**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

28 August 2012

Sakit Gigi dan Rawatannya Mengikut Kaedah Islam Secara Qurani dan Tabi'e


Rawatan Islam menangani masalah sakit gigi...


Sakit gigi – cuka, garam bukit, bunga cengkih, bawang putih


Qurani:
1) Baca tujuh kali ke atas pesakit ayat 13 Al Ana’m dan ayat 4 Surah al Mulk sambil memegang kawasan yang sakit atau dibaca pada bahan2 di bawah lantas:



Tabie:

1) Ingat, pergi ke doktor gigi juga satu keperluan. Ini adalah kaedah alternatif kepada rawatan moden: Sakit gigi: Panaskan cuka+garam bukit dan kumur – tempat yang sakit.

2) Sumbatkan bawang putih yang dihancurkan ke lubang gigi yang sakit.

3) Kunyah bunga cengkih dan sumbat ke lubang gigi yang sakit.

4) Putihkan gigi: Tumbuk arang dan campurkan dengan garam. Tenyeh di gigi. Automatik gigi akan putih!

5) kalau masih tidak ok.. Ke klinik gigi:  Tampal / cabut.. hu hu haq hayy...

Di mana saya boleh mendapatkan cuku asli yang sudah diruqyah??? Sila ke online store kami:



26 August 2012

Kenangan Open House KISWAH 1433 / 2012

Bersama ahli KISWAH, anak2 murid maahad sas dan sahabat2 seperjuangan selepas Maulid di KISWAH; lepas Asar

Ole-ole untuk kanak2 yang hadir

Sempena ulang tahun perkahwinan kami.. doakan semoga berbahagia ke syurga

Us Hanif Abu Faidh al Hafiz bersama juadah..

Rumah terbuka diselangselikan dengan bacaan maulid dan qasidah

Antara tetamu yang hadir.. Terima kasih tidak terhingga

Us Sufian yang ceria. Selepas Solat Asar dan bacaan Sairus Salikin, diadakan mawlid ringkas



Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah. Selawat dan salam kepada Rasulillah saw.  Pada  7 Syawwal 1433 bersamaan 25 Ogos 2012 lalu telah diadakan rumah terbuka KISWAH di Pusat Rawatan Islam KISWAH Temerloh.

Alhamdulillah program berlangsung dengan jayanya. Terima kasih kepada semua yang hadir khususnya bonda,ayahanda, adik beradik, sanak saudara, sahabat2,anak2 murid, staff pejabat berhampiran dengan semua muslimin muslimat yang hadir.

Terima kasih kepada Kak Cik Saliza, suami dan anak2 yang hadir dari Muar. Juga tidak dilupakan KISWAH Kota Tinggi Us Azhari yang sanggup datang dari Kota Tinggi Johor. Sangat terharu kerana kalian sanggup datang dari jauh......





Terima kasih juga kepada semua ahli KISWAH yang membantu seperti Saudara Lukman, Us Anas, Us Wan Amirul Syafiq, Us Muhaimin dan terutamanya Bidadari Tercinta; Master Mind untuk program kali ini; Zaujati fiddunya wal akhirah Ustazah Mulia Karimah yang sangat bijaksana menyusun strategi dan perancangan.

Kehadiran kalian mengundang rahmat buat kami sekeluarga. Terima kasih tidak terhingga kepada semuda dan ampun maaf segala kekurangan yang ada.

Selamat Hari Raya dan Ampun Maaf Batin dan Zahir. Jumpa lagi tahun depan.

Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam.

24 August 2012

Jangan Lupa Open House KISWAH Esok 7 Syawwal @ 25 Ogos 2012

Jemputan Rumah Terbuka Kepada Semua

Assalamualaikum semua...

Jangan lupa ye jemputan rumah terbuka KISWAH pada hari esok Sabtu 7 Syawwal bersamaan 25 Ogos 2012...

..............................................................................

Jemputan kepada semua muslimin dan muslimat khususnya ahli keluarga KISWAH seluruh negara, pesakit dan anak2 murid KISWAH yang pernah menyertai seminar dan kem... Dimaklumkan bahawa satu majlis rumah terbuka Eidul Fitri bakal di adakan pada:

RUMAH TERBUKA EIDUL FITRI KISWAH

25hb Ogos 2012 bersamaan Sabtu 7 Syawwal

11 pagi sehingga 5 petang

Jemputan: Semua muslimin dan muslimat

khususnya ahli keluarga KISWAH, peserta seminar dan pesakit2 serta keluarga

dan tidak ketinggalan

Alumni:

Badan Dakwah Sekolah-sekolah Menengah Negeri Pahang khususnya SMA al Khairiah dan Maahad Sultan Ahmad Shah Jengka Pahang.

Kumpulan Maulid Maahad SAS 08

Dervish Mawlid Ensemble

Mevlevi Mawlid Ensemble

dan sahabat2 seZAWIYAH

serta semua ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat taulan..

" UKHUWWWAH FILLAH LESTARI SELAMANYA ABADAN ABADAAA.."

Allahu Haq ! Hidayah Seluruh Alam!

21 August 2012

Muhasabah Sambutan Hari Raya Untuk Kita Semua

Rayakan dengan kegembiraan di dalam ketaatan..

Assalamualaikum semua.... Sambil kita meraikan Eidul Fitri yang mulia ini marilah kita bermuhasabah berkenaan amalan2 biasa sepanjangSyawwal:

1) Percampuran lelaki dan perempuan secara tidak terkawal antara ajnabi.

2) Bersalaman sesama bukan mahram contohnya antara sepupu sepapat dan ipar duai...

3) Tidak menjaga aurat khususnya bertudung di depan ipar duai dan sedara mara yang ajnabi di dalam suasana menyambut Idul Fitri.

4) Menghimpunkan tempat tidur cucu cicit ketika balik kampung di rumah datuk nenek sehingga bercampur sesama lelaki dan perempuan dan akhirnya terjadi perkara yang tidak diingini.

5) Menjadikan amalan ziarah dan pertemuan sebagai medan mengumpat dan mengata orang lain serta melahirkan rasa tidak puasa hati sesama muslim.

6) Menjadikan hari raya medan menunjuk2 siapa yang lebih kaya dan berharta, lebih berkedudukan, lebik kelulusan lebih bergaya dan menarik, lebih baik dan lebih seribu kali lebih.....

7)Muhasabah Syawwal.Kecewa dengan tuan rumah dan tetamu Idulfitri yang asyik melayan 'gajet' sampai tak sempat bertanya khabar dan bersilaturrahmi. Maulana pernah berkata dalam setiap 'teknologi' ada syaitannya... Mulailah penggunaanya dengan istiazah dan selalulah beringat!

8) Ziarah sahaja... jangan berbalas... Kalau kawan tak datang rumah kita tak hingin datang ke rumahnya pula...

9) Tidak melayan tetamu dengan baik. Asyik dengan TV dan anak2 tuan rumah buat tak tahu sahaja tetamu yang datang.. sibuk melayan TV sambil santai berbaring.

10) Tak keluar bilik.. Kalau tak melayan dan berbual2 pun janganlah sampai tak bersalaman dan mengucapkan selamat hari raya langsung...

11) Tabarruj dan tidak menutup aurat... make up yang berlebihan dan pakaian yang mencolok mata merosakkan keberkatan idulfitri.

12) Berlagak sombong dengan tetamu yang dirasakan picisan dan lebih miskin dari kita. Maklumlah berjawatan tinggi dan kereta BESAR...

13) Berlaku pembaziran makanan berskala besar..... Makanan cuma dijadikan habuan menunjuk2 sahaja..

14) Mengelak dari tetamu datang ke rumah dengan pelbagai alasan kerana hendak tidur dan berehat di bilik yang beraircond di rumah..

15) Menyebar keburukan orang lain dan menyampai2 apa komen tak baik yang diceritakan orang tentang diri pendengar report kita.

16) Sibuk memenangkan anak masing2 berbanding anak2 saudara lain seolah2 anak2 kitalah terhebat.

17) Of course ada yang beraya sampai meninggalkan solat berjemaah atau solat fardhu walaupun bersendirian.

18) Al Quran dah tinggal sebaik menempuh 27 Ramadan... Syawwal dah tak buka2 dah sehingga 1 Ramadan tahun depan yang tak tentu lagi kita menjengahnya.

19) MERCUN....... adui.... janganlah mencampakkan diri kamu ke lembah kebinasaan .. Haram hukumnya kalau melibatkan mercun yang memberi risiko kemalangan pada tubuh badan... Trend sekarang.. yang tua2 pun sibuk berlawan mercun sapa paling mahal...

20) Tak beraya pun... asyik layan FB, internet atau TV.

21) Kedekut.... langsung tak memberi duit raya kepada anak2 tetamu atau orang tua dan adik2 yang masih belajar dan belum berkerjaya..... Malah ada yang sengaja tidak balik kampung dan mengabaikan tanggungjawab terhadap orang tua....

22) Adab berhari raya juga adalah menjaga kebersihan..... Potonglah kuku dan buang segala 'bulu' yang tidak perlu kerana ia adalah adab seorang muslim yang sejati....dan jagalah kebersihan tubuh badan dan pakaian seleruhnya...

23) Tidak menjaga pandangan khususnya kepada mudi mudi yang berdahi licin sama ada yang masih menutup aurat dan khususnya yang tidak menutup aurat mencolok mata.

24) Sombong tidak bermaafan dan bersalaman...

25) Membesarkan kekhilafan pendapat sama ada politik atau aliran sehingga bermasan muka dan menyesatkan sesama muslim semasa berbual ketika ziarah...

26) Sibuk berniaga sesama sanak saudara dan mengabaikan bersilaturrahmi sesama saudara....

27) Lupa mendokan kebaikan saudara seIslamnya di hara raya... Doakan kami ye...

...... dan macam2 lagi.... Selamat Bermuhasabah...

Allahu Haq ! Hidayah Seluruh Alam...

Hayat an Naqshbandi... 11.25 pm Taman Jaya 2 Temerloh.... :)

18 August 2012

Salam Eidul Fitri 1433 Dari KISWAH, Ampun Maaf Batin dan Zahir Serta Amalan Hari Raya

Salam Eidul Fitri Kepada Semua...




Asslamualaikum semua.... Kepada semua yang mengenali saya dan isteri serta anak2 menucapkan SELAMAT IDULFITRI MAAF BATIN DAN ZAHIR terhadap segala kesalahan dan ketaksiran yang kami lakukan selama ini khususnya kepada mursyid dan guru yang tercinta, ibu dan ayah kedua belah pihak, adik beradik dan ahli keluarga, semua sahabat dan rakan, sahabat2 satu perjalanan tarekat.

Juga tidak dilupakan semua ahli keluarga KISWAH, semua pesakit2 yang mendapatkan rawatan KISWAH, anak2 murid kelas tafaqquh dan seminar serta semua yang menyokong perubatan Islam berasaskan RUQYAH seluruh negara... Doakan kejayaan dan kebahagian kami dunia akhirat... 



Setiap kali menjelang Syawal saya akan teringatkan semua pengunjung pusat Rawatan RUQYAH KISWAH di Pahang dan juga pesakit yang mengunjungi kami untuk rawatan begitu juga pesakit yang telah kami ziarah . Maaf juga kami pohon pada semua sekiranya berlaku kekasaran, tersilap kata dan mohon di halalkan makan minum dan juga pemberian tuan tuan pada kami.

Pada peserta kursus/seminar kami mengucapkan terima kasih banyak banyak kerana memberi sokongan pada kami dan sekali lagi kami mohon di ampunkan sekiranya terdapat sebarang kekurangan pada apa yang telah berlangsung sebelum ini. InsyaALLAH kami akan memberbaikinya dan seterusnya memperbaiki lagi.


Pada semua yang pulang ke kampung halaman mohon agar memandu dengan cermat dan banyak banyak bersabar. Kampung atau destinasi yang di tuju tidak akan lari dari kita jadi memandulah dengan perlahan dan cermat hatta membawa kereta yang baru di beli sekalipun. Periksalah kenderaan elok elok dan pastikan semua kelengkapan di bawa. Pada yang dah ada anak kecil itu dan pertama kali di bawa ke kampung halaman maka pastikan bekalan air panas, susu, pampers telah di kemas kini dengan rapi. Periksa juga tayar spare tu dah lama tak tengok tayar spare tu.

Kami doakan agar semua warga KISWAH agar bergembira di hari yang mulia ini khususnya anak anak kita yang tidak sabar lagi nak beraya. Sekiranya terdapat salah sangka pada mana mana anggota keluarga maka hari ni merupakan adat terbaik untuk kita memohon ampun dari mereka dan mudah mudahan dengan itu kita beroleh kesembuhan hati diantara manusia rakan rakan saudara kita AMIN.

Sekali lagi saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA IDUL FITRI pada semua muslimin muslimat...MAAF BATIN ZAHIR .......

Bersama sebarkan CINTA,

ALLAHU HAQ! HIDAYAH SELURUH ALAM....

Yang benar2 Ikhlas;

Hayat Kiswah, Mulia Karimah, Abdullah Faiz.. dan Muhammad Nazim... Malam 1 Syawwal 1433H..

blog saya: www.rawatanislam2u.com/

online store zaujah: www.deanjungkiswah.com/

AMALAN HARI RAYA:

Sempena menyambut kedatangan hari lebaran yang ditunggu-tunggu oleh para muslimin seluruh dunia setelah sebulan berhempas pulas melawan kehendak nafsu dengan tibanya hari untuk bersyukur dan bergembira dengan segala nikmat Allah iaitu hari raya Eidul Fitri. Di sini dicoretkan beberapa adab dan perkara yang disunatkan untuk kita lakukan pada hari raya ini.


1. Membersihkan diri sebelum keluar untuk solat hari raya
Antara dalilnya ialah sebagaimana berikut :

a. Adalah Ibnu Umar mandi pada hari raya sebelum dia keluar
(riwayat imam Malik dengan sanad yang sohih )

b. Telah sabit bahawa para sahabat bersugi dan memakai bauan pada hari raya.

c. Telah sabit juga bahawa Ibnu Umar mandi dan memakai bauan pada hari raya Eidil Fitri.

d. Sebahagian ulama’ menyatakan sunat mencukur bulu dibadan dan memotong kuku kerana ia adalah penyerpurna dalam berhias.


2. Memakai sebaik-baik pakaian
Adalah bagi Rasulullah S.A.W satu jubah yang dipakai pada kedua hari raya.


3. Makan tamar atau seumpamanya sebelum keluar untuk solat hari raya
a. Daripada Anas adalah Rasulullah S.A.W tidak bersarapan pada hari raya eidul fitri sehingga baginda makan tamar dan memakannya secara ganjil pada bilangan.
(riwayat imam Bukhari dan Ahmad)
b. Daripada baridah telah memberitahu bahawa Rasulullah S.A.W tidak keluar pada hari raya eidil fitri sehingga baginda makan dan tidak makan pada hari raya korban sehingga menyembelih binatang korban.


4. Keluar solat hari raya dimasjid dan seumpamanya
Ummu ‘Athiyyah memberitahu bahawa Rasulullah S.A.W telah memerintahkan kami supaya keluar pada hari raya eidil fitri dan eidil adha termasuk perempuan yang baru baligh, mereka yang datang haidh dan mereka yang sibuk dengan tugas di rumah. Maka bagi mereka yang datang haidh hendaklah tidak turut sama untuk solat dan mereka menyaksikan kebaikan dan jemputan muslimin. ( Riwayat imam Bukhari dan Muslim)
Setengan ulama’ mewajibkan para muslimin untuk keluar ke temapt solat hari raya.


5. Melaungkan takbir pada hari raya
Daripada Ibnu Umar berkata bahawa Nabi S.A.W bertakbir pada hari raya eidil fitri bermula ketika baginda keluar dari rumah sehinggalah sampai di temapt solat hari raya.
( Riwayat Baihaqi dan al-hakim )


6. Melalui jalan yang berlainan ketika pergi dan pulang dari tempat solat hari raya
Adalah Rasulullah S.A.W apabila keluar pada hari raya pada satu jalan, baginda pulang pada jalan yang lain. ( Riwayat imam Bukhari)


7.Mengucapkan tahniah dan ucapan selamat hari raya kepada para muslimin
Adalah para sahabat apabila bertemu pada hari raya, mereka akan mengatakan kepada mereka yang ditemui dengan kalimah yang bermaksud : Semoga Allah menerima segala amalan kami dan kamu.


Semoga kita dapat sama-sama menghidupkan amaln sunat yang pernah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W sendiri dan para sahabat. Hidupkan hari raya dengan perkara yang bermanfaat dan jangan kotorkannya dengan pelbagai aktiviti yang berbentuk maksiat. Hari raya kemenangan dalam melawan nafsu dan jangan biarkan nafsu yang mengalahkan kita pula pada hari raya....

Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!

13 August 2012

Selamat Mencari Malam Laylatul Qadr dan Amalan Pada Malamnya



  Assalamualaikum semua!
Sempena 10 terakhir Ramadhan, KISWAH mengucapkan selamat beribadat pada malam Lailatul Qadar... Kalau di Mesir dan Syria; 10 malam terakhir, orang ramai tidur dan beriktikaf di masjid2 seluruh negara; tidak pulang ke rumah.

Sesetengah tempat; seperti di Mesir seolah2 telah menetapkan malam 27 itulah malam Lailatul Qadar.(Di luar negara malam 27 adalah malam ni). Antara dalil yang digunakan oleh sebahagian ulamak adalah rahsia di dalam Surah al Qadr.
Lailatul Qadr disebut 3 kali di dalam al Quran dan ejaan setiap lailatul qadar di dalam bahasa Arab adalah 9 huruf. Jadi 9 x 3 kali adalah = 27...
Apapun qaul yang paling rajih adalah tidak diketahui bilakah berlakunya Lailatul Qadr namun yang pasti adalah malam2 ganjil 10 malam terakhir Ramadhan.
Bertuahlah sebahagian murid yang mengikut jalan salikin; sesetengah guru mursyid mengkhabarkan akan rahsia; bilakah berlakunya malam Lailatul Qadr setiap tahun...
Apapun, beramallah pada setiap malam akhir Ramadhan... Allah merahsiakannya supaya kita saban malam senantiasa mengejar malam yang diibaratkan 1000 bulan = 82 / 83 tahun tersebut.

Antara amalan yang boleh dilakukan apabila tiba malam Lailatul Qadr seumpama yang tercatat di dalam kitab Futuhat ; Sheikh Adnan Thohir:
  • Niat untuk menghidupkan malam kerana Allah
  • Selepas itu Solat Isyak, ba'diah dan adab2 tarekat
  • Niat untuk mengerjakan puasa esok hari
  • Solat terawih 20 rakaat
  • Solat Tasabih 4 rakaat secara berjemaah
  • Solat sunat Syukur 2 rakaat secara berjemaah
  • Solat Witir
  • Khatam dan zikir
  • Menghidupkan malam dengan bacaan al Quran sekadar yang mampu sehingga terbit fajar.
  • Disunatkan solat sunat Tahajjud dari 20 - 100 rakaat semalaman.
  • Sembelih dua ekor korban pada siang esoknya. Satu kaffarah untuk kekurangan puasa kita dan tebusan untuk ahli tarekat dan umat Nabi Muhammad saw lalu dibahagi2kan pada faqir miskin. Sunnah ini tidak pernah ditinggalkan oleh Sheikh Abdullah Faiz ad Daghestani.
Ini adalah sebahagian contoh amalan menyambut Lailatul Qadar. Selamat beribadat!

11 August 2012

Seminar 6 KISWAH: Koleksi kaedah Ruqyah, Kerezekian Menurut Islam dan Amalan Perawat 29 September 2012

Berusaha menjaga ketulenan kaedah RUQYAH SYARIYYAH di Malaysia. Berjumpa lagi dalam Seminar Modul 6 KISWAH yang pertama dan terakhir. Hanya tinggal satu lagi modul KISWAH sebelum melabuhkan tirai madrasahnya untuk tahun ini.

 
KURSUS RAWATAN ISLAM RUQYAH SYARIYYAH

“ KAEDAH RUQYAH SYAR’IYYAH ( Modul 6 KISWAH )”


"Koleksi Kaedah Ruqyah, Kerezekian Menurut Islam dan Amalan Perawat Islam"

TERHAD kepada 30 orang peserta sahaja terutama yang pernah menyertai seminar 1,2,3,4 dan 5 KISWAH"

Oleh:
PUSAT RAWATAN KISWAH RUQYAH SYARIYYAH

www.rawatanislam2u.com/

ANJURAN :PUSAT RAWATAN ISLAM KISWAH TERAPI RUQYAH SYARIYYAH

YURAN PENYERTAAAN
: RM 80.00 (Kos seminar, makan, sijil dan rawatan ruqyah untuk peserta)


TARIKH : 29 September 2012 ( Sabtu )


MASA : 8.00 pagi – 6.00 petang


TEMPAT : Pusat Rawatan Islam KISWAH Terapi Ruqyah Syariyyah, No 16, Tingkat 2, Jalan Ahmad Shah, 28000 Temerloh.

 
Tentatif program:

8.00: Pendaftaran peserta

8.30:  Tajuk 1: Pendetailan Bacaan Ruqyah beserta Khutbah, Selawat dan Doa-doa Kesembuhan Menggunakan Handbook Ruqyah KISWAH.

     
10.30: Rehat - Minum pagi

11.00: Tajuk 2: Rawatan Ruqyah Menggunakan Surah al Fatihah, Surah Yaasin, Ruqyah Shaykh Bahrawi dll

11.30: Tajuk 3: Masalah kerezekian dan amalan-amalan murah rezeki menurut awliya' dan ulamak. Antara rujukan kitab: Sairus Salikin Sh Abd Somad al Falimbani dan tidak ketinggalan amalan para guru-guru soleh yang mulia .

12.15: Tajuk 4: Amalan-amalan perawat Islam sehari-hari.

1.30: Rehat – makan tengahari dan solat Zuhur

2.35: Sesi Maulid dan Solawat


3.00: Pembacaan ruqyah beramai-ramai dan simulasi perubatan beramai-ramai dengan menggunakan ruqyah syariyyah

4.00: Bacaan Ratib al Haddad, Selawat Azimiyyah dan Selawat Shah Naqshbandi serta Pengijazahan

4.30: Majlis Pengijazahan segala kaedah dan pengamalan dalam seminar 6

5.00: Solat Asar

5.15: Bacaan Ringkas Sairus Salikin dan Maulid

5.45: Fotografi dan Jamuan Ringan


Pendaftaran melalui SMS:
 
Sila taip;SEMINAR6, Nama Penuh:__, No.KP:__,  Daerah Hantar ke 0179065131
Cth: SEMINAR6 HAYAT ABD RAHMAN 777777107777 TEMERLOH

Pendaftaran awal amat dialu-alukan demi keselesaan anda…

Pertanyaan, pendaftaran dan maklumat lanjut sila hubungi:

017 9065131 ( Ustaz Hayat )


09 August 2012

"Adakah Kamu Seorang Darwisy / Ahli Sufi jika...."


Seorang Sufi Yang Mengasihi Semua Makhluk..
SUDUT RENUNGAN..

Telah berkata Sheikh Adnan at Thahir al Qabbani di dalam kitab Futuhat Haqqaniyyah:

“ Ramai manusia yang awam mendakwa:

“Aku seorang darwisy (sufi). Atau mengaku sebagai Ahlillah, atau mendakwa telah kembali ke alam hakikat atau telah menjengah ke dunia para awliya Allah, atau ke alam reality Nabi Muhammad saw dan hakikat Allah Taala.”

Ini kerana mereka merasakan bahawa mereka telah banyak melakukan zikrullah.

Akan tetapi, menurut neraca nabi saw dan neraca para pewaris Muhammadiyyin dari kalangan awliya’ Allah azza wa jalla  yang sejati, siapakah sebenarnya para darwisy / ahli sufi / awliya’ tersebut?


·       Adakah seorang darwisy / ahli sufi / yang mengikut jalan tarekat itu mengisap rokok walaupun diperbahaskan haram atau makruh hukumnya?

·       Adakah seorang darwisy itu suka memandang kepada ajanib sama ada lelaki atau perempuan?

·       Adakah seorang darwisy itu suka mengumpat orang?

·       Adakah seorang darwisy itu suka melakukan tuduhan dusta dan mengada-ngadakan cerita?

·       Adakah seorang darwisy itu kemaruk melakukan perkara-perkara yang diharamkan?

·       Adakah seorang darwisy itu sifatnya pemarah?

·       Adakah seorang darwisy itu suka berbohong?

·       Adakah seorang darwisy itu suka mencuri?

·       Adakah seorang darwisy itu suka berbuat kezaliman kepada orang lain?

·       Adakah seorang darwisy itu memengtingkan diri sendiri dan tidak mengeluarkan zakat?

·       Adakah seorang darwisy itu seorang kedekut?

·       Adakah seorang darwisy itu suka melepak di warung jalanan dan memasuki tempat-tempat hiburan?

·       Adakah seorang darwisy itu jenis yang tidak bersabar?

·       Adakah seorang darwiys itu seorang yang malas berkerja?

·       Adakah seorang darwisy itu jenis yang tidak tahu malu?

·  Adakah seorang darwisy itu jika dia bukan seorang yang pemurah?

·   Adakah seorang itu darwisy kalau tidak mengamalkan sikap seorang yang zuhud.

“Demi Allah bukanlah kamu seorang DARWIYS / AHLI SUFI atau dari kalangan AWLIYA’ ALLAH jika kamu masih merutinkan sifat-sifat buruk ini di dalam hidupmu!!!”

* Shaykh Adnan at Thahir al Qabbani

06 August 2012

8 Syarat Memulihkan Rumah dari Gangguan Jin dan Syaitan (2)


Syarat2 ini haruslah dipatuhi sebelum proses ruqyah dilakukan di rumah

 8 Syarat Memulih Rumah Dari Gangguan Jin

 
Syarat 1:


Buang semua tangkal, rajah-rajah yang tidak difahami maksudnya, kain-kain kuning dan semua pemberian bomoh yang kononnya digunakan untuk memagar diri dan rumah. Serah kepada perawat untuk diruqyah dan dibakar.


 
Syarat 2:


Tinggalkan tabiat merokok. Ini kerana asap busuk adalah makanan kegemaran jin. Kurangkan hisap rokok atau hentikan terus. Jika hendak merokok, lakukan di luar rumah.


 
Syarat 3:


Serahkan semua senjata lama seperti keris dll, cincin, loket dan barang kemas yang kononnya dimasukkan khadam ayat kepada perawat untuk diruqyah dan direndam di dalam air ruqyah semalaman. Buang semua perhiasan patung dan gambar yang tidak syarie dari rumah.

 
Syarat 4:


Halau semua kelawar, burung layang-layang dan binatang liar yang duduk menumpang di rumah. Ini kerana najis binatang tersebut mengotorkan rumah lantas mengundang jin.


 
Syarat 5:


Pastikan rumah sentiasa bersih dan wangi. Kemas rumah dan buang sampah dari rumah setiap hari. Jangan biarkan rumah kotor dan busuk serta masam.


 
Syarat 6:


Jangan biarkan sisa-sisa makanan tidak berbasuh semalaman terutamanya tulang belulang yang  boleh menjadi makanan jin. Tulang disalut semula di alam jin lalu dimakan oleh mereka.


 
Syarat 7:


Jangan pelihara binatang ternakan jika tidak dapat menjaga kebersihan. Najis dan bahan buangan binatang ternakan menjadi bahan makanan jin. Kotor dan busuk menggalakkan jin tinggal di rumah.


 
Syarat 8:


Jangan biarkan rumah dan bilik-bilik tidak didiami dan diimarahkan dalam tempoh 40 hari. Pastikan bilik dimasuki cahaya dan memiliki pengudaraan yang baik. Sesakali buka dan bacalah al Quran dan berzikir. Kurangkah tv, radio dan lagu-lagu yang tidak syarie. Gantikan dengan cd al Quran dan maulid.

Allahu Haq ! Hidayah Seluruh Alam!

05 August 2012

Jemputan Open House KISWAH 25hb Ogos 2012 bersamaan Sabtu 7 Syawwal

Jemputan Rumah Terbuka Kepada Semua

Assalamualaikum semua...

Jemputan kepada semua muslimin dan muslimat khususnya ahli keluarga KISWAH seluruh negara, pesakit dan anak2 murid KISWAH yang pernah menyertai seminar dan kem... Dimaklumkan bahawa satu majlis rumah terbuka Eidul Fitri bakal di adakan pada:

RUMAH TERBUKA EIDUL FITRI KISWAH

25hb Ogos 2012 bersamaan Sabtu 7 Syawwal

11 pagi sehingga 5 petang

Jemputan: Semua muslimin dan muslimat

khususnya ahli keluarga KISWAH, peserta seminar dan pesakit2 serta keluarga

dan tidak ketinggalan

Alumni:

Badan Dakwah Sekolah-sekolah Menengah Negeri Pahang khususnya SMA al Khairiah dan Maahad Sultan Ahmad Shah Jengka Pahang.

Kumpulan Maulid Maahad SAS 08

Dervish Mawlid Ensemble

Mevlevi Mawlid Ensemble

dan sahabat2 seZAWIYAH

serta semua ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat taulan..

" UKHUWWWAH FILLAH LESTARI SELAMANYA ABADAN ABADAAA.."

Allahu Haq ! Hidayah Seluruh Alam!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...