**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

30 November 2013

Jemputan Rawatan Ruqyah Perdana KISWAH di Masjid Kg Jengka Batu 13 Pada 8 Disember 2013



Assalamualaikum..

Rawatan Ruqyah Perdana Pertubuhan Pengamal Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Malaysia (KISWAH) PPM 017 - 06 - 23102012. Bernaung di bawah Mufti Pahang.

(Untuk rawatan sihir, sakit mental, pelembut hati, sakit misteri, pulih rumah, masalah kekeluargaan, strok, kanser, 1001 sakit fizikal dan berniat untuk diruqyah)

Masjid Kampung Jengka Batu 13 Jalan Maran.

8 Disember 2013

9 - 9.15 pagi pendaftaran. Jangan Datang Lambat.

Yuran: Seikhlas hatimu atas sumbangan yang diberikan perawat. Barang2 rawatan turut dijual di tempat program.

Talian program:

Ustaz Mujahid al Chenori:013 9013917

Ustaz Hayat Kiswah al Mevlevi: 017 9065131

27 November 2013

Kenangan Indah Hari Keluarga KISWAH 2013 Di Mercu Beach Resort Kuantan 22 - 24 Nov 2013



Assalamualaikum semua..


Memori indah bersama ahli keluarga bahagia kiswah.syukran ats komitmen dan keikhlasan semua..sgt tersentuh dgn aura ukhuwwah kalian.ampun maaf segala kekurangan. Jgn serik utk join program kiswah lagi...Kenangan hari keluarga bahagia ngo pertubuhan pengamal pengubatan islam kiswah di mercu beach resort...22 24 nov 2013. Ukhuwwah bersemi lestari ke syurga...























25 November 2013

AL FATIHAH kepada Guru Kami Dato' Shaykh Abd Razak Yang Telah Pulang Ke Rahmatullah Pada 22 Nov 2013

al Marhum Shaykh Abd Razak bersama al Marhum Shaykh Raja Ashman..



إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Al Fatihah kepada guru kami Shaykh Razak telah pulang ke Rahmatullah pada 22hb November 2013; Jumaat malam Sabtu yang lalu.. Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas roh beliau.... 

Al Marhum telah banyak kali menyatakan kepada saya untuk menziarahi kami di Temerloh. Malah semasa beliau sedang sakit tenat di hospital.. datin pun menyatakan bahawa suaminya selalu mengatakan kepada beliau hasratnya untuk pergi ke Temerloh menjengok kami di KISWAH... Malangnya sehingga ke akhir hayat, al marhum tak berkesempatan untuk ke mari..

Jenazah al Marhum Datuk Shaykh Abd Razak dikebumikan di  Tanah Perkuburan Sg Tangkas berhampiran Stesen Komuter Bangi Berdekatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada hari Sabtu 23 Nov 2013...


Al-Fatihah


Assalamu 'alaikum wr wb.

The following is a message from Shaykh Adnan to all mureeds, when he was told of the passing of Datuk Shaykh Abdul Razak of KL. Pls pass his message and salams to all mureeds.

"Our ta'ziya (condolences) to the Naqshbandi jama'at in KL and all over the world, upon their loss of a deputy of Mawlana

May ALLAH ALMIGHTY dress him by all means of Mercies, Blessings & Forgiveness and May ALLAH ALMIGHTY grant all of you a long and healthy life, especially HER HIGHNESS Raja Eleena (Maulana's Deputy for Malaysia) and protect all of you and make all of you to reach the time of SAHIBAZZAMAN."

From: Shaykh Adnan Kabbani & family, with salams & love for all Naqshbandi mureeds.

21 November 2013

Latihan Memanah NGO Perubatan Islam (KISWAH) di Surau Taman Jaya 4

Syukur.. sahabat2 ngo kiswah..jgn ketinggalan latihan memanah di tj4.jadual akan dikeluarkan oleh ketua biro riadah kita Saiful Shahiri dan Muhammad rafi..

Kelab memanah tradisional di bawah biro riadah ngo kiswah di bawah saudara Saiful Shahiri dan Muhammad Rafi mudah2an dpt terlaksana dan berjalan dgn baik.(baru cadangan) Testing busur yg baru diperolehi di surau taman jaya 4... 





20 November 2013

Jemputan Mesyuarat Agung Pertubuhan Pengamal Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Kali Kedua 2013 Pada 21 Disember 2013 Di Masjid Bera. Semua Ahli Diwajibkan Hadir!






Assalamualaikum..


Jemputan Mesyuarat Agung NGO Pertubuhan Pengamal Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyyah Malaysia (KISWAH) Kali Kedua 2013

21 Disember 2013 ~ Sabtu.

9 pagi - 6 petang

Masjid Darul Fikri Daerah Bera.

Semua Ahli NGO KISWAH dan Yang Ingin Mendaftar Diwajibkan Hadir!!!


19 November 2013

Tarikh Bekam Sunnah Pada November dan Disember 2013 di Pusat Rawatan Islam KISWAH Terapi Ruqyah Syariyyah Temerloh

Assalamualaikum semua.. 

"Tarikh bekam yang terdekat di Pusat Rawatan Islam KISWAH Terapi Ruqyah Syariyyah (KISWAH) adalah pada 25 NOVEMBER 2013 (21 Muharram ~ Isnin) dan 24 DISEMBER 2013 (21 Safar ~ Selasa).. Jam 5.30 petang. Sesiapa yang berminat sekitar Temerloh boleh le SMS / Call 017 9065131 (Ustaz Hayat Kiswah).






17 November 2013

Jualan Burdah Basrah.. RM80 + RM8 Penghantaran - Stok Terhad!

Assalamualaikum..

Pakaian Sunnah Rasulullah saw. Semua burdah di atas bersaiz 45 x 70 bidang atau 1 meter x 2.2 meter. Besar dan berkualiti. Stok Terhad

Pakaian Sunnah Rasulullah saw. Stok Terhad








SOLD


SOLD!

SOLD!


SOLD!

Soalan kepada Habib Munzir berkenaan Burdah / Rida’ / Shawl

selendang - 2010/01/13 14:39

Mg sntiasa dlm keadaan kbaikn disisi Allah~

habib, blh bntu sy dalam mcari dalil utk sunnah selendang? pelajar2 seperti habib sendiri dan pelajar2 psentrn/pondok selalu pakai, dan guru mulia habib habib omar pun selalu memakaikanya,, syukrn habib, ana pun ingin amalkannya!! insyaAllah


jazakaAllahu khairan.. maaf jika mganggu habib~ semoga dalam kelembutan rahmat ilahi~


Re:selendang - 2010/01/15 07:46 Alaikumsalam warahmatullah wabarakatuh,

kebahagiaan dan Kesejukan Rahmat Nya semoga selalu menaungi hari hari anda,

Saudaraku yg kumuliakan,

lebih dari 25 riwayat shahih Bukhari bahwa Rasul saw memakai rida (selendang). para sahabat beliau saw, lagi ratusan riwayat lainnya pada Shahih Muslim dan riwayat shahih lainnya.

Demikian saudaraku yg kumuliakan, semoga dalam kebahagiaan selalu, semoga sukses dg segala cita cita,

Wallahu a'lam

Rasulullah memakai rida’

Memakai rida’ (semacam selendang) dan membalik posisi rida’ disunnahkan. Sebagai contoh dalil pemakaian rida’ / burdah shawl ini berlaku ketika Rasulullah saw menunaikan solat istisqa, iaitu dengan menaruh kain yang disebelah kiri ke sebelah kanan, dan kain yang ada di sebelah kanan ke sebelah kiri.

Hadis-hadis yang menyatakan dianjurkannya hal ini sangatlah banyak, diantaranya hadis Abu Hurairah, hadits Abdullah bin Zaid, hadis ‘Aisyah yang sudah disebutkan.

Pemakaian dan tindakan membalikan rida’ ini dapat dilakukan setelah berdoa, sebagaimana dalam hadits Abu Hurairah, atau ketika hendak berdoa, sebagaimana hadits Abdullah bin Zaid Radhiallahu’anahu :

خرج رسول الله صلى الله عليه وسلم إلى المصلى فاستسقى . وحول ردائه حين استقبل القبلة

“Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam keluar menuju lapangan untuk istisqa’. Beliau membalik rida’-nya ketika mulai menghadap kiblat” (HR. Muslim, no.894)

RM80 + penghantaran RM8.



Cara pembelian:

1. Sila ‘bank in’ duit dengan kaedah-kaedah yang diterangkan di bahagian "PEMBAYARAN".

ATM deposit / ATM transfer / Cash deposit ke akaun

Muliati binti Saad.

no akaun Bank Islam : 14162020055479 atau

no akaun Maybank: 156057415555 (MULIATI BINTI SAAD)

2. Kemudian, sila sms saya di no 0179065131 (USTAZ HAYAT) dengan menyatakan:

a. Nama

b. Tarikh

c. Bank apa dan bila dimasukkan duit

d. Alamat surat menyurat

e. Produk dan bilangan

3. Kemudian, dengan berbesar hatinya kami akan menghantar barangan tersebut ke alamat anda.

12 November 2013

Selamat Membaca Zikir dan Doa Asyura'


Selamat membaca zikir dan doa asyura'... Doa di bawah juga adalah sama seperti yang di Shaykh Adnan Qabbani di dalam kitab Futuhat Haqqaniah.... 

11 November 2013

Jom Berpuasa Pada Hari Tasua' dan A'syura' 1435H Bersamaan 13 dan 14 Nov 2013



Jangan lupa berpuasa pada hari TASUA' 


(ESOK: 13 Nov 2013: Hari Rabu) dan


 A'SYURA' (LUSA: 14 Nov 2013: Hari Khamis). 


Jom pakat2 puasa!!!

10 November 2013

Pusat Rawatan Islam KISWAH Ruqyah Syariyyah Cawangan Kota Tinggi (NGO KISWAH KOTA TINGGI) Kini di Taman Pasak


Ustaz Azhari dan Junaidi Sedang Beraksi di Pusat Rawatan KISWAH Kota Tinggi

Alamat ....no.29, taman pasak indah . Jln Pasak i8., 81900, kota Tinggi .Johor . Rawatan pada hari sabtu & Ahad dari jam 10.00 pagi hingga 3.00 ptg (tertakluk pada perubahan ).......

Sesiapa yg berhajat untk mendptkn khidmat rawatan , kena hubungi perawat terlebih dahulu untuk temujanji

Hubungi: Ustaz Azhari Abidin: 017 2230510

Ustaz Junaidi Sahlan: 019 7554255

09 November 2013

Kenangan Mawlid Sempena Maal Hijrah di Kg Teluk Sentang 7 Nov 2013

Assalamualaikum.. Pertubuhan Pengamal Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Malaysia (KISWAH) di bawah naungan Mufti Pahang dijemput menjayakan program Sambutan Maal Hijrah Peringkat Daerah Temerloh di Kg Teluk Sentang.. Penceramah jemputan adalah ulamak pelapis Negeri Sembilan Ustaz Khushairi Haji Hamdan. Semua ketua jabatan dan mantan mufti Pahang dato Sulaiman turut hadir untuk menerima anugerah tokoh maal hijrah Daerah Temerloh.









05 November 2013

Amalan Sunat Pada Hari Asyura dan Dalil Bubur Asyura



AMALAN-AMALAN SUNAT
Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam

Berpuasa: Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun

·                                 Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
·                                 Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali
·                                 Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali

Perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram)

*Melapangkan masa/belanja anak isteri : Fadilatnya – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini

*Memuliakan fakir miskin : Fadilatnya – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti

*Menahan marah : Fadilatnya – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.

*Menunjukkan orang sesat : Fadilatnya – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya

*Menyapu/mengusap kepala anak yatim : Fadilatnya – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya

*Bersedekah : Fadilatnya – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini

*Memelihara kehormatan diri : Fadilatnya – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan

*Mandi Sunat : Fadilatnya – Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala”

*Bercelak : Fadilatnya – Tidak akan sakit mata pada tahun itu

*Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali : Fadilatnya – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti

*Sembahyang sunat empat rakaat : Fadilatnya – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: “Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala”

*Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali

*Menjamu orang berbuka puasa : Fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa

*Puasa (Niat)  “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala “  : Fadilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka


AMALAN HARI 'ASYURA' :

Diringkaskan dari Kitab-kitab Bahjatuddin al-'Alim al-'allamah al-'Arif ar-Rabbani
Syeikh Daud 'Abdullah al-Fathani r.a

 Alhamdulillah...puji dan puja kepada Allah Pentadbir Sekelian 'alam serta selawat ke atas junjungan besar Sayyidina Muhammad Sollallahu 'alayhi wa sallam serta ke atas ahlul bait Baginda serta seluruh sahabat Baginda radhiyallahu 'anhum ajmaien. Amien. Rasanya masih tidak terlambat untuk mengucapkan selamat tahun baru hijrah 1432 kepada seluruh sahabat-sahabat. Bulan Muharram tiba lagi sebagai pembuka tirai bagi bulan-bulan Islam. Justeru terdapat beberapa amalan yang di tuntut dan di galakkan sebagai pengisian tarbiyyah ruhaniyyah di dalam bulan yang mulia ini terutamanya galakkan untuk berpuasa pada hari 'asyura. Al-Faqir memuatkan huraian ringkas yang dipetik daripada Risalah Amalan-amalan Islam Siri 1 hasil himpunan al-Marhum Tuan Guru Hj.Wan Mohd Saghir Abdullah Rohimahullahu Ta'ala terbitan Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik & Khazanah Fathaniyyah Kuala Lumpur cetakan 2004 M/ 1425 H.

BAB PADA MENYATAKAN KELEBIHAN HARI 'ASYURA

Syeikh Daud bin ;Abdullah al-Fathani memulakan bahasan tentang 'Asyura' dalam kitabnya Jam'ul Fawaid dengan memberikan takrif berikut :

"Ketahuilah olehmu makna عاشوراء / 'Asyura' ialah hari yang kesepuluh daripada bulan Muharram.
Kata qil, hari yang kesembilan daripada bulan Muharram.
Kata qil, hari yang kesepuluh daripada bulan Muharram.
Kata qil, hari yang yang kesebelas daripada bulan Muharram.
Dan qaul yang shahih hari yang kesepuluh dinamakan 'Asyura' dan hari kesembilan dinamakan تسوعا / Tasu'a."
(Sila lihat kitab Jam'ul Fawaid, m/s:129)

KELEBIHAN-KELEBIHAN HARI 'ASYURA'

Berkata Syeikh Daud bin ;Abdullah al-Fathanidi dalamnya kitab Jam'ul Fawaid seperti berikut :
"Sembah sahabat, "Ya Rasulullah, sesungguhnya dilebihkan oleh Allah akan Hari 'Asyura' atas segala hari?" Sabdanya,"Bahkan telah menjadikan Allah Ta'ala akan tujuh petala langit dan tujuh petala bumi pada hari 'Asyura'.
Dan menjadikan bukit pada hari 'Asyura'.
Dan menjadikan bintang pada hari 'Asyura'.
Dan menjadikan Lauh dan Qalam pada hari 'Asyura'.
Dan menjadikan Sayyidina Adam a.s pada hari 'Asyura'.
Dan menjadikan Sayyidatina Hawwa' pada hari 'Asyura'.
Dan menjadikan Syurga pada hari 'Asyura'.
Dan memasukkan Sayyidina Adam a.s akan syurga pada hari 'Asyura'.
Dan diperanakkan Sayyidina Ibrahim a.s pada hari 'Asyura'.
Dan dilepaskan Sayyidina Ibrahim a.s daripada api pada hari 'Asyura'.
Dan ditenggelamkan Fir'aun pada hari 'Asyura'.
Dan dibukakan bala' Ayyub a.s pada hari 'Asyura'
Dan ditaubatkan oleh Allah akan Sayyidina Adam a.s pada hari 'Asyura'.
Dan diampunkan dosa Sayyidina Daud a.s pada hari 'Asyura'.
Dan dikembalikan kerajaan Sayyidina Sulaiman a.s pada hari 'Asyura'.
Dan lainnya hingga akhir hadis ... " (kitab Jam'ul Fawaid, m/s:131)




KISAH BUBUR 'ASYURA'

 (Kitab Jamul Fawaid  m/s 132)

Al-Faqir agak terkejut bahawa sebenarnya ada dinyatakan kisah tentang Nabi Muh a.s di dalam kitab Jam'ul Fawaid ini..Lihatlah betapa cermat dan telitinya penulisan Syeikh Daud Rohimahillah tetapi ianya bukanlah secara spesifik menyatakan bahawa Nabi Nuh a.s menyuruh ummatnya membuat bubur 'asyura' seperti yang serig diperkatakan dan diperlekehkan oleh puak wahabi/salafi yang itu.. Berikut al-Faqir muatkan kenyataan muallif (baca betul2 bukan muallaf ya!)yang di ambil daripada kitab tersebut pada halaman 132 :



AMALAN HARI 'ASYURA' 


Diringkaskan dari Kitab-kitab Bahjatuddin al-'Alim al-'allamah al-'Arif ar-Rabbani
Syeikh Daud 'Abdullah al-Fathani r.a


Alhamdulillah...puji dan puja kepada Allah Pentadbir Sekelian 'alam serta selawat ke atas junjungan besar Sayyidina Muhammad Sollallahu 'alayhi wa sallam serta ke atas ahlul bait Baginda serta seluruh sahabat Baginda radhiyallahu 'anhum ajmaien. Amien.


Sudah setahun berlalu, sejak bahagian pertama ini di tulis..tahun ni, bakal penghujung tahun 1432H ni, al-faqir sambung kembali bahagian keduanya. Sambungan bahagian kedua ini berkisar tentang kisah Nabi Nuh a.s.dan sejarah bubur 'Asyura.


Syeikh Daud bin 'Abdullah al-Fathani menulis, "Dan kata shahib Nuzhah al-Majalis, bahawasanya Nuh a.s tatkala tetap pada bumi pada hari 'Asyura dan berkata ia, "Himpunkan olehmu barang yang ada serta kamu daripada lebih bekal kamu!"  Syeikh Daud bin 'Abdullah al-Fathani menjelaskan bahawa di campakkanlah oleh orang-orang dalam bahtera Nabi Nuh a.s itu berjenis-jenis kacang.


Kata beliau,"Maka daripada demikian itulah telah mengambil segala Muslimun akan makanan 'Asyura."


Riwayat lain diceritakan juga, syeikh Daud bin 'Abdullah al-Fathani menulis, "Dan kata Syeikh Ajhuri, "Dan aku lihat bagi orang yang lain, nashnya bahawasanya Nuh (a.s) tatkala turun dari safinah (bahtera,pent:), dan orang yang sertanya mengadu kepadanya dengan lapar dan telah habis segala bekal mereka itu. Maka [Nabi Nuh a.s] menyuruh akan mereka itu bahawa mendatangkan dengan barang yang lebih daripada bekal mereka itu. Maka mendatangkan, ini dengan segenggam kacang 'adas, dan ini dengan kacang ful, dan ini dengan setapak tangan kacang hamash, hingga sampai tujuh biji-bijian bagi jenisnya. Dan adalah ia pada hari 'Asyura. Maka mengucap Nabi Nuh [a.s] bismillah dan dimasakan dia, makan sekeliannya dan kenyang mereka itu dengan berkat Sayyidina Nuh [a.s]."

Syeikh Daud bin 'Abdullah al-Fathani menyebut, "Dan adalah demikian itu pertama-tama makanan yang di masakkan di atas muka bumi kemudian daripada topan. (yakni ribut badai). Maka mengambil segala manusia akan dia sunat pada hari 'Asyura. Dan adalah padanya itu pahalanya yang amat besar bagi orang yang mengerjakan yang demikian itu, dan memberi makan segala fuqara' dan masakin, maka dinamakan BUBUR 'ASYURA. Dan jika bid'ah sekalipun, [adalah] bid'ah hasanah dengan qashad itu."




Rujukan Kitab :  Jam;ul Fawaid, hlmn:132 - Amalan-amalan Islam Siri 1, AMALAN HARI 'ASYURA diringkaskan dari kitab-kitab Syeikh Daud 'Abdullah al-Fathani, oleh al-marhum Tn.Guru Hj.Wan Saghir Abdullah Rahimahullah, Khazanah Fathaniyah Cetakan 2004 M/1425 H


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...