30 November 2012
Kaedah Merawat Pesakit Mengamuk Semasa Rawatan
*KAEDAH MERAWAT PESAKIT MENGAMUK SEMASA RAWATAN
1)
Jangan
‘melawan’ pesakit tersebut. Alihkan apa-apa barang tajam yang berdekatan.
2)
Sedarkan
pesakit tersebut, panggil namanya dan suruh bertenang. Katakan “Ini bukannya
jin, tetapi kamu sendiri. Tenangkan diri. Penyakit kamu tidak serius. Lawan.
Jangan ikutkan sangat.”
3)
Larang
pesakit dari berbuat tindakan dan gerak geri yang tidak perlu.
4)
Jangan
provoke. Suruh dia mengambil wuduk, solat taubat dan pakaikan minyak wangi.
Lalu pujuk untuk diruqyah semula.
5)
Jika
sedang mengamuk sambil memegang senjata tajam apabila dipanggil ke tempat
kejadian. Hubungilah pihak polis atau ‘SWAT’ TEAM . Jangan tanggung risiko. Anak bini di rumah
sedang menunggu.
6)
Minum
air ruqyah, mandi air ruqyah, dengar cd ruqyah dan yaasin, pakaikan minyak
wangi ros / kasturi ruqyah selama paling kurang 40 hari. Bila sudah tenang
ruqyah kembali.
Labels:
rawatan islam
27 November 2012
Cara Selamat Makan Mi Segera Dari Pakar Pemakanan
Kalau boleh kurangkanlah atau tak yah makan langsung... |
Mi segera adalah makanan yang paling ringkas untuk
dimakan. Ia mudah dan praktikal. Namun harus diingat akan bahayanya.
Sebagai contoh, endapan bahan pewarna dalam mi segera amat berbahaya
kepada tubuh.
Menurut pakar pemakanan, Afrinia Ekasari, mi segera diperbuat daripada bahan asas termasuk tepung gandum, telur, air dan mineral, perencah serta minyak sayur. Ia mengandungi vitamin namun kadarnya begitu kecil berbanding jumlah yang diperlukan oleh tubuh terutamanya kanak-kanak.
Mi segera mengandungi beberapa ramuan berbahaya iaitu bahan pengawet dan pewarna yang tidak dapat diuraikan justeru tidak dapat disingkirkan daripada tubuh. Jika bahan-bahan itu terlalu kerap dimakan, ia akan terkumpul di dalam tubuh dan menjadi bahan yang bersifat karsinogen atau mampu merosakkan.
"Bagi memenuhi keperluan nutrien atau zat makanan, seelok-eloknya tambahlah sayur-sayuran dan protein haiwan seperti telur, ayam, udang ke dalam mi segera," ujar wanita Afrina lagi. Namun beliau tetap menyarankan agar jangan terlalu kerap makan mi segera.
Sementara itu pakar pemakanan dari Universiti Hasanuddin, Andi Imam Arundhana menjelaskan bahawa mengikut prinsip diet seimbang, apa yang dimakan haruslah pelbagai jenis dan mempunyai nilai pemakanan.
"Bukan hanya karbohidrat, makanan juga harus mengandungi lemak, protein dan vitamin. Tidak cukup dengan kenyang saja," katanya.
Jelas Andi, hidangan sarapan perlulah mengandungi lebih kurang 15-25 peratus daripada keperluan zat makanan. Manakala mi segera hanya memenuhi kira-kira 16 peratus daripada keperluan karbohidrat dan lemak (seseorang lelaki memerlukan 2,000 kcal).
Menurut Andi lagi, bahan pengawet dalam mi segera memang boleh disingkirkan, tetapi amat sukar. "Melalui sistem perembesan manusia, bahan itu hanya dapat disingkirkan sekurang-kurangnya empat hari selepas ia dimakan," ujarnya.
Maka jika terpaksa makan mi segera, pastikan kekerapan memakannya adalah sekurang-kurangnya empat hingga lima hari sekali. “Contohnya, jika hari ini kita sudah makan mi segera, empat hingga lima hari kemudian barulah kita bole makan mi segera lagi," jelasnya.
Dalam pada itu Andi dan Afrinia bersependapat tentang cara betul memasak mi segera serta keperluan menambah bahan makanan lain ke dalam mi segera, demi kesihatan. Kedua-duanya mengesyorkan agar apabila memasak mi segera, air rebusan pertamanya hendaklah dibuang. Langkah itu perlu bagi membuang bahan pengawetnya.
"Setelah bahan pengawetnya disingkirkan, barulah mi segera dimasukkan ke dalam air mendidih yang baru," jelas Andi.
Satu lagi cara ialah dengan tidak menggunakan perencah yang disertakan bersama mi segera. "Kita boleh mengolah perencahnya sendiri seperti ketika memasak," kata Andi. Jika tidak pun, kurangkanlah penggunaan perencah mi segera. Ini juga bagi mengurangkan kadar bahan pengawet yang masuk ke tubuh kita.
"Apabila rasanya sudah cukup, sisa perencah itu boleh dibuang saja. Jika ingin lebih masin, adalah lebih baik diganti dengan garam," katanya. Tambah beliau, cara-cara itu tadi boleh dilakukan sekiranya kita memang tidak dapat mengelak daripada makan mi segera.
Satu lagi perkara yang perlu diberi perhatian ialah ketika membeli mi segera. Jelas Afrinia, selain tarikh luput, kandungan dan logo halal, pastikan juga bungkusan mi tidak rosak atau koyak. Jika bungkusan rosak atau koyak, pelbagai macam serangga dapat masuk lantas mencemari mi segera itu.
By Marmi Panti Hidayah: RUJUKAN
Labels:
artikel,
rawatan islam
25 November 2012
Kenangan Ziarah Madrasah Hasaniyyah, Tenggaroh dan Kenduri Ustaz Azhari Abidin
SUMBANGAN KEPADA MADRASAH HASANIAH: ISLAMIC MAYBANK: 155144005138; Ustaz Shahrul Rizal Mohd Sati.
Bersama Sh Shahrul yang tawadduk dan banyak ilmunya |
Assalamualaikum semua…
Di Madrasah Hasaniyyah sekarang |
Menandatangani Buku Pelawat |
Alhamdulillah thumma Alhamdulillah…
Program ziarah kami ke Tenggaroh Mersing sempena menghadiri kenduri perkahwinan
Ahli Majlis Tertinggi NGO KISWAH di sana Ustaz Azhari Abidin dan pasangannya
Radiah Hassan serta menziarahi al Ustaz as Shaykh SyahrulRizal mudir Madrasah
al Hasaniah berlangsung dengan penuh mahabbah dan keceriaan.
Singgah di Pantai Hiburan Rompin |
Celoteh Ringkas di Majlis Mawlid Pengantin Perempuan |
Kami bertolak dari Temerloh pada pagi
Jumaat dan singgah Solat Jumaat di Masjid Rompin. Di sana
kami terserempak dengan jemaah Tabligh Iwan (dangdut) yang turut solat di sana.
Ziarah ke tapak madrasah |
Kami meneruskan perjalanan dan sampai di
Tenggaroh lebih kurang pukul 6.30 petang dan disambut oleh Shaykh Shahrulrizal
dengan sambutan yang istimewa. Melangkah ke rumahnya sahaja sudah menghilangkan
keletihan safar yang ditanggung. Masya Allah betapa, tuan rumah menyambut dan
melayan kami dengan layanan yang luar biasa.
Kedai buku Madrasah |
Kemudian kami dibawa ke Madrasah
Hasaniyyah. Madrasah yang baru setahun beroperasi lengkap dengan maktabah,
studio, tapak penternakan, tapak pertanian dan tapak perkhemahan pelajar ini amat
mengkagumkan kami. Masya Allah usaha dakwah dan tarbiyyah Shaykh Shahrul memang
lain dari yang lain.
Ukhuwwah |
Kami dibawa ke tempat penginapan yang
sangat selesa dan sentiasa anak2 murid beliau hadir menyediakan pelbagai
hidangan.
Selepas Isyak kami menghadiri majlis
mawlid dan sedikit tazkirah di rumah pengantin perempuan di Tenggaroh 2. Majlis
diserikan dengan kehadiran Ustaz Zaki at Tijani dan Cikgu Ishak Halus serta
seorang ustaz kenalan mereka.
Kolam ikan talapia Madrasah |
Keesokan harinya kami dibawa melawat ke
tapak madrasah yang sedang dalam pembiaan. Kami juga dibawa ke kedai buku,
kilang roti, kedai runcit, kolam ikan dan kebun Madrasah yang semuanya
diuruskan oleh anak2 madrasah. Masya Allah, inilah cara hidup Islam yang
dianjurkan oleh guru2 mulia. Supaya kami istiqamah mengamalkan ajaran Islam dan
segenap aktiviti harian.
Selepas Zuhur, kami berangkat ke kenduri
Ustaz Azhari dan zaujahnya. Syukran wa JazakALLAH kheiral Jaza’ kepada keluarga
pengantin perempuan yang menyambut dan melayan kami dengan layanan yang
istimewa. Malu alah dibuatnya.
Kemudian kami berwada’ dengan Sh Shahrul
dan pengantin lelaki, Ustaz Azhari Abidin. Terima kasih atas sepermukiman yang
sementara di Tenggaroh. Meninggalkan seribu satu kenangan indah dan pengalaman
serta ilmu yang tiada tolok bandingannya..
Semoga berbahagia hingga ke Syurga buat Ustaz Azhari dan Zaujah.. |
SUMBANGAN KEPADA MADRASAH HASANIAH: ISLAMIC MAYBANK: 155144005138; Ustaz Shahrul Rizal Mohd Sati.
Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!
Labels:
berita
20 November 2012
May Allah Cure You Completely - Amin
Allahummasyfi Abdak.... |
Assalamualaikum..
Sekadar coretan di blogku ini..
Semalam tanggal 20 Nov 2012 bersamaan hari Isnin ramai sungguh yang datang ke pusat rawatan..
Hati ini begitu tersentuh melihat seorang anak kecil, yang menderita sakit jantung menangis tidak berhenti. Aku hampir menitiskan air mata melihat kesengsaraannya.. Tercungap, mukanya pucat dan bengkak. Tidak berhenti2 memanggil mak dan ayahnya... Sudahlah begitu, umurnya yang sebaya anak keduaku menyebabkan daku terasa bertambah sayu. Terbayangkan kalau anak sendiri yang menderita. NauzubiLLAH... Itulah bagai dikata, berat mata memandang, berat lagi bahu ibubapanya menanggung ujian..
Pada detik itu, timbul satu kesedaran, keinsafan dan ketulusan yang jarang2 aku alami selama lebih 10 tahun merawat 1001 pesakit sebelum ini. Ya Allah Sembuhkan Ya Allah Sembuhkanlah.. Ya Allah HambaMu yang banyak dosa, hina lagi tidak berguna ini merayu demi merayu sembuhkanlah anak kecil ini ya Allah... Hati bertambah sedih, apabila air mata si ayah mula bergenang..
Begitu juga sebelum ini, seorang anak gadis mengalami masalah mental. Apabila dibaca ruqyah, munajat dan doa, maka bercucuranlah air mata si ayah... Insaf sungguh dibuatnya... Aku tidak faham kenapa ada yang sanggup menipu, mengaut keuntungan memba** buta dan menganggap bahawa aktiviti perubatan Islam ini semata-mata bisnes. "Mengambil kesempatan atas kesengsaraan orang lain...." Lihatlah kesengsaraan dan bala' yang menimpa orang lain khususnya pesakit-pesakit kita yang datang berkunjung supaya 'pandangan @ overall view' kepada aktiviti perubatan Islam yang dilakukan, kian berubah kepada sikap prihatin, kasih yang dijana dengan kekuatan mujahadah untuk membantu insan teraniaya. Semoga ini layak menjadi pedoman kepada diriku jua.
Perawat Islam yang berasaskan ruqyah adalah aktivis, pendaie, pembimbing dan pembantu masyarakat yang menderita... Aku berharap agar semua ahli2 yang pernah menumpang teduh dan singgah di teratak madrasah KISWAH bisa mempunyai perasaan sebegini agar kita sentiasa beringat; biarlah setiap langkah dan gerak geri yang dilakukan, sentiasa berbekalkan KEIKHLASAN yang mudah-mudahan senantiasa kita miliki.
Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam!
Ustaz Hayat al Mevlevi
Pengerusi Pertubuhan Pengamal Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Malaysia (KISWAH)
Labels:
artikel,
rawatan islam
18 November 2012
Ujian dan Ijazah Penuh Perubatan Islam Pertubuhan Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Malaysia (KISWAH) 2012!
Ahlan Wa Sahlan kepada Semua Yang Terpilih Untuk Menghadirkan Ke Ujian Perubatan Islam NGO Pertubuhan Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Malaysia (KISWAH). |
Assalamualaikum semua... Alhamdulillah pada malam ni KISWAH dah listkan bakal penerima ijazah pada bulan 12 ni... Kepada sesesiapa yang sudah dihubungi secara personal sila datang pada tarikh yang ditetapkan.. Bilangan kurang dari 10 orang. Jika tidak dipanggil maka, teruskanlah istiqamah dengan program2 NGO KISWAH.
Insya Allah bila tiba masanya akan dipanggil pula
untuk sesi ujian. Walaupun sudah cukup 7 seminar, namun tidak semestinya
layak untuk terima ijazah. Banyak kriteria dan syarat yang telah
ditetapkan selain hadir 7 seminar... Apapun diizinkan mengamal ilmu yang
dapat dari seminar lepas2... Cuma tak dapat ijazah penuh lagi.. Apabila sudah memenuhi syarat barulah KISWAH akan menjemput anda untuk pengijazahan penuh..
Insya Allah pengijazahan penuh akan diberikan kepada para peserta yang:
1. Cukup menghadiri 7 kali seminar.
2. Mulazamah dan ber’suhbah’ dengan KISWAH paling kurang dua tahun.
3. Nama yang diputuskan oleh jemaah syura KISWAH.
4. Diyakini tidak mencampurkan kaedah ruqyah dengan kaedah2 kebatinan dan perbomohan.
5. Lulus ujian dan tasmi’ ruqyah, doa dan selawat pada satu tarikh yang
diputuskan kelak. Mereka yang berkelayakan akan dihubungi oleh pihak
KISWAH.
Labels:
berita,
seminar dan ceramah
12 November 2012
Jualan Buku Rahsia Air Jampi; Rahsia Perawat Islam, Edisi Lakukan Sendiri Di Rumah. RM 24 Termasuk Penghantaran!!!
Keluaran Keempat KISWAH PUBLISHING HOUSE |
BUKU YANG HANGAT DI PASARAN!!! WAJIB DIBELI!!!
RM24 termasuk kos penghantaran!!! Judul buku fizikal: “Rahsia Air Jampi;
Rahsia Perawat Islam Membuat Air Ruqyah. Quranic Heavenly Healing Series. Edisi
Lakukan Sendiri Di Rumah.” Ebook version previously: airjampi.com. Harga
RM 24 termasuk penghantaran kepada pembeli persendirian.
Tulisan Hayat KISWAH al Mawlawi. Terbitan KISWAH
PUBLISHING HOUSE. Mukasurat: 159. No ISBN: 978 – 11307 – 1 -1. Bank in ke
akaun Maybank: 156057415555 (MULIATI BINTI SAAD) atau
Bank Islam: 14162020055479(MULIATI BINTI SAAD). Sesudah bank in sms ke no 017
9750665 (Ustazah Mulia Karimah) atau 017 9065131 (Ustaz Hayat). Sila
TAIP: (tajuk buku, kuantiti, nama penuh, alamat
lengkap, no. H/P). Email: kiswahpublishing@gmail.com/.
Terus dihantar ke rumah anda dalam masa 5 hari bekerja! Atau beli di online
store kami: http://deanjungkiswah.com/index.php?p=productsList&iCategory=22&sName=Buku-penawar-jiwa
Pekedai buku:
1)
Cash and carry.
2)
Minimum 10 Buku – 20 Buku.
3)
Potongan untuk pekedai: 30% dari
harga RM16
Pengedar buku:
1)
Cash and carry.
2)
Minumum 20 buku.
3)
Potongan untuk pengedar buku
terpilih: 50% dari harga RM16
Sila hubungi Ustaz Hayat di talian:
017 9065131 atau Brother Syihan Zaik: 014 5444349. Untuk pembelian secara
online. Sila ke: http://deanjungkiswah.com/index.php?p=productsList&iCategory=22&sName=Buku-penawar-jiwa
Ia ditulis berdasarkan pengalaman dan pengetahuan saya yang tidak
seberapa yang kebetulan terlibat secara langsung di dalam dunia perubatan Islam
selama hampir sepuluh tahun.
Ia juga merupakan hadiah istimewa saya kepada penyokong rawatan Islam
berasaskan ruqyah syariyyah umumnya dan anak-anak murid KISWAH khasnya.
Saya permudah dan susun kembali pengajian di Madrasah KISWAH yang mengambil
masa berbulan-bulan lamanya lalu diterjemahkan dalam bentuk ebook yang
eksklusif ini bagi memudahkan sesiapa sahaja membuat rujukan.
Siapa Saya
Yang Menulis Ebook Ini?
Nama saya ialah Hayat KISWAH al Mawlawi. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Syariah
Islamiyyah Universiti Al-Azhar, Tanta,
Mesir.
Merupakan Pengasas Pusat Rawatan Islam KISWAH serta Berpengalaman Hampir 10
Tahun dalam Bidang Perubatan Islam.
Penulis buku Perubatan Islam Menangkis Kejahatan Makhluk Halus bersama Ustaz
Syarhan Syafie pada Tahun 2004.
Penulis ebook Terapi Al Quran Penawar Gangguan Makhluk Halus bersama Ustaz
Malek al Azhari pada tahun 2009.
Telah Menegndalikan berpuluh-puluh Seminar Rawatan Islam di Seluruh Malaysia
Sejak Awal Tahun 2010 sehingga saat dan ketika ini...Sila lawati BLOG berikut
untuk mengenali Ustaz Hayat Lebih Dekat >> http://rawatanislam2u.com
Ebook Ini
Sesuai Untuk Semua Orang Ke?
Satu soalan yang BAGUS. Berikut jawapan jujur dari saya untuk anda semua
JAWAPANNYA
TIDAK SESUAI JIKA ANDA :
Sanggup ditipu dan menghabiskan ribuan ringgit mengubati penyakit misteri
dengan mengikut kata-kata bomoh atau pawang yang nyata sangat mengarut dan
tidak berasas malah boleh mendatangkan syirik kepada Allah (NAUZUBILLAH).
Tidak Yakin dan Percaya dengan Ayat Al Quran sebagai Penawar Penyakit Zahir dan
Batin.
Merasakan diri sudah hebat dan tidak perlu kepada ILMU ini.
Lebih mempercayai bomoh atau dukun yang tidak menuruti cara ISLAM.
Jadi Siapa Yang PATUT Dapatkan buku Ini?
Ikhlas Saya
Katakan Ianya SANGAT Sesuai Jika Anda:
Seorang yang mempunyai keyakinan dan kepercayaan yang tinggi dengan kehebatan
Ayat Al Quran sebagai Penawar Penyakit Zahir dan Batin.
Seorang yang mencintai dan berminat dengan ilmu Perubatan Islam Tulen.
Berminat untuk mempelajari dan mengumpul koleksi Ilmu Perubatan Islam.
Ingin mempelajari secara LENGKAP dan TERPERINCI Teknik dan Rahsia membuat 'Air
Jampi'
Ingin menyediakan satu bentuk rujukan dan panduan alternatif sebagai langkah
berjaga-jaga atau FIRST AID untuk kesejahteraan diri dan keluarga.
Kenapa Anda Perlu Dapatkan Buku Ini?
Apakah
Keistimewaannya?
Ianya bukan sebuah buku picisan dan sembarangan kerana ditulis berdasarkan
hasil penyelidikan dari Al Quran, Hadis dan amalan orang-orang soleh (TEPAT,
PRAKTIKAL dan MUJARAB)
Boleh dijadikan satu rujukan ringkas dan padat untuk semua golongan terutama
ibu bapa yang ingin melembutkan hati anak yang keras. Yakinlah dengan izin
ALLAH dipanjatkan melalui doa yang ikhlas serta menggunakan air sebagai salah
satu medium, hati anak yang keras akan lembut dan minda anak yang tumpul akan
tajam...
Islam adalah agama yang paling melekat dengan air. Sebagai contohnya kita wajib
mengambil wuduk untuk menunaikan Solat Fardhu 5 waktu sehari semalam. Jika
begitu besar peranan air dalam kehidupan muslim dan molekulnya boleh berubah dengan
bacaan ayat-ayat Al Quran, doa dan kata-kata yang baik, inikan pula manusia.
Satu bentuk ilmu yang jarang didedahkan dan diperkatakan kepada umum. Rebutlah
peluang ini. Satu khazanah ilmu yang tidak patut dipersia-siakan. Panduan bagi
anda yang ingin mempelajari serta mendalami ilmu perubatan islam sejati dan
hakiki warisan RASULULLAH...
Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!
Labels:
berita,
produk,
rawatan islam
11 November 2012
Kenangan Seminar Terakhir KISWAH Modul 7: Bekam Sunnah, Rawatan Pinggan Putih dan Pelancaran dan Pengijazahan Buku Rahsia Air Jampi
Menunjukkan kaedah Rawatan Pinggan Putih |
Assalamualaikum semua..
Alhamdullillah seminar terakhir KISWAH Modul 7: Bekam Sunnah, Rawatan Pinggan Putih, Muhasabah Perawat Islam dan Pelancaran serta Pengijazahan Buku Rahsia Air Jampi berlangsung dengan jayanya berkat keizinan Allah Rabbul Jalil Jua.
Syukur Ya Rabbi seminar yang berlangsung pada 10 Nov 2012 yang lalu menjadi wadah kepada semua peserta khususnya ahli NGO Pertubuhan Pengamal Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Malaysia (KISWAH) mempelajari ilmu, bersilaturrahmi di dalam atmosfera zikir dan selawat kepada junjungan mulia Rasul Bongsu Nabi Muhammad Sollalahu alaihi wa sallam.
Ustaz Anas mempraktikkan ilmu yang diperolehi |
Seminar pada kali ini menyaksikan kehadiran ahli KISWAH dari beberapa negeri seperti Johor, Perak, Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Pahang sendiri. Terima kasih kepada semua yang hadir. Sanggup bersusah payah bermusafir ke teratak KISWAH yang sangat sederhana ini. Saya begitu terharu melihat kesungguhan haji2 yang sanggup datang dari Teluk Intan. Umur yang meningkat tidak menghalang mereka dari menuntut ilmu Allah. Hanya Allah yang mengganjari.
Menunjukkan titik bekam sunnah al Kahil dan al Akhda'ain |
Tajuk yang diperbincangkan adalah berkisar kepada bekam sunnah, rawatan pinggan putih berserta praktikal, muhasabah perawat, pengajian kilat buku 'Rahsia Air Jampi', pembacaan Ratib Haddad, Solawat Azimiyyah, Solawat Shah Naqshband dan pengijazahan. Majlis diselangselikan dengan alunan selawat dan qasidah oleh Mevlevi Dervish Ensemle dan dibantu Al Fadhil Ustaz Nazri al Hafiz dari Pusat Bimbingan al Quran as Syatibi Sg Besar.
Tidak lupa satu mesyuarat ringkas mengumpulkan cadangan ahli diadakan pada sesi petang yang dipengerusikan oleh Ustaz Zul yang merupakan Timb Pengerusi NGO KISWAH dan Cikgu Adib; Setiausaha Agung KISWAH.
Buku Rahsia Air Jampi Keluaran Keempat KISWAH PUBLISHING HOUSE |
Jazilus Syukr kepada AJK ahli keluarga KISWAH khususnya Bro Luqman dan Syihan serta Anas yang bertungkus lumus menjayakan program kali ini.
Menujukkan Air Za'faran hasil kaedah rawatan pinggan putih |
Semoga Allah memberkati usaha ini berbekalkan keikhlasan yang mudah-mudahan kami miliki. Amin Ya Rabb...
Ukhuwwah Fillah lestari ke syurga. Credit to Mr Adib 4 the pics.. |
Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!
Labels:
berita,
seminar dan ceramah
10 November 2012
Anugerah Skrin 2012 - Ucapan Pierre Andre
Sekadar Renungan..
"Anugerah plg bernilai yg kita ada adalah kalimah Laa ilaa haillallah.. Jagalah kalimah ini dalam diri kita!" - Ucapan Pierre Andre dlm Anugerah Skrin 2012 ketika ambik hadiah di pentas.
Labels:
berita,
pengajaran
08 November 2012
Jangan Lupa Seminar 7 @ Terakhir KISWAH Esok 10 Nov 2012
Assalamualaikum semua..
Kepada semua peserta Seminar 7 KISWAH yang sudah mendafar dan belum mendaftar khususnya yang mengikuti seminar KISWAH sejak modul 1 lagi diingatkan temujanji kita esok.
Jangan lupa datang awal pada pukul 8.00 pagi untuk pendaftaran supaya seminar dapat dimulakan awal.
Kepada yang datang jauh khususnya dari Perak, Johor, Selangor dan KL diharap dapat memandu dengan cermat. Biar lambat asalkan selamat. Jangan lupa BASMALAH dibacakan secara berterusan semasa memandu sepanjang perjalanan. Kami berharap agar kalian semua selamat sampai dan kembali ke tempat masing.. Gunakanlah mutiara ilmu yang diperolehi untuk berkhidmat di tempat asal masing-masing.
KURSUS RAWATAN ISLAM RUQYAH SYARIYYAH
“KAEDAH RUQYAH SYAR’IYYAH ( Modul 7 @
Terakhir KISWAH )”
"Bekam
Sunnah, Rawatan Pinggan Putih, Etika Perawat dan Diskusi Kitab “RAHSIA AIR
JAMPI"
TERHAD kepada 30 orang peserta sahaja terutama yang pernah menyertai seminar 1,2,3,4,5 dan 6 KISWAH"
Oleh:
PUSAT RAWATAN KISWAH RUQYAH SYARIYYAH
ANJURAN :PUSAT RAWATAN ISLAM KISWAH TERAPI RUQYAH SYARIYYAH
YURAN PENYERTAAAN : RM 80.00 (Kos seminar, makan, sijil dan rawatan ruqyah untuk peserta). Sila bawa duit lebih untuk belian set bekam jika berminat.
TARIKH : 10 November 2012 ( Sabtu )
MASA : 8.00 pagi – 6.00 petang
TEMPAT : Pusat Rawatan Islam KISWAH Terapi Ruqyah Syariyyah, No 16, Tingkat 2, Jalan Ahmad Shah, 28000 Temerloh.
Tentatif program:
8.00: Pendaftaran peserta
8.30: Tajuk 1: Bekam
Sunnah dan adab-adabnya
10.30: Rehat - Minum pagi dan Sesi Maulid serta Solawat
11.00: Praktikal Bekam Sunnah
11.30: Tajuk 3: Kaedah Rawatan Pinggan Putih dan Praktikal.
12.30:
Tajuk 4: Muhasabah Perawat Islam: Kesalahan-kesalahan yang Biasa Dilakukan
Perawat Islam. Etika-etika perawat.
1.10: Rehat – Makan Tengahari dan solat Zuhur
2.00: Sesi Maulid dan Solawat
2.15: Diskusi Buku Perubatan KISWAH: RAHSIA AIR JAMPI dan Pengijazahan
3.00: Bacaan Ratib al Haddad, Selawat Azimiyyah dan Selawat Shah Naqshbandi serta Pengijazahan
1.10: Rehat – Makan Tengahari dan solat Zuhur
2.00: Sesi Maulid dan Solawat
2.15: Diskusi Buku Perubatan KISWAH: RAHSIA AIR JAMPI dan Pengijazahan
3.00: Bacaan Ratib al Haddad, Selawat Azimiyyah dan Selawat Shah Naqshbandi serta Pengijazahan
3.30:
Musyawwarah ahli-ahli Pertubuhan Pengamal Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah
Malaysia (KISWAH)
4.00: Majlis Pengijazahan segala kaedah dan pengamalan dalam seminar 7
4.30: Solat Asar
4.45: Bacaan Ringkas Sairus Salikin, Maulid dan Wada’
5.30: Fotografi dan Jamuan Ringan
4.00: Majlis Pengijazahan segala kaedah dan pengamalan dalam seminar 7
4.30: Solat Asar
4.45: Bacaan Ringkas Sairus Salikin, Maulid dan Wada’
5.30: Fotografi dan Jamuan Ringan
Pendaftaran melalui SMS:
Sila taip; SEMINAR7, Nama Penuh:__, No.KP:__, Daerah Hantar ke 0179065131
Cth: SEMINAR7 HAYAT ABD RAHMAN 777777107777 TEMERLOH
Pendaftaran awal amat dialu-alukan demi keselesaan anda…
Pertanyaan, pendaftaran dan maklumat lanjut sila hubungi:
017 9065131 ( Ustaz Hayat )
Diumumkan di sini bahawa anda dikehendaki mencar, membeli dan membawa:
1) Satu pinggan putih yang tidak bercorak
2) Debunga za'faran
3) Kayu resam atau apa2 kayu khusus untuk tujuan menulis ayat al Quran
4) Air mawar
5) Bekas pembancuh
Untuk seminar 7 nanti yang akan membincangkan tajuk
"Bekam dan Rawatan Pinggan Putih"
Manakala cup bekam akan dijual di pusat rawatan semasa hari seminar dengan harga RM40.00
Pengijazahan sebaik2nya disertakan dengan alatannya sekali. Barulah sempurna dan menampakkan kesungguhan anda.
Pada seisi petangnya akan diadakan dua slot
1)
Sesi diskusi buku dan pengijazahan " Rahsia Air Jampi" yang akan
dilancarkan pada tarikh tersebut. Insya Allah harga di bawah RM20 (akan
diumumkan nanti)
Terbitan keempat "KISWAH PUBLISHING HOUSE" |
2)
Musyawwarah NGO KISWAH; perkembangan terkini. Insya Allah sticker NGO
KISWAH akan dijual dengan harga RM10 satu pada hari seminar. Dijual
kepada mereka yang sudah mendaftar dan mendapat No ahli..
Sekian dimaklumkan.. Allahu Haq! Hidayah Seluru Alam!
Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam!
Labels:
berita,
seminar dan ceramah
06 November 2012
Pelancaran Buku "RAHSIA AIR JAMPI" 10 Nov 2012 Pada Seminar 7. Diskusi dan Pengijazahan.
Hadiah KISWAH kepada Semua Pencinta Rawatan Islam berasaskan Ruqyah Syariyyah |
DISCLAIMER
Firman Allah :
42. (Maka Kami kabulkan permohonannya serta Kami perintahkan
kepadanya): " Hentakkanlah (bumi) Dengan kakimu " (setelah ia melakukannya
maka terpancarlah AIR, lalu Kami berfirman kepadanya): " ini
ialah air sejuk untuk mandi dan untuk minum (bagi menyembuhkan penyakitmu zahir
dan batin) ".
[Shaad: 42]
Buku ini adalah hasil pengalaman dan pengetahuan saya yang sekelumit
cuma di dalam bidang rawatan Islam. Saya terlibat secara serius di dalam bidang
perubatan Islam ini secara kebetulan dan sehingga kini tanpa disedari telah
berkecimpung di dalam dunia rawatan Islam selama lebih kurang 11 tahun.
Sebagai seorang perawat Islam yang bertugas menangani pelbagai
masalah dan penyakit mistik hampir setiap hari sepanjang tahun; sudah menjadi rutin saya membuat
air ruqyah atau dikenali dalam masyarakat Melayu Islam di negara kita sebagai
AIR JAMPI.
Ini kerana membacakan ayat al Quran terhadap air merupakan anjuran
ulamak dan orang-orang soleh dari dahulu hingga kini.
Buku ini merupakan HADIAH saya kepada penyokong rawatan Islam
berasaskan ruqyah syariyyah umumnya dan anak-anak murid KISWAH khasnya. Saya permudah dan susun kembali koleksi pengajian
di Madrasah KISWAH yang mengambil masa berbulan-bulan lamanya lalu
diterjemahkan dalam bentuk buku yang eksklusif ini bagi memudahkan anda untuk
membuat rujukan.
Saya juga berharap semua ahli Pertubuan Pengamal Pengubatan Islam
Ruqyah Syariyyah Malaysia (KISWAH) berusaha untuk hadir seminar yang terakhir
KISWAH pada kali ini.
Saya mewakili NGO KISWAH juga memohon infiniti kemaafan kepada
semua peserta seminar dan pesakit serta keluarga yang hadir jika selama ini
terdapat khilaf di kalangan kita.
Semoga menjadi panduan kepada semua para penyokong rawatan Islam
berasaskan ruqyah syariyyah di negara kita.
Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!
Nantikan Kemunculannya, "RAHSIA AIR JAMPI". Keluaran keempat KISWAH
PUBLISHING HOUSE. Diskusi dan Pengijazahan Pada Seminar 7 KISWAH 10
November 2012. Doakan semuanya berjalan lancar...
Hayat al Mevlevi
Pengerusi
Pertubuhan Pengamal Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Malaysia (KISWAH)
Labels:
berita,
rawatan islam,
seminar dan ceramah
05 November 2012
Berita Gempar: MAKAM RASULULLAH SAW AKAN DIROBOH????
Benarkan berita bahawa makam Rasulullah saw akan diroboh??? Allah Allah.... |
Kerja pembinaan di masjid kedua paling suci itu di Madinah, tempat Rasulullah (SAW) dimakamkan, dijadual bermula bulan depan.
Akhbar The Independent melaporkan, berdasarkan pelan cadangan, kawasan itu akan dibangunkan semula, termasuk pembinaan masjid yang boleh memuatkan 1.6 juta jemaah.
Pembinaan semula itu dijadual dilakukan di bahagian barat masjid sedia ada. Selain makam Nabi (SAW), kawasan itu juga menempatkan makam Saidina Abu Bakar dan Omar.
Di luar tembok bahagian barat perkarangan yang ada sekarang ialah masjid yang diabadikan kepada Abu Bakar, Omar dan Masjid Ghamama yang dibina bagi menandakan tempat Rasulullah (SAW) dipercayai menunaikan solat pertama hari raya. Pihak berkuasa Arab Saudi tidak mengumumkan sebarang rancangan untuk mengekalkan ketiga-tiga masjid itu yang wujud sejak abad ketujuh, lapor The Independent.
Negara itu membelanjakan berbilion dolar untuk membangunkan Makkah dalam usaha untuk membolehkan lebih ramai jemaah menunaikan ibadah haji dan umrah.
Lebih 10 juta orang mengunjungi bandar suci itu sepanjang tahun untuk melaksanakan ibadah berkenaan. Pada musim haji baru-baru ini, kira-kira empat juta orang menunaikan rukun Islam kelima itu.
Ini bukan kali pertama pihak berkuasa Arab Saudi meruntuhkan kawasan bersejarah di Makkah dan Madinah bagi projek pembangunan semula.
Institut Teluk yang berpusat di Washington menganggarkan, 95 peratus daripada 1,000 bangunan lama di kedua-dua bandar suci berkenaan dimusnahkan sejak 20 tahun lalu. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/05
RUJUKAN: MY METRO
Penghapusan khazanah dan tinggalan Islam di Makkah al Mukarramah oleh regim W******..
Labels:
berita
03 November 2012
Bicara Q n A: Rasulullah SAW Bukan Manusia Biasa (Ustaz Muhadir Hj Joll)
Bual bicara bersama kolumnis Majalah Q & A, Ustaz Muhadir Hj Joll di
saluran IKIM.FM ( 91.5 FM LEMBAH KLANG) pada Khamis lepas (4 Oktober
2012) bertajuk Sanjungi Nabimu: Rasullulah SAW Bukan Manusia Biasa" jam
6.15 petang. Selain itu, turut bersama bual bicara QNA adalah En Nasri
Nasir (Pengurus Kanan Promosi GISB) dan Maslina Alias
(Juruhebah/Penerbit) yang membicarakan tentang tajuk diatas. Bual bicara
QNA ini di adakan setiap minggu pertama dan ketiga tiap-tiap bulan
setiap hari Khamis jam 6.15 petang di radio IKIM.fm oleh
kolumnis-kolumnis Majalah QNA.
Labels:
sufi
01 November 2012
Cuka Nipah RUQYAH: Jualan Penghabisan Stok RM5.00 Only
Cuka Nipah Asli Ruqyah
RM5 sahaja. Harga sebenar RM20 seboto |
Cuka Nipah Ruqyah – Kencing Manis, kolestrol, darah tinggi, migrain,
obesiti, batu karang, perut
Sabda Rasulullah saw: “Sebaik-baik hidangan makanan ialah KHAL (CUKA).
Ya Allah berkatilah pada KHAL. Sesungguhnya KHAL adalah makanan
nabi-nabi terdahulu sebelum daku dan janganlah terputus bekalan KHAL
dalam sesuatu rumah.” Hadis Riwayat Muslim dan Ibn Majah.
Cuka Nipah:
Biasanya cuka nipah ruqyah ini diperbuat daripada air nira nipah yang
diperam selama 44 hari. Nira nipah boleh diminum segar dan ada pengusaha
nira ni menjadi nira tu cuka. Cuka nipah ini dikatakan amat berkhasiat
dan baik untuk kesihatan. Lebih-lebih lagi kalau telah diruqyah.
Lebih-lagi kalau dicampur dengan madu tualang yang telah diruqyah. Khasiatnya akan menjadi berganda.
Antara Khasiat cuka nipah:
1. Boleh mengubati kencing manis
2. Menurunkan tekanan darah tinggi
3. Memecah batu karang
4. Menurunkan kolestrol dan mengubati sakit jantung
5. Melegakan sakit gout
6. Boleh jugak mengubati penyakit migrain
7. Mencegah obesiti
8. Buasir
9. Masalah usus
10. Sembelit
11. Membuang toksik dalam badan
12. Menstabilkan kepanasan badan
13. Penjagaan kulit dan kecantikan badan semulajadi.
Cara Penggunaan Untuk Rawatan Penyakit Di atas:
1) Campur 1 sudu cuka dengan segelas air suam / air ruqyah dan diminum sejam sebelum makan apa2.
2) Campur dengan segelas air suam / air ruqyah plus madu dan diminum sejam sebelum makan apa2.
3) Makan sebiji sehari kurma yang direndam (tenggelam penuh) di dalam cuka nipah semalaman.
4) Pening: Campurkan sedikit air dan sapu di tempat sakit kepala.
Rawatan Sihir:
1) Untuk rawatan santau: Diminum sesudu bersama air ruqyah selepas Subuh
2) Sakit kulit akibat disihir dan sakit kulit biasa: Gosok cuka nipah
dengan kapas sampai merah dan kemudian sapu dengan minyak zaitun.
SILA DAPATKAN DI:
Labels:
produk,
rawatan islam
Subscribe to:
Posts (Atom)