30 January 2015
Rawatan Ruqyah Untuk Pesakit Wad Hospital Ahmad Shah Temerloh Pahang
Nampaknya banyak panggilan dari keluarga pesakit yang dimasukkan ke wad Hospital Ahmad Shah Temerloh untuk rawatan ruqyah di sana. Dimaklumkan buat masa ini kita tiada leluasa ke wad hospital. Kepada ahli keluarga pesakit yang berhajat bolehlah call kami di talian 017 9065131.
Kaedah: Kami akan bacakan ayat2 ruqyah, ayat dan doa kesembuhan kepada air, minyak zaitun, wangian ruqyah yang bersesuaian dgn penyakit. Kemudian keluarga akan diterangkan kaedah rawatan mudah untuk dilakukan kepada pesakit.. Sila datang ke pusat rawatan pukul 4 petang untuk mendengar taklimat. Syukran Lakum.. ~ Khuwaidim Tibb Nabawi.
Labels:
rawatan islam
27 January 2015
Lirik Gurindam Tauhid Oleh Majlis Tauhid Dan Kasih Sayang; Ustaz Abg Yang (Ustaz Dr Fakrulrazi bin Zabidi)
Gurindam Tauhid
Ya Rasulallah
alaikassalam
Ya syafi'al khalqi alaikassalam
Ya Habiballah alaikassalam
Ya syafi'al khalqi alaikassalam
Ya Habiballah alaikassalam
Ya Khataman Nabiy
alaikassalam
Engkaulah kecintaan kami
Ya Rasulallah
Ya Rasulallah
Engkaulah kerinduan kami
Ya Habiballah
Padamu Ya Rasul, cinta bersemi
Ya Habiballah
Padamu Ya Rasul, cinta bersemi
(Ulang atas 1st time… turn kedua dan ketiga terus ke bait yang di
bawah)
..................................................................
Allah dan Muhammad, nafi dan isbat
Cinta dan ma’rifat, tersemat erat
Hati gembira,tatkala bersua
Dengan Baginda,tidak terkata
Baru kami mengerti, hidup mengabdi
Mengabdikan diri kami,pada Ilahi
Padamu Ya Allah, kami mengadu
Curahkanlah makrifat, kami padaMu
..................................................................
Allah dan Muhammad, nafi dan isbat
Cinta dan ma’rifat, tersemat erat
Hati gembira,tatkala bersua
Dengan Baginda,tidak terkata
Baru kami mengerti, hidup mengabdi
Mengabdikan diri kami,pada Ilahi
Padamu Ya Allah, kami mengadu
Curahkanlah makrifat, kami padaMu
(Ulang atas)
..................................................
Hidup bertauhid, tiada bersedih
Hidup bertauhid, tiada berbimbang
Menafi diri, mengisbat Ilahi
Cinta Rasuli, penguat rohani
Padamu ya Rasul, tercurah bakti
Menyebar cinta sucimu, pada umat ini
Padamu Ya Rasul, cinta bersemi
..................................................
Hidup bertauhid, tiada bersedih
Hidup bertauhid, tiada berbimbang
Menafi diri, mengisbat Ilahi
Cinta Rasuli, penguat rohani
Padamu ya Rasul, tercurah bakti
Menyebar cinta sucimu, pada umat ini
Padamu Ya Rasul, cinta bersemi
(Ulang Atas)
24 January 2015
Mesyuarat Agung NGO Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Malaysia (KISWAH) DITANGGUH ke Februari 2015
Mesyuarat Agung NGO Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Malaysia (KISWAH) Ditangguh ke Februari 2015.AGM; IJTIMA'; MAWLID NGO KISWAH di Pusat Kiswah Rawatan Islam Temerloh. Semua ahli NGO dan alumni seminar KISWAH seluruh negara dijemput hadir pada ketetapan berikut:
Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!
Labels:
event,
NGO KISWAH
21 January 2015
Mesyuarat Agung NGO Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah KISWAH Pada 31hb Januari 2015
AGM & IJTIMA' & MAWLID NGO KISWAH di Pusat Kiswah Rawatan Islam Temerloh. Semua ahli NGO dan alumni seminar KISWAH seluruh negara dijemput hadir pada ketetapan berikut:
Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!
Labels:
event,
mawlid,
NGO KISWAH
18 January 2015
Rawatan Islam Untuk Bayi Jantung Berlubang
Rawatan Islam untuk bayi jantung berlubang.
1) Pasangkan cd ruqyah atau bacaan al Quran tiap2 hari
2) Bersedekah tiap2 hari dengan niat kesembuhan walaupun sedikit. Sedekah memanjangkan umur, mengangkat bala'
3) Bernazar sekiranya sembuh akan menunaikan umrah atau berpuasa, atau menjamu fakir miskin. Atas kemampuan kita.
4) Sapukan minyak zaitun tiap2 hari ke dada anak. Paling kurang 3 kali sehari. Sapu dan pegang dada dan bacalah
a) Surah al Insyirah atau b) at Taubah ayat 14 dan c) Yunus ayat 57
5) Jika anak menyusu badan: Ibu sila makan bawang merah / holland yang dibakar di dalam arang. Buat macam ulam.. Insya Allah zatnya akan sampai kepada bayi melalui susuan tadi.
6) Solat hajat, taubat dan syukur tiap2 hari khususnya sebelum tidur.
7) Pohon kerjasama dari Tuan2 guru atau orang soleh untuk mendoakan kesembuhan anak kita.
8) Selepas solat / sekerap mungkin: Pegang dada anak yang sakit dan bacalah
a) Surah al Insyirah atau b) at Taubah ayat 14 dan c) Yunus ayat 57
9) Bertasawwul dengan keberkatan Nabi Muhammad SAW.. Semoga sembuh penyakit anak kita..
10) Baca Ayatul Kursiy 70 kali sehari. Niatkan apa hajat kita semasa membaca Wala Yauduhu.. Sampai habis..
11) Tawakkal kepada Allah Taala.. Serahkan segala ketentuan kepadanya..
Labels:
rawatan islam
11 January 2015
19hb Rabiul Awwal. Jangan Lupa Menyambut Mawlid Sekali Lagi Sempena Hari Tasmiyyah Nabi. Majlis Pada 10 Januari 2015
Mawlid di rumah bro saiful... sempena 19hb Rabiulawal.. 7 hari selepas kelahiran nabi saw; hari tasmiyyah nabi saw...hari diberikan nama Muhammad...
Jangan lupa sambut ye kengkawan..
Labels:
KISWAH SHOPPE,
mawlid
Misi Bantuan Banjir ke Pondok Pok Kob 7 Januari 2015
Assalamualaikum semua..
Lama dah rasanya tak update blog ni sejak era FB nih... Apapun musim banjir dah berlalu walaupun tak sepenuhnya.. Antara coretan NGO KISWAH:
Misi menghantar bantuan ke pondok TG Pok Kob Chenor. Menemani konvoi ikhwah Syazuli Madrasah Hasaniah Tenggaroh, Mersing yang diketuai Shaykh Shahrul Rizal Mohd Sati. Pondok2 abna' madrasah habis terbalik dan terangkat dibawa arus. Kepada mana2 ghodong yg free boleh la buat operasi di sana. Untuk makluman, air masih tidak surut habis di sana.
Labels:
event
Subscribe to:
Posts (Atom)