**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

31 January 2011

Doa Untuk Pelajar dan Rakyat Malaysia di Mesir



'Misr al Mahrusah' - Maulana Sh Nazim

Assalamualaikum semua....

Di sini KISWAH dengan penuh pengharapan, memohon dari semua sahabat2 seperjuangan agar mendoakan keselamatan pelajar dan rakyat Malaysia kita di Mesir... Moga2 11 000 pelajar Malaysia di sana diselamatkan Allah dari sebarang mala petaka.....

Rasanya semua orang tahu apa yang sedang terjadi di Mesir. Malah ada perkhabaran kononnya ada pelajar Malaysia yang dirogol akibat kejadian banduan berjaya lari dari penjara. Kesahihan berita ini masih sedang cuba disahkan. Buat masa ini, kita doakan agar semuanya selamat belaka.

Untuk anda yang ingin mengetahui maklumat terkini tentang keadaan rakyat Malaysia di Mesir, sila Like Facebook Page Selamatkan Pelajar Kita Di Mesir dan lawati blog Krisis Mesir.

Semoga semuanya selamat..... Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam.....


Pesanan Maulana Sh Nazim berkenaan isu di Mesir:

***Mawlana is advising whoever is asking for safety from the people of Egypt to leave the big cities and go to the countryside. He said what is happening now is from the fitnas of Ahir el-Zaman (End of Times) and there is no stopping to it until the Zuhur ( the coming) of Seyyidina Al-Mahdi.

Yet Egypt is protected, Mawlana said, "مصرالمحروسة ". It has the Awtad, the Aqtab and Ahli el Bayt (High-Rank Saints & Prophet's sas family). Mawlana said one of the Awtad of Egypt is capable of stopping this fitna in one moment but no permission yet...cleansing has to take place first.

Lot of people "blame" countryside besides countryside more peaceful scenery and calm... lot job and vacancy at there... Mawlana Syeikh Nazim (qs) said nowdays a lot of people going to big cities and town.. there is nothing there! Learn handskill for better job likes carpenter, farmer.. works with nature...

30 January 2011

Rahsia Penyembuhan Buah Tin!


Buah Tin yang disebut di dalam al Quran mempunyai 1001 rahsia kesembuhan..

Assalamualaikum semua...

Semalam di rumah Abang Kasim, saya dan Adib sempat mengadakan sedikit perbincangan berkenaan tafsir surah at Tin menggunakan kitab Tafsir al Munir tulisan Dr Wahbah az Zuhaili; seorang tokoh ulamak di bumi Syam as Syarif.

Topik yang kami bincangkan sepintas lalu adalah mengenai rawatan penyakit dengan menggunakan buah tin.

Di dalam kitab tersebut, penulis ada menyatakan bahawa buah tin ini mempunyai 1001 rahsia penyembuhan... Antara penyakit yang boleh diikhtiarkan penyembuhannya melalui pengambilan buah tin secara konsisten dua kali sehari paling kurang selama 40 hari adalah:

  1. Membersihkan buah pinggang dan rawatan buah pinggang yang rosak
  2. Mengurangkan kepanasan badan ketika demam.
  3. Memecahkan batu karang di dalam badan.
  4. Menyegarkan badan yang lesu.
  5. Mengeluarkan toksin dan racun dalam badan.
  6. Rawatan buasir.
  7. Meredakan sakit kulit seperti ruam, panau dll.
  8. Rawatan penyakit GOUT
Selamat makan buah tin! Insya Allah sembuh!

28 January 2011

Daun Teratai untuk Rawatan Sihir Mati Pucuk


Cari daun teratai yang muda untuk kaedah tibb nabawi ini.


Seperti perbincangan di dalam forum KISWAH

Prof ShahNor Basri
UPM

Sheikh Dr Abul Munzeer Khalel dalam kitabnya AtTurqul-Hisaan Fi Amradil Jaan yang di berikan prakata oleh Sheikh Wahid Abdul Salam Bali (Terj. : The Jin and Human Sickness) telah turut membicarakan Bab Rawatan Mati Pucuk atau Kelemahan Seksual akibat sihir dan angkara tukang sihir. Rawatannya menurut sheikh jika ia disebabkan sihir amat mudah dan simple. Ambil 7 helai daun teratai (lotus leave) MUDA, lalu digiling hingga lumat dan dicampurkan kedalam air didalam besen besar. Kemudian di Ruqyah:-

1- AlFatihah
2. Ayat Kursi
3. AlAaraf (7) : 117-122)
4. Yunos (10) : 81-82
5. Ta-Ha (20) : 69
6. Tiga Qul......

Gunakan sebahagian untuk mandian dan minum sebahagiannya selama 7 hari berturut2

Pesakit juga kena membacakan ruqyah sama keatas minyak zaiton, lalu di sapukan di bahagian zakarnya. WalLah hu Aalam.

27 January 2011

Menanggapi Pertikaian Pendapat Mengenai Bala dalam Bulan Safar

AMALAN BULAN SAFAR (Bahagian Ketiga)

MENANGGAPI PERTIKAIAN PENDAPAT MENGENAI BALA' DALAM BULAN SAFAR

GAMBAR HIASAN : TOKOH ULUNG NUSANTARA
'ALIM RABBANI SYEIKH DAUD AL-FATHANI (r.a)

CATATAN : SEGALA TULISAN INI AL-FAQIR SALIN SEMULA DENGAN SEDIKIT OLAHAN DARIPADA KITAB بدائع الزهور (Bada-i'uz Zuhur) - SEGUGUS BUNGA NAN INDAH KARYA AL-'ALIM AL-'ALLAMAH AZ-ZAKI SYEIKH WAN AHMAD BIN MUHAMMAD ZAIN AL-FATHANI YANG DI HIMPUN SEMULA OLEH ALMARHUM TUAN GURU HJ. WAN MJOHD SHAGHIR ABDULLAH.

Koleksi Khazanah Fathaniyah

Menurut setengah daripada kalangan 'Arif Billah daripada Ahlil Kasyaf wat Tamkin bahawa bala' itu turun pada tiap-tiap tahun sebanyak 320,000. Dan adalah semua bala' itu turun pada hari Rabu yang terakhir pada bulan Safar. Maka adalah hari itu ( hari Rabu terakhir pada bulan Safar) merupakan sepayah-payah segala hari di dalam setahun.

Mengenai hal ini Syeikh Ahmad al-Fathani memetik dari beberapa buah kitab yang di karang oleh ulama' sufi khasnya daripada kitab Fat-h al-Mulkil Majid yang beliau nyatakan pada bahagian mengenai ini dengan katanya;"Intaha Fat-h al-Mulkil Majid". Selain itu dalam hal yang sama beliau juga merujuk kepada kitab "Jawahir al-Khamis", seperti yang beliau nyatakan selanjutnya. Jika di lihat banyak kitab baik di dalam bahasa Arab mahupun bahasa Melayu yang menyebut perkara tersebut selain daripada sumber kitab di atas antaranya ialah Aurad al-Khawajah Mughnid Din oleh Syeikh Kamil Fariduddin Syukur Kanji, Kitab al-Firdaus oleh Imam al-Buni, Kitab Mujarrabat oleh Syeikh Ahmad Dairobi as-Syafie.













Oleh kerana banyak kitab yang di tulis berkenaan perkara ini di dalam bahasa Arab maka para ulama kita di alam melayu telah menyalinnya lalu di muatkan dalam karya-karya mereka untuk tatapan dan ambilan faedah generasi kita. Di antara beberapa ulama' nusantara yang membicarakan bab ini lagi ialah Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani dalam kitabnya Jam'u Fawaid, Syeikh Muhammad bin Ismail al-Fathani dalam al-Bahjatul Mardhiyah, Syeikh Abdul Hamib Kudus, yang mana beliau pernah menjadi Khatib dan Imam Besar Mazhab Syafi'ie di Masjidil Haram Makkah yang beliau naqalkan dalam kitab beliau iaitu Kanzin Najah was Surur di dalam bahasa Arab.

Seterusnya al-Faqir catatkan muatkan beberapa catatan Al-Marhum Tn.Guru Hj.Wan Mohd Saghir tentang beberapa peristiwa yang terjadi pada bulan Safar yang ada kaitannya dengan bala' yang ditinjau dari segi ilmu sejarah : -

1) Pada 24 Safar Nabi Muhammad s.a.w bersama Sayyidina Abu Bakar as-Shiddiq masuk ke Gua Tsur kerana bersembunyi daripada musuh-musuhnya.

2) Pada hari Rabu akhir bulan Safar tahun 11 Hijrah Nabi Muhammad s.a.w mulai sakit yang menyebabkan kewafatannya. Mengenai hal ini Syeikh Ahmad al-Fathani menulisnya dalam Badrut Tamam, katanya, "Maka pada hari Rubu' daripada akhir bulan Safar membala' dengan Nabi s.a.w oleh sakitnya. Maka demam ia dan sakit kepalanya yang maha mulia...". Mengenai hal ini juga di sebut oleh Syeikh Nawawi al-Bantani dalam karyanya berjudul Madarijus Shu'ud. Dalam riwayat yang lain bahawa pada hari Rabu akhir Safar juga Nabi Muhammad s.a.w termakan daging kambing yang di bubuh racun oleh musuhnya, yang akibatnya dirasakan setahun kemudian, yang mana menyebabkan kewafatan baginda s.a.w.

3) Sayyidina Hasan cucunda Nabi Muhammad s.a.w hari-hari yang paling lama penderitaan sakitnya kerana racun, juga dalam bulan Safar tahun 50 Hijrah. Lama sakitnya 40 hari, sehingga beliau wafat pada 5 Rabi'ul Awwal 50H.

4) Pada 1 Safar 60 H, kepala Sayyidina Hussain cucunda Rasulullah s.a.w.di arak masuk ke Damsyik oleh Bani Umaiyah, iaitu setelah mereka berhasil membunuhnya pada hari asyura' (10 Muharram 60 H). Pada 20 Safar 60 H kepala Sayyidina Hussain di arak dalam kota.

Maka apabila kita kaji sejarah masih banyak lagi peristiwa yang melibatkan bulan Safar yang ada kaitannya dengan bala'. Oleh itu apa yang disebut oleh para ulama' Sufi bahawa pada hari Rabu akhir bulan Safar bahawa Allah menurunkan 320,000 bala' itu ditinjau dari segi perbandingan berbagai-bagai sejarah yang terjadi dalam Islam adalah mempunyai asas.

Perkataan mereka perlu dikaji dari segenap aspek, kerana itulah PARA ULAMA' BESAR yang faham berbagai-bagai disiplin ilmu termasuk ilmu hadith turut memperkatakan hal yang tersebut (di atas) di dalam kitab-kitab mereka. Wallahu'alam.

Rujukan: SINI

26 January 2011

Amalan Bulan Safar



1. Membaca doa berikut pada awal hari dan akhir arbia’ (hari rabu terakhir) pada bulan safar :

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ. وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ. أَعُوْذُبِا اللهِ مِنْ شَرِّ هَذَا الزَّمَانِ وَأَهْلِهِ. وَأَعُوذُبِجَلاَلِكَ وَجَلاَلِ وَجْهِكَ وَكَمَالِ جَلاَلِ قُدْسِكَ أَنْ تُجِيْرَنِي وَوَالِدَيَّ وَأَوْلاَدِيْ وَأَهْلِي وَأَحِبَّائِي. وَمَا تُحِيْطُ شَفَقَّهُ قَلْبِي مِنْ شَرِّ هَذِهِ السَّنَةِ وَقِنِي شَرَّمَا قَضَيْتَ فِيْهَا. وَاصْرِفْ عَنِّي شَرَّ شَهْرِ صَفَرَ. يَا كَرِيْمَ النَّظَرِ وَاخْتِمْ لِيْ فِي هَذَا الشَّهْرِ وَالدَّهْرِ بِاالسَّلاَمَةِ وَالعَافِيَةِ وَالسَّعَادَةِ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَأَوْلاَدِيْ وَلِلأَهْلِيْ. وَمَا تُحُوْطُهُ شَفَقَّهُ قَلْبِيْ وَجَمِيْعِ الْمُسْلِمِيْنَ. وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمْ.


2. Membaca surah yaasin pada akhir arbia’ (hari rabu terakhir) pada bulan safar dan apabila sampai pada ayat سَلاَمٌ قَوْلاً مِّن رِّبِّ الرَّحِيْم hendaklah di ulang-ulang sebanyak 313 kali. Kemudian berdoa dengan doa ini iaitu Selawat Munjiyat :


Kemudian berkata ia dengan doa ini :

اَللّهُمَّ اصْرِفْ عَنَّا شَرَّمَا يَنْزِلُ مِنَ السَّمَآءِ وَمَا يَخْرُجُ مِنَ الأَرْضِ. إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ. وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمْ.

Kemudian berdoa ia dengan barang yang muhim (perkara-perkara penting yang dihajati) pada dunia dan akhirat dan meminta ia akan Allah akan ‘afiah dan salaamah (kesihatan dan keselamatan).


Wazifah Naqshbandi Haqqani Rabu Terakhir Safar:

1) Syahadah 3 kali

2)Istighfar 3oo kali

3)Ayatul Kursiy 7 kali

4) Al Fil 7 kali

5) Terlebih baik petang / siang Rabu terakhir Safar tidak keluar rumah kecuali urusan mustahak atau mencari rezeki..

Rujukan: Futuhat  ( Sh Adnan )


JADI RABU TERAKHIR SAFAR ADALAH BERSAMAAN 2 FEB 2011 Rabu depan... Selamat beramal...

Rujukan dari sahabat: Us Hasif


25 January 2011

Festival Maulidurasul saw al Kubro




SEMUA DI JEMPUT HADIR...

Bicara Mathnawi







Bicara Mathnawi:


Hari ini kulihat Sang Tercinta, seri semarak segala perkara itu; Ia lepas menuju ke langit bagai ruh Mustafa.

Karena wajah-Nya, matahari menjadi malu, daerah langit terharu-biru sekacau kalbu; lantaran cerlangnya, air dan tanah lempung lebih bercahaya dari api menyala.

Aku berkata, “Berikan padaku tangga, agar aku dapat naik ke langit pula.” Jawab-Nya, “kepalamu ialah tangga; purukkan kepalamu lebih rendah dari kakimu.”

Bila kautempatkan kakimu lebih tinggi dari kepalamu, maka kakimu akan berada di atas kepala bintang-bintang; bila kau menyibak angkasa, injakkan kakimu di angkasa, nah, mulailah!

Seratus jalan ke angkasa—langit pun menjadi jelas bagimu; membubunglah kau di setiap samar fajar ke langit raya, bagai sebuah doa.

- Syaikh Jalaludin al Rumi

24 January 2011

Tafaqquh Perubatan Islam di Pusat Rawatan Temerloh dgn Kehadiran Sahabat2 Teluk Intan









Seperti yang diceritakan oleh Ir Kamarul Azli KISWAH Kuantan di dalam forum:

alhamdulillah, kelas tafaqquh berjalan dgn lancar....

kelas di serikan pulak dengan kehadiran sahabat seperjuangan dari teluk intan, terima kasih atas kehadiran utz nazri bersama 5 org rakan lain.....

kelas tafaqquh di mulakan dgn sesi ta'aruf (sesi perkenalan) dimulakan dgn pengenalan dr pak cik.... sampai sesi perkenalan dr utz nazri, tertarik dgn kata kata utz nazri (pertama kali saya (sy tu utz nazri la) ikut seminar UH, maka sy dah jatuh cinta pandang pertama pd UH.... tersipu sipu si UH.....)

kelas taffquh di teruskan dgn pembacaan ayat ruqyah di mana al fadhil utz nazri yg mengetuai pembacaan ayat ruqyah. di mana utz nazri banyak memberikan tips dan menekankan kesalahan yg biasa di lakukan oeh kita..... time tu sy sedar, selama ni dok hafal ayat ruqyah, tp terlalu banyak kelemahan..... credit kpd utz nazri, syurkan.... terima kasih atas perkongsian ilmu dr utz nazri....

tambah lak, bacaan dan alunan ayat ruqyah dr utz nazri yg sungguh syahdu.... amt menginsafkan....

seterusnya, UH sambung kelas dgn pembacaan kitab dan konsep dakwah yg di bawa oleh KISWAH.....

kita tidak perlu terburu buru untuk membelasah pesakit yg agresif dgn memicit, menepuk atau merotan..... sebaiknya gunakan cara yg lembut, pujukan dan rayuan.....

then, UH membincangkan pulak perihal jin asyik...... tanda tanda di ganggu jin asyik dan juga teknik rawatan....

penutup kelas dgn pembacaan soal jawab dr buku tuan guru dato harun din,. dibacakan oleh cikgu zul bentong dgn pilihan topic mengenai alam bunian.....

last but not least, semua warga kelas menuju ke rumah al fadhil utz kasim untuk menjamu selera.....

so lebih kurang pukul 1 pagi baru pakat bersurai.....

23 January 2011

khutbah terakhir Hadhrat Khwajah Mu’inuddin Chishti Rahmatullah ‘alaih


Jadilah seperti bunga-bunga cinta yang indah.. Bersama sebarkan CINTA


Cintailah semua dan jangan bencikan sesiapa

Hanya bercakap tentang keamanan tidaklah berfaedah bagimu

Hanya bercakap tentang Tuhan dan Agama tidak akan membawa kamu jauh

Keluarkan segala kekuatan yang terpendam pada kejadian dirimu

Dan tampilkan dengan sepenuh kecemerlangan Ruh dirimu yang kekal

Penuhkan dirimu dengan keamanan dan kegembiraan

Dan taburkanlah ia walau dimana saja kamu berada

Dan walau ke mana juga kamu pergi

Jadilah seperti api kebenaran yang membakar

Jadilah seperti bunga-bunga cinta yang indah

Dan jadilah seperti ubat penenang keamanan.

Dengan cahaya Ruhaniahmu,

Usirkanlah kegelapan kejahilan

Larutkanlah awan-awan perselisihan dan peperangan

Dan sebarkanlah kehendak yang baik,

keamanan dan keselarasan di kalangan sesama insan

Jangan meminta sebarang pertolongan,

kemurahan dan kebaikan hati dari sesiapapun kecuali Allah

Jangan pergi ke lapangan istana Para Raja

Tetapi jangan menolak untuk mendoakan dan menolong orang yang memerlukan dan yang miskin, para janda dan anak-anak yatim,

sekiranya mereka datang ke pintumu

Inilah maksudmu untuk berkhidmat kepada manusia

Pikullah ia denganpenuh tanggungjawab dan berani

Supaya daku sebagai Guru Murshid tidak menerima malu terhadap sebarang kekurangan pada pihakmu

Di hadapan Allah ‘Azza Wa Jalla dan Para Masyaikh yang terdahulu dalam Silsilah Sufiyah pada Hari Pengadilan kelak.

20 January 2011

Iklan Mencari Perawat Islam


Assalamualaikum semua...

Di sini saya ada satu iklan:

Jawatan Kosong Perawat Islam dan Pembantu di PR KISWAH Temerloh Pahang:

- Menjadi pembantu saya merawat di PR Temerloh.
- Membantu saya dalam menguruskan pusat rawatan
- Membantu ketika seminar, kem, dan program2 KISWAH berlangsung di seluruh negara Malaysia ini.
- Saya akan mengajar anda segala ilmu perubatan dengan bersungguh2 supaya anda menjadi seorang perawat yang bertakwa dan berdedikasi!


Terbuka kepada:

* Semua muslimin akidah ahlussunnah wal jamaah ; al Asyairah wal Maturidiah seluruh negara.
* Boleh membaca al Quran beserta dengan tajwidnya dengan baik sekali.
* Berakhlak mulia dan tidak merokok
* Tinggal di Temerloh / daerah lain di Pahang adalah diutamakan
* Al Hafiz diutamakan
* Pernah mengaji pondok / Syria / Mesir / Yaman tetapi tidak mempunyai sijil diutamakan (ustaz hakiki dan bukan ustaz instant)
* Tidak pernah belajar mana2 kaedah rawatan selain kaedah ruqyah syariyyah adalah diutamakan
* Sanggup berhijrah ke Temerloh
* Amanah, dedikasi, setia, taat, ikhlas, wara', sanggup menerima tarekat (bukan wahhabi / syiah) adalah diutamakan
* Tidak menganggap berkhidmat di KISWAH sekadar untuk mencari pengalaman dan mencuri kaedah kemudian buka pusat rawatan sendiri... bermakna betul2 menjadikan KISWAH sebagai platform memperjuangkan perubatan Islam selain mencari rezeki yang halal.
* Sanggup menghadapi cabaran dan risiko dari syaitan dari kalangan jin dan manusia...

Jika berminat sila hubungi saya untuk tindakan selanjutnya (Hayat 017 065131)

p/s: Hadiah bulanan akan diberitahu.... smile.gif

Sekian dimaklumkan....


Allahu Haq!!! Hidayah Seluruh Alam!

19 January 2011

Peringatan Saya Kepada Semua Mualij KISWAH, -berkenaan keseriusan tasmi' dan mujahadah mengambil ijazah penuh


"Sebaik2 kamu adalah yang mempelajari al Quran dan mengajarnya." HR al Bukhari


Assalamualaikum semua....

Dimaklumkan bahawa kelas Tafaqquh Pengajian Perubatan Islam di PR Temerloh akan dimulakan semula:

* Dua kali sebulan
* Selepas Isyak
*Aktiviti

: Bacaan ruqyah beramai2 dketuai Us Hayat
: Bacaan kitab2 perubatan
: Kelas Qasidah dan Maulidur Rasul
: Diakhiri dengan Tasmi' Al Quran dengan Us Hayat

* Sila bawa kitab2 perubatan yang telah diberitahu sebelum ini


Setelah tamat 7 peringkat seminar....

Mengikut kelas dan praktikal di PR Temerloh.... selama bertahun2.... smile.gif

Tamat tasmi' Ruqyah....

Muqabalah (temuduga) khas tentang ilmu2 perubatan Islam...

............... barulah saya akan berikan:

IJAZAH PENUH kepada beliau melalui sanad dan ijazah KISWAH serta diberi keizinan membuka cawangan KISWAH di tempat anda dengan syarat2 tertentu dan kelulusan Majilis Tertinggi KISWAH...

Jadi siapa yang berminat sila hubungi saya: Hayat an Naqshbandi (017 9065131)

Ekoran dari pemberitahuan ini maka:

Peringatan saya adalah:

1) Dewasa ini penganjuran seminar KISWAH yang bersilih ganti dua kali sebulan / kem mualij / kelas online dan pembaca blog dan fb serta forum semakin ramai perawat muda hasil dari Madrasah KISWAH muncul di pasaran tempatan dan antarabangsa.

2) Ada di kalangan mereka yang mula laku merawat orang ramai setelah dua kali seminar menjalani program2 KISWAH di seluruh Malaysia....

3) Disebabkan ramai di kalangan graduan mualij segera KISWAH ini muncul secara intant dengan IJAZAH UMUM RUQYAH yang saya berikan MAKA:

Saya menasihatkan agar:

Kembali, kembali ke pangkal jalan dengan mengaji secara terus dan bersungguh2 di pangkuan KISWAH (jika boleh) dan sentiasa memburu peluang untuk tasmi' ruqyah syariyyah di depan saya demi menjayakan misi KISWAH membentuk perawat yang bertakwa dan berjiwa hamba....

Oleh itu kepada semua perawat yang sedang merawat sekarang saya menganggap anda sebagai perawat praktikal yang sedang mencari pengalaman (tempoh praktikal / matrik) dalam agenda untuk menjadi perawat sebenar (ijazah penuh) dengan keizinan KISWAH; dari saya (jika mahu)...... KECUALI:

Setelah tamat 7 peringkat seminar....

Mengikut kelas dan praktikal di PR Temerloh.... selama bertahun2.... smile.gif

Tamat tasmi' Ruqyah....

Muqabalah (temuduga) khas tentang ilmu2 perubatan Islam...>

Seperti yang saya sebutkan tadi.


Oleh itu: Jangan cepat ghairah merawat dan merawat sedangkan dalam masa sama anda sepatutnya dari semasa ke semasa berjumpa saya untuk tujuan tasmi' dan murajaah ilmu bersama....

Ini kerana ada anak2 murid KISWAH yang sudah dua tahun lebih mengikuti kelas, rancak merawat tetapi tiada usaha untuk tasmi' dan menjalani ujian muqabalah KISWAH tersebut... Sekian dimaklumkan dan harap faham apa yang saya ingin highlightkan di sini!

Yang benar:

Hayat an Naqshbandi

18 January 2011

Sunnah Foods and Healing


Habbatus sawda'



Henna / inai

Topic: Sunnah Foods and Healing

Sufi Med Jan 18 01:43PM -0800 ^

Bismillahir-rahman-niraheem
Secrets and Blessings of Sunnah Foods

Herbal Encyclopedia
http://www.theepicentre.com/index.html
online http://www.iherb.com/

Fenugreek ( hulbah ) it is reported that Prophet Muhammad (s.a.w.)
once said "If my people knew what there is in Fenugreek, the would
have bought and paid it weight in gold." Fenugreek seeds are also
known for their anti-diabetic property. They are also considered
excellent to treat arthritis and to reduce blood cholesterol. They
also increase breast milk production in breastfeeding mothers.
Fenugreek contains natural expectorant properties and is considered
ideal for treating sinus and lung congestion. It also helps in
loosening and removing excess mucus and phlegm. The mucilage content
of the seeds help to cure external boils, burns and ulcers.



Coriander cilantro( habb al-suda )
The most respected book of traditions state that the Prophet Muhammad
(s.a.w.s) said, “ Make yours the seed of coriander, for it is a cure
of all diseases except swelling [cancer], and that is a fatal
disease.” It is also reported ALLAH informed the Prophet, “ She has
been given everything.” And then ALLAH revealed that “she” is
coriander. Coriander alleviates flatulence and resolves fevers. It is
effective in the treatment of leukoderma, and it opens the subtlest
networks of the veins. Excess moisture in the body is dried up by the
coriander, and it increases milk flow, urine, and menses. It is
particularly useful when a person has cold. The oil of coriander is a
treatment for baldness and scalp problems, and prevents grey hair. The
smoke of the burning seeds is an insect repellent.



Henna ( hinna )
One Hadith reports that nothing is dearer to ALLAH than Henna. The
holy Prophet (s.a.w.s.) recommended it for many conditions : bruises,
pain in the legs, infection of nails, burns, and to beautify the hair.
Henna is noted for its great heat and its ability to excite the
passion of love. The perfume made from Henna flowers is considered to
be one of the finest in the world. The dyeing of hands, nails, and
feet is a common practice in the East, especially for weddings and
feasts.





Honey ( asal )
ALLAH has said, “There comes forth, from within [the bee], a beverage
of many colors in which there is a healing for you.” Mixed with warm
water, and taken in several small doses, honey is considered the best
remedy for diarrhea. The Prophet (s.a.w.s.) once said, “By HIM in
whose hand is my soul, eat honey. For there is no house in which honey
is kept for the angels will not ask for mercy. If a person eats honey,
a thousand remedies enter his stomach and a million diseases will come
out. If a man dies and honey is found within him, fire [burning of
hell] will not touch his body.” The prophet (s.a.w.s.) himself used to
drink a glass of honey and water each morning on an empty stomach



Melon ( battikh )
Said the Prophet (s.a.w.s.) : "Whenever you eat fruit, eat melon,
because it is the fruit of Paradise and contains a thousand blessings
and a thousand mercies. The eating of it cures every diseases. None of
your women who are pregnant and eat of watermelon will fail to produce
offspring who are good in countenance and good in character." The
Prophet (s.a.w.s.) took melons with fresh dates.





Citron ( utrujj )
The Prophet (s.a.w.s.) is reported to have said, "The citron is like a
true believer : good to taste and good to smell." Citron strengthens
the heart, dispels sadness, removes freckles, satisfies hunger, and
slows the flow of bile. The wife of the Prophet (s.a.w.s) used to
treat blind persons with citron dipped in honey. Citron is best taken
about ten minutes after conclusion of meals.



Pomegranate
Sweet pomegranate are preferred over the sour. The juice stems coughs.
All kinds of pomegranate settle palpitations of the heart. Hazrat
Ali(r.a.) said that the light of ALLAH is in the heart of whoever eats
pomegranate. It is also reported that one who eats three pomegranate
in the course of a year will be inoculated against ophthalmia for that
year. Said the Prophet (s.a.w.s.) : Pomegranate "cleanses you of Satan
and from evil aspirations for forty days."





Vinegar
The Prophet (s.a.w.s.) was reported to have once remarked that vinegar
was the seasoning of all the prophets who came before him. Vinegar is
both cold and hot, nearly balancing between the two. Mixed it with
rose water, it is an excellent remedy for toothache and headache.
Vinegar dissolves phlegm. Another Hadith states that a house
containing vinegar will never suffer from poverty.







Thyme
In the time of the Prophet (s.a.w.s.), it was customary to fumigate
houses by burning frankincense and thyme. Thyme is cold and dry in the
third degree. An excellent digective aid to heavy foods, thyme
beautifies the complexion, annuls intestinal gas, and benefits
coldness of the stomach and liver. When drunk as an infusion, it is
said to kill tapeworms







Quince
It is said that to eat Quince on an empty stomach is good for the
soul. Cold and dry, Quince is astringent to the stomach, and it checks
excessive menstrual flow. A few seeds placed in water will, after a
few minutes, form amucilage which is an excellent remedy for cough and
sore throat, especially in the young. Quince is also excellent for
pregnant woman, gladdening their heart. The holy Prophet (s.a.w.s.)
said, "Eat Quince, for it sweetens the heart. For ALLAH has sent no
Prophet as HIS messenger without feeding him on the Quince of
Paradise. For Quince increases the strength up to that of forty men."



Some other references about Blessed Sunnah Foods

Milk: The Prophet (SAW) said that milk wipes away heat from the heart
just as the finger wipes away sweat from the brow. It strengthens the
back, increases the brain, augments intelligence, renews vision &
drives away forgetfulness.

Barley:The Prophet Muhammed (pbuh) recommended talbina (a meal made
from powdered barley) for the sick and grieving.

He is quoted as saying, “At-talbina gives rest to the heart of the
patient and makes it active and relieves some of his sorrow and grief”
“The Talbina”: is a meal made by mixing 2 spoons of barley and a cup
of water, cooked for 5 min, after that a cup of yogurt and bee’s honey
is added, it is called Talbina which comes from the Arabic Word Laban
meaning yogurt because of its resemblances to the yogurt, as it is
soft and white. And aicha said that the prophet peace be upon him has
advised us to use it as a medicine, as he said. Its a cure for
sadness:“At-talbina gives rest to the heart of the patient and makes
it active and relieves some of his sorrow and grief” (Bukhari
7:71#593).

It is narrated that the wife of the prophet peace be upon him “Aisha”,
if one of her relatives die, and after the funerals, used to gather
the women in the familly, and ask for a pot and cook the talbina,
after that she would prepare some kind of a meal called: thrida”,
which is mainly peaces of bread emerged in a sauce. And she would poor
the talbina on it. And tell the women: eat from it, as I heard the
prophet peace be upon him saying.

Honey: Considered to be the best remedy for diarrhoea when mixed in
hot water. It is the food of foods, drink of drinks & drug of drugs.
It is used for creating appetite, strengthening the stomach,
eliminating phlegm, as a meat preservative,hair conditioner, eye salve
& mouthwash. It is extremely beneficial in the morning in warm water &
is also a sunnah.

Olive oil: Excellence treatment for skin and hair, delays old age,
treats inflammation of the stomach

Mushroom: The Prophet ( SAW) said that mushroom is a good cure for the
eyes, it also serves as a form of birth control and arrests paralysis.

Grapes: The Prophet was very fond of grapes, it purifies the blood,
provides vigour & and health, strengthens the kidneys & clears the
bowels.

Dates: The Prophet (SAW) said that a house without dates has no food,
also to be eaten at the time of childbirth.

Figs: It is a fruit from paradise and a cure for piles.

Melon: Melon contains 1000 blessings & 1000 mercies, the Prophet SAW
said "None of your women who are pregnant & eat of water melon will
fail to produce offspring who are good in countenance & good in
character.

Pomegranate: The Prophet (SAW) said it cleanse you of Satan and evil
aspirations for 40 days.

Water: The Prophet (SAW) said the best drink in this world & the next
is Water. When you are thirsty drink it by sips and not gulps. Gulping
produces sickness of the liver.

So praise be to our beloved Nabi (SAW) who produced us with knowledge
which dazzles the wisest minds. May this information be beneficial to
all of us



--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Naqshbandi Haqqani Sufi Village" group.
To post to this group, send email to[ naqshbandi@googlegroups.com ]
To unsubscribe from this group, send email to naqshbandi-unsubscribe@googlegroups.com
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/naqshbandi
http://www.nurmuhammad.com
http://sufilive.com

13 January 2011

Jangan Lupa Seminar Kami di KISDAR Kuala Kangsar Minggu Ini!

Assalamualaikum semua!

Jangan lupa kepada semua peserta yang sudah mendaftar untuk seminar kami ESOK dan lusa....
Banyak agenda menarik dalam seminar kali ini...: Zikir khatm dan maulid juga akan diadakan. Jumpa di sana:

Seminar Rawatan Islam 1 dan 2 serta Kem Mualij di KISDAR Kuala Kangsar Perak


Seminar 1 & 2 serta Kem Mualij di KISDAR PERAK 15 dan 16 Januari 2011 ini!


Seminar KISWAH di KISDAR Kuala Kangsar 15 dan 16 Jan 11 anjuran Kelab Furqan dan Persatuan Syariah Kolej Islam Darul Ridzuan Kuala Kangsar

SEMINAR PERUBATAN ISLAM

TAHAP 1 & 2

Oleh:

PUSAT RAWATAN KISWAH RUQYAH SYARIYYAH

Anjuran:

Kelab Furqan dan Persatuan Syariah Kolej Islam Darul Ridzuan Kuala Kangsar


“ Satu Keluarga Satu Perawat & Perubatan Islam Indah dan Mudah & Ke Arah Memartabatkan Rawatan Islam Sebenar di Negara Kita”

TARIKH CADANGAN

-15 Jan 2011 ( Sabtu ) : Tahap Satu.

-16 Jan 2011 ( Ahad ) : Tahap Dua.

MASA

- 8.00 pagi – 5.00 petang ( Tahap Satu )

- 8.00 pagi – 1.00 petang ( Tahap Dua )

TEMPAT

- Masjid Kolej Islam Darul Ridzuan Kuala Kangsar Perak

YURAN PENYERTAAAN

Pelajar RM 25.00 ( untuk setiap tahap ) / Orang Awam RM 50.00 ( untuk setiap tahap )


Tahap 1:

Tajuk: Menangani Gangguan Makhluk Halus Menggunakan Kaedah al-Quran

Masa/Hari

Sabtu ( 15/1/2011 )

7.30 pg - 8.00 pg

Pendaftaran Peserta

8.00 pg - 9.15 pg

Menyingkap alam jin dan keterlibatannya dengan sihir

9.15 pg - 10.00 pg

Keterlibatan Jin dan Sihir

10.00 pg - 10.30 pg

Rehat / Minum Pagi

10.30 pg -11.30 pg

Tayangan perubatan Islam dan ulasan tentang konsep perubatan Islam

11.30 pg -12.00 tgh

Amalan Pendinding

12.00 tgh - 2.00 ptg

Rehat/Makan Tgh / Solat Zohor

2.00 ptg - 3.00 ptg

Kaedah rawatan dan kupasan ruqyah syariyyah sebagai teknik utama menangani kejahatan makhluk halus

3.00 ptg - 4.00 ptg

Pembacaan ruqyah beramai-ramai dan simulasi perubatan beramai-ramai dengan menggunakn ruqyah syariyyah

4.00 ptg - 4.30 ptg

Bacaan Hizib bahar dan selawat Tibbiah serta Taziah

4.30 ptg - 5.00 ptg

Solat Asar, Wada’ dan Sesi fotografi ukhuwwah

Tahap 2:

Tajuk: Keluarga Bahagia Bebas sihir dan Gangguan Makhluk Halus

Masa/Hari

Ahad ( 16/1/2011 )

7.30 pg - 8.30 pg

Pendaftaran Peserta

8.30 pg - 9.30 pg

Masalah sihir perkahwinan /andartu/ ta’tiluz zawaj & rawatan

9.30 pg - 10.00 pg

Masalah mandul/ sihir jerut zakar/ tiada anak & rawatan

10.00pg-10.30pg

Masalah anak nakal/ penerang hati/ pelembut hati & rawatan

10.30 pg - 11.00 pg

Rehat / Minum Pagi

11.00 pg -11.30 pg

Masalah anak lari/ suami lari/ isteri lari & rawatan

11.30 pg -11.50 pg

Masalah sihir penceraian/ sihir pergaduhan/ pendamai rumahtangga & rawatan

11.50 pg - 12.00 tgh

Amalan Pendinding

12.00tgh- 12.30tgh

Tayangan perubatan Islam dan ulasan tentang konsep perubatan Islam secara ringkas

12.30 tgh - 2.00 ptg

Rehat/Makan Tgh / Solat Zohor

2.00 ptg - 4.30 ptg

Simulasi perubatan beramai-ramai dengan menggunakan pembacaan ruqyah syariyyah & Pengijazahan ruqyah syariyyah, hizib bahar, selawat syifa’ dan tafrijiah

4.30 ptg - 5.00 ptg

Solat Asar, Wada’ dan Sesi fotografi ukhuwwah

Terhad kepada peserta terawal sahaja !



Pendaftaran & Maklumat lanjut sila hubungi:

Amirul Hakim: 0195996608

Syahmie: 014 2515958

Munirah: 013 46336622

Hawani: 013 4043311


* KEM MUALIJ DIBUKA KEPADA PESERTA TERPILIH OLEH PENGANJUR DAN KISWAH SAHAJA. TERHAD KEPADA 30 PELAJAR DAN 30 ORANG AWAM SAHAJA.

12 January 2011

Kepentingan Ijazah dan Sanad 2

Assyaikh Burhanul Islam Azzarnuji telah menulis:

“Maka apabila aku melihat ramai penuntut ilmu pada zaman kita ini bersungguh-sungguh kepada ilmu, dan mereka tidak sampai pula (tidak mendapat manfaat dan hasilnya iaitu beramal dan menyebarkannya), terhalang kerana bahawasanya mereka telah salah jalannya dan meninggalkan syarat-syaratnya. Dan setiap yang tersalah jalan akan sesat, dan tidak mendapati tujuan, sedikit mahupun banyak. Maka aku ingin dan suka menerangkan kepada mereka jalan menuntut ilmu….”

bagi mereka yang berkata perlukah ijazah atau penting ke sanad terpulanglah pada mereka. ianya bukan perkara fardhu tapi tidak kah mereka mengaku mereka islam mengapa tidak mengikuti tatacara pendidikan islam? kesitimewan dalam sanad telah disenaraikan,

1. merupakan pertalian yang bersambung-sambung sampai kepada Rasulullah SAW (وكفى في الاتصال بالحبيب شرفاً) .

2. merupakan iqtida’ (tauladan) terhadap para salafus-soleh dalam tradisi belajar dan mengajar (إنّ التشبه بالكرام فلاح).

3. merupakan satu jati diri dan ikatan ilmu yang hanya dimiliki oleh umat Islam, maka ia adalah satu kebanggaan buat mereka (الإسناد من الدين).

4. merupakan satu usaha berterusan memelihara persambungan sanad hingga ke hari kiamat (إن الأسانيد أنساب الكتب).

5. merupakan satu rahmat dan barakah (عند ذكر الصالحين تنزل الرحمة).

Jika mereka tidak memilih keistimewan dan kelebihan ini dalam ilmu perubatan 'ISLAM' mereka. Maka terpulanglah.

Sejarah wujudnya perseolan demikian juga adalah kerana sistem pendidikan penjajah yang telah menjelajah kita suatu masa dahulu. sejak itu hinga kini adab adab dan syarat syarat menuntut ilmu telah mula berubah.

antara punca kempen menjauhi periwatan sanad melalui pengijazahan masa kini pula di kenal pasti dari setengah golongan masyaikh salafi - wahabi yang tidak meriwayatkan rantaian sanad kerana di dalamnya terdapat ramai perawi Asya’irah atau Maturidiyyah, dan juga perawi-perawi sufiyyah.

11 January 2011

Kepentingan Ijazah dan Sanad


Abdullah Ibn Mubarak rahimullah ta’ala berkata:
واو لا الاسناد لقل من شاء ما شاء الاسناد من الدين
“tanpa sanad orang bebas bercakap apa yang disukainya Sanad sebahgian daripada agama”


Mohd Afiffuddin Yaacob:


Dalam Muqoddimah Sahih Muslim, dari Mujahid bahawa beliau berkata: telah datang Basyir Al-'Adawi kepada Ibn Abbas r.a. lalu dia sering mengucapkan: telah berkata Rasulullah s.a.w., telah berkata Rasulullah s.a.w.". Lalu Ibn Abbas r.a. tidak mengizinkan untuk meriwayatkan hadith yang diriwayatkan olehnya dan tidak pula melihat kepadanya (tidak mengendahkannya). Maka, dia berkata: "Wahai Ibn Abbas. Kenapa engkau tidak mahu mendengar perkataanku (hadith yang ku riwayatkan). Aku menyebut hadith daripada Rasulullah s.a.w. namun kamu tidak mahu mendengarnya?" Ibn Abbas r.a. menjawab: "Sesungguhnya dahulu jika kami mendengar seseorang berkata: "telah bersabda Rasulullah s.a.w…" kami akan menumpukan perhatian kami kepadanya dan mendengar ucapannya. Namun, setelah manusia ditimpa malapetaka dan kesusahan (timbulnya banyak fitnah dan pendustaan dari kalangan manusia), maka kami tidak akan meriwayatkan hadith melainkan daripada orang yang kami kenal sahaja

Pengajian secara bersanad terbahagi kepada beberapa kategori, iaitu:

1.talaqqi secara bersanad bagi qiraat (bacaan) al-Quran.

2.talaqqi secara bersanad bagi kitab-kitab hadith muktamad, seperti Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Muwatta’ Malik d...an sebagainya.

3.talaqqi secara bersanad bagi himpunan hadith-hadith tertentu, seperti al-Awa’il al-Sunbuliyyah, atau hadith-hadith tertentu, seperti hadith musalsal.

4.talaqqi secara bersanad bagi kitab-kitab karangan ulama dalam berbagai bidang ilmu, seperti fiqh, usul-fiqh, tauhid, tafsir, sirah, hadith, mustalahul-hadith, tasawuf dan sebagainya.

5.talaqqi secara bersanad bagi amalan tariqat-tariqat sufiyyah.

Keistimewaan ini bertolak daripada suatu keistimewaan asas lain iaitulah konsep “Isnad” atau sandaran dalam bidang ilmu-ilmu agama. Sesuai dengan maksud hadith Nabi -Shollallahu ‘alaihi wasallam- yang menyebut bahawa: “Para ulama’ adalah pewaris para Nabi…”, maka sudah tentulah ilmu Nabawi itu diterima oleh para ulama’ secara “pewarisan”. Dalam konsep “pewarisan” dalam tradisi pembelajaran ilmu agama inilah wujudnya konsep atau tradisi “sanad” atau sandaran.

Periwayatan secara bersanad diteruskan kerana ia adalah satu kemuliaan dan keistimewaan yang dapat dilihat dari sudut-sudut berikut;

1. merupakan pertalian yang bersambung-sambung sampai kepada Rasulullah SAW (وكفى في الاتصال بالحبيب شرفاً) ....

2. merupakan iqtida’ (tauladan) terhadap para salafus-soleh dalam tradisi belajar dan mengajar (إنّ التشبه بالكرام فلاح).

3. merupakan satu jati diri dan ikatan ilmu yang hanya dimiliki oleh umat Islam, maka ia adalah satu kebanggaan buat mereka (الإسناد من الدين).

4. merupakan satu usaha berterusan memelihara persambungan sanad hingga ke hari kiamat (إن الأسانيد أنساب الكتب).

5. merupakan satu rahmat dan barakah (عند ذكر الصالحين تنزل الرحمة).

Mereka yang mengkritik pengajian bersanad juga seharusnya membezakan pengajian bersanad yang bagaimana yang dikritik, bukan menghentam secara pukul-rata. Perlu dibezakan juga antara ijazah am dan ijazah khas. Jika tidak ia hanya satu kejahilan terhadap sistem sanad dan juga seni-seninya.

Perkataan Imam Sufiyan At-Thauri r.a.:

وقال الثوري : " الإسناد سلاح المؤمن ، إذا لم يكن معه سلاح فبأي شيء يقاتل ".

Ibnu Hibban menukilkan dari Sufyan at-Thauri dalam Muqoddimah Al-Majruhin 1/27: “Isnad adalah senjata bagi orang beriman, jika ...tanpa senjata, bagaimana dia mempertahankan diri?”

إن الإسناد في اللغة مصدر للفعل اسند من قولهم : أسندت هذا الحديث إلى فلان، اسنده إسنادا إذا رفعته فاسند الحديث بمعنى رفعه

لذا يعني الإسناد في الحديث عند أهل اللغة أن يسند الحديث أو يرفعه إلى قائله

Maksudnya: "Isnad dari sudut bahasa adalah kat...a terbitan bagi perbuatan asnada (iaitu menyandarkan) seperti dalam kata mereka: Saya sandarkan perkataan ini kepada si fulan. Iaitu, menyandarkan sandaran, bilamana ianya diangkatkan kepada yang berkata. Maka menyandarkan perkataan bererti mengangkatkan perkataan (mengembalikan perkataan kepada orang yang berkata dengan perkataan tersebut).

Oleh kerana itulah yang dimaksudkan isnad pada sesuatu perkataan di sisi ahli bahasa ialah seseorang menyandarkan sesuatu perkataan atau mengangkatnya (mengembalikannya) kepada orang yang berkata dengan perkataan tersebut

Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqollanni mentakrifkan Isnad dengan berkata:

عرفه الحافظ ابن حجر العسقلاني فقال : (( الإسناد : حكاية طريق المتن)) ( نزهة النظر : 19)

"Al-Isnad: penceritaan tentang kedudukan jalan matan" (nuzhatu An-Nazhor: 19)

ijazah am ini, ijazah yang diberikan walaupun tanpa seseorang penuntut itu ‘talaqqi’ dengan guru yang memberikan ijazah tersebut. Hal ini, menurut Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin al-Maliki, dibolehkan oleh para ulama’ – malah dipraktikk...an oleh beberapa orang ulama’ besar – bagi memastikan sanad sesuatu ilmu itu terus hidup dan tidak terkubur begitu sahaja. Seseorang itu boleh mengambil ijazah sesuatu ilmu daripada seorang guru, tetapi mempelajari dan mendalami ilmu tersebut daripada guru yang lain. Selain daripada itu, pemerolehan ijazah sesuatu ilmu itu juga adalah penting bagi mendapatkan berkat dalam mempelajari dan mengamalkan ilmu tersebut.

ijazah khas pula hanya layak diberikan kepada murid yang telah selesai ‘talaqqi’ sesuatu ilmu itu dengan gurunya.talaqqi ini berguru face to face dengan guru yang mengajar dan bertemu lutut ke lutut dengan guru tersebut,yang mana sistem pen...gajian ini amat berbeza dengan sistem pengajian yang wujud pada hari ini…

sistem talaqqi biasanya bermatlamatkan ‘khatam seluruh isi kitab dari kulit ke kulit’ daripada mensyarahkan tajuk pada kitab,riwayat hidup pengarang kitab sehinggalah pada apa yang disampaikan oleh pengarang kitab pada penutup dibahagin akhir kitab,walau macam mana pun,kitab itu semestinya dihabiskan…

Berbeza pula dengan sisitem pengajian disekolah-sekolah serta universiti-universiti,yang mana matlamat mereka pula : ‘menghabiskan keseluruhan syllabus pelajaran yang telah ditetapkan serta yang telah disaring’ jikalau pengajar yang mengajar seperti bullet train,dengan izin Allah akan habislah kesemua syllabus tersebut,makanya persoalan tentang kefahaman pelajar terhadap apa yang diajar hanya Allah sahaja yang maha tahu,manakala jikalau pengajar yang mengajar seperti kura-kura ,makanya terkadang setengah mukasurat pun tidak sampai,terus dibuat peperiksaan sekadar pada apa yang dipelajari kerana mengejar masa.

contoh paling senang di sini macam kita pergi kursus ustaz hayat. ijazah yang ustaz hayat berikan pada kita dalam seminar tu adalah ijazah am. tapi untuk mendapatkan ijazah khusus kena pergi berguru sendiri bertalaqqi , face to face belajar dari ilmu huruf, bunyi hingga ke rasa. kemudiannya itu pengijazahan tersebut dari ustaz hayat pada kita insya Allah merupakan ijazah khusus.

10 January 2011

Ruqyah dan Sains AlQuran Kajian Dr Abdul Daem alKaheel

"Oleh: Abdul Daem Al-Kaheel, www.kaheel7.com


Allah SWT berfirman:
وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآَنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ

“Dan Kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman”
Al-Isra:82

Tujuan Eksprimen

Eksperimen ini merupakan hasil dari kajian yang dilakukan selama lebih dari tiga tahun melalui penyelidikan, penelitian, dan eksperimen yang dimaksudkan untuk menetapkan dasar ilmiah pengubatan melalui Al-Quran (Rukyah Syariah), serta membuktikan adanya mukjizat baru dalam Al-Qur'an yang saya sebut dengan:

"Kekuatan penyembuhan penyakit melalui ayat-ayat Al-Quran". Juga bertujuan untuk mencari jenis ubat terbaru yang saya (Dr. Abdul Daem) namakan dengan Perubatan Bermaklumat (Informative Treatment/Medication)

Mengenai Penulis



Ir. Abdel Daem Al-Kaheel adalah seorang saintis, jurutera dan penyelidik, da’i dan orang yang menemui sistem angka tujuh dalam Al-Qur’an Al-Karim, beliau juga adalah seorang pengarang lebih dari dua puluh buku dan makalah tentang tiga puluh mukjizat Al-Quran Al-Karim dan Sunnah Nabawiyah.

Dia dilahirkan di kota Homs, Syria pada tahun 1966 dan hafal keseluruhan Al-Quran dan memiliki cara kreatif dalam menghafal Al-Quran, dan banyak menghadirkan visi ilmiah terbaru untuk pengubatan Al-Qur’an.

Apakah perubatan dengan Al-Quran dibenarkan?

Perubatan menggunakan Al-Quran adalah seratus persen dibenarkan, kerana dengan yakin telah terbukti pada diri saya bahwa Al Qur’an adalah ubat yang mampu menyembuhkan segala penyakit samada fizikal dan psikologi, penyakit gila, kejang, bisikan, iri hati, sihir dan sebagainya.

Jadi mari kita mulai bekerja sama untuk meletakkan dasar-dasar ilmiah dari berbagai jenis pengubatan yang paling banyak memberikan kekuatan yang efektif dan mudah, sehingga memungkinkan kita mampu meyakinkan para doktor tentang manfaat pengubatan yang mengkagumkan ini! Dan kami ingatkan bahwa sumber-sumber kajian ini terdiri dari 27 rujukan antarabangsa yang dipercayai.

Atom adalah struktur asas alam semesta



Ketika kita melihat akan alam semesta maka akan ditemui bahawa alam terdiri dari jutaan atom dan setiap atom berada dalam keadaan bergerak tiada henti.

Semuanya terdapat dalam otak



Di dalam otak terdapat lebih dari satu juta juta sel, setiap sel adalah ibarat komputer yang rumit bekerja dalam koordinasi dengan seluruh sel dan tanpa henti.

Gelombang elektromagnetik bersumber dari otak



Para saintis baru-baru ini menemui bahawa sel-sel otak bergetar dan mengirimkan gelombang elektrik dan magnet, yang mencerminkan aktiviti otak pada manusia. Jadi sel-sel otak selalu bergetar dan selalu dipengaruhi oleh getaran walau apapun bentuknya.

Tubuh adalah terdiri dari sel-sel



Seluruh sel-sel dalam tubuh juga tanpa terkecuali mengalami getaran, dan seterusnya akan memberikan pengaruh pada segala jenis getaran; mekanik, elektrik dan magnetik.

Terapi dengan suara

Baru-baru ini muncul pelbagai cara alternatif untuk melakukan terapi dan pengubatan, iaitu terapi melalui suara. Dan para pengkaji telah menemui bahawa suara manusia memiliki kemampuan penyembuhan yang luar biasa terhadap berbagai penyakit, seperti kanser.

Namun pertanyaannya adalah:
Bagaimana suara dapat memberikan penyembuhan, dan apakah semua suara dapat memberikan penyembuhan?

Neuron akan bergetar kerana kesan suara



Dalam Al Qur’an menyebutkan bahawa pendengaran adalah lebih awal sebelum penglihatan, dan ini merupakan menunjukkan betapa pentingnya kesan suara dalam penyembuhan!

Suara merupakan gelombang yang tersebar di udara



Suara bergerak di udara dengan kecepatan 340 meter sesaat, getaran yang berasal dari tenggorok dan menyebar melalui udara sehingga mencapai telinga pendengaran, dan kemudian berpindah melalui telinga ke seluruh bahagian tubuh.

Mekanisme pendengaran pada manusia

Bahawa telinga memiliki hubungkait dengan seluruh anggota tubuh, kerana itu setiap suara akan berpindah dan melintasi ke seluruh bagian tubuh dan mempengaruhinya.

Semua sel-sel tubuh dipengaruhi oleh frekuensi akustik (bunyi)

Reduced: 82% of original size [ 830 x 512 ] - Click to view full image


Telinga memiliki hubungkait dengan seluruh anggota , kerana itulah patut diberi tahu bahawa tubuh selalu berpindah ke seluruh bagian tubuh dan memberikan pengatuh atasnya.



Setiap gelombang suara akan mempengaruhi sel



Sel tubuh selalu dipengaruhi oleh volume suara, dan memberikan tanggapan atas setiap suara dan mengubah cara getarannya, dengan kata lain suara akan melakukan perubahan gerakan mekanisme , dan menjadi lebih tahan terhadap virus ketika dipengaruhi oleh adanya frekuensi tertentu.

08 January 2011

Zikir Elak Dari Dizalimi

ZIKIR ELAK DARIPADA DIZALIMI



حَسْبُنَا اللهُ رَبُّنَا اللهُ
  • Jika kamu sentiasa di zalimi dan dihalang dari mengabdikan diri kepada Allah (swt), janganlah kamu melawan atau menentang kembali dengan perbuatan yang sama atau kekasaran, sebaliknya lakukanlah zikir HasbunAllah RabbunAllah, atau boleh juga Robbunallah Hasbunallah, yang bermaksud “cukuplah Allah bagi kami/pelindung kami, dan Allah adalah Tuhan kami (tempat kami bergantung segalanya)”. Lakukan sebanyak 40x atau 100x sehari.
  • Maulana berkata, sesungguhnya kalimat ini mempunyai kekuatan dan hikmat yang lebih dahsyat/hebat dari kekuatan bom nuclear, jadi yakinlah. Maulana telah berkata dalam Suhbah nya pada tanggal 27 Oktober 2010 yang lalu, dengan hanya kalimat/ zikir ini, sesungguhnya seorang yang zalim dan telah melakukan kezaliman selama beberapa dekad pun akan jatuh dan rebah (tewas) jika semua rakyat yang dizalimi olehnya berzikir dengan kalimat ini selama 40 hari secara berterusan.
  • Semoga istiqamah :)
http://thankyourasulullah.blogspot.com/

06 January 2011

Usrah Ruqyah Syariyyah


Majlis Ilmu juga adalah Majlis ZikruLLAH...


Assalamualaikum semua...

Saya telah dimaklumkan bahawa kawan2 KISWAH di Teluk Intan yang diketuai oleh oleh Us Nazri dari Pusat Bimbingan Al Quran as Syatibi telah memulakan USRAH RUQYAH dua minggu sekali dari rumah ke rumah...

AKtiviti mereka adalah membaca dan memperbaiki mutu bacaan ruqyah syariyah secara jamaie dari rumah ke rumah dua minggu sekali...

Dalam masa yang sama mereka meruqyah air2 jampi dan barang2 makanan sunnah yang dibawa...

Tahniah kepada Us Nazri dan kawan2 KISWAH di Teluk Intan dan Sungai Besar.... dan setakat ini sudah mempunyai 24 orang ahli... Kepada forumers yang berdekatan Teluk Intan yang ingin menyertai bolehlah menghubungi Us Nazri di talian 019 2360579

OLEH ITU SAYA MENCADANGKAN!

IDEA INI DIADAPTASI OLEH PUSAT RAWATAN TEMERLOH, KLANG DAN US ZAKI DARI KOTA TINGGI DAN SAHABAT2NYA DARI MAAHAD TAHFIZ AKBAR, ABIM KOT TINGGI DAN PERSATUAN SILAT LOK 9.....

Untuk itu... kepada sesiapa yang ingin mengikuti bacaan ruqyah beramai2 di pusat rawatan saya sila hubungi KISWAH TEMERLOH...

dan saya buka TASMI' Ruqyah dengan saya mulai sekarang di pusat rawatan dan rumah....... dari mula sampai akhir...

Sesiapa yang habis tasmi' dengan saya dan tamat pengajian serta muqabalah (temuduga) saya akan berikan ijazah penuh!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...