis buku seterusnya dengan gaya penyampaian yang sama seperti yang saya tulis dalam buku pertama. Ini akan saya istikharahkan. :)
  7. Menawarkan program bersama seperti seminar dan membincangkan isu2 perubatan Islam semasa , dsb.
dan beberapa perkara lain...

Perjumpaan yang sekejap cuma di Bukit Damansara ini, menggamit kenangan saya ketika masih bersama Us Syarhan dan Us Malek Darul Hikmah semasa masih di dalam Tobibi Team selama beberapa tahun lebih kurang 8 9 tahun yang dahulu. Masih segar dalam ingatan saya kami; Us Syarhan, Us Malek, Us Hadi dan saya sama2; satu kereta pergi merawat dan berdakwah dari daerah ke daerah semata2 ingin menyelamatkan masyarakat dari kesyirikan...

Sesungguhnya perjumpaan ini memutikkan bibit2 ukhuwwah antara kami yang selama ini hanya berhubung melalui telefon sahaja...

Sebenarnya satu ketika dahulu kami sangat rapat.. Ibarat tidur sebantal la.... Us Syarhan biasa tidur di rumah ibu bapa saya di Temerloh....

Diharap perjumpaan ini dapat membuang segala kekeruhan jika ada sebelum ini dan menyemarakkan lagi dakwah perubatan Islam menggunakan ruqyah syariyyah di negara ini.

Terima kasih guruku, Us Syarhan.Jasamu tetap dikenang....

Allah Haq!!! Hidayah Seluruh Alam!

25 August 2010

Jenis2 puasa


Hidupkan Sunnah di Bulan Mulia ini.


Darjat


Ulamak tasauf telah membahagikan puasa itu kepada 3 tingkatan. Tingkatan inilah yang membezakan nilai ibadat itu antara satu sama lain. Apa yang diberikan kepada Allah, maka sejumlah yang sesuailah Allah membalas kepadanya. Tingkatan dalam ibadah berpuasa adalah seperti berikut :

Puasa awam

Puasa awam ialah puasa yang diamalkan oleh kebanyakkan orang. Bolehlah dikatakan puasa orang awam. Puasa peringkat ini juga, boleh dinisbahkan dengan puasa golongan rendah. Mendapat ganjaran yang sedikit bagi mereka yang memilih untuk berpuasa pada takah ini. Malah, bolehlah disinonimkan dengan puasa kanak-kanak atau peringkat sekolah rendah.

Puasa ini hanya sekadar menahan dari lapar dan dahaga. Apa yang difikrkan ialah kelaparan dan kehausan. Mereka yang berada dalam golongan ini sekadar memikirkan hari-hari dalam bulan Ramadhan dan memenuhinya dengan juadah makanan. Apa yang hendak di makan ketika sahur. Apa yang hendak di makan ketika berbuka.

Orang dalam kumpulan ini akan sentiasa mencari menu dan mempelbagaikan resipi masakan setiap hari. Bahkan merekalah orang yang akan memenuhi bazaar Ramadhan, menziarahi dan mencari setiap ceruk tempat terletaknya bazaar Ramadhan kerana mencari kesempurnaan dalam makanan. Mereka menganggap bahawa Ramadhan adalah bulan syurga untuk makan-makan.

Tidak cukup dengan bazaar Ramadhan, bahkan disediakan pula rancangan-rancangan television tentang makan-makan. Siaran yang membicarakan tentang resipi-resipi makanan dengan menjemput artis-artis untuk menarik minat orang-orang kepada siaran tersebut dan menjebak kepada golongan puasa seperti ini.

Golongan puasa awam ini, adalah golongan yang akan membazir dengan membeli pelbagai juadah berpuasa. Golongan ini langsung tidak memerhatikan hikmah berpuasa iaitu untuk merasai situasi orang miskin. Bahkan sering menrobek perasaan orang miskin dengan barisan juadah yang tersedia setiap kali berbuka puasa. Malah, golongan ini tidak ambil pusing keadaan orang miskin disekelilingnya, sama ada ada rezki untuk berbuka atau pun tidak.

Golongan ini sentiasa memikirkan dan melihat jam. Mereka asyik menanti untuk berbuka puasa. Sungguh terkesan dengan kelaparan dan apa-apa yang mempengaruhi proses kelaparan tersebut, seperti hari yang panas dan sebagainya. Sentiasa mengira-ngira waktu, bilakah waktu berbuka. Dan mereka, jika berkumpul akan bertanya mahu berbuka dengan juadah apakah hari ini?

Golongan ini, ibadah bukan matlamat utama berada di dalam bulan Ramadhan. Mereka sering meninggalkan ibadah. Kurang tadarusnya, kurang solat nawafilnya, kurang qiyamulailnya, kurang doanya, kurang selawatnya, kurang infaqnya dan serba serbi kurang dalam hal ibadah. Tetapi sering berlebih-lebihan dalam hal nikamat. Berlebihan dalam berbuka puasa, berlebihan dalam berbelanja, berlebihan hendak menyambut sambutan raya seperti membeli perabot baru, pakaian baru, perhiasan baru dan banyak pula. Pakaian sebanyak 11 pasang dan mungkin lebih. Terkadang jarang sekali mereka bertarawikh kerana keletihan makan ketika berbuka puasa. Perut menjadi terlalu kenyang dengan air dan makanan, menjadikan mereka kelemasan dan membuat keputusan untuk tidur sahaja. Maka, tinggalkah ibadat yang sepatutnya yang mereka utamakan.

Di antara tanda awal untuk mengenali kumpulan ini, ada beberapa cara. Cara yang pertama ialah mereka mengeluh dengan ketibaan Ramadhan kerana merasa Ramadhan menyekat kebebasan mereka. Kebebasan untuk makan dan minum dan kebebasan untuk melakukan maksiat. Yang kedua, mereka akan mengungkapkan kalimah “ makanlah banyak-banyak besok sudah Ramadhan “. Seolah-olahnya Ramadhan telah menyebabkan mereka sudah tidak boleh makan.

Cara yang lain untuk mengetahui golongan ini ialah, mereka orang yang terlalu ghairah dengan pemergian Ramadhan. Terlalu teruja dengan sambutan Hari Raya. Malah berasa seronok dengan pemergian Ramadhan kerana mereka sudah tidak perlu
berpuasa lagi. Mereka mengganggap perintah berpuasa ada perkara yang melecehkan.

Jika kita mendapati sintom-sintom ini wujud di dalam diri kita, ketahuilah kita tergolongan dalam kelompok ini. Berusahalah untuk memperbaiki diri kita!

Rasulullah bersabda : (( Berapa banyak orang berpuasa, tetapi tidak mendapat apa-apa melainkan lapar dan dahaga ))

Puasa Khusus


Puasa dari jenis kelompok ini merupa puasa yang lebih tinggi dari takah yang pertama tadi. Malah puasa ini lebih bermakna dan membawa erti. Bolehlah kita bandingkan puasa jenis ini dengan sekolah menengah. Sudah tentu ada perbezaan antara sekolah rendah dan sekolah menengah. Silibus yang sudah tinggi, pemahaman yang lebih luas dan pemikiran yang lebih kritis.

Puasa khusus ini membawa maksud selain dari menahan anggotanya daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa, golongan ini juga menahan anggotanya daripada melakukan maksiat, perkara yang sia-sia dan tiada manafaatnya kepada akhirat.

Rasulullah bersabda : (( Lima perkara yang membatalkan puasa ialah berdusta, mengumpat, mengadu domba, bersumpah dengan sumpah yang dusta dan memandang dengan syahwat.))

Rasul bersabda lagi : (( Bahawasanya puasa merupakan perisai. Apabila seseorang kamu berpuasa maka janganlah kamu melakukan sesuatu yang sia-sia, dan janganlah melakukan perbuatan orang yang jahil. Jika ada seseorang yang ingin membunuhnya atau memakinya, maka katakanlah kepadanya : Sesungguhnya aku berpuas, sesungguhnya aku berpuasa.))

Sabda Rasul : (( Apabila kamu berpuasa, maka hendaklah turut berpuasa pendengaranmu, penglihatanmu dan lidahmu daripada bercakap dustadan haram, dan tinggalkan daripada menyakiti jiran. Hendaklah kamu bersikap tenteram dan tenang pada hari kamu berpuasa dan janganlah kamu menjadikan hari kamu berpuasa dan tidak berpuasa sama sahaja.))

Kelompok ini, puasa mereka bukannya lagi tertumpu kepada lapar dan dahaga. Syahwat mereka kepada makanan dan minuman serta kepada perkara-perkara nikmat, sudah dapat ditundukkan. Kesemuanya berada dibawah kaki mereka. Iaitu perkara tersebut bukanlah perkara yang besar dalam hidup mereka. Tumpuan mereka ialah beribadat kepada Allah.

Apa yang besar kepada mereka ialah bagaimana dapat mendekat diri kepada Allah. Jesteru ibadah berpuasa dapat memberi makna dan impak kepada mereka apabila mereka dapat menyekat anggota badan yang lain, daripada terjebak kepada kebobrokan nafsu dan maksiat. Mereka dapat menyekat mata mereka dari melihat yang mungkar. Mereka dapat menyekat telinga mereka dari mendengar yang mungkar. Mereka dapat menyekat hidung dari membau yang mungkar. Mereka dapat menyekat mulut mereka dari memasukkan sesuatu atau bercakap sesuatu yang mungkar. Mereka dapat menyekat tangan mereka daripada melakukan sesuatu yang mungkar. Mereka dapat menyekat kaki mereka dari pergi ke tempat yang mungkar.

Bila semua anggota zahir terjaga daripada sebarang mungkar, kesannya ialah membersihkan jiwa dan sanubari sehingga dapat menerima cahaya yang berbentuk qabad atau pun basat. Inilah yang amat dikehendaki dari tujuan berpuasa sehingga rasul bersabda : (( Bukanlah puasa itu hanya menahan diri dari makan dan minum tetapi puasa ialah menahan diri dari perkara yang sia-sia dan keji.))

Untuk mengenal golongan ini ialah, mereka terlalu gembira dengan ketibaan Ramadhan, kerana Ramadhan akan menjadikan mereka benar-benar dekat dengan Allah sehingga mereka beroleh taqwa. Mereka menyambut Ramadhan sebelum tiba Ramadhan. Mereka sudah berpuasa dalam bulan syaaban lagi. Sudah membaca al Quran dengan banyaknya sebelum Ramadhan. Dengan harapan, bila masuk Ramadhan, mereka akan memecut dengan selaju-lajunya dengan amalan yang bertali arus.

Mereka menyambutnya dengan mengadakan majlis ketibaan Ramadhan, yang dipenuhi dengan tazkiran dan tausiyah. Dihangatkan dengan kata-kata peransang agar dapat membangkitkan keghairahan terhadap berpesta amal di dalam bulan Ramadhan.

Antara tanda golongan ini, mereka akan menyibukkan diri mereka dengan amalan yang mentaqarrubkan diri mereka kepada Allah. Mereka akan memperbanyakkan tadarus, qiyamulail, bersedekah dan sebagainya. Kalau sebelum ini, kerap ke kedai kopi, dalam Ramadhan kerap ke masjid. Kalau sebelum ini, kerap berbual kosong, dalam Ramadhan kerap membaca al Quran.

Golongan ini, akan terlalu rindu dan menanti-nanti akan Lailatul Qadar. Mereka sanggup mengorbankan masa mereka untuk beri’tikaf di masjid semata-mata untuk menghadapi malam Lailatul Qadar.

Untuk memastikan kita tergolong dalam kumpulan ini, ulamak menyenaraikan 7 perkara yang mesti dilakukan. Perkara-perkara itu adalah seperrti berikut :

1. Memejamkan kedua-dua mata dengan tujuan menegah dari melihat yang haram yang mengganggu hatinya dari mengingati Allah.

2. Memelihara lidah dari menyebut dan berkata yang haram. Berbual yang sia-sia dan memakan makanan yang syubhat.

3. Menjaga telinga dari mendengar yang makruh, haram dan sia-sia.

4. Menjaga tangan, kaki dan anggota yang lain dari melakukan perkara yang makruh, haram dan sia-sia.

5. Menjaga perutnya ketika berbuka puasa daripada memakan makanan yang haram dan syubhat.

6. Tidak terlalu memenuhkan perutnya dengan makanan yang halal ketika berbuka.

Rasul bersabda : (( Tidak memenuhi anak Adam suatu tempat yang lebih buruk daripada memenuhi perutnya dengan sesuatu yang halal.))
7. Sentiasa merasa khauf dan raja’ setelah berbuka puasa.

Puasa bagi golongan khawas ini, ialah puasa bagi orang-orang solih. Sesiapa yang berusaha untuk meningkat maqam puasanya kepada jenis ini, maka perlulah ia meninggalkan segala bentuk kemaksiatan dan memperbanyakkan amalan.

Puasa khawasul khawas

Ini adalah puasa, peringkat tertinggi. Malah, puasa dari kelompok ini adalah puasa bagi golongan arifin. Bolehlah juga kita bandingkan puasa kumpulan ini, adalah bagi jenis universiti. Kalau tadi sudah dijelaskan peringkat sekolah rendah dan menengah. Pastinya peringkat universiti adalah yang terbaik. Dengan kefahaman yang jelas. Ilmu yang banyak. Berfikiran kritikal dan sentiasa bermotivasi. Mempunyai lonjakan kendiri dan jati diri yang mantap.

Sudah tentulah banyak perbezaan antara sekolah rendah dengan sekolah menengah. Perbandingan antara langit dan bumi bagi sekolah rendah dengan universiti pula. Begitulah juga analoginya, puasa golongan awam sudah tentu berbeza dengan kumpulan khawasul khawas. Malah terlalu jauh perbandingannya.

Puasa khawasul khawas ialah membawa maksud golongan yang menahan hatinya dari keinginan dan keasyikan terhadap dunia. Mereka mengosongkan hati mereka dari perkara selain Allah Taala dan sentiasa syuhud ( menyaksikan ) kepada Allah Taala. Mereka mengganggap terbatal puasa mereka dengan memikirkan perkara selain Allah Taala dan akhirat.

Golongan ini sebenarnya sudah lama berpuasa. Sama ada Ramadhan atau bukan Ramadhan. Setiap hari mereka berpuasa. Mereka sentiasa lapar dan jarang merasa kenyang. Malah mereka banyak menghabiskan usia mereka dengan beribadah, bahkan mereka beristiqamah. Jesteru, sama ada Ramadhan atau tidak Ramadhan, sedikitpun tidak mengurangi apa-apa, kerana ianya sudah menjadi rutin mereka.

Oleh sebab itulah, puasa peringkat mereka ini, bukanlah memikirkan tentang lapar dan dahaga. Bukannya menjaga anggota badan dan memperbanyakkan ibadah, tetapi mereka meningkatkan nilai puasa mereka dengan keperluan hati pula.

Mereka hanya mahu hati yang tidak lagi berpaling dari mengingati Allah. Tingkat puasa takah ini bukan tekak dan anggota tetapi adalah hati. Hati mereka yang berpuasa atau menahan dari memikirkan selain dari Allah. Hati tidak terikat dengan keperluan dunia, bahkan mereka menyampaikan diri mereka kepada tauhid yang sebenar. Pada tawakkal dan pada pergantungan. Jesteru hati yang sedetiknya masih memikirkan selain Allah, maka batallah puasa mereka.

Ulamak sufi ada menyatakan : “ Sesiapa yang tergerak keinginannya pada siang harinya ( bulan Ramadhan )untuk menentukan apa yang akan dijadikan juadah berbuka puasa, nescaya ditulis baginya satu dosa.”

Orang seperti ini dikira berdosa kerana kurang kepercayaannya terhadap anugerah dan sifat Allah yang Maha Pemurah dalam memberikan rezeki serta kurang keyakinannya terhadap rezeki yang telah dijanjikan oleh Allah Taala ke atasnya.

Puasa peringkat ini merupakan puasa martabat anbiya, siddiqin, arifin dan auliya Allah. Ini adalah terhasil kerana, keinginan mereka hanyalah kepada Allah semata-mata dan hati mereka berpaling dari selain Allah.

Antara buktinya ialah kejadian Nabi Musa di Bukit Thur Sina. Nabi Musa a.s sudah berada di puncak selama 40 hari tanpa membawa bekalan makanan dan minuman pun. Selama itu jugalah Nabi Musa a.s berpuasa sehingga pengikutnya menyangka Nabi Musa sudah wafat, kerana tidak mungkin orang akan mampu bertahan tanpa makan dan minuman selama itu. Oleh kerana, orang yang berperingkat awam sentiasa memikirkan diri para nabi itu seperti mereka, maka mereka telah menafikan kebolehan dan kekuatan untuk bertahan kepada hajat duniawi.

Golongan ini juga sebenarnya termasuk dari firman Allah :

(( Katakanlah kepada mereka : Allah jualah. Kemudian biarkanlah mereka leka bermain-main dalam kesesatan.))

Sebahagian ulamak berkata : Berapa ramai di kalangan orang yang berpuasa sebenarnya tidak berpuasa dan berapa ramai dikalangan oranga yang tidak berpuasa, berpuasa sebenarnya.

Kumpulan bertakah ini, puasa mereka dari mengingati selain Allah. Maka hari raya mereka pula ialah bertemu dengan Allah.Kegembiraan dan kejayaan yang haqiqi ialah kegembiraan pertemuan dan melihat Zat Allah. Setelah mereka bermujahadah dan bersusah payah dalam puasa jenis ini maka ia dapat apa yang ia telah berikan.

Jika puasa awam kerana lapar dan dahaga, maka Allah membalasnya dengan kegembiraan makan dan minum. Jika puasa khawas kerana menjaga anggota badannya dan taat beribadat kepada Allah, maka Allah membalasnya dengan syurga dan membebaskannya dari api nereka. Manakala, puasa khawasul khawas pula berpuasa dari mengingati selain Allah kerana cintakan Allah, maka Allah membalasnya dengan pertemuan dengan mereka di dalam syurga.

“ Orang yang berpuasa dalam kalangan ahli khawas puasa mereka ialah menjaga lisan daripada berdusta “

“ Orang arif dan ahlil Uns ( orang yang berjinak dan bermesraan dengan tuhannya ), puasa mereka dengan menjaga hati dari perkara-perkara yang melalaikan, kekotoran dan sebarang hijab dari tuhannya.”

Begitulah syair yang dinyantikan oleh kumpulan bertakah ini. Bagi ahli arifin, tidak ada satu singgahsana yang dapat menggembirakannya selain melihat Allah dan tidak ada suatu sungai yang dapat menghilangkan dahaganya melainkan dapat bermusyahadah Allah. Ini adalah kerana, keinginan mereka adalah lebih besar daripada semua perkara tersebut.

Sebuah lagi syair yang menunjukkan perihal itu adalah seperti berikut :

“ Sesungguhnya aku telah berpuasa dari segala kelazatan dunia ini sepanjang hidupku.”

“ Dan hari pertemuan denganMu adalah hari raya bagi puasaku.”

Seseorang telah bermimpi bertemu dengan Bisyr al Hafi di dalam tidurnya. Maka beliau ditanya akan keadaannya, lalu beliau menjawab: “Allah mengetahui tentang keinginanku yang sedikit terhadap makanan, maka Allah mengizinkan aku melihat Zatnya.”

Allah telah berfirman :

(( Sesiapa yang percaya akan pertemuannya dengan Allah ( untuk menerima balasan ), maka sesungguhnya masa yang ditetapkan oleh Allah itu akan tiba ( dengan tidak syak lagi ).))

Saranan

Berapakah umur kalian sekarang ini? 20 tahun? 30 tahun?40 tahun?50 tahun atau lebih. Kalian berada di takah mana dalam amal berpuasa kalian. Ditakah awamkah? Ditakah khawaskah? Atau ditakah khawasul khawas?

Jika umur kalian 20 tahun atau lebih, apakah itu yang terbaik dalam amal puasa yang kalian boleh lakukan? Apakah ada peningkatan dalam puasa kalian saban tahun. Atau kalian hanya rasa sudah cukup untuk berteleku dinilai takah puasa kalian.

Rasulullah ada bersabda, bahawa orang mukmin itu hari ini lebih baik dari semalam. Dan esok lebih baik dari hari ini. Jika tidak, mereka termasuk dari golongan yang rugi.

Apakah kita dianggap muslim yang baik jika tiada nilai tambah setiap tahun bagi amalan berpuasa kita. Yang begitu, begitulah juga setiap tahun. Tiada niat untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya. Oleh kerana itulah, puasa tiada dapat membantu menjadikan kita seorang muslim yang baik.

Ada dua kumpulan yang ternyata amat rugi. Kumpulan itu ialah :

1. Puasa seorang ayah atau ibu sama nilai dengan puasa anaknya. Sang anak merengek lapar dan begitu juga sang ayah yang asyik merengek lapar dan asyik memerhatikan jam untuk menanti waktu berbuka puasa. Boleh tahan juga, apabila si ayah sama bernafsu macam anaknya apabila berjuadah makanan. Anak merengek nak makan kfc, begitu jugalah ayah, malah si ayah lebih teruk lagi kerana dialah membeli dengan banyaknya. Manakala si anak tiada kemampuan untuk membeli. Si ayah berlumba dengan si ayah siapa yang terlebih dahulu duduk di hadapan juadah dan terjelir-jelir lidah mengecur. Si ayah dan si anak sama kuat tidur di bulan Ramadhan kerana tidak tertahan-tahan dek kelaparan.

2. Puasa seorang alim sama dengan puasa seorang yang jahil. Seorang ustaz pun penuh keasyikan dengan pesta juadah. Sama kuatnya membeli makanan dengan anak muridnya. Sama kuat sedikit infaqnya. Sama kuat malasnya untuk beribadah.

Jadi apakah bezanya antara kedua-duanya sedangkan ternyata umur dan ilmu mereka berbeza. Tetapi nilai puasa mereka sama. Cukuplah analogi di awal tadi menceritakan betapa rugi, bodoh, jahilnya mereka sehingga langsung puasa tidak memberi kesan yang sepatutnya kepada diri mereka. Tunjukkanlah kematangan kita dalam beribadah dengan menambah baik nilai amal kita. Janganlah yang membezakan kita hanya dari sudut angka umur dan tinggi tingkat belajar kita tapi sama dengan anak-anak kecil dari kawalan nafsu kita. Berusahalah untuk mencapai taraf kemajuan. Puasa akan menjadikan seseorang itu maju bukannya kemunduran.

Saksikanlah dengan berjalan di atas muka bumi dengan apa yang Allah telah lakukan terhadap bangsa yang mendahulukan nafsu mereka berbanding matlamat ibadah yang Allah tetapkan.

….

“ Soalannya ialah banyak-banyak, kadang-kadang, jarang-jarang?” ahli nujum Pasai melontar soalan.

Sultan Shahrul Nizam mencebik kepada nujum negara untuk menjawab soalan. Kalau tidak pasti negara akan tergadai.

“ Jawapannya ialah…..”ahli nujum negara menjawab.

Begitulah juga kepada darjat orang berpuasa. Puasa awam, banyak-banyak. Puasa khawas, hanya terdapat kadang-kadang orang memilikinya. Puasa khawasul khawas, sungguh jarang sekali orang memilikinya.

Cubalah kita semua menjawab dengan memuhasabah diri, takah sebenar kita berada. Jika kita masih menipu maka kita termasuk dalam kumpulan orang yang nabi telah bersabda :

(( Bahawa Nabi menaiki mimbar lalu berkata : Amin! Amin! Amin! Ditanya kepada baginda : Wahai Rasulullah ! Sesungguhnya kamu menaiki mimbar, maka kamu berkata : amin,amin, amin? Kata baginda : Sesungguhnya Jibril telah datang kepadaku , maka dia berkata : Sesiapa yang berkesempatan mendapat Ramadhan, tetapi tidak diampunkan dosa baginya, maka dia masuk ke dalam neraka dan Allah menjauhkannya ( dari rahmatnya ). Katakanlah wahai Muhammad : amin. Maka aku berkata : Amin….))

Berkata Sai’d daripada Qatadah :

(( Sesiapa yang tidak diampunkan pada bulan Ramadhan, maka tidak akan di ampun baginya pada bulan yang lain .)).

Wahai awan kelalaian dihati! Berlalulah. Wahai matahari ketaqwaan dan keimanan! Terbitlah. Wahai suratan amalan orang-orang yang soleh ! Terangkatlah.Wahai hati yang sedang berpuasa! Khusyuklah. Wahai kaki-kaki orang yang bermujahadah! Sujudlah. Wahai mata-mata orang yang bertahajud! Bangunlah. Wahai dosa-dosa orang yang bertaubat! Ampunkanlah. Wahai hawa nafsu yang membumi! Sekatlah air liurmu. Wahai nafsu yang melangit! Gugurlah. Wahai kilat kerinduan kepada yang dirindui! Wahai lintasan ahli arifin! Terpancarlah. Wahai Syazilie ! bergembiralah. Wahai Syazilie! Hadirlah. Wahai Syazilie! Dengarilah.

Sesungguhnya telah berpanjanganlah hari-hari hidangan nikmat bagi orang-orang yang berpuasa. Maka tidaklah kalian melainkan orang yang diseru :
(( Wahai Kaum kami ! Sahutlah ( seruan ) Rasul ( Nabi Muhammad ) yang mengajak ke jalan Allah.))

Penghargaan: Sh Shahrul Rizal: http://www.syeikh-husna.blogspot.com/

Hidupkan Ramadhan...




Rasul bersabda : (( Tidur orang yang berpuasa adalah ibadah, diamnya adalah tasbih, doanya adalah mustajab dan amalannya dilipat kali gandakan ( pahalanya )
….

“ Jika kamu berpuasa, segala doa kamu akan dimakbulkan oleh Allah “

“ Khususnya kamu yang akan ambil peperiksaan pada tahun ini.”

“ Perkara ini telah diberitahu oleh junjungan kita iaitu : ((Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika berbuka mempunyai doa-doa yang tidak ditolak ))”

“ Jesteru, perbanyakkanlah berpuasa. Dan itu pun jika kamu benar-benar berpuasa dengan sebenar-benar erti berpuasa.” Aku memberi nasihat kepada anak muridku diawal Ramadhan yang lalu di dalam kelas.

…..

Dia kembali ke wilayahnya.

Sudah lama dia menahan kelaparan. Sudah hampir 30 hari. Dia hanya berpuasa. Menahan lapar adalah suatu tuntutan dalam jalannya. Jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah. Selama itu jugalah dia tidak memasukkan sesuatu pun makanan ke dalam perutnya.

Apa yang dia lakukan hanya Cuma beribadah. Dengan jalan menahan lapar, tumpuan kepada beribadah akan lebih terfokus. Tenaga akan lebih banyak digunakan untuk beribadah. Jika tidak berlapar, tenaga akan banyak digunakan kepada perut. Lebih banyak tenaga akan digunakan dalam proses penghadaman. Selepas itu, keletihan akan membungkam dan kemalasan untuk beribadah lebih terserlah. Jesteru, di dalam jalannya, dia perlu lebih banyak berpuasa.

Tetapi, hari itu lain. Sudah 30 hari ia cukup berlapar. Rasanya inilah waktu yang paling sesuai untuk menikmati makanan. Maka, dia merancang untuk keluar dari wilayah suluknya bersama dunia manusia yang lain. Setelah tekadnya, dia pun bergerak pergi Ain Syarwan. Kawasan mewah yang dipenuhi manusia kaya. Mungkin disitu ada rezeki untuknya.

Perjalanan itu memakan masa.Orang miskin sepertinya sudah tentu hanya berjalan kaki. Tiada tunggangan yang boleh meringankan perjalanan. Tapi, ada baiknya menjadi golongan marhaen. Mampu untuk bertemu dengan pelbagai lapisan masyarakat dan memahami mereka.

Sampai di Ain Syarwan, segera dia melihat-lihat jika ada rezeki buatnya. Mundar mandir sepanjanga jambatan yang menjadi kekaguman masyarakat disana. Ketika dia berjalan disekitar itulah akhirnya dia mengungkapkan :

“ Aku berjalan di Ain Syarwan, sekadar untuk mencari makanan setelah aku berlapar selama 30 hari. Sepanjang perjalanan aku bertemu hampir 30 wali yang lain yang mencari makanan seperti aku. Aku bertanya kepada mereka, sudah berapa lama mereka berlapar. Mereka menjawab 60 hari. Aku lantas balik ke tempat sulukku.”

Kepulangannya ialah merasakan tidak patut untuk merasa kenyang sedangkan ada diantara orang sepertinya yang masih berlapar. Malah mereka lebih lama berlapar daripadanya. Jadi, dia mengambil nekad untuk memberi peluang kepada mereka untuk mengambil rezeki dan dia kembali ke wilayahnya, meneruskan laparnya untuk 30 hari lagi.

• Dia di dalam cerita tersebut ialah Syaikh Abdul Qadir al Jailanie.
………..

Dia akan terus berpuasa

Setelah 25 tahun dia bersendirian untuk mengapai sebuah makrifat dan kecintaan, dia kembali ke pangkuan manusia. Kepulangannya bukan lagi kosong. Tetapi medannya sudah berubah. Sebelum ini medannya adalah mujahadah, peperangan untuk menundukkan keegoan, keakuan agar dia beroleh kerapatan dengan kekasihnya. Kini medannya ialah membawa manusia kembali berkongsi kasih dengan tuhannya.

Dia kembali dengan membina madrasah setelah pengajiannya telah menembusi hati-hati yang rindu. Ramailah yang datang ingin mendengar ayat-ayat cinta dari sahibul bisyarat ilahiyyah. Ramailah yang memujanya dan ingin menjadi sepertinya. Ramailah yang bersuhbah dengannya agar menjadi pencinta sepertinya. Berbondonglah manusia hadir tunduk menjadi muridnya sebagai salik mencari kekasihnya.

“ Panggilkan anak saya “ seorang bapa memerintahkan pelajar yang lain agar memanggil anaknya .

“ Baiklah “ pelajar yang diperintah itu pun menjawab mudah.

Itulah kasih sayang ibubapa dengan susah payah datang dari jauh demi melihat keadaan anaknya. Entah baik, entah tidak. Bila meninggalkan anak di madrasah yang gah namanya, tentu kebajikan anaknya akan lebih terjaga dan terjamin.

“ Assalamualaikum ayah” anaknya menyapa ayahnya.

“ Alaikumussalam!!” ibu dan ayah pelajar itu menjawab salam dan terkejut.

“ Engkaukah anak aku? “ ibunya menyerkap.

“ Ya ibu! Ibu sudah tidak kenal saya lagi ke? “ anaknya tergamam.

“ Ibu tinggalkan engkau disini dalam keadaan sihat, mengapa sekarang engkau begitu kurus?” Ibunya masih terpinga.

“ Guru engkau tidak memberi engkau makan ke ? “ bapanya pula menyoal dalam keadaan geram.

“ Tidak ayah ! saya di sini hanya berpuasa.” Anaknya menjawab.

“ Sampai begini kurus?” ayahnya masih bernada tidak puas hati.

“ Setiap hari ayah.”

“ Kalau begini, mari kita jumpa tuan guru kamu “ ajak ayahnya.

Bergeraklah mereka bertiga menuju ke rumah guru anaknya. Tuan Guru anaknya bukan sebarangan orang. Sudah mahsyur dicicip mulut kalangan manusia, kehebatan tuan guru anaknya. Akhlaknya yang luar biasa. Keilmuan yang tiada tandingnya. Jika dia menghamburkan kalamnya,maka berjurailah air mata dari takungannya. Hati menyentak – nyentak kerinduan kepada khaliq. Akhirnya tersembam menyembah ke bumi menyujud kepada Yang Berkuasa.

Tidak mungkinlah tuan guru tersebut akan mendera anaknya sehingga menjadi kurus. Membiarkannya berpuasa tanpa henti saban hari. Hati ibu mana yang tidak tersentuh melihat keadaan anak yang sedemikian rupa. Ayah mana yang tidak akan menyinga melihat anak kesayangannya berubah fizikalnya sedangkan ia menatangnya.

“ Kami ingin berjumpa dengan tuan guru” bapa si anak tersebut membuat tuntutan kepada khadam tuan guru.

“ Silakan masuk “ Khadam tuan guru menjemput.

Alangkah terkejutnya kedua ibu bapa tersebut apabila melihat tuan guru anaknya sedang menjamah ayam sedangkan anaknya kelaparan. Hati yang tadi geram dipujuk untuk sedikit sejuk, kembali meriakkan kemarahan.

“ Tuan guru boleh menjamah ayam sedangkan anak saya tuan guru suruh berpuasa setiap hari.”

“ Sehingga anak saya dari gemuk menjadi kurus”

“ Apakah tuan guru tidak rasa bersalah ?” sibapa bertindak berkat-kata mengungkapkan rasa tidak berpuas hati terhadap tuan guru.

Kemudian ditambah dengan kata siibu pula. Sedangkan tuan guru hanya menatap wajah kedua ibubapa tersebut dan mendengar dengan teliti. Jiwa yang tengah marah ibarat air sungai yang menderu deras. Jika ditahan maka bahlah ia. Jesteru dibiarkan sahaja. Bila ia melesu barulah tuan guru bertindak.

“ Ermmm…maafkan saya ya ! “ bicara tuan guru sambil mengumpulkan tulang-tulang ayam tersebut disudut sisi dulang. Di ambil tulang yang terpicis kecil dan dikumpulkan bersama tulang yang lain. Si khadam datang membasuhkan tangan gurunya. Kemudian barulah gurunya berdiri dan memandang tepat pada wajah tetamunya.

“ Maafkan saya. Boleh saya solat dua rakaat dahulu.” Pinta tuan guru.

Tindakan tuan guru itu cukup membingungkan. Jika manusia yang lain, apabila dihamburkan kata-kata tegas begitu, sudah tentu akan mengundang reaksi. Namun, tuan guru tetap tenang malah memohon izin untuk bersolat pula.

Tuan guru pun bersolat. Kedua ibubapa tersebut masih terpinga-pinga tetapi mereka masih boleh bersabar untuk menunggu jawapan dari tuan guru. Usai bersolat, tuan guru menadah tangannya. Dia berdoa kuat. Ibubapa tersebut mendengar dengan baik setiap kalimah yang terpacul dari mulut tuan guru.

“ Ya Allah, dengan kekuasaanMu, aku bermohon agar tulang yang terkumpul itu Engkau jadikanlah ia semua ayam seperti mana yang telah Engkau tunjukkan kepada Nabi Ibrahim a.s” pohon tuan guru dalam doanya.

Setiap mata tertumpu tajam kepada tulang temulang yang berkumpul di atas dulang, apabila masing-masing mendengar doa tuan guru. Tiba-tiba tulang tersebut merubah menjadi seekor ayam dan hidup kembali. Ayam tersebut berkokok dihadapan semua yang memandangnya. Kemudian tuan guru tersenyum dan hadir dihadapan ibubapa tersebut.

“ Sekarang saya mahu anak tuan, puan pula bersolat dan bermohon kepada Allah agar ayam tersebut kembali menjadi tulang.” Tuan guru pula mengarahkan.

Arahan tersebut dipatuhi oleh anak muridnya. Dia mengambil posisi untuk bersolat. Kemudian dia cuba untuk khusyuk di dalam solat, lantas berdoa seperti gurunya apabila selesai bersolat. Namun, ayam tersebut masih tetap begitu. Tetap berada diatas meja dan tidak merubah menjadi tulang. Diulang sekali lagi doanya, dengan harapan ayam itu kembali kepada asalnya. Namun, tindakan itu sia-sia sahaja.

Tuan guru tersenyum melihat keadaan itu.

“ Beginilah tuan dan puan. Selagi anak tuan puan tidak boleh menjadikan ayam tersebut kembali menjadi tulang dengan doanya, selagi itulah anak tuan puan akan terus berpuasa.”

Terdiam ibubapa pelajar tersebut melihat keadaan luar biasa di dalam rumah tuan guru. Itulah pengajaran yang boleh diambil, serahkan urusan untuk mendidik sepenuhnya kepada tuan guru seperti menyerahkan urusan jenazah kepada pemandinya.

• Tuan guru yang dimaksudkan diatas ialah Syaikh Abdul Qadir al Jailanie.

• Kedua-dua kisah ini diambil dari manaqib Syaikh Abdul Qadir al Jailanie.
…..

“ Bila kamu berpuasa, janganlah kamu memanggil kawan kamu dengan nama binatang seperti babi, keldai atau yang lain-lain “

“ Kerana kata-kata tersebut adalah doa. Jesteru, kamu akan lihat hari ini, ramai manusia yang menjadi bodoh dan berakhlak seperti binatang kerana ketika mereka berpuasa, mulutnya sentiasa mendoakan kawannya dengan perkara tersebut.”

“ Panggillah kawan kamu dengan sebaik panggilan dan sentiasalah mendoakan mereka tanpa jemu.” Aku menghabiskan nasihatku selepas habis bercerita kepada mereka tentang Quthbul Ghaus Syaikh Abdul Qadir al Jailanie.

Kredit to my friend: Sheikh Shahrul Rizal...

http://www.syeikh-husna.blogspot.com/

24 August 2010

Seminar Rawatan Islam KISWAH ( modul 1) Hotel Raudhah KotaBharu, Kelantan 16 / 10 /2010


KISWAH KINI DI KELANTAN

Pusat Rawatan Islam KISWAH Terapi Ruqyah Syariyyah

Menganjurkan:

Seminar Perubatan Islam Berasaskan Ruqyah di Kota Baharu , Kelantan

Tarikh : 16 hb Oktober 2010

Tempat : Hotel Raudhah, Kota Bharu, KELANTAN

Penyertaan: Terbuka kepada 50 peserta terawal yang mendaftar

Yuran: RM 80 seorang (nota dan jamuan serta tabung pusat rawatan)

Penyertaan: Terbuka kepada semua muslimin dan muslimat

Anjuran: Prof ShahNor Basri, PhD, FASc
Fakulti Kejuruteraan
UPM, Selangor

Tentatif program:
8.00: Pendaftaran peserta

9.00: Slot pertama: Pembentangan Kertas Kerja:
(Menyingkap alam jin dan keterlibatannya dengan sihir)
-Penyampai: Perawat KISWAH

10.30: Rehat - Minum pagi

11.00: Tayangan perubatan Islam dan ulasan tentang konsep perubatan Islam.

12.00tgh: Rehat – makan tengahari dan solat Zuhur

2.00ptg: Slot kedua: Pembentangan Kertas Kerja:
(Kaedah rawatan dan kupasan ruqyah syariyyah sebagai teknik utama menangani kejahatan makhluk

halus)
-Penyampai: Perawat KISWAH

3.00: Slot ketiga: - Pembacaan dan pengijazahan ruqyah syariah,hizib bahar, selawat syifa’ dan

tafrijiah
- Simulasi perubatan beramai-ramai dengan menggunakan ruqyah syariah

4.30: Solat Asar

5.15: Sesi perubatan khusus oleh perawat KISWAH Terapi Ruqyah Syariyyah

6.00: Selesai

Cara pendaftaran: Sila SMSkan nama penuh, no. kad pengenalan anda dan kaedah pembayaran (bank

in ke akaun / semasa program) kepada no telefon di bawah dan bank in kan yuran pendaftaran ke:

No a.c : MAYBANK (1621 4295 6969) - Siti Kadariah Saman

…. Atau bayar semasa pendaftaran. SMS terlebih dahulu bahawa anda akan hadir!

Untuk daftar atau pertanyaan lanjut sila hubungi:

Prof. ShahNor Basri (019 622 3505)

Puan Siti Kadariah Saman (019 330 4140)

Zaini Mustapha (019 923 2200)

Sdra Razak Yusof (Peserta Trengganu) - 019 9869219

Sdra Kamarul (012 6648861)

Pendaftaran berakhir 3 hari sebelum tarikh seminar diadakan.


Layari: blog: http://rawatanislam2u.com/
: portal: http://www.rukyahsyariah.com/

Hukum rawatan mantera - Komen Us Harun Din

Apakah hukum rawatan dengan menggunakan jampi serapah dan mantera?


Seperti yang termaktub di dalam buku Menjawab Persoalan Makhluk Halus dan Kaitannya dengan penyakit dan perubatan tulisan Tuan Guru Dato’ Dr Harun Din al Hafiz:

{Merujuk kepada soalan berkenaan jampi dan mantera, menjampi pesakit atau dalam Bahasa Arab sebagai ruqyah dibenarkan malah kadang2 amat digalakkan.

Pada suatu ketika Rasulullah saw pernah ditimpa sakit. Jibril datang untuk menjampi baginda. Jibril menjampi nabi saw sehingga sembuh. Jampi yang dijampi Jibril ini disebut “ruqyah Jibril’.

Menjampi dengan menggunakan bahasa khusus umpamanya bahasa Jawa, bahasa Mendiling, bahasa Inggeris atau bahasa Sepanyol dengan syarat:

1) BACAAN TERSEBUT DIKETAHUI MAKNANYA
2) TIDAK ADA SEBARANG TAFSIRAN YANG BOLEH MEMBAWA MENSYIRIKKAN ALLAH (tambahan saya: cth Sembah 7 Jin)

Sekiranya lirik, senikata atau bacaan yang disebut oleh dukun itu tidak diketahui maknanya dan bomoh itu sendiri tidak faham dan tidak tahu apa yang dipinta, jampi tersebut tidak boleh digunakan.

Firman Allah Taala:

82. Dan kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.

Terdapat enam kali sebutan syifa’ atau kesembuhan di dalam al Quran. Begitu juga dengan hadis banyak yang menyebutkan kesembuhan penyakit melalui pembacaan al Quran dan doa.

Ulamak bersependapat (ijma’ ulamak) bahawa mengikhtiarkan kesembuhan penyakit dengan menggunakan kaedah bacaan doa serta menggunakan air adalah DIHARUSKAN. Bahkan kadang2 digalakkan sekiranya memenuhi tiga syarat utama:

1) Menggunakan pembacaan ayat al Quran dan as Sunnah atau ruqyah dalam bahasa Arab yang diketahui maknanya serta tidak bertentangan dengan syarak.

2) Boleh menggunakan selain dari yang pertama dengan apa jua bahasa tetapi mestilah diketahui makna dan tidak ada unsur percanggahan dengan syarak (tambahan saya: cth sembah 7 jin).

3) Orang yang merawat hendaklah beriktikad bahawa penyembuhan hanya milik Allah sahaja dan perawat hanyalah berikhtiar.}


PETIKAN DARI BUKU KARANGAN TUAN GURU DATO’ DR HARUN DIN MENJAWAB PERSOALAN MAKHLUK HALUS

Bersama mencontohi bacaan al Quran Salafussoleh


Universiti al Azhar qiblat ilmu umat Islam seluruh dunia... Melalui institusi inilah ulamak dan sheikh2 al Azhar mengembangkan ilmu al Quran dan kasih kepada al Quran sebagai panduan umat Islam sejagat... Jasa mereka akan dikenang sebagai golongan yang mengembalikan umat kepada al Quran, Hadis, Ijma dan Qiyas.

Dalam post ini saya ingin berkongsi dengan pembaca yang budiman tentang kisah2 pembacaan al Quran orang 2 soleh sebelum kita:
1) Rasulullah saw pernah solat dengan menghabiskan surah al Baqarah rakaat pertama dan surah ali Imran rakaat kedua. Malah dikhabarkan oleh Saidatina Aisyah bahawa lamanya baginda solat dengan membacakan ayat yang panjang2 sehingga bengkak2 kaki baginda….
2) Menurut kitab Nasaih karya al Habib Abdullah bin Haddad ra menyatakan ada di kalangan sahabat dan orang soleh yang khatam al Quran 3 hari sekali, ada yang dua hari sekali, ada yang sehari sekali , ada yang dua kali sehari dan ada yang tiga kali sehari malah pernah dilaporkan sehingga 8 kali sehari.
3) Menurut kitab Manaqib Imam Syafie Imam Baihaqi malah disebut di dalam kitab Fadhail A’mal bahawa Imam Syafie khatam al Quran sekali sehari selain dari bulan Ramadhan. Dalam bulan Ramadhan Imam Syafie khatam dua kali sehari iaitu sekali malam dan sekali siang.
4) Semasa kami belajar dengan Sh Nuruddin di rumah Terengganu Mesir dahulu ketika membacakan manaqib ImamHanafi diriwayatkan bahawa beliau khatam al Quran dalam solat sunat dua rakaat sahaja. Rakaat pertama berdiri dengan memberatkan kaki kanan dari al Fatihah ke al Kahfi dan rakat kedua memberatkan kaki kiri dari Maryam ke an Naas…
5) Guru kami maulana sheikh membaca al Quran khatam sekali sehari khususnya semasa suluk dengan mengambil masa 9 jam sehari.
6) Ada orang2 soleh kata Sh Nuruddin : khatam al Quran sambil duduk memeluk lutut (macam orang Pakistan selalu buat)… apabila dia melepaskan pelukannya maka bacaannya sudah khatam…

Nah inilah contoh2 kisah orang soleh untuk kita meneladaninya. Banyaknya bacaan mereka beserta dengan tadabburnya sekali.. Bukankah bacaan yang banyak dan disertai dengan pemahaman dan penghayatan itu lebih baik dari membaca sedikit dan tidak faham pula... Janganlah diperlekeh orang yang membaca al Quran dengan jumlah yang banyak...

… dan nah sekali lagi… banyak sangatkan ruqyah syariyyah ini dibandingkan dengan pembacaan mereka….. Ruqyah syariyyah fleksibel dan tidak tertakluk dengan bacaan dalam cd itu sahaja… Ruqyah syariyyah ada 10 kaedah teknik utama…

Yang didedahkan di dalam seminar itu hanyalah teknik satu sahaja…. Malah jika anda hanya membaca 3 kali fatihah dengan niat kesembuhan pun sudah dikira ruqyah syariiyah…. Jangan kecilkan skop pengtakrifan berkenaan ruqyah syariyyah. Membaca doa syifa’ dan selawat syifa’ sahaja pun juga dikatakan ruqyah (jampi juga). Jika letih boleh dipendekkan… Bukannya hendak dibaca sambil melaungkan macam azan, baca sehingga kedengaran sahaja pun sudah memadai.
Malah ada perawat yang mengamalkan ruqyah boleh merawat sehingga 30 sehari dengan membaca keseluruhan ayat2 ruqyah…Jika letih boleh merawat sehingga 5 – 10 – 30 orang dalam satu2 masa…… tiada masalah pun dengan izin Allah.

Sekiranya saya letih.. saya akan membacakan ruqyah lengkap kepada paling ramai 5 orang pesakit dalam satu2 masa… Fleksibel…

Berbalik kepada kisah2 teladan tadi berkata Imam Ibn Mubarak ra
Inda zikri as Solihin tanzilu ar Rohamat
(Ketika memperingati orang soleh maka turunlah rahmat mencurah2….)

Jadi jangan memperlekehkan orang yang banyak membaca al Quran … Sepatutnya kita kena rasa malu sebab kurangnya kita membaca al Quran… Orang yang baru berjinak dengan al Quran janganlah dijatuhkan semangat mereka untuk dekat dengan al Quran dengan menyindir mereka dengan ejekan dan sebagainya…. Dahlah sikit dan jarang membaca al Quran… dipermainkan lagi orang yang membaca al Quran….. KALAMULLAH….

Sepatutnya kita rasa kagum apabila ada orang yang cuba membiasakan diri merawat dengan al Quran; pesakit sembuh dengan izin Allah melalui ikhtiar mereka walaupun dengan bacaan yang masih sedang diperbaiki lagi.

Jadi bersempena dengan Shahrul Quran (bulan al Quran) ini , bulan yang mana al Quran diturunkan, ayuhlah kita memperbanyakkan bacaan kita dengan tadabburnya sekali dan marilah kita semarakkan lagi dengan dakwah perubatan menggunakan al Quran 4 all!!!

Jangan mengejek orang yang baru belajar al Quran


Masya Allah... Semasa saya di Dimasyq Syria... Sheikh2 Jami' membaca ruqyah untuk merawat pesakit dengan suara yang lantang... seperti yang saya lihat secara berdepan dengan imam masjid abu nur, jabal qasiyoun, dimasyq syria yang membacakan ruqyah kepada pesakit depan saya dengan nada yang kuat. Saya pernah menuntut di Abu Nur; Majma' Sheikh Ahmad Kiftaro yang diasaskan oleh al Marhum Sheikh Ahmad Kiftaro yang merupakan bekas mufti Syria dan Sheikh Tarekat Naqshbandi Khalidi al Kurdi yg juga merupakan sahabat karib Maulana sheikh. (Banyak video2 lama pertemuan Maulana Sheikh dan Sheikh Ahmad ada dalam simpanan saya)

Itulah cara dan teknik yang digunakan ulamak dan sheikh2 tarekat...

Ada juga peserta seminar yang memberi komen berkenaan bacaan raqi yang tiada basic agama membaca al Quran sangat hodoh dan macam budak tadika.... Betul saya akui raqi yang kurang baiknya wajib memperbaiki bacaan supaya lebih baik. Belajarlah tajweed lagi dan lagi dan lagi....

Namun;
Masya Allah... Alangkah indahnya dunia dan agama apabila ada orang yang tiada basic agama kembali ke pangkal jalan berusaha untuk mempelajari al Quran dan masih berusaha mempelajari al Quran berusaha mempelajari perubatan al Quran dan menggunakannya sebagai ikhtiar kesembuhan.

Jangan patahkan semangat mereka yang baru nak berjinak dengan membaca al Quran dan beramal dengan perubatan al Quran dengan panggilan sebegitu..Sepatutnya kita kagum orang yang bacaan masih perlu diperbaiki sudah berjaya merawat beratus2 orang hingga sembuh DENGAN IZIN ALLAH... Jadi bagi tuan2 yang pandai dan elok bacaannya... Bacalah al Quran untuk rawatan maka itu lebih baik; NUR ALAN NUR.. cahaya atas cahaya... sudahlah pandai membaca al Quran, boleh merawat pula... Alhmadulillah....

Bacalah al Quran walau tidak difahami maksudnya

Tak payah baca kalau tak faham?

Bukankah al Quran itu KALAMULLAH... kalam Allah... tiada kalam yang lebih baik untuk dibaca melainkan al Quran jua.....

Firman Allah Taala Surah Fussilat ayat 44:

44. Dan Jikalau kami jadikan Al Quran itu suatu bacaan dalam bahasa selain Arab, tentulah mereka mengatakan: "Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya?" apakah (patut Al Quran) dalam bahasa asing sedang (rasul adalah orang) Arab? Katakanlah: "Al Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang-orang mukmin. dan orang-orang yang tidak beriman pada telinga mereka ada sumbatan, sedang Al Quran itu suatu kegelapan bagi mereka[1334]. mereka itu adalah (seperti) yang dipanggil dari tempat yang jauh".

[1334] yang dimaksud Suatu kegelapan bagi mereka ialah tidak memberi petunjuk bagi mereka.

Satu hadis Nabi Muhammad saw berbunyi:

”Khairul kalam, KalamuLLAH”... Sebaik2 kalam (percakapan) itu adalah KALAM ALLAH...”

*DariAbu Ubaid bin Talhah bin Mushrif: pernah berkata: Adalah dikatakan:

”Apabila dibacakan al Quran di sisi pesakit dididapati penyakitnya bertambah ringan.”

Tidak mengapa membaca al Quran walau tidak difahami maksudnya. Kalau faham maksudnya itu adalah NUR ALAN NUR.. Lebih baik lagi.

PENJELASAN:

Bukankah al Quran itu KALAMULLAH... kalam Allah... tiada kalam yang lebih baik untuk dibaca melainkan al Quran jua.....

Mana yang lebih baik dari Kalam Tuhan kita yang telah menjadikan alam maya ini atau jampi buatan manusia?

Dalam Usul Fiqh malah dalam ilmu Ulum al Quran, ta’rif al Quran menyatakan bahawa:

al Quran huwa Kalamullah al munazzal ala nabiyina muhammad saw bi wasitati jibril as al mutaabbad bi tilawatihi...

”Al MUTAABAD BI TILAWATIH” bermaksud adala dikira ibadah bagi sesiapa yang membacanya....

Ulamak membahaskan ta’rif ini: bahawa dikira ibadah sesiapa yang membacanya sama ada difahami maksudnya atau tidak... Dapat pahala orang yang membacanya walaupun tidak faham maksudnya.... Begitu juga dengan zikrullah..... Perkara ini saya pelajari dengan sheikh2 al Azhar ketika di al Azhar dulu... Sekiranya difahami maksudnya maka itu lebih baik ”NUR ALA AN NUR”..,cahaya atas cahaya...

Sekiranya kita mengatakan buat apa baca al Quran kalau tak faham:

Orang2 Arab yang komunikasinya adalah Arab juga tidak faham sepenuhnya al Quran.. Macam kita... memerlukan pengajian agama seperti Tafsir, Tafsir Ayat Ahkam, Fiqh Kitab dan sebagainya... Sebab itu orang belajar..Sebab itu orang mengajar dari kalangan ulamak2 Islam.

Jadi kalau tak faham apa toksah baca ke.. Astagfirullah.... Kalau berfahaman sebegini kasihanlah orang Afrika, China, India dan serata dunia termasuklah kita yang bukan bahasa pertuturannya adalah Arab.... Maka sesuailah al Quran kepada orang Arab sahaja...

Implikasi dari kata2 sebegini akhirnya membuatkan masyarakat jauh dari al Quran KALAM ALLAH.....

Hukum berkahwin dgn jin - komen us harun din



Bolehkah manusia berkahwin dengan jin dan apakah hukumnya?

Seperti yang termaktub di dalam buku Menjawab Persoalan Makhluk Halus dan Kaitannya dengan penyakit dan perubatan tulisan Tuan Guru Dato’ Dr Harun Din al Hafiz bahawa hukumnya adalah HARAM:


21. Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.

Ayat ini menjelaskan bahawa pasangan hidup manusia dalam rumahtangga yang dirahmati Allah adalah manusia juga.

Mengenai dakwaan mengatakan ……….. bahawa dia telah berkahwin dengan jin ia memang boleh berlaku.

* Sebagai contoh, ada pendapat ulamak yang mengatakan bahawa salah seorang daripada ibubapa Ratu Balqis, raja perempuan negeri Saba’ (Yaman) adalah dari golongan jin. Sila lihat Tafsir Qurtubi membincangkan ayat 64 Surah al Isra’ yang menyebut tentang keturunan Ratu Balqis.


64. Dan hasunglah siapa yang kamu sanggupi di antara mereka dengan ajakanmu, dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukanmu yang berjalan kaki dan berserikatlah dengan mereka pada harta dan anak-anak dan beri janjilah mereka. dan tidak ada yang dijanjikan oleh syaitan kepada mereka melainkan tipuan belaka[861].

( maksud ayat Ini ialah Allah memberi kesempatan kepada Iblis untuk menyesatkan manusia dengan segala kemampuan yang ada padanya. tetapi segala tipu daya syaitan itu tidak akan mampu menghadapi orang-orang yang benar-benar beriman.)

*Hadis yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah ra, Nabi saw bersabda:

Maksudnya: “Adakah sesiapa di kalangan kamu yang menjadi al Mugharribuun? Maka aku (Aisyah) bertanya kepada Nabi saw tentang siapakah al Mugharribuun itu? Maka Nabi saw bersabda: al Mugharribuun itu ialah mereka yang telah bermusyarakah dalam kehidupan rumahtangga dengan jin.”

Sunan Abi Daud as Sajastani

b) Mengenai hukum yang kedua pula adalah jelas. Jumhur ulama bersepakat hukum berkahwin dengan jin adalah tidak sah sama sekali. Perkahwinan antara manusia dengan jin tidak boleh sama sekali (HARAM).

Saya berpegang dengan pandangan jumhur ulamak yang mengatakan hukum perkahwinan tersebut tidak sah kerana menyalahii ayat suci al Quran surah ar Ruum ayat 21…

21. Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah dia menciptakan untukmu isteri-isteri DARI JENIS KAMU SENDIRI (manusia-manusia/ jin-jin), supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.

Perkahwinan yang tidak sah pada hukum syarak tidak mungkin dirahmati Allah SWT dan tidak mendapat restunya. Tidak mungkin ketenangan dapat dicapai. Kita dapat merasakan jika berlaku krisis rumah tangga dengan golongan jin, bagaimana rumah tangga boleh aman dari gangguan mereka.

Malahan anak2 yang lahir dari hubungan mereka akan bermasalah. Mereka tidak dapat bergaul dengan sanak saudara dari alam manusia. Jika berlaku masalah dengan anak2 jiran pasti akan mengundang kecelakaan.

Nasihat saya kepada keluarga ……….., hindarilah dari perkara tersebut berlaku.

PETIKAN DARI BUKU KARANGAN TUAN GURU DATO’ DR HARUN DIN MENJAWAB PERSOALAN MAKHLUK HALUS

Hakikat Orang Bunian - Komen Us Harun Din

Benarkah Orang Bunian Itu Wujud

Seperti yang termaktub di dalam buku Menjawab Persoalan Makhluk Halus dan Kaitannya dengan penyakit dan perubatan tulisan Tuan Guru Dato’ Dr Harun Din al Hafiz:

Makhluk halus yang dikenali sebagai jin, syaitan, iblis, ifrit dan sebagainya jelas terpapar di dalam al Quran dan Hadis Sohih.

Pada pendapat saya, makhluk ini memang wujud dan tergolong dalam kategori makhluk halus. Makhluk ini dikaitkan dengan satu perkampungan atau penenpatan seperti manusia. Mereka berumahtangga, beranak pinak dan hidup bermasyarakat.

Ada yang mendakwa pernah melihat bunia (jin) dan mendakwa manusia mampu berkomunikasi dengan orang bunian sehingga mampu berjiran termasuk meminjam barang2 keperluan harian. Kesahihan cerita ini saya pulangkan kepada Allah Taala yang lebih Mengetahui.

PETIKAN DARI BUKU KARANGAN TUAN GURU DATO’ DR HARUN DIN MENJAWAB PERSOALAN MAKHLUK HALUS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...