NOTA MINDA USTAZ HAYAT 16: KAEDAH MENCARI BARANG HILANG
28 June 2021
NOTA MINDA USTAZ HAYAT 16: KAEDAH MENCARI BARANG HILANG
27 June 2021
NOTA MINDA USTAZ HAYAT 14: BERBEKAMLAH DENGAN TERTIB (PART 2)
NOTA MINDA USTAZ
HAYAT 14: BERBEKAMLAH DENGAN TERTIB (PART 2)
Bilakah tarikh
yang sesuai berbekam?
Pada 15, 17 dan 21 hb Qamari atau kalender hijri setiap bulan.
Hari apakah yang sesuai untuk berbekam?
Hari Isnin, Selasa atau Khamis.
Bilakah waktu yang sesuai untuk berbekam?
Waktu Dhuhaa. Waktu tengahari dan malam tidak digalakkan. Tengahari kerana
panas terik dan malam kerana badan sudah lemah dan memerlukan rehat.
Bilakah waktu yang kurang sesuai berbekam?
Pada awal dan akhir bulan.
Sila sebutkan adab dan aturan bagi pesakit
sebelum dibekam.
- Pesakit hendaklah berpuasa 2 -5 jam sebelum dibekam.
- Hendaklah memilih hari-hari yang dianjurkan Rasulullah r.
- Solat Taubat dan Hajat sebelum berbekam.
- Jangan mandi sejuk sebelum berbekam. Namun digalakkan mandi air
panas 15 – 30 minit sebelum berbekam untuk menggalakan pengaliran darah.
- Duduk di atas kerusi mengadap kiblat. Duduk lebih baik dari baring.
- Pesakit jangan terlampau letih, terlampau tua atau muda serta tidak
digalakkan berjima’ malam sebelum berbekam kerana menyebabkan badan
menjadi lemah.
- Tenangkan jiwa dan fikiran semasa berbekam agar darah kotor mudah
keluar.
- Sebelum berbekam hendaklah membaca doa:
ÉOó¡Î0 «!$# Ç`»uH÷q§9$# ÉOÏm§9$#
أَعُوذُ بِاللهِ مِنْ عَيْنِي فِى دَمِّي وَفِى هذِهِ الحِجَامَةِ وَمِن
كُلِّ سُوءٍ
- Semasa dibekam hendaklah
- Istighfar
- Berselawat
- Membaca zikir: الله هو الشافى: Hanya Allah yang Maha Menyembuhkan. Sebanyak
mungkin.
- Membaca
zikir sebanyak mungkin:
سُبْحَانَ
اللهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللهِ العَظِيمِ أَسْتَغْفِرُ الله
- Setelah bekam baca doa
اللَّهُمَّ رَبّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَأْسَ
اِشْفِ وَأَنْتَ الشَّافِى لا شِفَاءَ إِلا شِفَاؤُكَ, شِفَاءً لايُغَادِرُ
سَقَمًا وَلا أَلَمًا وَلا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ إِلا بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ
Hilangkanlah kesakitan wahai Tuhan bagi seluruh
manusia, dan sembuhkanlah wahai Engkau wahai Tuhan yang Maha Menyembuh, tiada
kesembuhan melainkan dengan kesembuhanMu, sebagai kesembuhan yang tidak dapat
diapa-apakan oleh sebarang penyakit dan kesakitan, dan tiada daya (meninggalkan
maksiat) dan upaya (melakukan ketaatan) melainkan dengan Allah s.w.t. yang Maha
Tinggi (keagunganNya) lagi Maha Agung.
- Berharap sepenuhnya dengan
rahmat Allah dan yakin hanya ALLAH YANG MENYEMBUHKAN.
- Bersabar jika tidak beransur pulih. Ujian Allah. Bekam lagi secara
berkala iaitu sebulan sekali.
- Banyakkan bersedekah. Kalau boleh sedekah setiap hari dengan niat
kesembuhan.
- Memberi hadiah sebagai upah kepada juru bekam.
(PETIKAN DARI
MODUL 7 ; KURSUS RAWATAN ISLAM KISWAH)
Jangan
lupa sedekah setiap Subuh untuk kehidupan yang lebih berkat, panjang umur,
murah rezeki, angkat bala’, disembuhkan penyakit, membahagiakan, mengkabulkan
hajat dan mempermudahkan urusan
Allahu Haq – Hidayah Seluruh Alam -
Hayat Kiswah -
Rawatan
di Pusat Rawatan Islam Kiswah Temerloh. 0179065131
#infaqsarkafakiswah
Bank
Rakyat: 1101587095
#binapondokkiswah
Maybank:
556057503843
Support
ekonomi KISWAH dengan membeli barangan ruqyah di Shopee Online Shop;
Jom
join group rawatan Islam Kiswah. Bimbingan oleh Ustaz Hayat Kiswah.
https://t.me/joinchat/xnPqoBoS5UpiYWNl
21 June 2021
NOTA MINDA USTAZ HAYAT 14: BEKAM – AL-HIJAMAH – PERUBATAN RABBANI YANG DILUPAKAN (PART 1)
NOTA
MINDA USTAZ HAYAT 14: BEKAM – AL-HIJAMAH –
PERUBATAN
RABBANI YANG DILUPAKAN (PART 1)
Saudara
saudariku sahabat seusrah, sudah lama tidak berbekam kan. Maklumlah musim wabak
penyakit-berjangkit. Rindu rasanya untuk berbekam.
Di
dalam kitab Kifayatul Muhtaj -
al-Allamah Syaikh Daud bin Abdullah al-Fathani menulis ketika memperihalkan
peristiwa malam Isra’ wal Mi’raj bahawa tiada ada satupun malaikat yang Nabi
Muhammad Sallahu Alaihi Wa Sallam temui dan lewati kecuali mengatakan;
Wahai
Muhammad, perintahkanlah umatmu supaya berbekam- ‘Ya Muhammad Mur Ummataka bil Hijamah.’
Baginda
menerima perintah BEKAM sebaik sahaja menerima pensyariatan SOLAT. Alangkah
agungnya perubatan yang disuruh Allah melalui para malaikat, dipraktikakan oleh
baginda dan baginda menyuruh pula sahabat lalu umatnya untuk berbekam.
Semasa di
Syam as Syarif (Syria), para masyayikh dan orang awam di sana berbekam pada
musim luruh dan musim bunga. Malah dalam satu majlis bekam yang saya sertai. Sekampung
berbekam bagaikan kenduri secara jamaie!!!
Guru
saya berkata;
“Bekam cukup
dilakukan setahun sekali. Jika seseorang sakit dan memerlukannya, maka mereka
dapat berbekam dua kali setahun.
Orang-orang
mengatakan bahawa mereka adalah ahli bekam, tetapi sebenarnya mereka tidak
mengerti apa-apa. Mereka melakukan bekam seminggu sekali atau sebulan sekali.
Ini salah. Darah adalah sesuatu yang penting dan sulit untuk dibentuk, kerananya
jangan kita sia-siakan.
(Paling
kurang 40 hari darah terbentuk. Kemudian disusuli dengan rotasi 40 lagi. Setiap
40 hari darah baru akan terbentuk.) – UHK
Jika kita
berbekam, bererti kita telah melakukan sunnah Nabi Muhammad Sollallahu alaihi
wa sallam. Kita akan terlindung dari berbagai macam penyakit. Bekam dapat
dilakukan saat usia kita harus di atas 30 tahun. Di bawah 30 tahun tidak
dianjurkan untuk berbekam, kecuali ada sebuah darurat. Yang lebih baik adalah
setelah usia 30 tahun.
Manfaat terbesar
dari bekam adalah untuk melawan tekanan darah tinggi. Nabi Suci kita mengatakan
bahawa darah itu ‘diserang’, dan yang dimaksud dengan itu adalah tekanan darah
tinggi. Dan bekam adalah hal terbaik untuk melawan penyakit itu, di samping mempunyai
manfaat lainnya.”
Semoga
penyakit yang membawa banyak fitnah ini lekas2 diangkat Rabbul Jalil lantas cepat2 diberikan keizinan untuk
berbekam. Amin.
Jangan
lupa sedekah setiap Subuh untuk kehidupan yang lebih berkat, panjang umur,
murah rezeki, angkat bala’, disembuhkan penyakit, membahagiakan, mengkabulkan
hajat dan mempermudahkan urusan
Allahu Haq – Hidayah Seluruh Alam -
Hayat Kiswah -
Rawatan
di Pusat Rawatan Islam Kiswah Temerloh. 0179065131
#infaqsarkafakiswah
Bank
Rakyat: 1101587095
#binapondokkiswah
Maybank:
556057503843
Support
ekonomi KISWAH dengan membeli barangan ruqyah di Shopee Online Shop;
Jom
join group rawatan Islam Kiswah. Bimbingan oleh Ustaz Hayat Kiswah.
https://t.me/joinchat/xnPqoBoS5UpiYWNl
NOTA MINDA USTAZ HAYAT 13: MERAWAT PENYAKIT DAN GANGGUAN DENGAN WANGIAN.
NOTA MINDA USTAZ HAYAT 13:
MERAWAT PENYAKIT DAN GANGGUAN DENGAN WANGIAN.
Wangian KASTURI KIJANG Ruqyah
Wangian ROSE Ruqyah
Wangian sebaik-baik haruman. Sabda Nabi saw:
"Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi (Hadis Riwayat Imam Muslim)
Khasiat kasturi berdasarkan kajian yang dibuat oleh ilmuan
Islam tertutamanya Imam Ibnul Qayyim al Jauziyyah RA dan ahli-ahli perubatan
Islam, maka KASTURI didapati mempunyai 1001 khasiat, antaranya :-
* Menenangkan hati dan jiwa
* Mencerdikkan akal dan menyihatkan otak
* Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan
* Menghilangkan debaran jantung
* Menghilangkan sesak nafas dan melegakan LELAH (asma)
* Menyedarkan orang pengsan
* Memperkuatkan organ luaran dan dalaman tubuh
* Menghilangkan rasa gementar
* Menghilangkan rasa sejuk tubuh
* Mengelakkan gangguan makhluk halus, histeria, sihir dan
pukau.
* Mengelakkan sawan tangis dan sawan malam khususnya untuk
bayi dan anak-anak kecil. Sapu di pakaian.
* Memberik kekuatan kepada ruh (khusyu' ketika berzikir dan
beribadah). "Dipakai semasa berzikir,membaca al Quran dan tahajjud."
* Mencegah wabak penyakit dan virus.
*Mengamalkan sunnah Rasulullah saw
(dan ditambah beberapa amalan dan anjuran ulamak serta para
solehin):-
* Rawatan Sihir: Calit di 32 rongga badan & pakaian sblm
tidur, calit dilidah dimakan sebelum minum air ruqyah.
*Pagar rumah: Titiskan di dalam air pot wangian tembikar
(yang dibakar dibawahnya lilin) atau dititiskan di batu garam bukit berelektrik
yang dipasang dirumah.
*Atau titiskan sahaja di dalam air dan disembur di dalam
rumah selama 3 - 7 hari khususnya di tempat tidur.
*Sapu di antara kemaluan depan dan kemaluan belakang dan
pada anggota2 terpilih pada badan untuk merangsang hubungan kelamin.
Antara teknik rawatan: Rawatan gangguan makhluk halus menggunakan
minyak wangi:
Di dalam kitab perubatan Islam berbahasa arab; “al Minhajul
Qurani lii’laji as Sihri wal massi as Syaithani” karya Sheikh Usamah Muhammad
al Audi, Mesir menyatakan satu teknik perubatan menggunakan teknik penggunaan
minyak wangi:
“Kebanyakan jin benci kepada bau yang wangi kerana jin
sangat menyukai bau yang busuk. Bau yang busuk sangat ‘menyegarkan’ jiwa dan
secocok dengan naluri kejiinnan mereka.
Oleh itu teknik yang amat praktikal ini sangat mujarab untuk
semua jenis gangguan terutamanya gangguan jin ‘asyiq’. Jin asyiq adalah jin
yang berdamping dengan seseorang kerana jatuh cinta dengan manusia tersebut
bahkan ada yang mendakwa telah berkahwin dengan pesakit!
Tekniknya adalah;
1. Pesakit hendaklah sentiasa memakai minyak wangi di
kemaluan depan dan belakang sama ada lelaki atau perempuan.
2. Memakai minyak wangi pada semua pakaiannya terutamanya
pada waktu tidur. Jangan sekali-kali tidur tanpa memakainya. Apabila hendak
membasuh pakain tersebut pakaian yang baru hendaklah dipakaikan minyak wangi
dan pakailah pada waktu tidur.
3. Pesakit hendaklah memakai minyak wangi di ‘32’ point di
tubuh badannya setiap malam. Point tersebut adalah:
20: Di semua hujung jari tangan dan kakinya. Antara kuku dan
kulit.
2: Dua lubang hidung.
2: Dua lubang telinga.
2: Dua kening berdekatan mata.
1: Sekeliling mulut.
2: Dua puting payu dara.
2: Dua kemaluan depan dan belakang. (kubul dan dubur)
1: Lubang pusat.”
Jika anda perhatikan semua point tersebut adalah
rongga-rongga yang terdapat di tubuh badan kita. Inilah tempat masuk dan keluar
makhluk jin ke dalam tubuh manusia.
Sekiranya jin ingin mendekati maka ia akan menjauhkan diri
kerana bau wangi. Sekiranya ia telah ada di dalam tubuh badan, insya Allah ia
akan keluar kerana tidak tahan dengan aura aroma bau wangi tersebut….
KASTURI DAN ROSE:
Adapun minyak wangi terbaik untuk tujuan ini adalah Kasturi
dan Rose. Lebih-lebih lagi kalau diruqyah / dijampi.
Bau Rose pula menjadi kegemaran mursyid saya. Malah beliau menyelitkannya
di serban. Ahli sufi menggunakan bau rose untuk meningkatkan kekhusyukkan
ketika beribadat, berzikir dan bersuluk.
Rose mempunyai frekuensi yang tinggi bagi menghambat jin.
Sebahagian tok guru menanam rose untuk tujuan ini di samping hiasan. Kajian
sains telah membuktikan kuasa wangian terutama rose mempunyai pelbagai kesan
kesihatan yang menakjubkan! Namun penggunaan minyak wangi lain juga dibolehkan
dan mempunyai kelebihannya yang tersendiri khususnya kasturi yang banyak
disebut di dalam hadis.
Menurut Imam Syafie RA bahawa perkara yang dapat menguatkan
badan jasmani ialah dengan mencium bau-bauan yang harum. (aromatherapy seperti
kasturi dan rose)
-----------
Kesimpulannya; cara penggunaan:
1) Untuk sihir: Sapu di 32 anggota, pakaian dan tempat tidur
seperti di atas sebelum tidur.
2) Pagar rumah: Titiskan di dalam air pot wangian tembikar
(yang dibakar dibawahnya lilin) atau dititiskan di batu garam bukit berelektrik
yang dipasang dirumah.
*Atau titiskan sahaja di dalam air dan disembur di dalam
rumah selama 3 - 7 hari khususnya di tempat tidur.
3) Untuk Hubungan Intim: Sapu di antara kemaluan depan dan
kemaluan belakang
* dan pada anggota2 terpilih pada badan untuk merangsang
hubungan kelamin.
Dapatkan YANG ASLI di KISWAH
Menurut Imam Syafie RA bahawa perkara yang dapat menguatkan
badan jasmani ialah dengan mencium bau-bauan yang harum. (aromatherapy seperti
kasturi dan rose)
------------------
Jangan
lupa sedekah setiap Subuh untuk kehidupan yang lebih berkat, panjang umur, murah
rezeki, angkat bala’, disembuhkan penyakit, membahagiakan, mengkabulkan hajat
dan mempermudahkan urusan
Allahu Haq – Hidayah Seluruh Alam -
Hayat Kiswah -
Rawatan
di Pusat Rawatan Islam Kiswah Temerloh. 0179065131
#infaqsarkafakiswah
Bank
Rakyat: 1101587095
#binapondokkiswah
Maybank:
556057503843
Jom
join group rawatan Islam Kiswah. Bimbingan oleh Ustaz Hayat Kiswah.
https://t.me/joinchat/xnPqoBoS5UpiYWNl
NOTA MINDA USTAZ HAYAT 12: TAFSIR MIMPI
NOTA
MINDA USTAZ HAYAT 12: TAFSIR MIMPI
Puan x: Hello ustaz. Saya bermimpi
melihat ibu dan suami saya sambil menangis. Adakah mereka akan meninggal
dunia..
Ustaz Hayat Kiswah: Air mata sejuk ke
panas.
Puan x: Haa hi hi..
Us Hayat Kiswah: Mesti tahu.. Semuanya
ada maksud.. Jangan bimbang.. Apabila kita bermimpi begitu maksudnya kita
sangat rindu dan kasih padanya..
Tafsirannya:
Adapun bab air mata..
Jika panas maksudnya kita akan
mendapat berita sedih tentangnya.
Apabila sejuk - kita akan mendapat
berita gembira perihalnya..
Hadis riwayat Samurah bin Jundub , beliau
berkata:
Sesungguhnya Nabi mengadap sahabat-sahabatnya
selepas solat Subuh seraya bertanya, “Adakah terdapat salah seorang dari kamu
yang telah bermimpi pada malam tadi.”
(Riwayat Muslim, No.4220)
Tafsir mimpi ada tempat dan nilainya
di dalam agama Islam. Tafsir mimpi merupakan satu sunnah Rasulullah sollAllahu
alaihi wa sallam. Bertanya dan menjawab berkenan penafsiran mimpi dengan
mengikut kaedah yang betul mendapat pahala di sisi Allah.
Kitab Tafsir
mimpi yang paling releven, reliable dan masyhur adalah ‘Tafsirul Ahlam’ yang
ditulis oleh as Shaykh Ibn Sirrin al Ansori.
Adalah anda
berminat mengetahui berkenaan ilmu tafsir mimpi?
INGIN TAHU LEBIH LANJUT? .. SILA
DAPATKAN:
https://shopee.com.my/product/228369811/7220516828?smtt=0.228374324-1623821247.9
Jangan
lupa sedekah setiap Subuh untuk kehidupan yang lebih berkat, panjang umur,
murah rezeki, angkat bala’, disembuhkan penyakit, membahagiakan, mengkabulkan
hajat dan mempermudahkan urusan
Allahu Haq – Hidayah Seluruh Alam -
Hayat Kiswah -
Rawatan
di Pusat Rawatan Islam Kiswah Temerloh. 0179065131
#infaqsarkafakiswah
Bank
Rakyat: 1101587095
#binapondokkiswah
Maybank:
556057503843
Jom
join group rawatan Islam Kiswah. Bimbingan oleh Ustaz Hayat Kiswah.
https://t.me/joinchat/xnPqoBoS5UpiYWNl