**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

28 February 2010

Seminar Perubatan Islam: Menangani Gangguan Jin Menggunakan Kaedah al Quran

Kiswah Consultant
Pusat Rawatan Islam KISWAH Terapi Ruqyah Syariyyah

Menganjurkan:

Seminar Perubatan Islam:
Menangani Gangguan Jin Menggunakan Kaedah Al Quran

Tarikh: 3hb April 2010 bersamaan hari Sabtu

Masa: 8.00 pagi – 6.00 petang

Tempat: Dewan Rawatan Pusat Rawatan Islam KISWAH Terapi Ruqyah Syariyyah

Lokasi: No 16, Tingkat Dua, Jalan Ahmad Shah, 28000 Temerloh, Pahang

Penyertaan: Terbuka kepada 30 peserta terawal yang mendaftar

Yuran: RM 40 seorang (nota dan jamuan serta tabung pusat rawatan)

Penyertaan: Terbuka kepada semua muslimin dan muslimat

Anjuran: Kiswah Consultant

Tentatif program:
8.00: Pendaftaran peserta

9.00: Slot pertama: Pembentangan Kertas Kerja:
(Menyingkap alam jin dan keterlibatannya dengan sihir)
-Penyampai: Perawat KISWAH

10.30: Rehat - Minum pagi

11.00: Tayangan perubatan Islam dan ulasan tentang konsep perubatan Islam.

12.00tgh: Rehat – makan tengahari dan solat Zuhur

2.00ptg: Slot kedua: Pembentangan Kertas Kerja:
(Kaedah rawatan dan kupasan ruqyah syariyyah sebagai teknik utama menangani kejahatan makhluk halus)
-Penyampai: Perawat KISWAH

3.00: Slot ketiga: - Pembacaan dan pengijazahan ruqyah syariah,hizib bahar, selawat syifa’ dan tafrijiah
- Simulasi perubatan beramai-ramai dengan menggunakan ruqyah syariah

4.30: Solat Asar

5.15: Sesi perubatan khusus oleh perawat KISWAH Terapi Ruqyah Syariyyah

6.00: Selesai

Cara pendaftaran: Sila SMSkan nama penuh, no. kad pengenalan anda dan kaedah pembayaran (bank in ke akaun / semasa program) kepada no telefon di bawah dan bank in kan yuran pendaftaran ke:

Muliati binti Saad: no akaun Bank Islam : 14162020055479 atau
no akaun Maybank: 156057415555

…. Atau bayar semasa pendaftaran. SMS terlebih dahulu bahawa anda akan hadir!

Untuk daftar atau pertanyaan lanjut sila hubungi:

Ustaz Kasim Ahmad (017 9207655)
Cikgu Izani (012 2343682)

Pendaftaran berakhir 3 hari sebelum tarikh seminar diadakan.

23 February 2010

Salam Maulidur Rasul saw




ذَ‌ٰلِكَ وَمَن يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِن تَقْوَى الْقُلُوبِ

32. Demikianlah (ajaran Allah); dan sesiapa Yang menghormati syiar-syiar ugama Allah maka (Dia lah orang Yang bertaqwa) kerana Sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat taqwa hati orang mukmin. - ِSurah al Haj ;ayat 32



Semoga Cinta Ini Lestari Selamanya....
Kami cinta dan rindu kepadamu Ya RasulALLAH SAW..............
Pilihlah kami sebagai umatmu...

Diskaun 50% eBook Rahsia Air Jampi Sempena Maulidur Rasul saw
















Assalamualaikum semua dan salam maulidur Rasul saw...

Sempena sambutan Maulidur Rasul saw ini KISWAH dengan berbesar hatinya mengumumkan jualan potongan harga eBook Rahsia Air Jampi - Edisi Lakukan Sendiri di Rumah (Rahsia Perawat Islam) khas untuk anda...

eBook Rahsia Air jampi yang mendapat sambutan ramai sebelum ini, dijual dengan harga RM20 beserta dua bonus iaitu eBook Soal Jawab yang Wajib dalam Ilmu Tauhid dan eBook 27 Soal Jawab Berkenaan Ibadah Korban.....

..kini boleh menjadi milik anda dengan harga promosi RM10... Tawaran dibuka sekarang sehingga diberitahu kelak....

Kepada yang berminat sila bank in RM10 ke akaun:
Muliati binti Saad.

no akaun Bank Islam : 14162020055479 atau

no akaun Maybank: 156057415555 (MULIATI BINTI SAAD)
dan maklumkan ke nombor telefon 017 9065131 dengan memberitahu tujuan pembayaran dan alamat email serta tarikh dan masa pembayaran...setelah melakukan pembayaran untuk proses penghantaran eBook ini ke email anda dalam bentuk format PDF...

Jangan berlengah lagi!!! Dapatkannya sekarang!!!!

Selamat Menyambut Maulidur Rasul saw... Pesta selawat pun bermula!


Promosi ini telah berakhir .. Sila rujuk.. www.airjampi.com/ untuk mendapatkan ebook anda ini!!!

22 February 2010

Madu Tualang Asli Ruqyah



Madu Tualang Ruqyah : 230 ml

Madu Tualang asli yang telah dijampi dengan ayat-ayat al Quran:

Sabda Nabi saw:
"Hendaklah kamu semua melakukan dua kesembuhan. Iaitu dengan menggunakan: 1) Madu 2) Al Quran"

Khasiatnya:

1) Baik untuk masalah pencernaan dan gas dalam perut

2) Baik untuk masalah penghadaman dan penyahtinjaan

3) Masalah kelesuan: Untuk kesegaran badan

4) Baik untuk kesihatan kulit.

5) Menambahkan tenaga badan.

6) Membuakkan gejolak kesuburan suami isteri

7) Baik untuk rawatan sihir dan gangguan makhluk halus

Lebih- lebih lagi kalau sudah diterapi dengan al Quran...

Produk ini telah diterapi berkali-kali oleh perawat Pusat Rawatan Islam KISWAH Terapi Ruqyah Syariyyah....

CARA KEGUNAAN:

Campurkan sesudu teh madu dengan segelas air suam dan diminum sejam sebelum makan apa-apa pada waktu pagi.

Berminat???

Sila ke : De Anjung Kiswah Online Store

Kismis Ruqyah Syariyyah



Kismis Ruqyah Syariyyah: 1 kilogram

Makanan sunnah.

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih”

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan ditimpa penyakit kecuali kematian”.

Khasiatnya:

1) Membekalkan tenaga tambahan dan menghilangkan keletihan sepanjang hari

2) Menguatkan antibodi untuk melawan pelbagai penyakit.

3) Menguatkan ingatan dan meningkatkan IQ.

4) Membaguskan wajah dan penampilan

5) Menguatkan sistem saraf

6) Membuang lendir dan toksik dari badan.

7) Menguatkan jantung.

Lebih-lebih lagi kalau sudah dibacakan ruqyah syariyyah iaitu bacaan al Quran sebagai jampi!

Kismis ini telah diterapi al Quran secara berkali-kali oleh perawat Pusat Rawatan KISWAH Terapi Ruqyah Syariyyah.

CARA KEGUNAAN:

Sila makan perlahan-lahan sebanyak 21 biji (gigit dan kepat), sejam sebelum makan apa-apa ketika waktu pagi....

Berminat?????

SILA KE: De Anjung Kiswah Online Store

20 February 2010

Kaedah 'Mematikan' Barang Sihir

Tersebutlah kisah seorang pemuda yang keluar shopping sakan di sebuah pasar malam tiba2 terjebak ke dunia mistik tanpa disangkanya....

Nak dijadikan cerita; apabila sampai ke tempat seorang pakcik menjual barang lama, terlihatlah akan dia sebilah keris lama yang seakan-akan memanggil-manggilnya; untuk dimiliki....

Menidakkan niatnya untuk membeli keris tersebut; tanpa disangka-sangka dirinya terus membeli keris tersebut dan dibekalkan dengan beberapa tangkal dan amalan untuk dilakukan di rumah....

Tanpa diduga hidupnya berubah setelah memiliki keris tersebut.... Anaknya selalu sakit dan tidak boleh tidur, isteri selalu marah-marah dan tidurnya tidak lena kerana kehadiran makhluk ngeri yang tidak bernama......

Maka berkunjunglah pemuda malang ini bertemankan kawan2 setia lagi karibnya ke pusat rawatan saya... Cerita ni berlaku tahun lepas....


Tidak syak lagi keris tersebut sudah diISI....Jadi barang tersebut digelar 'barang sihir'. Barang sihir boleh berupa keris, senjata lama, patung, duit syiling, cincin, kalung, loket, tangkal dsb!

Jadi apakah cara yang digunakan oleh perawat Islam ruqyah syariyyah untuk mematikan barang sihir tersebut?????


Begini caranya;

Bahan2:
1) Air yang telah dibacakan ruqyah syariyyah
2) Bekas atau besen
3) bahan2 tambahan jika perlu (cth garam bukit / limau nipis / limau purut- asid sitrik dikatakan boleh menyakitkan jasmani jin)

Kaedah.....

1) Baca ruqyah kepada bahan-bahan tadi dan juga barang sihir tersebut.... ruqyah juga kepada pesakit.

2) Rendam barang2 tersebut semalaman dengan harapan jin keluar dari bahan tersebut

3) Buanglah jauh2 barang sihir yang telah mati tersebut keesokan harinya - sungai hutan dsb (jauh dari manusia)

Selesai rawatan! Selamat mencuba!!!!!


Moralnya: Jangan beli barang-barang lama secara semberono!!! Takut nasib anda seperti pemuda tersebut!!! Nauzubillah thumma Nauzzubillah!!!

19 February 2010

Kelas Online bermula pada malam ini!!!

Assalamualaikum...

Dimaklumkan bahawa kelas perubatan Islam ruqyah syariyyah bermula pada malam ini pada jam 9.30 malam....

Kami mengharapkan penyertaan anda semua!

Sila add hayat.annaqshbandi pada ym anda... KISWAH akan add anda ke ym nya sekiranya dirasakan sesuai...

Sekian dimaklumkan...

17 February 2010

Kelebihan Menyambut Maulid Nabi SAW (2)

"Majlis Maulid Nabi saw: Berkata Saidina Abu Bakar ra: Sesiapa yang mendermakan 1 dinar untuk menyambut maulid nabi saw maka seolah-olah dia telah mendermakan satu bukit uhud emas ke jalan ALLAH TAALA.."


16) Membersihkan hati malah menyucikannya.

17) Mendapat khabar gembira sebelum mati bahawa dia adalah penghuni SYURGA.

18) terlepas dari huru-hara hari kiamat

19) Mendapat doa dan salam daripada NABI SAW.

20) Meningatkan kembali perkara yang terlupa...

21)Mengharumkan majlis dan tidak ada penyesalan kepada orang yang hadir majlis itu.


Kelihatan Ulama' ad Dunya Zuljanahain yang mengusai ilmu zahir dan batin; al Habib Umar al Hafiz QS dalam sebuah majlis ilmu dan Solawatun Nabiy SAW

"Berkata Imam Hassan al Basri: Sekiranya aku memiliki emas sebesar Gunung Uhud, nescaya aku akan membelanjakannya untuk majlis membaca Maulid Nabi Sollallahu alaihi wa sallam"

22) Menghilangkan kemiskinan

23) Tidak digolongkan bersama orang bakhil

24) Terlepas dari kutukan Nabi saw "Hinalah orang yang disebutkan namaku di sisinya tetapi dia tidak berselawat.

25) Menyenangkan jalan2 masuk syurga

26)Menjauhkan majlis dari menjadi busuk.

27) Menyempurnakan setiap kalimah yang dimulakan dengan memuji Allah taala.

28) Mendapat Nur ketika melalui Sirat

29) Menjadikan kita tidak bersifat kasar.



30) Mendapat pujian Allah Taala di depan para malaikat!
Kumpulan Maulid semasa pertabalan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan


31) Diberkatkan umurnya dan semua perkerjaannya.

32) Mendapat rahmat Allah dan senantiasa dikasihi Allah Taala

33) Menambahkan mahabbah dan kasih sayang kepada Rasulullah SAW.

34)Allah dan RasulNya bertambah kasih kepada kita.

35) Dapat petunjuk dan hati menjadi HIDUP.

36) Nama orang yang berselawat disebut-sebut di sisi nabi saw.

37) Menetapkan kaki di Titian Sirat

38) Menunaikan sedikit dari hak nabi saw dan tanda bersyukur kepada Allah Taala

39) Termasuk dari zikrullah... mengingati Allah dan RasulNya.

40) Mendapat kemuliaan dan keistimewaan dari Allah Taala!!!!!

"

... dari kitab Jilaul Afham: Ibnu Qayyim al Jauziah

Kelebihan Menyambut Maulid Nabi SAW (1)


Maulid Ensemble bersama Dato Seri Sh Raja as Sulthani ibn Sultan Azlan Shah semasa istiadat Perkahwinan Raja Nazrin Shah

Mari kita kongsi 40 KELEBIHAN DAN FAEDAH BERSELAWAT KE ATAS BAGINDA RASULULLAH SAW... dan kemudian kita kongsi 201 nama nabi SAW di dalam kitab Dalailul Khairat karangan Imam Muhammad Sulaiman al Jazuli...

1) Menjunjung perintah Allah Taala..

2) Perkara yang sama dibuat Allah Taala kerana Allah juga berselawat kepada nabi saw walaupun maknanya berlainan..

3) Perkara yang sama dibuat para malaikat walaupun maknanya berlainan.

4) Dikurniakn sepuluh rahmat oleh Allah Taala setiap satu selawat.

5) Ditinggikan baginya sepuluh darjat.

6)Dituliskan baginya sepuluh kebaikan.

7)Dihapuskan drpdnya sepuluh kejahatan.

8) Doanya dimakbulkan kerana selawat inilah menaikkan doa itu ke langit.

9) Mendapat syafaatul uzma oleh nabi saw.

10) Mengampunkan dosa..


Semasa rakaman al Kuliyyah TV3


11) Diselesaikan masalah dan dihilangkan dukacita.

12) Dekat dngan nabi saw pada hari kiamat..

13) Boleh menggantikan sedeqah kepada orang yang tak mampu.

14)Ditunaikan segala hajat.

15)Dapat doa dari malaikat dan rahmat dari Allah Taala..






14 February 2010

Saya baca ruqyah pesakit tak de apa-apa reaksi pun!


Bila baca ruqyah ada beberapa perkara boleh terjadi:

1) Jin berdialog; hati2 kena pandai bezakan antara dialog jin dan emosi pesakit.. maklumlah dah ko paksa cakap, pesakit pun kata... ah bedal la... cakap je la ape2 terlintas... dialog dgn jin boleh dikesan melalui PENGALAMAN...

2) Pesakit tunjuk tindak balas dengan agresif: silat lompat, getaran kuat pada badan dsb...

3) Tidak agresif...: menangis, kerdipan mata yang kuat dan laju, ketaran kecil pada jari tangan atau kaki.

4) Tiada tindak balas zahir: Cuma pesakit mengaku panas, degupan jantung yang kuat dan sebagainya.... degupan jantung dan cemas serta perasaan yang tak terkawal adalah sekurang2 petanda seseorang yang dibaca ruqyah kena ganguan

5) maintain je: Boleh jadi takde jin

Bila keadaan ini berlaku:

Bekalkan pesakit dengan cd ruqyah dan dengar di rumah.. bekalkan dengan air ruqyah untuk mandi dan minum...paling kurang untuk tujuh hari

Jangan rasa rendah diri dan hina bila kita baca al Quran pesakit dakwa tiada apa2 berlaku... Ingat kita adalah PEMBACA KALAM ALLAH... sekurang2nye kita dapat pahala bila mengaji Quran.... orang dan JIN yang dengar pun dapat pahala.. sebabtu jgn sekadar baca saje... bagitau mafhum ayat sedikit sebanyak dan pengajarannya... dakwah, pujuk nasihat, psycho, ancam, bentak dan ada kaedah targhib dan tarhib... al wa'du wal wai'ed...

Begitulah indahnya kaedah ruqyah syariyyah...

Isu: Keburukan SCAN baby




Berikut adalah perbincangan saya dengan KISWAH Ruqyah Syariyyah fan di dalam facebook group berkenaan keburukan scan baby...:

Tidak digalakkan scan kandungan anda!

-->
Satu tindakan berbahaya yang paling dilarang oleh guru-guru kami ketika ibu-ibu mengandung adalah SCAN… Teringat lagi ketika isteri saya mengandung. Kata tok guru saya, Sheikh Raja Ashman “Jangan sekali-kali SCAN!!!”. Begitulah juga saranan Maulana Sheikh
Kenapa ye tak boleh scan? Mungkin kenyataan saya ini mengundang kemarahan pengamal perubatan moden. Namun saya mesti bertegas sebab kenyataan saya saya ambil dan disokong oleh orang-orang soleh. Kebanyakan orang-orang soleh dan tok guru melarangnya disebabkan beberapa faktor:
1) Ahli sains menyatakan bahawa ketika bayi di’scan’ terutama ketika awal usia kandungan ratusan ribu sel mati disebabkan satu sahaja pancaran cahayan scan yang berbahaya tersebut…. Dikhuatiri disebabkan scan yang terlampau kerap berisiko ‘mencacatkan’ bayi yang suci murni tersebut. Bayangkanlah kalau diSCAN berkali-kali malah saban bulan!
2) Kita dilarang ‘merampas’ tugas malaikat yang bertugas memelihara, menjaga dan ‘memerhati’ kandungan di dalam perut ibu. Yakinlah bahawa hak penjagaan kandungan adalah di dalam genggaman Allah. Allah mengirimkan malaikat untuk menjaga kandungan si ibu… Rahsia Allah jangan diCEROBOHI.
3) Jangan sekali-kali merampas hak Allah yang menjaga bayi di dalam kandungan dan DIAlah sahaja yang benar-benar mengetahui apa yang ada dalam kandungan ibu. Allah berfirman di dalam al Quran Surah Luqman ayat 34:
“Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan Yang tepat tentang hari kiamat. dan Dia lah jua Yang menurunkan hujan, dan Yang mengetahui Dengan sebenar-benarnya tentang apa Yang ada Dalam rahim (ibu Yang mengandung). dan tiada seseorang pun Yang betul mengetahui apa Yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun Yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi amat meliputi pengetahuanNya
Soalan: Apa yang patut saya lakukan sekiranya saya dah ter’scan anak saya??? Takutnye……!

Jawapan: Saranan guru saya Sheikh Muhammad Nazim; untuk menghilangkan bisa scan tersebut adalah: “BANYAKKAN BERSEDEKAH”
Seelok-eloknya anda elakkan isteri anda dari SCAN kandungan anak anda… Jika tidak boleh berhelah dan berdalih serta tidak ada pilihan maka SCAN la sekali sahaja. Lebih baik tidak SCAN langsung!!! Yakinlah pada Allah bahawa Allah menjaga anak anda sehingga kelahirannya! Sekiranya dipaksa SCAN; neutralkan dengan BERSEDEKAH!!!

SELAMAT TIDAK BERSCAN!!!
Ust Hayat : info yg sgt bagus...terima kasih...
sama-sama
salam ust...
cuma sebagai satu perbahasan ilmu
scan bayi tidak menggunakan cahaya gelombang cahaya dan radiasi
sebab scan bayi menggunakan gelombang radio
selepas dilepaskan, ia akan mengira berapa lama dipantulkan, dari situ dia akan dpt feedback..... See More

wallahualam

dari situ ia akan mendapatkan imej.. rujuk http://www.babycentre.co.uk/pregnancy/antenatalhealth/scans/ultrasoundscansoverview/

walaupun kajian setakat ini tiada kaitan antara ultrasound scan dan kesannya terhadap pertumbuhan bayi TETAPI pakar perubatan mengatakan, Ultrasound scan tidak sepatutnya dibuat tanpa sebab perubatan yang jelas (tak boleh buat suka2)
Terpulang kepada pendapat masing2. Bagaimana pula nak jawab untuk dalil ke dua dan ketiga.. tentang saranan guru-guru saya supaya tidak scan.... Ampun saya hanya menaqal pendapat guru2 saya shj.. CERIA SELALU :)
Jika orang2 soleh tidak galakkan nescaya di sana terdapat 1001 hikmah yang tersembunyi dan ternyata benda ini tak baik kan? WAllahu a'lam.. ;)
maaf ye doktor azizan..
maaf ust.. ana x berniat menafikan kata2 para alim. cuma dari segi dalil pertama itu, ianya kurang tepat, dalam erti kata rawatan radiasi cahaya seperti x-ray dan ultrasound (bunyi)

umpama minyak dan air. tak sama, dan tidak akan bercantum keduanya..

tp ana sokong, ianya tidaklah wajar dilakukan sekadar suka2. perlu ada sebab medikal yang kukuh
Takpe la.. masing2 punye latarbelakang mempengaruhi pendapat... Namun bagi saya sebagai pengamal perubatan ISlam tetap berpegang bahawa Ultra Sound tetap membawa mudharat kepada kandungan. Mungkin fakta pertama sy tu kurang tepat (walaupun saya dah rujuk kepada guru sains sek saya dulu; dia yg kata begitu)..namun on the other side of the coin; mgkin di situ terdapat pelbagai side effect yg tak didedahkan kpd umum.. cuba rujuk keburukan ultrasound keluaran persatuan pengguna Islam pulau pinang...
Perbincangan yang membina!!! Terima kasih!
info yang menarik!
Terima kasih atas maklumat ni. Dapat dijadikan panduan akan datang nanti.
kenapa ye..anak org scan tiap2 bulan sihat je lahir... anak kita scan sekali dua kali... lahir ada masalah?
pendapat saya... scan bukanlah satu2nya penyumbang kepada masalah kesihatan tumbesaran bayi.. banyak lagi faktor lain... namun ia rasanya ia tetap memberi impak negatif kepada bayi... kalau yang banyak scan tu tapi lahir molek je... ye la itu kuasa Allah nak selamatkan bayi tu..mungkin ada certain aspek bayi tersebut yang kurang....
Moga2 Allah memberkati ibu bapa yang BANYAK PAHALANYA membesarkan anak2 kurang upaya...... nescaya anak2 mereka menjadi tiket buat ibu ayah tersayang ke syurrga... Amiin.... 'berat mata memandang...."
itu namanya TAKDIR..... Ye la perancangan Allah.... 'masalah' kepada anak yang lahir tidak hanya disebabkan oleh satu2 faktor... mungkin ada 10 001 satu faktor lain.... scan tersebut bukanlah satu2 nya faktor anak ada masalah tumbesaran atau fizikal.....
... walaupun ada anak yang lahir normal dan sihat walaupun hobi ibunya ketika preg adalah scan... bagi saya jika diteliti betul2 tentu ada side effect tanpa disedari oleh kita...namun campur tangan kuasa Allah untuk menyelamatkannya bayi tersebut dari permasalahan juga tidak dapat disangkal....
Biasanya orang yang ada anak bermasalah rezekinya MURAAAHH....... ;)
.. sila join Facebook Group: KISWAH Terapi Ruqyah Syariyyah – Group Perawat Islam di Facebook anda!

--> -->

06 February 2010

Pelancaran Kelas Perubatan Islam Online





Jemputan Menyertai Kelas Online Perubatan Islam.


Kepada Tuan-tuan guru, ustaz, ustazah, tuan, puan , cik dll:


Berita baik buat semua…

Atas permintaan ramai terutamanya penyokong perubatan Islam serata Malaysia dan diinspirasikan dari kuliah-kuliah tafaqquh ONLINE sahabat-sahabat pelajar MESIR; dengan ini Pusat Rawatan Islam KISWAH Terapi Ruqyah Syariyyah melancarkan KELAS PERUBATAN SECARA ONLINE pada ketetapan berikut:


Kelas: Kelas Perubatan Islam secara online.


Kitab: Wiqayatul Insan, as Sorimul Battar, A’lij Nafsaka bil Quran, Dalilul Mualijin dsb.


Hari: Jumaat malam Sabtu.


Waktu: 9 malam – 11 malam


Kekerapan: Dua Minggu Sekali. Akan berubah menjadi seminggu sekali jika ada permintaan.


Moderator: Ustaz Hayat an Naqshbandi


Jangka waktu kelas:

<Sehingga diberitahu kelas akan ditamatkan (dijangka berjalan selama setahun untuk sehingga tamat pengajian / atau lebih)

<Diselang seli dengan perjumpaan / gathering untuk pengijazahan dan pelarasan. 3 atau 4 bulan sekali (jika perlu).



Yuran:

<Pendaftaran (kos untuk kitab dan penghantaran - akan diberitahu)

<Seikhlas hati secara bulanan - ihsan kepada tenaga pengajar untuk dana pusat rawatan.


Pembayaran: Muliati Binti Saad: Bank Islam: 14162020055479

Maybank: 156057415555


Jumlah peserta: 10 orang peserta atau lebih. (siapa cepat mendaftar dia dapat dan akan disaring oleh Us Hayat)


Aplikasi: SKYPE CALL GROUP


1) Download Skype: SINI

2) Buka akaun SKYPE anda..

3) Add saya: hayat.annaqshbandi



Cara mendaftar:

<Emailkan YM anda ke hayat.annaqsyabandi@gmail.com jika berminat dan berhajat. Kemudian saya akan emailkan kepada anda peraturan-peraturan dan keperluan2 lain. Jika bersetuju maka saya akan:

<Saya akan add kan nama anda ke contact YM saya. Nama yang saya add kan sahaja yang boleh menyertai kelas / conference. Nama-nama anda akan saya saringkan terlebih dahulu! (sesiapa yang add kan nama saya tidak boleh menyertai)

<Tempoh pendaftaran adalah dari tarikh promosi ini dikeluarkan… sehingga diberitahu

<Kelas akan bermula pada 19 Februari 2010.



Keperluan:

<Komputer peribadi / laptop (tiada webcam pun tidak mengapa)

<Microfon untuk interaksi dan perbincangan.

<Kitab: kitab dan terbitan yang sama dengan moderator. (macam mana nak mengaji kalau takde kitab???!!!)


Pengijazahan perubatan Islam:

<Diakhiri dengan pengijazahan perubatan Islam (kepada yang berminat / mengikut budi bicara moderator) Ustaz Hayat

<…serta ijazah-ijazah hizib, selawat dan doa dari pelbagai guru yang berlainan (melalui perjumpaan khas).


JANGAN LUPA JOIN DAN ‘PROMOTE’KAN KEPADA KENALAN ANDA…


03 February 2010

Pendedahan Eksklusif... cerita saya

Assalamualaikum...

Kepada yang tertanya-tanya pasal ijazah...

Ijazah ruqyah anda dari Us Malek masih berterusan dan tak ter'delete' dengan pertukaran nama pusat rawatan dsb. Ijazah tak akan terhapus kalau dah diijazah oleh guru kecuali kalau derhaka dan salah guna.

Lagipun kami cuma tukar rumah dan nama sahaja namun hubungan dgn us Malek masih baik dan semakin baik.

Cuma dimaklumkan bahawa saya bukanlah keluaran TAQ Darul Hikmah dan Ustaz Malek bukanlah guru rasmi saya tetapi merupakan rakan seperguruan saya semasa berguru dengan Us Syarhan Syafie at Tobibi bermula tahun 2001 / 2002 yang lalu... until dia sendiri berjumpa tok guru kepada Us Syarhan; Sh Wahid Abd Salam Bali di Mesir... Us Syarhan adalah murid rasmi Sh Wahid.Beliau bukanlah satu-satunya murid Sh Wahid dari Malaysia. Sebelum dan selepas beliau juga telah ramai yang mendapat didikan Sh Wahid. Beliau berguru dengan Sh Wahid selama 6 bulan di Mesir.

Setelah memiliki sendiri ijazah kitab dari Sh Wahid beliau keluar dari Tobibi dan mengasaskan Terapi al Quran Darul Hikmah sambil menegaskan di hadapan saya bahawa Us Syarhan masih gurunya yang dia sangat kasihi dan hormati. Cuma terdapat beberapa perbezaan pendapat di kalangan mereka berdua akhirnya Us Malek berasa lebih sesuai beliau bergerak berasingan... dan mereka sekali-kali tidak bermusuhan seperti sangkaan semua orang sebelum ini!

Begitulah juga perihalnya saya dan Us Malek... kerana saya tidak boleh ikut cara beliau maka Us Malek syorkan saya 'keluar' dan menggunakan jenama saya sendiri... Semua ini terjadi bukan kerana niat saya tetapi saranan yang diberikan oleh Us Malek kepada saya. Perihal yang sama terjadi kepada Ustaz Zailan TAQ Klang (ex).

Adapun saya yang diperintah dan diamanatkan oleh guru saya Us Syarhan untuk berjumpa sendiri dgn Sh Wahid setelah mendapat rekomen dari Us Syarhan untuk menerima ijazah dari Sh Wahid, tidak pula bertindak seperti Us Malek kerana sebab2 tertentu yang saya tidak boleh ceritakan... memadailah dengan guru rohani saya Maulana Sheikh.

Saya sebenarnya mempunyai autoriti memberi ijazah ruqyah dan perubatan Islam sejak tahun 2004 setelah buku saya dan Us Syarhan siap pada tahun tersebut (PERUBATAN ISLAM MENANGKIS KEJAHATAN MAKHLUK HALUS)... dan saya telah mula memberi ijazah semasa di Mesir dan Syria terutamanya kepada pelajar2 Singapura dan mengelola berpuluh2 seminar dan diskusi kitab di sana sekitar 2005-2007 dgn menggunakan autoriti yang diberikan oleh Us Syarhan kepada saya selama ini. Cetakan buku tersebut versi MESIR mendapatkan sambutan hangat dari pelajar Melayu Mesir dan Syria sehingga habis di pasaran! Buku terebut mendapat pengiktirafan MANHAL PMRAM iaitu satu badan penyelidik yang dianggotai pelajar2 Master al Azhar dan universiti2 lain di Mesir serta barisan ulamak-ulamak muda di Mesir!

Pada ketika itu hanya Us Syarhan dan saya (yang telah diberi autoriti olehnya) sahaja yang dibenarkan memberikan ijazah ruqyah dan perubatan Islam di dalam perubatan Tobibi melebarkan dakwah dan pengajian perubatan Tobibi di bumi anbiya'.

Sehinggalah saya dipelawa oleh U Malek menyertai team TAQ setelah pulang dari Syria. Saya juga disuruh mendiamkan ijazah dan autoriti saya memberi ijazah yang bersanad dari Us Syarhan....

Walaupun ada beberapa pendapat saya berbeza dengan Us Syarhan tetapi beliau tetap guru saya dan beberapa hari yang lalu beliau menegaskan lagi ijazah dan kepercayaan beliau kepada saya selama ini melalui perantaraan telefon....

Begitu juga Us Malek yang merupakan guru saya secara tidak rasmi dan merupakan seorang yang berjasa menarik saya ke dunia tarekat semasa berada di INSANIAH Kedah... Kami sangat rapat dan berkenalan sejak di zaman sekolah di KISAS lagi. Beliau adalah senior saya. Kemudian sama-sama ke INSANIAH dan ke Mesir.

Begitu juga Us Syarhan yang memperkenalkan saya kepada dunia perubatan Islam, sama-sama tidur sebantal dan biasa berkunjung dan tidur di rumah ibubapa saya di Pahang...Saya juga telah menjalani praktikal bersama Us Syarhan dan selalu menemaninya merawat selama 2 tahun sebelum saya berangkat ke Mesir.

..... kesimpulannya saya masih rapat dan menghormati mereka berdua sebagai orang yang sangat berjasa kepada saya yang jahil dan serba kekurangan ini.

...dan tidak lupa kepada GURU UTAMA saya Maulana Sheikh yang sentiasa mengajar saya dari segenap aspek kehidupan termasuklah perubatan Islam dari dulu sehingga kini dan selamanya!

... Tujuan pendedahan ini bukan untuk mengusutkan keadaan atau menaikkan nama saya yang memang tak naik-naik dari dulu tetapi untuk maklumat semua agar faham apa yang berlaku semenjak dua menjak ini.. AMPUN SELALU, CERIA SELALU!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...