30 January 2016
Jenis-jenis Asbab Dalam Pelajaran Tauhid
Asbab ada 3:
1) Dengan Asbab - seperti pada orang awam - Makan kenyang, ubat - sembuh.
2) Tanpa Asbab - seperti pada awliya' - Tak makan kenyang, - tak berubat sembuh.
3) Lawan Asbab. seperti pada anbiya' - Nabi Ibrahim tidak pula terbakar dengan api walaupun asbab terbakar itu disebabkan kehadiran api.. Malah sejuk dan selamat pula baginda.. Adapun dunia itu 'Darul Asbab' dan Allah Jalla Jalaluh itu 'Musabbibul Asbab'.
1) Dengan Asbab - seperti pada orang awam - Makan kenyang, ubat - sembuh.
2) Tanpa Asbab - seperti pada awliya' - Tak makan kenyang, - tak berubat sembuh.
3) Lawan Asbab. seperti pada anbiya' - Nabi Ibrahim tidak pula terbakar dengan api walaupun asbab terbakar itu disebabkan kehadiran api.. Malah sejuk dan selamat pula baginda.. Adapun dunia itu 'Darul Asbab' dan Allah Jalla Jalaluh itu 'Musabbibul Asbab'.
Labels:
artikel
Perasmian Kuliah Maghrib di Abu Bakar School (ABS) Temerloh 2016. Pada 25 Jan 2016
Syukur ya Rabbi Alhamdulillah. Kuliah Maghrib pertama 2016 di Abu Bakar School (ABS) Temerloh. Mukhtasar Ta'limul Mutallim fi Toriqit Taallumi... Anak2 yang soleh solehah. 25 Jan 2016
Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!
Labels:
event
25 January 2016
Mawlidurrasul Bersama Habib Ku Suhaimi Al Aydrus di Felda Bukit Mendi 23 Jan 2016
Malam yg gilang gemilang. Meriah sungguh majlis mawlid malam ni 23hb jan 2016 di Felda Bukit Mendi bersama al Habib Ku Suhaimi dan Habib Fageh Mugaddam serta al Mukarram Shaykh Keiry Alias al Waseemi...
Labels:
event
17 January 2016
Pertemuan Bersejarah Bersama Ustaz Syarhan Shafie di Hospital HOSHAS Temerloh Pada 15 Januari 2016
Setelah 6 tahun. Teringat dulu2 zaman bersama team tobibi di insaniah kedah dan mesir sejak 2001. Ukhuwwah tetap bersemi moga lestari ke syurga. Ustaz masih ingat lagi kenangan2 lama bersama generasi pertama dulu, mak ayah saya, zaujah Mulia Karimah. Tanya jugak pasal ustaz amirShariff Awang dll. Tak semena2 kena berduet menjawab soalan di Majlis Ilmu di Auditorium HOSHAS Hospital Temerloh .. Kenangan indah 15 Jan 2016 bersama guru pertama dlm rawatan Islam...
Tak pasal2 kenal jawab soalan pulak.. walaupun tahu diri tak layak.. Majlis bersama Ust Syarhan di Hoshas tadi. Dah 6 tahun tak jumpa...
Tak pasal2 kenal jawab soalan pulak.. walaupun tahu diri tak layak.. Majlis bersama Ust Syarhan di Hoshas tadi. Dah 6 tahun tak jumpa...
Labels:
event
Majlis Bersama Ulamak Nusantara di Tahfiz Berhala Gantang Temerloh 15 Januari 2016
Kiswah turut serta dalam Majlis Bersama Ulamak Nusantara di Tahfiz Berhala Gantang Temerloh Pada 15 Januari 2016
Labels:
event
Majlis Bersama Baba Ismail Sepanjang di Pondok Pok Kob 12 Januari 2016
Majlis bersama baba ismail sepanjang al fathoni di pondok pok kob pagi - ptg ni. AAJIB!!! 12 januari 2016. Kehadiran bersama mufi pahang dan yb dato habib ibra. Serta ijtima' para tuan2 guru dan asatizah pondok2 dan madrasah negeri Pahang. Mubarak!!!!! Kita ni je yg tak bermadrasah berpondok .. hi hi.
Labels:
event,
NGO KISWAH
Mawlidurrasul Bacaan Mawlid Daibaie di Surau Taman Perindu Temerloh 6 Jan 2016
Mawlidurrasul saw dan pembacaan Mawlid Daibaie di Surau Taman Perindu bersama NGO KISWAH 6 Jan 2016.
Labels:
mawlid
10 January 2016
Rawatan Untuk Menaikkan Keinginan Suami Isteri ~Ruqyah ~ Buah Zaitun - Daun Teratai ~ Minyak Zaitun
Menaikkan Nafsu Keinginan Suami Isteri (Rawatan Jerut Nafsu)
1. Selain diruqyah dan minum air ruqyah : ~ MANDI: (Sekali sehari sebelum Maghrib selama 7 hari). Sebesen besar air + segelas air ruqyah + segenggam garam bukit + 3 biji limau purut + 3 plastik air batu + 1 helai daun teratai sekali mandi. Dibuat bilas selepas mandi biasa. Mula dari kaki,ke sendi utama dan tumpu di ubun-ubun dan puncak kepala. Jangan lap selepas mandi. Selepas seminggu, mandi air batu jadi ketika perlu atau teruskan mandi tanpa air batu selama 40 hari.
2. Minum 1 – 3 sudu madu bersama segelas air ruqyah setengah jam sebelum bersama.
3. Sapu minyak zaitun di anggota kelamin suami dan isteri ketika bersama. Banyak pun takpe sebagai pelincir.
4. Makan buah zaitun hitam jeruk setiap hari 2 kali sehari 3 / 5 / 7 biji sekali makan untuk bangkit keinginan selama 7 – 40 hari
5. Telur itik makan setiap hari selama 7 hari
6. Cari waktu subur untuk bersama iaitu 7 hari selepas suci.
7. Sedekah hari2 niat kesembuhan. Bernazar jika sembuh nak berpuasa sehari atau lain2..
Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!
Labels:
rawatan islam
05 January 2016
Rawatan Islam Untuk Panau. Al Baqarah Ayat 259 dan 266. Toha Ayat 106. Tabie: Lengkuas.
Qurani: Surah Al Baqarah ayat 259 (sakit kulit) dan 266. Toha ayat 106 (kudis). Baca sambil sapu dgn jari di kawasan yang terkena penyakit.
Tabie: Lengkuas; gosok di kawasan terkena panau. Lagi baik sambil baca ayat-ayat di atas.
Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!
Labels:
rawatan islam
03 January 2016
Sambutan Mawlidurrasul di Masjid Kg Tebal Seberang Temerloh Bersama Mawlana Johari Pada 2 Jan 2016
Sambutan mawlidurrasul saw di Masjid Kg Tebal 2 Jan 2016. Petangnya bacaan Mawlid Daibaie. Malam majlis ilmu bersama Mawlana Jauhari al Jenderaki. Tahniah Timb Qadi Temerloh Ust Amin susah payah menjayakan. Majlis yg meriah.
Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!
Labels:
mawlid,
NGO KISWAH
Mawlidurrasul Di Kg Cengkenik Kuala Krau 30 Dis 2015
30 dis 2015. Ngo kiswah menjayakan sambutan mawlidurrasul saw di Surau Cengkenik Kerdau. Bersama YB Dato Habib Ibrahim...
Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam!
Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam!
Labels:
mawlid,
NGO KISWAH
Subscribe to:
Posts (Atom)