**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

27 September 2012

Jangan Lupa Seminar 6 KISWAH Esok 29 September 2012

Berusaha menjaga ketulenan kaedah RUQYAH SYARIYYAH di Malaysia. Berjumpa lagi dalam Seminar Modul 6 KISWAH yang pertama dan terakhir. Hanya tinggal satu lagi modul KISWAH sebelum melabuhkan tirai madrasahnya untuk tahun ini.

 
Assalamualaikum semua.

Kepada peserta-peserta yang telah mendaftar dan peserta-peserta seminar sebelum ini, jangan lupa seminar KISWAH pada hari esok ye.

Jangan lupa datang awal pada pukul 8 untuk pendaftaran.

Saya berharap agar mengikhlaskan hati kerana Allah.

Insya Allah kita berjumpa pada hari esok.


KURSUS RAWATAN ISLAM RUQYAH SYARIYYAH

“ KAEDAH RUQYAH SYAR’IYYAH ( Modul 6 KISWAH )”


"Koleksi Kaedah Ruqyah, Kerezekian Menurut Islam dan Amalan Perawat Islam"

TERHAD kepada 30 orang peserta sahaja terutama yang pernah menyertai seminar 1,2,3,4 dan 5 KISWAH"

Oleh:
PUSAT RAWATAN KISWAH RUQYAH SYARIYYAH

www.rawatanislam2u.com/

ANJURAN :PUSAT RAWATAN ISLAM KISWAH TERAPI RUQYAH SYARIYYAH

YURAN PENYERTAAAN
: RM 80.00 (Kos seminar, makan, sijil dan rawatan ruqyah untuk peserta)


TARIKH : 29 September 2012 ( Sabtu )


MASA : 8.00 pagi – 6.00 petang


TEMPAT : Pusat Rawatan Islam KISWAH Terapi Ruqyah Syariyyah, No 16, Tingkat 2, Jalan Ahmad Shah, 28000 Temerloh.

 
Tentatif program:

8.00: Pendaftaran peserta

8.30:  Tajuk 1: Pendetailan Bacaan Ruqyah beserta Khutbah, Selawat dan Doa-doa Kesembuhan Menggunakan Handbook Ruqyah KISWAH.

     
10.30: Rehat - Minum pagi

11.00: Tajuk 2: Rawatan Ruqyah Menggunakan Surah al Fatihah, Surah Yaasin, Ruqyah Shaykh Bahrawi dll

11.30: Tajuk 3: Masalah kerezekian dan amalan-amalan murah rezeki menurut awliya' dan ulamak. Antara rujukan kitab: Sairus Salikin Sh Abd Somad al Falimbani dan tidak ketinggalan amalan para guru-guru soleh yang mulia .

12.15: Tajuk 4: Amalan-amalan perawat Islam sehari-hari.

1.30: Rehat – makan tengahari dan solat Zuhur

2.35: Sesi Maulid dan Solawat


3.00: Pembacaan ruqyah beramai-ramai dan simulasi perubatan beramai-ramai dengan menggunakan ruqyah syariyyah

4.00: Bacaan Ratib al Haddad, Selawat Azimiyyah dan Selawat Shah Naqshbandi serta Pengijazahan

4.30: Majlis Pengijazahan segala kaedah dan pengamalan dalam seminar 6

5.00: Solat Asar

5.15: Bacaan Ringkas Sairus Salikin dan Maulid

5.45: Fotografi dan Jamuan Ringan


Pendaftaran melalui SMS:
 
Sila taip;SEMINAR6, Nama Penuh:__, No.KP:__,  Daerah Hantar ke 0179065131
Cth: SEMINAR6 HAYAT ABD RAHMAN 777777107777 TEMERLOH

Pendaftaran awal amat dialu-alukan demi keselesaan anda…

Pertanyaan, pendaftaran dan maklumat lanjut sila hubungi:

017 9065131 ( Ustaz Hayat )


24 September 2012

Pelancaran Handbook Ruqyah Syariyyah KISWAH 2nd Edition


Alhamdulillah, syukur Ya Rabbi. Keluaran pertama KISWAH PUBLISHING HOUSE.

Assalamualaikum semua..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, Pusat Rawatan Islam KISWAH Terapi Ruqyah Syariyyah melancarkan buku terbarunya.

"HANDBOOK RUQYAH SYARIYYAH"
Panduan kepada perawat dan pesakit.

Insya Allah tuan puan yang budiman boleh mendapatkannya di pusat rawatan kami di Temerloh dan juga dari agen-agen yang dilantik.

Atau boleh didapati di:


Boleh didapati secara online di www.handbookruqyah.com/


Insya Allah pada seminar 6 KISWAH nanti akan diadakan pengijazahan buku "HANDBOOK RUQYAH SYARIYYAH" latest version yang telah dikemaskini dan diperinci.

Kepada peserta seminar 1,2,3,4,5 yang telah berlangung sebelum ini, jangan ketinggalan untuk hadir. Insya Allah ijazah akan diberikan kepada peserta seminar 6, dan dalam masa yang sama merupakan peserta seminar KISWAH yang telah lepas khususnya seminar 1. Ini kerana kami tidak mahu penyalahgunaan ijazah terjadi kepada peserta yang mencampuradukkan kaedah ruqyah dengan kaedah2 rawatan lain serta menggunakannya untuk kepentingan diri sendiri atau dikomersilkan.

Slot pertama dalam seminar pada kali ini adalah:

DISKUSI BUKU HANDBOOK RUQYAH SYARIYYAH KISWAH.

Pada penutup seminar akan diadakan pengijzahan buku ini kepada peserta yang terpilih.

Allahu Haq ! Hidayah Seluruh Alam!

SILA DAPATKAN DI SINI:



Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!

23 September 2012

Pendaftaran NGO Pertubuhan Pengamal Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Malaysia (KISWAH) pada Seminar 6 KISWAH 29 September 2012


Assalamualaikum semua..

Perhatian kepada semua peserta seminar KISWAH khususnya yang pernah mengikuti paling kurang 3 kali seminar dan murid kelas tafaqquh perubatan Islam KISWAH. Diumumkan bahawa sokongan anda diperlukan untuk menubuhkan satu " Badan Bukan Kerajaan" NGO di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan iaitu Pertubuhan Pengamal Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Malaysia atau singkatannya (KISWAH).

Satu jawatankuasa penaja telah dibentuk pada 14 Julai yang lalu untuk menjalankan tugas2 awal bagi menjayakan pembentukan NGO ini. Setakat ini proses pendaftaran telah selesai 70%.

Jadi, saya umumkan bagi pendaftaran ahli, yurannya adalah sebanyak RM30 seorang.  Jangan lupa membawa sumbangan tersebut pada hari 29hb September ini. Sesiapa yang berminat, borang pendaftara boleh didapati pada hari seminar. Ini adalah sebagai sumbangan ahli untuk melancarakan gerak kerja dalam pertubuhan ini.

Saya dengan rendah diri menegaskan bahawa pertubuhan ini bukan bermotifkan keuntungan atau menjayakan mana-mana agenda komersil. Kita bekerja dan berjuang memartabatkan kaedah perubatan Islam berasaskan ruqyah syariyyah di negara ini di samping menyebarkan maklumat kepada masyarakat berkenaan kaedah-kaedah rawatan yang dilarang oleh syarak. NGO ini adalah wadah bagi kita untuk memerangai kesyirikan melalui cara rawatan yang salah lantas menyeru mereka kembali kepada kaedah syarie yang digariskan oleh Al Quran, as Sunnah, al Ijma' dan al Qiyas. Insya Allah.

"KITA ADALAH NGO YANG BEKERJA SEIKHLASNYA KERANA ALLAH TANPA SEBARANG GAJI. GAJI DAN GANJARAN KITA DIBAYAR OLEH ALLAH, INSYA ALLAH".

Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!

21 September 2012

Herba Penawar Kencing Manis dan Darah Tinggi Yang Drastik: Hempedu Bumi

 
PENAWAR KENCING MANIS DAN DARAH TINGGI YANG DRASTIK!!!

Nama Tempatan: Hempedu bumi

Nama Saintifik: Andrographis Paniculata

Nama Lain: Akar cerita, sambilata,nivalembu,king of bitter, maha tita

Famili: Acanthaceae

Lokasi dijumpai: Malaysia, Thailand,India,Indonesia

Keterangan:

Pokok Hempedu bumi juga dikenali sebagai pokok akar cerita. Pokok Hempedu bumi banyak dijumpai di India, Thailand dan paling senang di jumpai di tanah gambut. Hempedu bumi merupakan satu tumbuhan herba semusim yang tumbuh menegak. Tingginya boleh mencapai 60-70 cm. Daun Hempedu bumi berwarna hijau pekat, licin dan tersusun secara bersilang. Daun Hempedu bumi juga mempunyai bentuk bujur, runcing di hujung dan nipis di pangkal.
Kegunaan:

Daun hempedu bumi ini boleh dijadikan ubat untuk menurunkan darah tinggi disamping merawat kencing manis. Cara menjadikannya ubat ialah merebus akar tersebut untuk mengambil airnya supaya boleh diminum. Daun ini juga boleh merawat luka dengan cara menumbuk lumat daun tersebut dan letakkannya pada luka tersebut.

Kandungan bahan kimia daun ini membolehkan ia memecahkan molekul- molekul lemak yang ada disekeliling salur darah yang tersumbat yang menyebabkan tekanan darah tinggi meningkat. Air rebusan daun ini yang pahit telah merangsangnya supaya memecahkan molekul lemak. Memang suatu yang tidak boleh dinafikan bahawa rasa pahit, kelat dan masam agar sukar dipisahkan dengan alam perubatan herba tempatan.Tetapi rasa sebegitu sememangnya tidak begitu menarik minat sebahagian besar masyarakat kita. Mereka lebih gemar kepada rasa manis dan masin. Pengambilan rasa manis dan masin yang berlebihan boleh menyebabkan penyakit tertentu. Tetapi jika diseimbangkan pengambilan perasa-perasa itu adalah baik untuk kesihatan.. Antara herba yang mempunyai rasa pahit adalah pokok hempedu bumi (nama saintifiknya adalah Andrographis Paniculata) ataupun sesetengah orang memanggilnya sebagai akar cerita. Pokok herba ini agak senang dicari kerana ia tumbuh di sekitar rumah, longkang ataupun kawasan semak samun yang terbiar. Mungkin ia tumbuh di kawasan sedemikian, maka sebahagian besar masyarakat hari ini kurang mengetahui khasiatnya yang agak popular bagi tumbuhan ini adalah untuk merawat penyakit darah tinggi dan juga demam.

Malah, tumbuhan ini juga sesuai untuk merawat kesan gigitan serangga. Cara yang paling mudah adalah ambil beberapa helai daunnya dan hancurkan. Sapulah di tempat yang terkena gigitan serangga itu. Tetapi ia lebih popular dalam merawat penyakit darah tinggi dan demam. Cara yang sering diamalkan adalah kita perlu mengambil beberapa helai daunnya dan bersihkan terlebih dahulu. Kemudian rendam daun-daun itu dalam segelas air panas dan biarkan sehingga air panas itu menjadi suam. Selepas itu, minumlah perlahan-lahan. Rasanya agak pahit, khususnya bagi mereka yang pertama kali meminumnya. Tetapi harus ingat, sebagaimana tumbuhan herba yang lain janganlah minum kerap sangat dalam sehari.

RUJUKAN: http://1001-petua.blogspot.com/2009/05/khasiat-pokok-hempedu-bumi.html 
 ATAU:

Cara-cara menggunakannya:

Rebus 1 bungkus dan campurkan air satu setengah liter sehingga mendidih. Dijadikan stok pati dan disimpan di dalam peti sejuk. Untuk kegunaan minum selama 7 hari, 3 kali minum sehari.

Sebelum minum panaskan atau bancuhkan dengan air panas.

Minum secawan 3 kali sehari selama 40 hari atau sehingga 3 bulan.

Persediaan: 1 bungkus untuk kegunaan 7 hari. Minum secawan sebanyak 3 kali sehari.
ATAU: paling kurang:
Secekak hempedu bumi direbus dengan dua gelas air ruqyah / biasa sehingga menggelegak. Minum ketika suam. Jangan diminum ketika sejuk atau dicampur gula.
 BOLEH DIBELI SECARA ONLINE DI ONLINE STORE RASMI KAMI:
 

18 September 2012

Pengijazahan Handbook Ruqyah Syariyyah KISWAH Dalam Seminar 6 KISWAH 29 September 2012

Handbook Ruqyah yang dikemaskini.


Assalamualaikum semua

Insya Allah pada seminar 6 KISWAH nanti akan diadakan pengijazahan buku "HANDBOOK RUQYAH SYARIYYAH" latest version yang telah dikemaskini dan diperinci.

Kepada peserta seminar 1,2,3,4,5 yang telah berlangung sebelum ini, jangan ketinggalan untuk hadir. Insya Allah ijazah akan diberikan kepada peserta seminar 6, dan dalam masa yang sama merupakan peserta seminar KISWAH yang telah lepas khususnya seminar 1. Ini kerana kami tidak mahu penyalahgunaan ijazah terjadi kepada peserta yang mencampuradukkan kaedah ruqyah dengan kaedah2 rawatan lain serta menggunakannya untuk kepentingan diri sendiri atau dikomersilkan.

Slot pertama dalam seminar pada kali ini adalah:

DISKUSI BUKU HANDBOOK RUQYAH SYARIYYAH KISWAH.

Pada penutup seminar akan diadakan pengijzahan buku ini kepada peserta yang terpilih.

Allahu Haq ! Hidayah Seluruh Alam!

16 September 2012

Majlis Solat Hajat Untuk Ustaz Shuhaidi, Mawlid dan Tautan Ukhuwwah di KISWAH




 Assalamualaikum semua..

Alhamdulillh thumma Alhamdulillah Syukur Ya Rabbi atas nikmatmu ini yang tiada pengakhiran dan kesudahan.
 
Terima kasih kepada semua yang hadir pada malam tadi. Alhamdulillah majlis berlangsung dengan penuh emosi tetapi ceria bahkan bahagia bersama sahabat2 yang disenangi lagi disayangi dunia akhirat.
 

Antara yang hadir:

1) Ustazah Sara yang paling awal datang
2) Ustaz Shuhaidi, Marina dan Naqib
3) Akhi Ikhsan Mazlan
4) Ustaz Azhari dan Ustazah Hanisah Aura
5) Ustaz Zuhaimie
6) Ustaz Taufek Abd Rahman yang ensem
7) Ustazah Majidah dan Ustaz Zul
glasses Ustaz Nadmin / Amin Sohibul Tafsir Timb Qadi Maran
9) Ustaz Hanif Abu Faidh
10) Amirul Syafiq dan kawan2 KIPSAS
 

____

Dari Pertubuhan Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Malaysia (KISWAH)

11) Cikgu Adib, Dr Hazrul dan anak2
12) Ustaz Zul dan keluarga
13) Abang Wan Hospital

dan lain2...


Majlis dimulai dengan Solat Maghrib berjemaah diimamkan oleh Ustaz Taufek. Kemudia disusuli dengan Slot Khas bersama Akhi Shuhaidi. al Faqir membuka majlis dengan menyampaikan sedikit tazkirah berkenaan ukhuwwah dan kasih sayang sesama muslim. Kemudian diteruskan dengan ucapan Us Shuhaidi yang menerangkan sedikit sebanyak berkenaan latar belakang dan perkembangan terbaru beliau.

Akhi Ikhsan juga menyampaikan sepatah dua kata mengulas berkenaan kes Us Shuhaidi dengan perasaan sebak....


Majlis diteruskan dengan Solat Isyak berjemaah dan Solat Hajat berjemaah. Masya Allah. Memang terasa sangat lazat berjemaah dengan sahabat2 lama setelah bertahun lamanya tidak ketemu. Kami berdoa agar Akhi Shuhaidi diselamatkan Allah dari ujian yang berat tersebut, diangkat bala' dan membahagiakan mereka sekeluarga...

Jamuan ringkas dan mawlid ringkas mengakhir program pada kali ini.
Kami berwada' dan mengabadikan kenangan pada malam itu dalam sesi fotografi..

Semua sepakat untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas "SKUAD CAKNA USTAZ SHUHAIDI" untuk membantu dari sudut sokongan moral, kewangan dll untuk membantu beiau sedikit sebanyak keluarga beliau. Insya Allah perkara ini ana akan detailkan dalam posting yang akan datang..

Terima kasih kepada semua khususnya zaujah tercinta yang menjadi mastermind untuk program kali ini. Semua ahli Pertubuhan Pengamal Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah (KISWAH) yang hadir, ahli G yang hadir dan semua yang membantu menjayakan program pada kali ini.

Terima kasih tidak terhingga kepada Ustaz Shuhaidi, Us Marina dan anakanda mereka Naqib yang comel yang sudi hadir memeriahkan lagi majlis kita pada kali ini.



Terima kasih Ya Allah. Syukur Ya Rabbi..

Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!

14 September 2012

Preview dan Jualan Album Mawar Buatmu Ya RasulAllah saw oleh Dervish Mawlid Ensemble



   
Sila Click Di Cover Album Di Atas Untuk Mendengar Preview Album

PELANCARAN!!!!!!!
Album Mawlid oleh kumpulan Dervish Mawlid Ensemble .... "MAWAR BUATMU YA RASULALLAH SAW.." Dedikasi untuk al Marhum Shaykh Raja Ashman as Sulthani. Mendapat izin, bless dan dustur untuk penerbitan album di hari kemangkatan Tuanku Shaykh..

Untuk pengetahuan, sebahagian dari hasil jualan album ini akan disalurkan ke tabung pembinaan surau@madrasah KISWAH dan pembinaan pusat rawatan baru KISWAH serta sedikit sebanyak membantu pembelajaran ahli kumpulan Dervish Mawlid Ensemble yang kebanyakannya menyambung pelajaran ke Mesir, Jordan dan universiti tempatan. Sekian dimaklumkan..
Senarai Qasidah dalam album ini.
 1) Huwannnur

2) Dau’uni

3) Ya Rabbi Solli A’lan Nabiy

4) Khairul Bariyyah

5) Allah Allah Aghisna

6) Dzakal Azim

7) Ya Badrattim

8) Bagaimana Mungkin Kupuji





BELI DI SINI: WWW.CDMAWLID.COM/

11 September 2012

Pelancaran KISWAH PUBLISHING HOUSE

Lembaran Baru Untuk KISWAH.. Insya Allah

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. Pada 26 Jun 2012 yang lalu, KISWAH telah mendaftar sebuah lagi syarikat iaitu "KISWAH PUBLISHING HOUSE" dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Syarikat baru ini tertumpu kepada aktiviti penerbitan buku-buku agama khususnya buku-buku perubatan Islam berasaskan ruqyah syariyyah, penerbitan audia dan video serta menjadi pembekal dan pengedar bacaan-bacaan awam. Keputusan ini diambil sebagai inisiatif pihak KISWAH untuk menerbitkan sendiri buku-buku yang sudah siap ditulis selama ini setelah kecewa dengan beberapa syarikat penerbitan sebelum ini.

Alhamdulillah pada 3 Julai lalu pihak kami telah mendapat kelulusan dari Perpustakaan Negara Malaysia untuk menerbitkan buku sendiri.

Alhamdulillah dah boleh terbit buku sendiri



Oleh itu dengan ini saya mengumumkan pelancaran web terbaru KISWAH; iaitu:


khusus untuk mempromosi buku-buku terbaru keluaran KISWAH.

Dua projek terbaru kami adalah:

1) Pelancaran album mawlid; "MAWAR BUATMU YA RASULALLAH SAW" oleh kumpulan mawlid terkemuka Malaysia; DERVISH MAWLID ENSEMBLE. Pada 16 September nanti:
Insya Allah menemui anda pada 16 September 2012 ini.


2)Handbook Ruqyah Syariyyah KISWAH Latest Version; Quranic Heavenly Healing Series- Book 1 yang akan menemui anda pada 23 September 2012.

Akan menemui anda pada 23 September 2012


Semoga usaha ini siang malam diberkati Allah berkat keikhlasan yang mudah-mudahan senantiasa kami miliki. Amin Ya Rabb...

Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam!

08 September 2012

Album Mawlid "Mawar BuatMu Ya RasululALLAH saw" oleh DERVISH MAWLID ENSEMBLE Keluaran KISWAH PUBLISHING HOUSE 15 September 2012

"Mawar BuatMu Ya RasulALLAH Saw...

Masya Allah, kami mendapat bless, dustur dan izin penerbitan album ini di malam Jumaat kemangkatan Tuanku Sheikh Raja. Terima kasih Saykhnaa...
  
Nantikan kemunculannya... Album Mawlid oleh kumpulan Dervish Mawlid Ensemble .... "MAWAR BUATMU YA RASULALLAH SAW.." Dedikasi untuk al Marhum Shaykh Raja Ashman as Sulthani. Mendapat izin, bless dan dustur untuk penerbitan album di hari kemangkatan Tuanku Shaykh..

Untuk pengetahuan, sebahagian dari hasil jualan album ini akan disalurkan ke tabung pembinaan surau@madrasah KISWAH dan pembinaan pusat rawatan baru KISWAH serta sedikit sebanyak membantu pembelajaran ahli kumpulan Dervish Mawlid Ensemble yang kebanyakannya menyambung pelajaran ke Mesir, Jordan dan universiti tempatan. Sekian dimaklumkan..

Senarai Qasidah dalam album ini.

 1) Huwannnur

2) Dau’uni

3) Ya Rabbi Solli A’lan Nabiy

4) Khairul Bariyyah

5) Allah Allah Aghisna

6) Dzakal Azim

7) Ya Badrattim

8) Bagaimana Mungkin Kupuji

Dervish Mawlid Ensemble; Ex Kumpulan Mawlid Darul Quran Kuala Kubu dan  Kumpulan Mawlid Uthmaniyyah Kelantan

Dervish Bersama Al Marhum Tuanku Sheikh Raja dan Ustaz Fauzi yang Sentiasa Dirindui

Semua Ahli Dervish...




Mawlid Dervish Ensemble LIVE!:

dan


UNTUK TEMPAHAN ( selepas launching 15 September 2012 DAN UNTUK MENDENGAR PREVIEW, Sila Click di Mawars:

07 September 2012

Penglibatan Golongan Sufi dalam Jihad Melawan Musuh-musuh Islam

Batalion Tarekat Mevlevi / Mawlawi ( Si sufi yang berputar Maulana Jalaluddin ar Rumi) Yang Berjihad Membantu Tentera Khilafah Uthmaniyyah. Mereka adalah contoh ahli sufi yang keluar berjihad. Abid di malam hari manakala siang ibarat singa yang gagah berani.
 (Jika peperangan jihad terjadi maka para awliya' dan ahli sufilah yang mula-mula keluar berjihad. Jika mereka tidak dapat berjihad dengan jasad mereka kerana kekurangan (sakit / tua / cacat) maka mereka akan keluar berjihad dengan spiritual / kerohanian mereka - Shaykh Adnan Thohir al Qabbani "Futuhat Haqqaniah".)
Penglibatan Golongan Sufi dalam Jihad Melawan Musuh-musuh Islam

  • Ahmad bin ‘Ashim Al-Antoki [Shofwah As-Shofwah oleh Imam Ibn Al-Jauzi]

  • Ibu Yusuf Al-Shaghuli: Terlibat dalam peperangan dengan Rom [Shofwah As-Shofwah oleh Imam Ibn Al-Jauzi]

  • Abu Ishaq bin Al-Fazari [ibid]

  • Isa bin Abi Ishaq As-Sabi’ie [ibid]

  • Yusuf bin Isbath [ibid]

  • Abu Mu’awiyyah Al-Aswad (199 H)

  • Abdullah bin Al-Mubarak (181 H). Beliau terlibat dalam peperangan menentang tentera Rom [Tarikh Baghdad oleh Al-Khatib Al-Baghdadi 10/157]

  • Ibrahim bin Adham (162 H). Beliau terlibat dalam peperangan melawan tentera Byzantine malah meninggal dunia ketika menjaga di perbatasan perang [Al-Bidayah wa An-Nihayah 10/44]

  • Hatim Al-Ashom. Beliau seorang tokoh sufi yang terlibat dalam peperangan dan meninggal dunia di tempat perbatasan perang di atas bukit Sarwad. [Siyar A’laam An-Nubala’ 11/484]

  • Abu Al-Qashim Al-Qahthi: Beliau juga terlibat dalam peperangan melawan Byzantine bersama-sama dengan sebahagian ulama’ sufi yang lain [Ghayyah Al-Tholab fi Tarikh Halab 10/4591]

  • Imam Raslan (Arsalan) Ad-Dimaysqi (m: 541 H): Beliau terlibat dalam peperangan di Syam khususnya dalam melawan tentera salib. Antara karya beliau adalah Risalah At-Tauhid.

  • Imam Abu Al-Hasan As-Syazili (m: 656H): Beliau serta murid-muridnya terlibat dalam Ma’rakah Al-Manshurah (perang di Manshurah) pada tahun 647 H dalam melawan tentera Salib. [Abu Al-Hasan As-Syazili As-Shufi Al-Mujahid Al-‘Arif biLlah oleh Dr. Abdul Halim Mahmud: 60]

  • Imam Abu Al-‘Abbas Al-Mursi r.a. (salah seorang murid Abu Al-Hasan As-Syazili). Beliau juga turut terlibat dalam peperangan melawan musuh-musuh Islam seperti gurunya. Beliau adalah guru kepada Imam Ibn ‘Atho’illah As-Sakandari [Wizarah As-Thaqofah Al-Mishriyyah 7/371]

  • Sultan Muhammad Al-Fateh As-Sufi Al-Hanafi Al-Maturidi. Banyak riwayat yang menceritakan sudut kesufian beliau. Beliau terlibat dalam membuka kota Konstantinopel daripada jajahan tentera Salib.

  • Imam Al-Izz bin Abdil Salam (660 H): Beliau seorang ulama’ sufi yang mashyur ytang hidup sezaman dengan Imam Abu Al-Abbas Al-Mursi dan sebagainya. Beliau terlibat dalam peperangan ‘Ain Jalut pada tahun 658 H. Sudut kesufian Imam Izzuddin jelas kerana beliau mengambil khirqah sufi daripada Imam Syihabuddin As-Sahrwardi (632 H). [Husn Al-Muhadarah 1/315]

  • Sultan Nuruddin Mahmud Zinki (m 569 H). Beliau seorang pemimpin Islam yang terlibat dalam melawan tentera Salib dalam usaha untuk membebaskan Palestin daripada cengkaman mereka. Beliau sendiri seorang yang sangat rapat dengan golongan sufi dan menghormati golongan sufi. [Al-Kawakib Ad-Durriyyah 1/38] Beliau memuji golongan sufi dengan berkata: “Mereka (golongan sufi) adalah tentera Allah dan dengan doa merekalah kita berjaya menewaskan para musuh” [Al-Bidayah wa An-Nihayah 12/281]

  • Sultan Solahuddin Al-Ayubi: Beliau terkenal sebagai seorang pahlawan dan pemimpin Islam yang membebaskan Al-Aqsa daripada cengkaman tentera Salib. Adapun dari sudut kesufian beliau, maka memang tidak dapat dinafikan. Malah, beliau bermesyuarat dengan para ulama’ sufi ketika berperang dengan tentera-tentera Salib.

  • Imam Ali bin Maimun (917 H): Beliau seorang ulama’ sufi yang terlibat dalam banyak peperangan melawan musuh Islam [Syazrat Az-Zahab 8/81]

  • Al-Amir Abdul Qadir Al-Jaza’iri As-Sufi: Beliau terlibat dalam peperangan di Algeria dalam melawan penjajahan. Sudut kesufian beliau sememangnya tidak dapat dinafikan lagi bagi mereka yang membaca riwayat sejarah hidupnya.

  • Al-Mujahid Muhammad Ahmad Mahdi (m:1885 M) Beliau mempelajari ilmu sufi sejak keci lagi lalu menjadi seorang murobbi sufi. Beliau terlibat dalam melawan tentera Inggeris ketika mereka menjajah Sudan. [Hilyah Al-Basyr 2/801]

  • Al-Mujahid Umar Al-Mukhtar (m: 1931 M): Beliau seorang murobbi sufi bertariqat As-Sanusiyyyah. Beliau terlibat dalam peperangan melawan tentera penjajah khususnya di Libya lalu menemui syahid.

  • As-Sayyid Muhammad Abdullah Hassan (m: 1920 H): Beliau seorang murobbi sufi tarikat As-Salihiyyah As-Syaziliyyah. Beliau terlibat dalam peperangan menentang penjajah yang cuba menjajah Somalia. [Silsilah Alam Al-Ma’rifah Al-Kuwaitiyya 223 oleh Dr. Abdullah Abdul Razak]

  • Ahmad Arabi As-Sufi (1911M): Beliau terlibat dalam kebangkitan umat Islam dalam melawan penjajah. [Kitab Al-Islam wa Harakaat At-Taharrur Al-‘Arabiyyah m/s 42 oleh Dr. Syauqi Abu Khalil]

  • Sheikh Farhan As-Sa’di”: Beliau terlibat dalam peperangan di Palestin menentang penjajah Inggeris. Beliau dari keluarga As-Sa’diyyah Al-Jibawiyyah, suatu keluarga sufi di Palestin [Majalah Syu’un Falastin no 124 m/s 22]

  • Sheikh Izzuddin Al-Qassam (m: 1935 M): Beliau seorang sufi yang terlibat dalam jihad di Palestin. Beliau seorang sheikh bagi tarikat Syaziliyyah. Ayahnya juga seorang sufi yang sangat beriltizam dengan tarbiah sufi. [Kitab Al-I’lam As-Syarqiyyah oleh Zaki Muhammad Mujahid 2/139]

  • Sheikh Muhammad Badruddin Al-Hasani: Beliau berketurunan Imam Al-Jazuli. Beliau merupakan seorang murobbi sufi tarikat Qadiriyyah. Beliau terlibat dengan kebangkitan umat Islam melawan musuh-musuh Islam khususnya di Syria. [Tarikh Ulama’ Dimasyq 1/472]

  • Sheikh Muhammad Sa’id Al-Burhani (m: 1967 M) Beliau merupakan seorang murobbi tarikat Syaziliyyah di Damsyiq. Beliau terlibat dalam peperangan melawan musuh-musuh Islam dan penjajah di Syria [Al-‘Alaam 6/145]

  • Sheikh Abu Al-Yasar ‘Abidin An-Naqsyabandi: Beliau terlibat dalam perperangan melawan musuh Islam di Syria [Tarikh Ulama’ Dimasyq 2/969]

  • Sheikh Sufi Ali Ad-Daqar (m: 1943 M): Beliau seorang ulama’ sufi yang terlibat dalam pegerakan kebangkitan masyarakat Arab [Al-Islam wa Harakat At-Taharrur Al-‘Arabiyyah m/s147]

  • Sheikh Izzuddin Al-Jaza’iri (cucu Sheikh Abdul Qadir Al-Jaza’iri): Beliau seorang ulama’ sufi yang terlibat dalam jihad melawan musuh Islam [Tarikh At-Thaurah As-Suriyyah m/s 619]

  • Sheikh Muhammad Al-Hamid An-Naqsyabandi (m: 1969 M): Beliau juga seorang ulama’ sufi yang terlibat dalam jihad melawan penjajah dan musuh Islam [Silsilah A’laam Al-Muslimin Dimasyq m/s 37]

  • Muhammad Abdul Karim Al-Khattobi: Beliau juga seorang ulama’ sufi yang terlibat melawan penjajah Perancis [Al-Maushu’ah Al-‘Askariyyah]

  • Sheikh Manshur Asyramah An-Naqsyabandi: Seorang tokoh sufi yang terlibat dalam peperangan di Chehnya dengan melawan tentera Rusia pada tahun 1971 M.

  • Sheikh Khos Muhammad Afendi An-Naqsyabandi: Beliau juga terlibat dalam peperangan di Chehnya.

  • Sheikh Fadhl Umar Mujaddidi An-Naqsyabandi: Beliau terlibat dalam jihad melawan British pada tahun 1921 M.

  • Sheikh Arsyad Thawil Al-Bantani (m: 1935 M): Beliau seorang ulama’ yang terlibat dalam jihad di Banten [rujuk tulisan Al-Marhum Ustaz Wan Muhammad Shaghir Abdullah]

  • Sheikh Abdul Shamad Al-Falambani: Beliau seorang ulama’ sufi yang turut terlibat dengan jihad melawan musuh-musuh Islam [rujuk tulisan Al-Marhum Ustaz Wan Muhammad Shaghir Abdullah]

  • Sheikh Raja Haji: Beliau antara tokoh sufi di tanah Melayu yang terlibat melawan penjajah di Nusantara

Dan sebagainya….

RUJUKAN: FADHILATUL USTAZ RAJA MUKHLIS

06 September 2012

KISWAH Bermawlid dan Tahlil di Open House Jazatech





Mevlevi Mawlid Ensemble KISWAH telah dijemput untuk mengepalai majlis tahlil dan mawlid sempena rumah terbuka Jazatech Temerloh.. Staff dari SSM, Affin Bank, Polis, BSN, rumah anak yatim dan tahfiz Darul Hijrah Paya Pasir, jabatan2 kerajaan dan syarikat swasta sekitar Temerloh juga dijemput hadir. Alhamdulillah kami dapat berkolobrasi dengan kumpulan mawlid dari Darul Hijrah Paya Pasir..Ahli KISWAH yang hadir adalah Abang Wan Ridzwan Wan Hospital, Mohd Nasaie Nawawi dan Luqman Hakim.. Allahu Haq ... Hidayah Seluruh Alam!




04 September 2012

Pengijazahan Ruqyah Syariyyah, Ruqyah Sheikh Bahrawi, Solawat Azimiah dan Solawat Shah Naqshbandi serta Ratib Haddad di Seminar 6 KISWAH 29 September 2012

Ahlan kepada semua peserta seminar 1,2,3,4,5 KISWAH yang lalu.

Assalamualaikum semua..

Insya Allah pada seminar 6 kali ini akan diadakan pengijazahan amalan-amalan berikut:

1) Ruqyah Syariyyah
2) Ruqyah Shaykh Bahrawi
3) Solawat Azimiah
4) Solawat Shah Naqhbandi
5) Ratib al Haddad
6) dan lain-lain lagi.


Insya Allah jumpa di sana...

 
KURSUS RAWATAN ISLAM RUQYAH SYARIYYAH
“ KAEDAH RUQYAH SYAR’IYYAH ( Modul 6 KISWAH )”


"Koleksi Kaedah Ruqyah, Kerezekian Menurut Islam dan Amalan Perawat Islam"

TERHAD kepada 30 orang peserta sahaja terutama yang pernah menyertai seminar 1,2,3,4 dan 5 KISWAH"

Oleh:
PUSAT RAWATAN KISWAH RUQYAH SYARIYYAH

www.rawatanislam2u.com/

ANJURAN :PUSAT RAWATAN ISLAM KISWAH TERAPI RUQYAH SYARIYYAH

YURAN PENYERTAAAN
: RM 80.00 (Kos seminar, makan, sijil dan rawatan ruqyah untuk peserta)


TARIKH : 29 September 2012 ( Sabtu )


MASA : 8.00 pagi – 6.00 petang


TEMPAT : Pusat Rawatan Islam KISWAH Terapi Ruqyah Syariyyah, No 16, Tingkat 2, Jalan Ahmad Shah, 28000 Temerloh.

 
Tentatif program:
8.00: Pendaftaran peserta
8.30:  Tajuk 1: Pendetailan Bacaan Ruqyah beserta Khutbah, Selawat dan Doa-doa Kesembuhan Menggunakan Handbook Ruqyah KISWAH.
     
10.30: Rehat - Minum pagi
11.00: Tajuk 2: Rawatan Ruqyah Menggunakan Surah al Fatihah, Surah Yaasin, Ruqyah Shaykh Bahrawi dll
11.30: Tajuk 3: Masalah kerezekian dan amalan-amalan murah rezeki menurut awliya' dan ulamak. Antara rujukan kitab: Sairus Salikin Sh Abd Somad al Falimbani dan tidak ketinggalan amalan para guru-guru soleh yang mulia .

12.15: Tajuk 4: Amalan-amalan perawat Islam sehari-hari.

1.30: Rehat – makan tengahari dan solat Zuhur

2.35: Sesi Maulid dan Solawat


3.00: Pembacaan ruqyah beramai-ramai dan simulasi perubatan beramai-ramai dengan menggunakan ruqyah syariyyah

4.00: Bacaan Ratib al Haddad, Selawat Azimiyyah dan Selawat Shah Naqshbandi serta Pengijazahan

4.30: Majlis Pengijazahan segala kaedah dan pengamalan dalam seminar 6

5.00: Solat Asar

5.15: Bacaan Ringkas Sairus Salikin dan Maulid

5.45: Fotografi dan Jamuan Ringan


Pendaftaran melalui SMS:
 
Sila taip;SEMINAR6, Nama Penuh:__, No.KP:__,  Daerah Hantar ke 0179065131
Cth: SEMINAR6 HAYAT ABD RAHMAN 777777107777 TEMERLOH

Pendaftaran awal amat dialu-alukan demi keselesaan anda…

Pertanyaan, pendaftaran dan maklumat lanjut sila hubungi:

017 9065131 ( Ustaz Hayat )

02 September 2012

Rawatan Islam untuk Sakit Sendi, Atritis, Sakit Lutut - Ruqyah Syariyyah Minyak Zaitun, Garam Bukit, Sup Tulang



Hendaklah diruqyah terlebih dahulu.. Manalah tahu ada gangguan. Jika tidak maka di bawah ini adalah rawatannya:

Sakit sendi / atritis / sakit lutut – minyak zaitun, minyak tanah, garam bukit, sup tulang dan belut

Qurani:

1)Pegang dengan tangan kanan dan baca: 145 Surah Ali Imran

2) al Anbiya’ ayat 30

3) Surah al Qadr 7 kali.

4) Hendaklah diruqyah oleh perawat Islam yang berasaskan ruqyah syariyyah jika mempunyai tanda-tanda sihir dan gangguan. Khuatir sakit disebabkan oleh gangguan. Tidak mustahil penyakit berpunca dari gangguan jin dan sihir.


Tabie: (Sebahagiannya telah diajari oleh guru kami di dalam kitab perubatannya koleksi rawatannya: "Sufi Healing."

1) Sapu lutut dan kaki dengan minyak zaitun sekerap yang mungkin. Boleh dicampur air mawar atau urut dengan kerosin (minyak tanah yang sudah digunakan yang dicampur dengan minyak zaitun selama 15 minit sebelum tidur setiap pagi dan balut dengan kapas (bandage).
 

2) Rebus beberapa kaki kambing dengan air yang banyak sehingga bertukar menjadi jelly. Minum satu sudu setiap hari sejam sebelum makan apa-apa paling kurang selama 40 hari.

3) Minum sup belut atau sup tulang (gear box); rebus dari 3 bahagian menjadi 1 bahagian sahaja lantas diminum. Makan sum-sum tulangnya.

4) Urut kembung di belakang lutut diasak dengan kuat / ketuk dengan kayu atau rotan.
 
5) Rendam kaki dan tangan dengan bahan berikut selama 7 hari:
a.      Air panas + secawan garam bukit selama sejam selepas Isyak.
b.      Air sejuk + secawan garam; seperti di atas- dibuat bergilir-gilir.
 
6) Berbekam!



Untuk membeli minyak zaitun dan barangan sunnah yang telah diruqyah untuk tujuan rawatan bolehlah didapati secara online di KEDAI ONLINE RASMI KISWAH; DEANJUNGKISWAH:>



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...