SUNNAH-SUNNAH BERKAITAN GARAM
Dari Abdullah Bin Umar
” Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat ( mempunyai kebaikan )
dari langit ( menerusi hujan ) ke bumi iaitu beis, api ,air dan garam”
Hadis Riwayat Al-Baghawiy dalam tafsirnya .
Dari Anas Bin Malik, Nabi bersabda ” Penghulu segala lauk pauk kamu ialah
garam .
Hadis riwayat Ibnu Majah
” Tiadalah akan baik makanan itu melainkan dengan garam ”
Hadis riwayat Al – Bazzar.
Garam Sunnah dan Pengamalannya.
* Ambil secubit garam sunnah mengikut panduan yang diberikan . Guna ibu jari
dan jari teliunjuk, diikuti jari manis , jari kelingking dan jari telunjuk
semula untuk mengambil secubit garam ( 4 X ). Kalau boleh jangan campur dengan
orang lain . Kalau anda mencubit garam itu dari bekasnya . Ia khas untuk anda
sahaja . Berkaitan dengan sistem penghadaman dan energy anda. Kalau perlu
asingkan dari bekasnya. Amal sebelum dan selepas makan dapat hindari 330 jenis
penyakit paling kurang , kusta , gila, sakit gigi, keracunan, sakit kepala
,melancarkan sistem penghadaman secara semulajadi dan selebihnya hanya ALLAH
S.W.T yang mengetahui ( cara perubatan Rasulullah SA.W ).
Cara lain – Ambil satu sudu kecil teh garam sunnah cairkan dan minum dalam
keadaan perut kosong . Kemudian minum air mineral sebanyak banyaknya 2 hingga 3
liter padu air sepanjang hari.
Kelebihan
garam
Amalan
Rasulullah S.A.W memakan secubit garam sebelum dan selepas makan kini
dibuktikan oleh sains bahawa tabiat ini menambahkan keberkesanan perut untuk
menghadam makanan dan menghindarkan perut dari menyerap racun.
Ternyata
berkesan menghilangkan pelbagai penyakit.
Garam Bukit Tulen sebagai
minuman Kesihatan
LARUTAN
TEPU GARAM BUKIT TULEN (SOLE BRINE) TERAPI KRISTAL
Tubuh manusia memerlukan garam termasuk elemen-elemen kelumit. Meminum larutan
garam dari hablur garam bukit tulen dapat merangsang sistem pencernaan dan
metabolisma. Larutan ini juga dipercayai :
1) Menyumbang tenaga semulajadi yang tersimpan dalam struktur hablur garam dan
tubuh dapat menggunakannya selama 24 jam.
2) Membantu memperseimbang kealkalian / keasidan dalam tubuh dan meneutralkan
tekanan darah.
3) Membantu melarutkan dan menyah mendapan yang boleh mengakibatkan pembentukan
"batu" dan pelbagai jenis rheumatisme seperti arthritis, batu hempedu
dan batu karang.
4) Membantu meredakan rasa ketagihan. Ketagihan gula dan alkohol hilang sebaik
sahaja pengambilan awal larutan tepu garam bukit tulen.
Profesor Peter Ferreira, seorang pakar biofizik berbangsa German telah
menjalankan beberapa jenis ujian-ujian klinikal ke atas pesakit-pesakit yang
mengambil larutan tepu Garam Bukit pada setiap hari dan Melaporkan keputusan
berikut:
a) Pesakit-pesakit mengalami kehilangan Logam-logam berat dari tubuh seperti
Plumbum, Merkuri(Raksa) dan Arsenik
b) Pengungkaian enapan-enapan Kalsium
c) Proses detoksifikasi perlahan tetapi berkesan
d) Memperseimbang pH darah.
Rendaman
Kaki Garam Bukit tulen Terapi Kristal
Rendaman
kaki Garam Bukit Tulen Terapi Kristal sangat sesuai digunakan semasa sedang
berehat sambil menonton TV dan membaca. Ia sangat berkesan untuk melegakan
keletihan dan kelenguhan. Kekerapan menggunakannya dapat mengembalikan
kesegaran anda.
1. Melancarkan
peredaran darah seluruh badan.
2. Membantu membuang toksin dari badan dan dapat mengelakkan virus.
3. Melegakan kesakitan otot, lenguh-lenguh, sakit-sakit sendi, sengal-sengal
dan kekejangan otot kaki.
4. Mengurangkan kesakitan dan keletihan kaki setelah seharian berdiri dan
berjalan.
5. Membantu merawat tumit kaki yang merekah.
6.
Mengurangkan pening, migrain, angin, lemak
7.
Menghilangkan gatal-gatal, kaki berair (kulat air), kaki pecah, kaki berbau
8. Melancarkan perjalanan darah, mengurangkan toksid, lemak/kolestrol di
samping mengaktifkan perjalanan darah.
9. Mengurangkan kesakitan dari sakit gout
Amalan
mandi dengan air garam bukit adalah satu keperluan harian untuk merasai
kesegaran dalam merangsang semula mana-mana bahagian organ dalam badan yang
telah kehilangan tenaga dan getarannya.Berendam dengan air garam bukit tulen
akan merangsang vitamin tertentu dan mengurangkan homosistina iaitu sejenis
bahan yang gagal dicerna dan akan mengotorkan darah dalam tubuh.
PENGGUNAAN GARAM BUKIT DALAM RAWATAN SIHIR DAN SAKIT2 BADAN
Rendaman kaki ke dalam air panas atau sejuk bercampur garam untuk rawatan makhluk halus dan sakit kaki / tumit / kebas / sakit lutut.
Assalamualaikum semua,
Rasulullah saw melarang kita untuk menyimbah air panas dari tempat tinggi takut menyakiti dan menzalimi jin2 yang tidak berdosa,=..
Ini bermakna; air panas mampu menyakitkan jin2 di alam sana… lalu kaedah merendam kaki dengan air panas berisi garam mampu menyakitkan jin2 yang ZALIM yang berada dalam badan manusia;
1) Jerang air. Suhu sepanas yang kaki kita tahan.. Jangan sampai melecur dan jangan hanya suam2 kuku.
2) Masukkan ke dalam baldi / besen. Kuantiti sehingga merendam buku lali.
3) Campurkan 3 sudu / setengah cawan garam bukit.
4) Rendam kaki. Bermula dengan tumit dahulu.. Jika tumit mampu menahannya maka seluruh kaki mampu menahannya.
5) Rendam kaki setengah jam / sejam. Jika air menjadi sejuk.. tambah lagi air panas semasa proses rendaman tersebut.
Insya Allah anda akan mendapati gangguan anda semakin kurang apa lagi kalau dicampur air ruqyah dan sambil mendengar cd ruqyah..
Teknik ini juga boleh diselang selikan dengan rendaman air sejuk / air batu bercampur garam juga…
Selamat mencuba!!!
PENGGUNAAN GARAM BUKIT UNTUK SAKIT LUTUT, KAKI DAN TANGAN
Minyak zaitun disapu sentiasa di lutut terutama di belakang pelipat lutut dan diurut diasak keras..
Sup belut dan kaki kambing dijadikan amalan
air panas... yang paling panas boleh ditahan kaki.. jangan sampai melecur pula..
Garam Himalaya /boleh guna garam bukit
Sambungan VIDEO:
Bagi Rawatan Sakit Lutut Pula:
1) Minum sup belut dan sup kaki kambing; rebus dari 3 bahagian menjadi 1 bahagian sahaja lantas diminum.
2) Sapu lutut dan kaki dengan minyak zaitun sekerap yang mungkin. Boleh dicampur air mawar atau minyak tanah yang telah diguna.
3) Urut kembung di belakang lutut diasak dengan kuat / ketuk dengan kayu atau rotan.
4) Rendam kaki dengan air panas atau sejuk bercampur garam selama setengah -- sejam.
5) Berbekam!
Selamat mencuba!
PENGGUNAAN GARAM BUKIT DALAM RAWATAN RESDUNG
RESDUNG......
Satu penyakit yang boleh dikatakan semua orang ada... Cuma yang berbeza antara individu adalah kuat atau tidak sahaja...
Memandangkan saya adalah penghidap resdung tegar maka telah 1001 rawatan yang saya cuba sejak di bangku sekolah lagi..... Dari rokok resdung sampai la ke herba dimasuk ke dalam hidung..... nampaknya semuanya kurang berkesan lebih-lebih lagi kalau dah tumbuh polip (yang menghalang pernafasan)... sehinggalah.............
Saya sampai ke bumi barakah Syam as Syariff... Syria..... Seorang akhawat dari Singapura memberi tahu saya bahawa Maulana Sheikh menyarankan rawatan dengan menggunakan air garam yang disedut ke dalam hidung...
Caranya begini lebih kurang:
1) Satu sudu teh garam (terutamanya garam bukit dicampurkan dengan secebok air suam). Garam sebenarnya adalah antiseptik; pembunuh kuman yang aktif!!!
2) Bacalah al Fatihah, ayat Qursiy dan selawat syifa' 3 kali dan tiup ke dalam air tersebut, hingga habis nafas sambil berniat untuk kesihatan 'hidung'.
3) Sedut seumpama istinsya' (perbuatan memasukkan air ketika wudu') beberapa kali.
4) Ulang 3 kali sehari.... sehingga reda... Sebolehnya jangan ditinggalkan amalan ini sepertimana anda menggosok gigi....
5) Tawakkal kepada Allah... Insya Allah sembuh...
Cara yang kedua.....: Sheikh Nazim juga menyarankan agar dimasukkan sedikit minyak zaitun dan cili yang dipanaskan sedikit ke dalam hidung... tapi cara ini saya tak pernah buat.. katanya agak menyakitkan...
Setelah bertahun saya mengabaikan teknik ini.... tiba2 kakak saya mencadangkan perubatan menggunakan 'nasal pot' yang menggunakan garam bukit untuk rawatan sinus.......
Oooh, rupanya orang barat dah buat kajian dan mungkin agaknya mereka meniru cara tok2 guru kita mengubat resdung kot... :)
Bezanya mereka memasukkan air garam ke dalam lubang hidung sebelah kanan dan mengeluarkannya melalui lubang hidung kiri dan begitulah sebaliknya...
Seperti yang anda dapat lihat dari video ini:
Atau paling kurang anda jangan sekali-kali meninggalkan amalan istinsya; ketika berwuduk!!!!!
Selamat mencuba!!!!! Insya Allah dengan keberkatan amalan kekasih Allah... sembuh.... Amiin!!! ....
JADI KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MENDAPATKAN GARAM BUKIT YANG SUDAH DIRUQYAH MENGIKUT NAMA PEMBELI SILA KE: