**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

27 February 2013

Teknik Ruqyah Menggunakan Surah Yaasin




Teknik kedua belas
Menggunakan Surah Yaasin

Khususnya untuk orang yang terkena sihir junun (gila). Gila adalah disebabkan oleh gangguan jin. Telah diriwayatkan oleh Ibn Dhoris, dari Sa’eid bin Jubair RadiyALLAHU anhu bahawa sesungguhnya beliau telah membacakan Surah Yaasin kepada seorang lelaki gila yang akhirnya sembuh setelah mendengar bacaan tersebut.

Yaasin adalah HATI AL QURAN dan apabila jin mendengarnya maka mereka akan patuh dan tunduk kepada perintah Allah melalui ayat-ayat suciNya.Rasulullah shollallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
 إِنَّ لِكُلِّ شَيْءٍ قَلْبًا وَقَلْبُ الْقُرْآنِ يس ، وَمَنْ قَرَأَ يس كَتَبَ اللَّهُ لَهُ بِقِرَاءَتِهَا قِرَاءَةَ الْقُرْآنِ عَشْرَ مَرَّاتٍ

 Maksudnya: “Sesungguhnya bagi setiap perkara ada jantung (hati)nya sedangkan jantung (hati) Al-Qur’an adalah Yasin. Sesiapa yang membacanya maka Allah s.w.t. akan menulis baginya dengan bacaannya tersebut, bacaan seluruh Al-Qur’an sebanyak sepuluh kali”.  

Hadis ini diriwayatkan oleh Al-Imam At-Tirmizi dalam kitab Al-Jami’e As-Sunan beliau kitab Fadha’il Al-Qur’an pada Bab Ma Ja’a fi Fadhl Yasin. Cara bacaan:

1)      Baca al Fatihah terlebih dahulu.

2)      Selepas membaca Yaasin. Maka kita bersolawat kepada nabi saw dan berniat.

3)     Ulang ayat 58 sebanyak 21 kali dan diikuti أَعَزَّنَا الله (Allah Taala Memuliakan kita)

58. (Mereka juga beroleh) ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani.

4)     Selepas ayat 59 dibacakan أَذَلَّنَا الله (Allah Taala Menghinakan kita)

59. Dan (sebaliknya dikatakan kepada orang-orang Yang kafir): "Berpisahlah kamu pada hari ini, hai orang-orang Yang berdosa, (dari bercampur gaul Dengan orang-orang Yang beriman).

5)     Untuk gangguan ayat 60 diulang sebanyak 3 / 7 / 11 / 21 kali:

60. "Bukankah Aku telah perintahkan kamu Wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh Yang nyata terhadap kamu!

6)     Untuk gangguan juga ayat 63 diulang sebanyak 3 / 7 / 11 / 21 kali

63. "Yang kamu saksikan sekarang ialah neraka Jahannam, Yang kamu selalu diancam memasukinya (kalau kamu tidak taatkan perintah Allah).


7)     Ayat 82 diulang 3 / 7 /11 / 21 kali  sambil niatkan Insya Allah dengan izin Allah maka hajat kita akan dimakbulkan oleh Allah.

82. Sesungguhnya keadaan kekuasaannya apabila ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". maka ia terus menjadi.

26 February 2013

Teknik Rawatan Ruqyah Menggunakan Surah Al Fatihah


Menggunakan Surah Al Fatihah
Seumpama yang telah diajar oleh guru kami  di dalam kitab Sufi Healing dan Sh Adnan al Kabbani adalah membacakan al Fatihah 40 kali kepada pesakit. Niat semasa ayat yang ke 5. Diulang sebanyak 40 kali ke telinga pesakit sambil diselang-selikan dengan khutbah, azan dan doa. Boleh juga dibacakan kepada air untuk dijadikan air ruqyah khusus untuk masalah ketagihan dan gangguan.
Telah diberitakan oleh Saidina Anas RA berkata: Bahawa baginda Rasulullah saw telah bersabda: “Sebaik-baik ayat al Quran adalah “Alhamdulillahi Rabbil Alamin.”
Disebut oleh Imam Suyuthi di dalam kitab “al Kanzu” juga oleh riwayat Imam Hakim dan Baihaqi RA.

23 February 2013

Kenangan Mawlidurrasul Di Dataran Tok Gajah Temerloh Berselawat 23 Feb 2013








Assalamualaikum...
Sambutan Mawlidurrasul saw Temerloh Berselawat di Dataran Tok Gajah Temerloh pada 23 Feb 2013 lalu berlangsung dengan penuh warna warni dan ceria... Kami diberi peluang orang Pejabat Agama Daerah Temerloh untuk memeriahkan majlis tersebut mengibarkan bendera dan mengawal anak2 yang berada di bahagian hadapan
.
Majlis dirasmikan oleh Dato' Saifuddin Abdullah Ahli Parlimen Temerloh. Antara VIP yang hadir adalah YB Muhammad Jaafar Adun Jenderak, YB Dato' Sharkar Adun Lanchang, YB Dato Syed Ibrahim Adun Kerdau dan YB Syed Hamid Adun Semantan.Pentausiyyah pada malam tersebut adalah al Habib Dr Ahmad al Kaff dari Jakarta yang menyampaikan tausiyyah doa dan muhasabah yang begitu menusuk ke jiwa sehingga ramai hadirin hadirat yang menitiskan air mata keinsafan pada malam tersebut. Satu pemandangan yang luar biasa.

Terima kasih kepada semua ahli keluarga Mevlevi Mawlid Ensemble Pertubuhan NGO KISWAH yang bersusah payah untuk hadir dan menjayakan program kali ni..
Tak lupa kepada semua ajk khususnya staff pejabat agama Islam daerah Temerloh yang telah bersusah payah menjayakan program pada kali ini.
Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!

19 February 2013

Jemputan ke Grand Mawlid Temerloh Berselawat di Dataran Tok Gajah 23 Feb 2013



Assalamualaikum semua..

Jemputan Menghadiri Maslid Penutup Program Jaulah Mahabbah Rasulullah saw...
Sambutan Grand Mawlidurrasul "Temerloh Berselawat"

Pada 23hb Feb 2013 Bersamaan Hari Sabtu 

Penutup Jelajah Mawlidurrasul saw Pejabat Agama Daerah Temerloh. Bersama Habib Dr Ahmad bin Abdullah al Kaff dari Jakarta dan Kumpulan Mawlid al Fatah di Dataran Tok Gajah Temerloh Pahang. Pukul 9 Malam. Muslimin Muslimat dijemput hadir.

CINTA RASUL MENYATUKAN UMMAH...

ALLAHU HAQ HIDAYAH SELURUH ALAM!

18 February 2013

Kenangan Sambutan Mawlid di Kg Desa Bakti 16 Feb 2013






 Assalamualaikum...
Sambutan Mawlidurrasul saw di Masjid Kg Desa Bakti pada 16 Feb 2013 lalu berlangsung dengan penuh warna warni dan ceria... Kami diberi peluang orang Pejabat Agama Daerah Temerloh untuk mengepalai bacaan mawlid daibaie pada majlis tersebut.
Majlis dirasmikan oleh Dato' Sharkar Adun Lanchang. Pentausiyyah pada malam tersebut adalah al Fadhil al Ustaz Dr Syuhada' pensyarah KUIS dan merangkap ahli majlis fatwa Negeri Sembilan.
Terima kasih kepada semua ahli keluarga Mevlevi Mawlid Ensemble yang bersusah payah untuk hadir dan menjayakan program kali ni..
Tak lupa kepada semua penduduk kampung yang telah bergotong royong sejak awal lagi untuk menyediakan jamuan dan tempat untuk kami bertandang pada malam yang penuh bersejarah tersebut..
Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!
GAMBAR IHSAN DARI CIKGU ADIB HARON AL QADAHI









Bersama Sebarkan CINTA!!!

Kenangan Mawlid Di Masjid Chatin 15 Februari 2013




Assalamualaikum...

Sambutan Mawlidurrasul saw di Masjid Kg Chatin pada 15 Feb 2013 lalu berlangsung dengan penuh warna warni dan ceria... Kami diberi peluang orang Pejabat Agama Daerah Temerloh untuk mengepalai bacaan mawlid daibaie pada majlis tersebut.

Majlis dirasmikan oleh Dato' Saifuddin Abdullah Ahli Parlimen Temerloh yang juga merupakan Timb Menteri Pengajian Tinggi. Pentausiyyah pada malam tersebut adalah al Fadhil Tuan Qadhi Daerah Temerloh Tuan Haji Badaruddin Bustami.

Terima kasih kepada semua ahli keluarga Mevlevi Mawlid Ensemble yang bersusah payah untuk hadir dan menjayakan program kali ni..

Tak lupa kepada semua penduduk kampung yang telah bergotong royong sejak awal lagi untuk menyediakan jamuan dan tempat untuk kami bertandang pada malam yang penuh bersejarah tersebut..

Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!

GAMBAR IHSAN DARI CIKGU ADIB HARON AL QADAHI








17 February 2013

Dato' Saifuddin Abdullah Menulis Berkenaan Konsert Dakwah dan KISWAH di Sinar Harian 18 Feb 2013

Menyokong konsert dakwah
Saifuddin Abdullah
18 Februari 2013
Pada 23 Februari ini, Hafiz Hamidun akan mengadakan Konsert Zikir Terapi Diri di Stadium Bandaraya Johor Bharu. Ia dijangka dihadiri 4,000 orang penonton. Ini konsert solonya yang kedua, iaitu selepas kejayaan konsert solo pertamanya di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur, pada 14 November lalu, yang dihadiri 2,000 penonton.

Sebelum ini, saya mengikuti perkembangannya dengan menonton video dan mendengar zikir terapinya sahaja. Persembahannya amat mengesankan. Lalu saya mula mengenalinya dari dekat.

Pada 21 Februari ini, saya mengundangnya untuk bersama saya dan Imam Muda Asyraf (yang pernah saya undang ke Temerloh) di program Hayati Maulidur Rasul di Universiti Putra Malaysia (UPM). Pada malam itu, akan diadakan forum dan zikir, serta pelancaran video klip “Seruan al-Fatihah”.

Oleh kerana belum pernah menghadiri konsertnya, maka, saya amat teringin ke Johor Bharu. Tetapi, memandangkan pada masa yang sama, saya dijadualkan menghadiri program Temerloh Berselawat anjuran Pejabat Agama Islam Daerah Temerloh di Dataran Tok Gajah, maka, saya tidak dapat bersama Hafiz.

Apa-apa pun, saya menyokong kuat konsertnya dan mendoakan kejayaannya yang cemerlang. Begitu juga dengan persembahannya di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada keesokan harinya.

Hafiz penyanyi, komposer, pengarah dan penerbit muzik dan pengacara tv yang kini menjadi fenomena, terutamanya di kalangan belia. Graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini bekas anggota kumpulan nasyid UNIC, sebelum bergerak sendiri dan menubuhkan syarikat produksinya, Arteffects Production, pada 2006. Setahun kemudian, beliau menerbitkan album pertamanya.

Namanya memuncak sejak albumnya, “Zikir Terapi Diri”, diterbitkan pada 2011. Ia mengandungi 10 zikir yang disampaikan secara merdu dan berirama dengan iringan piano dan harp. Tahun lalu, album ini menerima Anugerah Platinum dan dinobatkan Album Nasyid Paling Popular.

Kini, selain di Malaysia, Hafiz amat popular di Singapura, Brunei dan Indonesia. Beliau juga membuat persembahan di Cina, Australia, India, Mesir, Jordan, Arab Saudi, Turki dan UK.

Ada peminatnya yang memberinya nama jolokan Sami Yusuf Malaysia. Sami Yusuf ialah penyanyi, komposer, pemuzik dan penerbit muzik UK yang berasal dari Azerbaijan. Pada 2003, ketika berusia 23 tahun, beliau mencipta nama dengan album nasyid pertamanya. Lagu terbarunya, “Asma ALLAH” kini begitu diminati ramai.

Dalam dakwah Islamiah, kita perlu bijaksana. Terutamanya dengan belia. Justeru, apabila muncul individu atau inisiatif yang dapat menarik minat mereka kepada Islam, maka, kita mesti mendukungnya.

Contohnya, ialah kebangkitan kumpulan-kumpulan nasyid yang begitu rancak. Di samping menerbitkan album, membuat persembahan di tv dan radio, mereka turut menganjurkan konsert. Ada di antara mereka yang begitu popular, bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di luar negara.

Alhamdulillah, kini, di samping nasyid dan zikir terapi, persembahan qasidah telah muncul semula.

Di Temerloh, contohnya, terdapat kumpulan qasidah, iaitu Kiswah. Mereka membawa qasidah dengan iringan gendang. Kiswah ditubuhkan dua tahun lalu di bawah naungan Mufti Pahang. Sempena sambutan Maulidur Rasul kali ini, mereka membuat persembahan di lima buah masjid di daerah Temerloh. Kemuncaknya ialah konsert Temerloh Berselawat yang kebetulan sama masanya dengan konsert Hafiz di Johor Bharu.

Kebanyakan konsert dakwah dibiayai atau ditaja oleh pihak tertentu. Kehadiran penonton adalah percuma. Tetapi, ada juga yang dianjur sendiri oleh penyanyi atau kumpulan. Justeru, tiket dikenakan. Ini bukan satu kesalahan. Malah, ia wajar. Lagipun, jika dibandingkan dengan konsert-konsert lain yang jauh lebih mahal, maka, eloklah kita menyokong konsert dakwah.

RUJUKAN: SINAR HARIAN 18 Feb 2013

16 February 2013

Hukum Bergendang Dalam Masjid Untuk Sambutan Mawlidurrasul SAW.



Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

Habib yang saya cintai dengan nur yang secara kangsung dari rasulullah..

saya ingin bertanya..apakah hukumnya memukul gendang atau hadro didalam masjid,..apakah ada hadiets yang menyebutkan bolehnya kita memukul gendang didalam masjid ?
sebelumnya al faqir minta maaf kepada habib atas kelancangan pertanyaan ini, semoga allah selalu memberikan taufik dan
Re:Tentang membunyikan gendang didalam masjid - 2007/05/01 17:06 Alaikumsalam warahmatullah wabarakatuh,

cahaya keridhoan Nya semoga selalu menerangi anda dan keluarga,

Saudaraku yg kumuliakan,
Didalam madzhab syafii bahwa Dufuf (rebana) hukumnya Mubah secara Mutlak (Faidhulqadir juz 1 hal 11),

diriwayatkan pula bahwa para wanita memukul rebana menyambut Rasulullah saw disuatu acara pernikahan, dan Rasul saw mendengarkan syair mereka dan pukulan rebana mereka, hingga mereka berkata : bersama kami seorang nabi yg mengetahui apa yg akan terjadi”, maka Rasul saw bersabda : “Tinggalkan kalimat itu, dan ucapkan apa apa yg sebelumnya telah kau ucapkan”. (shahih Bukhari hadits no.4852),

juga diriwayatkan bahwa rebana dimainkan saat hari asyura di Madinah dimasa para sahabat radhiyallahu ‘anhum (sunan Ibn Majah hadits no.1897)

Dijelaskan oleh Imam Ibn Hajar bahwa Duff (rebana) dan nyanyian pada pernikahan diperbolehkan walaupun merupakan hal lahwun (melupakan dari Allah), namun dalam pernikahan hal ini (walau lahwun) diperbolehkan (keringanan syariah karena kegembiraan saat nikah), selama tak keluar dari batas batas mubah, demikian sebagian pendapat ulama (Fathul Baari Almasyhur Juz 9 hal 203)

Menunjukkan bahwa yg dipermasalahkan mengenai pelarangan rebana adalah karena hal yg Lahwun (melupakan dari Allah), namun bukan berarti semua rebana haram karena Rasul saw memperbolehkannya, bahkan dijelaskan dg Nash Shahih dari Shahih Bukhari, namun ketika mulai makna syairnya menyimpang dan melupakan dari Allah swt maka Rasul saw melarangnya,

Demikianlah maksud pelarangannya di masjid, karena rebana yg mengarah pada musik lahwun, sebagian ulama membolehkannya di masjid hanya untuk nikah walaupun Lahwun, namun sebagian lainnya mengatakan yg dimaksud adalah diluar masjid, bukan didalam masjid,

pembahasan ini semua adalah seputar hukum rebana untuk gembira atas akad nikah dg lagu yg melupakan dari Dzikrullah.

Berbeda dengan rebana dalam maulid, karena isi syairnya adalah shalawat, pujian pada Allah dan Rasul Nya saw, maka hal ini tentunya tak ada khilaf padanya, karena khilaf adalah pada lagu yg membawa lahwun.

Sebagaimana Rasul saw tak melarangnya, maka muslim mana pula yg berani mengharamkannya, sebab pelarangan di masjid adalah membunyikan hal yg membuat lupa dari Allah didalam masjid,

sebagaimana juga syair yg jelas jelas dilarang oleh Rasul saw untuk dilantunkan di masjid, karena membuat orang lupa dari Allah dan masjid adalah tempat dzikrullah, namun justru syair pujian atas Rasul saw diperbolehkan oleh Rasul saw di masjid, demikian dijelaskan dalam beberapa hadits shahih dalam shahih Bukhari, bahkan Rasul saw menyukainya dan mendoakan Hassan bin Tsabit ray g melantunkan syair di masjid, tentunya syair yg memuji Allah dan Rasul Nya.

saudaraku, rebana yg dipakai di masjid itu bukan Lahwun dan membuat orang lupa dari Allah, justru rebana rebana itu membawa muslimin untuk mau datang dan tertarik hadir ke masjid, duduk berdzikir, melupakan lagu lagu kafirnya, meninggalkan alat alat musik setannya, tenggelam dalam dzikrullah dan nama Allah swt, asyik ma'syuk menikmati rebana yg pernah dipakai menyambut Rasulullah saw,

mereka bertobat, mereka menangis, mereka asyik duduk di masjid, terpanggil ke masjid, betah di masjid, perantaranya adalah rebana itu tadi dan syair syair Pujian pada Allah dan Rasul Nya

dan sebagaimana majelis kita telah dikunjungi banyak ulama, kita lihat bagaimana Guru Mulia Al hafidh Al habib Umar bin hafidh, justru tersenyum gembira dengan hadroh majelis kita, demikian pula AL Allamah Alhabib Zein bin Smeth Pimpinan Ma'had Tahfidhul qur'an Madinah Almunawwarah, demikian pula Al Allamah Al Habib Salim bin Abdullah Asyatiri yg Pimpinan Rubat Tarim juga menjadi Dosen di Universitas AL Ahqaf Yaman, .demikian AL Allamah ALhabib Husein bin Muhamad Alhaddar, Mufti wilayah Baidha.
mereka hadir di majelis kita dan gembira, tentunya bila hal ini mungkar niscaya mereka tak tinggal diam, bahkan mereka memuji majelis kita sebagai majelis yg sangat memancarkan cahaya keteduhan melebih banyak majelis majelis lainnya.

mengenai pengingkaran yg muncul dari beberapa ulama kita adalah karena mereka belum mencapai tahqiq dalam masalah ini, karena tahqiq dalam masalah ini adalah tujuannya, sebab alatnya telah dimainkan dihadapan Rasulullah saw yg bila alat itu merupakan hal yg haram mestilah Rasul saw telah mengharamkannya tanpa membedakan ia membawa manfaat atau tidak, namun Rasul saw tak melarangnya, dan larangan Rasul saw baru muncul pada saat syairnya mulai menyimpang, maka jelaslah bahwa hakikat pelarangannya adalah pada tujuannya.

mengenai marawis maka ada penjelasan dan ikhtilaf untuk dipakai didalam masjid karena tak teriwayatkan dimasa Nabi saw, berbeda dengan Hadrah yg kulitnya tertutup sebelah muka. (marawis adalah yg tertutup kulit dari dua muka).

Demikian saudaraku yg kumuliakan, semoga dalam kebahagiaan selalu,

Wallahu a’lam
Forum silahturahmi jama'ah Majelis Rasulullah, klik disini http://groups.yahoo.com/group/majelisrasulullah
hidayahnya kepada kita semua


RUJUKAN: MAJELIS RASULULLAH SAW

12 February 2013

Kenangan Mawlid di Masjid India Mentakab 9 Feb 2013









 Assalamualaikum semua.. Pertubuhan Pengamal Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Malaysia KISWAH yang dinaungi Mufti Pahang dijemput untuk mengetuai bacaan selawat Mawlid ad Daibaie di Masjid Turahmania, Masjid India Mentakab yang juga merupakan bekas Masjid Daerah Mentakab satu ketika dulu. Alhamdulillah sempat mendengar mawlid al malbari kelara India style dan berjumpa dengan ulamak muda kerala yang fasih berbahasa Arab melebihi orang Arab sendiri.. Ajib.... Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam!





Sebarkan CINTA...

Mawlid Di Desa Purun 8 Feb 2013 Yang Meriah







Assalamualaikum semua.. Pertubuhan Pengamal Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Malaysia (KISWAH) yang dinaungi Mufti Pahang dijemput oleh Pejabat Agama Islam Daerah Temerloh (PAID TEMERLOH)  untuk mengetuai bacaan selawat Mawlid ad Daibaie di Masjid Desa Purun pada 8 Februari 2013 yang lalu. Terima kasih kepada semua staff PAID yang bertungkus lumus khususnya Timb Qadhi Ustaz Amin Al Azhari, orang kampung yang sibuk bergotong royong sejak pagi dan ahli Mevlevi Mawlid Ensemble KISWAH yang sanggup berkorban masa tenaga untuk menjayakan program kali ini.

Tidak dilupakan VIP majlis Adun Kerdau YB Syed Ibrahim Syed Ahmad, Tuan Qadhi Daerah Temerloh dan semua Tok Empat.

Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam...!

(GAMBAR IHSAN DARI AREDEEP ARTWORKS; Cikgu Adib Haron al Qadahi)



Bilal Majid Temerloh tekun membaca Ratibul Haddad



Raikan CINTA...

Mawlid di Pondok Pok Kob Pada 9 Feb 2013 Oleh Pelajar Darul Muhajirin Bukit Jong







Assalamualaikum semua.. Pertubuhan Pengamal Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Malaysia KISWAH yang dinaungi Mufti Pahang dijemput menghadiri mawlid di Pondok Pok Kob Chenor pada 9 Feb 2012. Pelajar Madrasah Darul Muhajirin Bukit Jong Membacakan Qasidah Jalaliyah..

Saya sempat berjumpa cucu Tokku Paloh Tuan Guru Ustaz Syed Suhaimi al Aydrus yang merupakan mudir Madrasah Darul Muhajirin Bukit Jong Terengganu dan Tuan Guru Pok Kob yang begitu tawadduk berpakaian biasa sehingga disangkakan  orang kampung biasa..

Terima kasih Ustaz Barakah yang sudi menjemput kami...

Semoga Ukhuwwah terjalin lestari ke syurga...





Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam!

Ekspedisi Gunung Senyum Berselawat 2 Feb 2013

Tulisan Allah di Dinding Gua Gunung Senyum!!!

Assalamualaikum semua..

Mevlevi Mawlid Ensemble Pertubuhan Pengamal Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Malaysia, berselawat di Gua Gunung Senyum selepas bermawlid di Batu Sawar, sementara menunggu lewat petang untuk menjayakan Mawlid di Kg Gong Halt Kuala Krau pula. Rakaman pada 2hb Feb 2013. Semua gambar adalah ihsan Aredeep Artworks; jurugambar: Cikgu Adib Haron al Qadahi









 

Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!

07 February 2013

Jangan Lupa Sambutan Mawlid Di Temerloh Minggu Ini 8hb Feb di Desa Purun dan 9hb Feb 2013 di Masjid India Mentakab




"Jangan Lupa Sambutan Mawlidurrasul saw di Temerloh Pada Minggu Ini.. Esok 8hb di Desa Purun dan 9hb Di Masjid India Mentakab..."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...