Firman Allah Taala:
- 82. Dan Kami turunkan Dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat suci Yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang Yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang Yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.(82,surah al Isra')
Hadis: “Ubatilah ia dengan Kitab Allah (al Quran)
Fatwa ulamak:Kitab Khazinatul Asrar ada dinyatakan : “al Qadhi Husain, al Baghawi dan lainnya dari mazhab Syafie berpendapat jika dituliskan al Quran pada manusia atau makanan, maka tidaklah mengapa.”
Bentuk perubatan al Quran:
1. Dengar: Ruqyah Syaraiyyah
2. Minum: Air yang dibacakan al Quran
3. Mandi: Air bacaan al Quran
4. Urut: Air / minyak yang dibacakan al Quran
5. Tulis : Air yang ditulis ayat al Quran untuk tujuan minum, mandi, urut
Bahan-bahan yang diperlukan:
Filamen / debungan za’faran / saffron.
Ranting kayu resam / buluh / kayu sugi.
Air mawar.
Air zamzam / air mutlak yang hidup tiada mati.
Pinggan putih tembikar tanpa corak.
Bekas untuk melarutkan dakwat za’faran
Sarung tangan pakai buang
Keterangan bahan:
Filamen / debungan za’faran / saffron.
INFO ZA'FARAN
Za’faran dalah sejenis pokok herba dari Loridacces dengan ketinggian 10 hingga 30 cm. Bunga Za’faran mempunyai 3 kelopak bunga dan 3 kelopak daun yang berwarna unggu. Adalah sangat menarik diketahui hanya 5 hingga 7 kilogram Za’faran kering yang dapat diperolehi dari satu hektar tanah. Za’faran tergolong antara bahan yang termahal di dunia. Za’faran mempunyai khasiat dan nilai komersial yang tinggi.Filamen Za’faran, sebenarnya adalah stigma kering dari bunga Saffron. Setipa bunga tersebut hanya mempunyai 3 filamen stigma sahaja. Za’faran (Saffron) merupakan rempahan yang paling berharga dan termahal di dalam dunia. Harga Za’faran boleh mencecah dari RM1,700.00 hingga RM23,000.00 sekilo!
Za’faran dilarut dengan air mawar sehingga mencapai tahap kepekatan yang sesuai untuk dijadikan dakwat. Tidak terlalu pekat dan tidak juga terlalu cair.
Ranting kayu resam / buluh / kayu sugi.
Ranting diruncingkan secara menyenget untuk dijadikan pen. Batang sama digunakan untuk menulis tulisan khat.
Air mawar.
Air mawar dijadikan ‘pencair dakwat’.
Air zamzam / air mutlak yang hidup tiada mati.
Air zamzam digunakan untuk memadam dan melarutkan tulisan ayat al Quran yang tertulis di atas pinggan putih.
Pinggan putih tembikar tanpa corak.
Digunakan sebagai ‘papan putih’ untuk menulis ayat al Quran yang bersesuaian dengan penyakit yang dihidapi.
Bekas untuk melarutkan dakwat za’faran
Bekas ini digunakan sebagai tempat untuk membancuh dakwat za’faran.
Sarung tangan pakai buang
Untuk tujuan kebersihan dan keselamatan daripada penyakit berjangkit.
Langkah-langkah rawatan:
Setelah mengenalpasti penyakit pesakit dan bersoal jawab; perawat mengambil wuduk dan duduk di atas sejadah serta menyediakan bahan-bahan di depan sejadah. Pakailah sarung tangan untuk proses seterusnya.
Bancuh dakwat za’faran dengan air mawar di dalam bekas pembancuh.
Menulis ayat-ayat yang berkaitan dengan penyakit di atas pinggan putih.Perawat mestilah mahir dengan penggunaan ayat. Jika perlu sediakan rujukan dan mushaf al Quran di sisi.
Perawat membaca ayat tersebut dan diikuti oleh pesakit. Pesakit hendaklah membaca ayat yang tertulis di pinggan putih tersebut.
Perawat menuang air zamzam / air mineral yang telah diruqyah ke dalam pinggan tersebut.
Pesakit hendaklah melarutkan air tersebut beserta niat khusus untuk penyembuhan penyakit yang dideritainya.
Pesakit minum air pati yang telah dicampurkan dengan air ruqyah yang terdapat di dalam botol selepas membaca fatihah, ayat Kursiy serta selawat 3 kali. Minum dua kali sehari; selepas solat subuh dan sebelum solat maghrib untuk tempoh penyembuhan selama paling kurang7 atau 21 hari dan paling lama 40 hari…
Senarai kegunaan ayat al Quran rujukan (A’lij Nafsaka bil Quran:”Ubatilah dirimu dengan al Quran” karangan Sheikh Abi al Fadaa’ Muhammad, Mesir):
Umum: 6 ayat syifa’ di dalam al Quran:
At Taubah: 14
Yunus: 57
An Nahl: 69
Al Isra’: 82
As Syuara’: 80
Fussilat: 44
Sakit kepala: al Baqarah:178, an Nisa’:28, al Anfaal:66, Maryam:1-3, al Baqarah:186, al Ana’m:13,al Furqan:45, al Hasyr:21.
Penyakit mata: Qaaff: 22,
Sakit gigi: al Mulk:23, al An’am: 13.
Hidung berdarah: Hud: 44.
Pekak: al Hasyr:21-24
Sakit kulit: al Baqarah: 259 dan 266.
Sakit dada: al Insyirah:1-8, Thahaa25-28, Yunus:57.
Jantung, dada, limpa, hati: ayat Kursiy:al Baqarah:255
Jiwa kacau / tak tenang: al Ghaafir, ar Ra’du: 28.
Perut memulas: al Fatihah,al Ikhlas, al Falaq, an Naas.
Penawar racun dan demam ketar: al Quraisy:1-4.
Penawar bisa ular dan kala: al Fatihah,al Ikhlas, al Falaq, an Naas. Tambah garam kepada air dan sapu / celup.
Sendi / romatizem: Ali Imran:145, al Qadr:1-5, al Anbiyaa’:30
Mudah beranak:
لاإله الا الله الحليم سبحان الله رب العرش العظيم
Al Fatihah:2, an Naziat:46, al Ahqaf:35, al Insyiqaq:1-4 dan ayat-ayat selusuh.
Demam:
بسم الله الرحمن الرحيم بسم الله وبالله محمد رسول الله
Al Anbiyaa’: 69-70
Gangguan tidur: al Kahf: 11 dan 12.
Dukacita, sedih, rungsing pilu: al Insyirah:1-8
rasukan syaitan: ayat Kursiy,as Soffat:158-159, Yaasin, al mu’minun:115-118
otak / tak siuman: Yaasin
sihir: Yunus:81-82, al A’raaf: 117-121, Thahaa:69
Pelupa: al Baqarah: 1-4, 255, 256,257, 284-286
Was was: al Hadid 3,al Ghaafir, as Sajdah, al Ikhlas
Barah: Ruqyah saratan; lebih kurang ruqyah syariyyah dengan tambahan ayat-ayat tertentu.
Nota: Proses pembuatan dan penyediaan air penawar ini hanya dilakukan oleh pakar individu yang mempunyai ketelitian, kesabaran dan keikhlasan serta berakhlak mulia.
ini adalah sebahagian edaran pengajian kilat Ramadhan anjuran Darul Hikmah Pahang...