**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!
Showing posts with label bekam. Show all posts
Showing posts with label bekam. Show all posts

27 June 2021

NOTA MINDA USTAZ HAYAT 14: BERBEKAMLAH DENGAN TERTIB (PART 2)

 


NOTA MINDA USTAZ HAYAT 14: BERBEKAMLAH DENGAN TERTIB (PART 2)

 

Bilakah tarikh yang sesuai berbekam?
Pada 15, 17 dan 21 hb Qamari atau kalender hijri setiap bulan.

 

Hari apakah yang sesuai untuk berbekam?
Hari Isnin, Selasa atau Khamis.

 

 

Bilakah waktu yang sesuai untuk berbekam?
Waktu Dhuhaa. Waktu tengahari dan malam tidak digalakkan. Tengahari kerana panas terik dan malam kerana badan sudah lemah dan memerlukan rehat.

 

Bilakah waktu yang kurang sesuai berbekam?

Pada awal dan akhir bulan.

 

 

Sila sebutkan adab dan aturan bagi pesakit sebelum dibekam.

  1. Pesakit hendaklah berpuasa 2 -5 jam sebelum dibekam.
  2. Hendaklah memilih hari-hari yang dianjurkan Rasulullah r.
  3. Solat Taubat dan Hajat sebelum berbekam.
  4. Jangan mandi sejuk sebelum berbekam. Namun digalakkan mandi air panas 15 – 30 minit sebelum berbekam untuk menggalakan pengaliran darah.
  5. Duduk di atas kerusi mengadap kiblat. Duduk lebih baik dari baring.
  6. Pesakit jangan terlampau letih, terlampau tua atau muda serta tidak digalakkan berjima’ malam sebelum berbekam kerana menyebabkan badan menjadi lemah.
  7. Tenangkan jiwa dan fikiran semasa berbekam agar darah kotor mudah keluar.
  8. Sebelum berbekam hendaklah membaca doa:

ÉOó¡Î0 «!$# Ç`»uH÷q§9$# ÉOŠÏm§9$#

أَعُوذُ بِاللهِ مِنْ عَيْنِي فِى دَمِّي وَفِى هذِهِ الحِجَامَةِ وَمِن كُلِّ سُوءٍ

 

  1. Semasa dibekam hendaklah
    1. Istighfar
    2. Berselawat
    3. Membaca zikir: الله هو الشافى: Hanya Allah yang Maha Menyembuhkan. Sebanyak mungkin.
    4.  Membaca zikir sebanyak mungkin:

سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللهِ العَظِيمِ أَسْتَغْفِرُ الله

  1. Setelah bekam baca doa

 

 اللَّهُمَّ رَبّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَأْسَ اِشْفِ وَأَنْتَ الشَّافِى لا شِفَاءَ إِلا شِفَاؤُكَ, شِفَاءً لايُغَادِرُ سَقَمًا وَلا أَلَمًا وَلا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ إِلا بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ

 

Hilangkanlah kesakitan wahai Tuhan bagi seluruh manusia, dan sembuhkanlah wahai Engkau wahai Tuhan yang Maha Menyembuh, tiada kesembuhan melainkan dengan kesembuhanMu, sebagai kesembuhan yang tidak dapat diapa-apakan oleh sebarang penyakit dan kesakitan,  dan tiada daya (meninggalkan maksiat) dan upaya (melakukan ketaatan) melainkan dengan Allah s.w.t. yang Maha Tinggi (keagunganNya) lagi Maha Agung.

 

  1.  Berharap sepenuhnya dengan rahmat Allah dan yakin hanya ALLAH YANG MENYEMBUHKAN.
  2. Bersabar jika tidak beransur pulih. Ujian Allah. Bekam lagi secara berkala iaitu sebulan sekali.
  3. Banyakkan bersedekah. Kalau boleh sedekah setiap hari dengan niat kesembuhan.
  4. Memberi hadiah sebagai upah kepada juru bekam.

 

 

(PETIKAN DARI MODUL 7 ; KURSUS RAWATAN ISLAM KISWAH)

 

 

Jangan lupa sedekah setiap Subuh untuk kehidupan yang lebih berkat, panjang umur, murah rezeki, angkat bala’, disembuhkan penyakit, membahagiakan, mengkabulkan hajat dan mempermudahkan urusan

 

Allahu Haq – Hidayah Seluruh Alam  - Hayat Kiswah -

 

Rawatan di Pusat Rawatan Islam Kiswah Temerloh. 0179065131

 

#infaqsarkafakiswah

Bank Rakyat: 1101587095

 

#binapondokkiswah

Maybank: 556057503843

 

Support ekonomi KISWAH dengan membeli barangan ruqyah di Shopee Online Shop;

Kiswah Shoppe

 

Jom join group rawatan Islam Kiswah. Bimbingan oleh Ustaz Hayat Kiswah.

 

https://t.me/joinchat/xnPqoBoS5UpiYWNl

 

 

 

 

 

 

 

29 July 2018

Bekam Sunnah Di Temerloh Pada Tarikh Sunnah 17 Zulkaedah 1439H di Kiswah

Bekam Sunnah Pada Tarikh dan Hari Yang Disunatkan Dalam Bulan Zulkaedah 1439H. Kita urut yg ringan, bekam urut, bekam angin, bekam darah, ruqyah ringan - 5 dlm 1. Terhad kepada 5 orang sahaja. 5.30 ptg di Kiswah ats SSM dekat Public Bank Temerloh. 0179065131 Ust Hayat Kiswah

25 July 2018

30 Julai 2018 Isnin - Bekam di Pusat Rawatan Islam Temerloh Pahang

Super Over-Excited - Syukur Ya Rabbi... Pen Bekam baru - imported - premium quality dah dlm genggaman - setelah pen lama berjasa membekam entah berapa ratus orang agaknya dlm tempoh 10 tahun.... akhirnya rosak. Dah terbayang kenikmatan membekam pesakit2 pada 30 Julai 2018 bersamaan hari Isnin depan ni... Siapa berminat merasmikan....?



06 November 2016

Bekam Sunnah di Kiswah Temerloh Untuk Bulan November 2016 - SAFAR


BEKAM NOVEMBER-SAFAR: 21 SAFAR- Selasa. 21 NOVEMBER 2016. Tarikh dan hari sunnah. Urut - urut bekam, bekam dan ruqyah.. 4 dlm satu... Semoga sihat. Amin... Sapa nak bekam? Terhad kepada 5 orang sahaja..




24 July 2016

Tarikh Bekam Di Pusat Rawatan Kiswah Temerloh - Selasa - 26 Julai 2016

Assalamualaikum tuan puan.

21 Syawwal - Selasa. 26 Julai 2016. Tarikh dan hari sunnah. Urut - urut bekam, bekam dan ruqyah.. 4 dlm satu... Semoga sihat. Amin...


28 November 2014

Promosi Bekam Sunnah di Temerloh. Hanya RM50.


Bekam Sunnah di Temerloh.. Antara Yang Termurah. Sila call Us Hayat 017 9065131 untuk mendapatkan tarikh rawatan bekam...

17 March 2014

Bekam Perdana di Surau Taman Jaya 2; 17 Mac 2014



Assalamualaikum...

Pertubuhan Pengamal Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Malaysia (KISWAH) dijemput untuk mengadakan aktiviti bekam di Surau Taman Jaya3 Jalan Maran tanggal 17 Mac 2014 yang lalu.

Terima kasih kepada ahli jemaah yang sudi menjemput kami.

Diharap semua yang dibekam mendapat kesembuhan dariNYA jua...

Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!




19 November 2013

Tarikh Bekam Sunnah Pada November dan Disember 2013 di Pusat Rawatan Islam KISWAH Terapi Ruqyah Syariyyah Temerloh

Assalamualaikum semua.. 

"Tarikh bekam yang terdekat di Pusat Rawatan Islam KISWAH Terapi Ruqyah Syariyyah (KISWAH) adalah pada 25 NOVEMBER 2013 (21 Muharram ~ Isnin) dan 24 DISEMBER 2013 (21 Safar ~ Selasa).. Jam 5.30 petang. Sesiapa yang berminat sekitar Temerloh boleh le SMS / Call 017 9065131 (Ustaz Hayat Kiswah).






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...