**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!
Showing posts with label puisi. Show all posts
Showing posts with label puisi. Show all posts

01 March 2022

Ya Rabbi - 'Satu Perkataan Itu'

 Ya Rabbi - 'Satu Perkataan Itu'

Jika bukan kepadaMu aku menghadap
Kepada siapa lagi aku perlu berhadap
Jika bukan kepadaMu aku mengharap
Kepada siapa lagi aku perlu berharap
Segala kesalahanku tidak boleh kupadam begitu sahaja
Aku bersimpuh di depanMu dan memohon ampun kesalahanku
Cinta, kasih, sayang dan asmaraMu yang kudamba,
Bukan keadilanMu kerana ku tidak pernah mempertikaikan itu
Hanya satu 'perkataan' yang menambah kehambaanku
Bertambahlah jiwa hamba yang mulia bukan jiwa tuan yang hina
Perkataan 'Kun' itulah yang pohon kepadaMu Tuhanku
Jadilah - maka segala akan terjadi dengan jajahan ta'luq Iradah dan QudrahMu
Jadikanlah daku hamba sebenar hambaMu..
Kerana Engkaulah Tuhanku yang satu
Ku memohon hanya kepadaMu
Semoga Engkau gembira aku sebagai hambaMu..

05 May 2020

BERTAREKAT MENCARI TUHAN'

BERTAREKAT MENCARI TUHAN' Bertarekat mencari Tuhan Bukan mahu jadi kenamaan Namun selalu kena bahan Malah sering jadi hebahan Betapa sesat lagi menyesatkan Namun hati tetap nyaman Hadiah Tuhan berupa ujian Supaya jadi orang beriman Tak suka sesatkan insan Sebab diri sendiri belum tentu diselamatkan Dari azab Tuhan di hari kemudian...

22 December 2018

Berasa Cukup Apa Yang Ada

"Berasa Cukup Apa Yang Ada"


Berasa cukup apa yang ada
Barulah lapang jiwanya anda
Bersih dari sebarang noda
Gila dunia menjadi reda
Tenang hati luasnya dada
Hidup bahagia pahala berganda
Sebelum diangkat di atas keranda
Menuju akhirat kayanya tertunda...

Hati Hakikat Diri

"Hati Hakikat Diri"

Dalam tubuh adanya hati
Itulah kejadian diri hakiki
Jasad lahir tumpuan insani
Roh batin nilaian Ilahi
Siapa kenal dirinya sendiri
Mengenal Allah menjadi pasti



"RINDU YANG MENYEKSAKAN.."




"RINDU YANG MENYEKSAKAN.."

Rindu itu menyeksakan
Bagai dirobek hati diratah jiwa
Sakitnya di dalam jangan dipamerkan
Agar membuahkan kasih mengaromakan cinta…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...