**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

23 January 2018

15 Januari 2018 - Pembukaan Pengajian Ta'limul Mutaalim di Surau ABS Temerloh

14 Januari 2018 - Majlis Tafaqquh Kiswah Meraikan Perasmian Pondok Alamiyyah Aliyyah Lanchang

Majlis perasmian pengajian umumi Pondok Alamiyyah Aliyyah Kg Sempadan Lanchang dgn kehadiran SS Dato Seri Mufti Pahang malam tadi. Semoga Ust Yo selaku Tuan Guru dipermudahkan urusan... Amiin.



Koi Masih Merajuk Dengan Bandar Pusat Jengka

Sebenornya merajuk koi ke bando pusat jengka ni tak habis2 lagi... Tapi dan ke sana tumpang solat kat masjid lama.. jumpa dgn org2 hebat.. Imam Azri dulu imam besor masjid bando pusat atas bukit te, masa koi ngajo @ kuliah 2 tahun (2007-2008)di sana sebelum diblacklist.. Haha... Pastu ustaz Nazri tahfiz bando pusat. Sama2 di Insaniah dan Mesir dulu. Kome panggil Ustaz Bedu je. Bagus orangnya ustaz ni.. Koi doakan mereka berdua sihat belaka dpt khidmat kpd masyarakat dan berjuang sampai hujung nyawa... Amin.


9 Januari Surau Abi Temerloh. Sifat Dengki - Penawar Bagi Hati

9 Januari 2018 Air Sungai Pahang Beso Lagi Yak

That awkward moment... Kalau dah sungai Pahang air beso dan masam
lagi.... p

7 Januari di Majlis Tafaqquh Kiswah , Risalah Tauhid (hari kiamat), Idaman Penuntut, ( Solat Jumaat), Bidayatul Hidayah ( Mengumpat)

5 Januari 2018 . Tafaqquh Hasnul Taman Jaya 6. Risalah Jamiah. Sifat Allah dan Wudu'

5 Januari 2018 - Pengajian Tauhid dan Bustanul Arifin di Surau Taman Jaya 3 Temerloh

Temuramah Bersama Opick Yang Sangat Menginsafkan

Kata2 Opick - Slot HIDAYAH yg menginsafkan. Banyak yg dirujuk kpd kiyainya.
S: Apa nikmat terbesar kpd anda?
J: Hidayah Allah
S: Siapa idola
J: Rasulullah saw dan kasih sayangnya.
S: Ujian terbesar?
J: Apabila orang kata kita baik. Maka kita doa semoga Allah jadikan sangkaan org itu terjadi kpd kita.
Opick: Kiyai... Bagaimana nak dekat diri pada Allah sedangkan kurang ilmu.
Kiyai: Selalu bagi makan anak2 yatim dan orang miskin kerana mereka dekat dgn Allah.
Opick: Kiyai.. Macam mana nak istiqamah.
Kiyai: Bagi anak yatim dan orang miskin tinggal bersamamu. (Maka dibina rumah anak yatim dan tahfiz)
Bukan saya menolong anak yatim tetapi mereka yg menolong saya istiqamah di jalan kebaikan.
Kiyai: Rumah yg tiada tetamu hilang keberkatannya kerana tetamu itu pembawa berkah di rumah.
Tetamu itu utusan Allah asbab berkah rahmat di rumahmu.
Opick: Sebab itu saya buka rumah saya tiap2 hari untuk makan di samping buat kelas mengaji Quran dan pengajian fardhu ain. Ajar solat wuduk yg mudah2 saja.
S: Apa perancangan anak2 yatim.
J: Anak2 dihantar pengajian agama, tahfiz, pergi ke Mesir dapat ijazah balik jadi tok imam di masjid sekitar mereka..
Opick: Jangan malu terlihat memakai pakaian orang muslim walaupun apa bidang kita. Walaupun ilmu dan amalnya masih kurang...
Doa seorang ibu amat penting untuk kebaikan kita. Apa yg ibu doa semua dimakbulkan.
KALAULAH SEMUA BENDA BOLEH DIJUAL. NESCAYA SAYA AKAN JUAL SEMUANYA UNTUK MEMBELI ISTIQAMAH. KERANA NILAI ISTIQAMAH DI SISI ALLAH AMAT TINGGI..
Catitan oleh: Ustazah Mulia Karimah. SHARE!
Menginsafkan..
Nilah cita2 saya dan suami Ust Hayat Kiswah

3 Januari 2018- Kitab Safinatun Naja. Masjid Al Wusto Tanjung Besar

2 Januari 2018 - Surau Perindu - Jangan Banyak Makan. Hidayatus Salikin

Azam Tahun Baru 2018 KISWAH???

Azam tahun baru ini adalah untuk memantapkan lagi ilmu2 angling dan teknik2 perikanan lain... Hi hi... Apalaaaa..... Mana tahu esok lusa boleh buka kedai tackle - kedai pancing kiswah...






31 Disember 2017. Meraikan Mawlid Akbar Jengka. Jemaah Majlid Tafaqquh Kiswah Mengunjung Darul Hikmah Tok Mengkarak Bera

MAWLID AKBAR: BERA BERSOLAWAT. 31hb Dis 2017. Terima kasih jemaah Darul Hikmah @ Pondok Mengkarak sudi jemput jemaah Majlif Tafaqquh KISWAH memeriahkan majlis malam tadik. Mubarak!




22 January 2018

Anak-anak Menolong di Pusat Rawatan KISWAH. Delegasi!!!

Malam2 ni anak2 tolong siapkan keperluan pusat Kiswah Rawatan Islam Temerloh. Tarbiyyah sedari kecil semoga menghayati perjuangan orang tuanya. Esok sambung perjuangan mami dan abi Hayat Kiswah.

17' ROD. BARU BELAJAR SURF FISHING. MEMANCING PANTAI!

Hadiah Spinning Reel Size 6000 Dari Kekasih Hati

"Terima kasih kpd yg paling memahami diriku ini; adinda bidadari Mulia Karimah yg hadiah ke koi reel size 6000. Boleh pakai mancing pantai surf fishing lps ni... ;)."






26 Disember 2017 - Mawlid Di Surau Abi Bukit Resak

Koi Merawat Hanya di Pusat Rawatan Sahaja

Koi berubat pada waktu2nya hanya di pusat rawatan. Tak baik le oder2 suruh ke sana sini on da spot gitu2 je... Bila koi tak dapat, terus kasar popaleh intonasinya... Order: Ustas Hayat Kiswah satuuuuuuu! Skang ni gek!!!

26 Disember 2017 - Tahnik Baby

Tahnik anakanda pesakit pagi tadi. Semoga anakanda Farhan Furqan menjadi anak soleh, pengikat kasih, permata ayahbunda, syafaat ke syurga buat orang tuanya. Aamiiiiin...



25 Disember 2017 Hepi Besday Anakanda Keempat ; Khadijah

Selamat hari lahir anakanda KHADIJAH yg pertama pada 25 Dis. Semoga jadi anak solehah permata ayahbunda syafaat ke syurga...



Info IKan Lampam C&P




IKAN LAMPAM SUNGAI (Puntius schwanenfeldii) apa yang umum mungkin merupakan sejenis ikan air tawar yang kini semakin kurang popular. Ini kerana ikan air tawar ini semakin kurang dan sukar diperolehi dipasaran. Ikan ini ada beberapa jenis tetapi spesis ekor merah dikatan spesis yang ada harga lebih tinggi dipasaran. Ikan lampam tergolong dalam genus Puntius iaitu kumpulan ikan yang paling banyak terdapat dalam sungai-sungai kita seperti di Pahang, Perak, Johor dan sebagainya. Jika membuat rujukan didapati ikan lain dalam kumpulan ini termasuklah yang terbesar dan lebih mencabar seperti Ikan Kerai (Puntius daruphani) dan Ikan Tengalan (Puntius bulu). Terdapat juga beberapa spesis ikan ini dijadikan sebagai ikan akuarium dalam kumpulan ini. Ia termasuklah Ikan Bagoh (Puntius lateristriga) yang mana ia mempunyai saiz kecil comel yang mudah didapati di anak-anak sungai air jernih dikawasan pedalaman. Ikan jenis ini lain yang diadikan ikan akuarium adalah seperti jenis Ikan Pelampong Jaring (Puntius pentazona) iaitu ikan kecil yang berbelang-belang yang mudah didapati di lombong dan juga anak-anak sungai (Saya selalu panggil ikan ini sebagai 'Ikan Pelendeng'). Selain itu ikan air tawar atau ikan sungai sama dengan kumpulan jenis ini adalah Ikan Putih atau juga dikenali dengan nama Ikan Tebal Sisik (Puntius binotatus) iaitu ikan kecil berwarna keperakan yang memberikan satu keseronokan memancing. Saya sering dapat tangkap ikan kecil ini sewaktu ramaja tinggal di kampong dengan cara menggunakan joran buluh sepanjang sepuluh kaki dan isi kelapa yang lembut sebagai umpan. Ikan Lampam ini memang mudah ditangkap jika ada ilmu pengetahuan, minat, kemahiran dan suka memakannya. Artikel pada tengehari ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai ikan lampam sungai dan ikan yang hampir serupa dengan sekadar dijadikan bahan rujukkan dan bacaan.
Lampam sungai merupakan ikan air tawar yang hampir sama dengan 'ikan bream' di U.K, atau pun 'ikan panfish; di USA atau pun juga 'Ikan Tilapia Nil di benua Afrika. Ikan ini adalah spesis ikan yang mempunyai cara hidup dan reputasi pembiakan yang sangat tinggi. Ikan Lampam sungai selalunya akan hidup dengan baik di dalam sungai-sungai di Malaysia terutama sungai yang belum tercemar. Dalam masa tertentu jumlah populasi ikan ini banyak jumlahnya atau pun ia meningkat mendadak bergantung kepada cuaca, musim dan keujudan makanan. Populasi yang meningkat terlalu cepat membolehkan ikan ini boleh ditangkap menggunakan pelbagai cara. Wapau pun begitu kini agak sukar sedikit untuk menyaksikan jumlah sebegitu banyak akibat tekanan penangkapan yang sangat tinggi oleh para nelayan dan pemancing. Kawasan sungai yang dahulu banyak ikan kini terjejas teruk dengan aktiviti penangkapan kuran beretika seperti penggunaan jaring, tuba , bom ikan malahan ada yang menggunakan racun. Laporan Jabatan Perikanan menyatakan beberapa sungai utama yang senang dimasukki oleh pemancing atau nelayan sungai atau kawasan yang berhampiran dengan penduduk padat berhampiran dengan kawasan bandar sudah sukar ada ikan ini dalam sungai. Penulis yang pernah memancing ikan ini mendapati memang agak sukar untuk memancing ikan lampam (Sila lihat foto disebelah). Dalam lamanweb ada juga mereka menulis kisah atau cerita daripada sesetengah pemancing yang pernah menemui beratus-ratus ikan ini dengan kaedah tangkapan tertentu.
Walau pun populasi dan tangkapan ikan lampam sungai agak kurang tetapu nelayan sungai tahu bila, dimana dan cara untuk memburu ikan ini. Beberapa spesis seperti ikan lampam ekor merah semakin jarang dijumpai (Sila lihat foto disebelah). Beberapa sungai penting serta anak sungai disekitarnya seperti Sungai Kuala Kangsar, Sungai Pahang, Sungai Muar didakwa masih menyimpan ikan lampam sungai. Penulis yang beberapa kali me Taman Negara Endau Rompin beberapa tahun dulu juga mendapat ikan lampam sungai masih banyak berkeliaran didalam kawasan taman tersebut sebeb ia dilindungi oleh pihak berkuasa. Kawasan tidak tercemar airnya akan kita dapat lihat ikan ini berenang berkeliaran dalam lubuk dan arus air jernih dan membiak dengan baik. Menurut penjaga taman tersebut mereka pernah melihat ikan lampam sungai yang besarnya melebihi 1.5 kg dikawasan tersebut. Penulis yang pernah bertugas di Mersing, Johor amat suka melihat ikan ini dikawasan taman negara termasuk di kawasan Air Terjun Buaya Sangkut yang menjanjikan kedamaian tersendiri.
Didalam mencari ilmu memancing untuk ikan seperti ini, beberapa petua dan teknik memancing perlu dilakukan. Selalunya pakar pancing akan gunakan perambut sepanjang 6 - 12 inci yang berketahanan 6 paun untuk memancing ikan ini. Jenis mata kail Mustad berlengkok bulat bersaiz 4 - 6 atau mata kail udang bersaiz 9 - 11 boleh digunakan. Batu ladung hidup adalah amat sesuai untuk dijadikan pemberat. Bagi mereka yang mansasarkan sungai yang terdapat rumpai atau sampah disyorkan guna batu ladung dipasang atau berada di bahagian bawah mata kail (lebih kurang sekaki atau lebih) supaya umpan bergerak bebas dan mudah dilihat oleh ikan. Ada juga pemancing sungai yang suka menggunakan pelampung dimana ia merupakan teknik yang popular. la sangat sesuai digunakan di tempat-tempat berarus tenang yang dikhuatiri mempunyai banyak tunggul kayu di dasarnya. Panjang perambut daripada pelampung bergantung kepada kedalaman sungai. Umpan pancing perlu tergantung beberapa inci dari dasar dan dibiarkan hanyut di bahagian pertengahan air. Batu ladung kecil perlu diletakkan pada jarak tertentu pada perambut supaya umpan boleh turun pada kedalaman yang dikehendaki. Ikan Lampam Sungai lazimnya akan meragut umpan dengan agak kasar yang kemudiannya tercangkuk sendiri pada mata kail. Bagaimanapun apa yang penulis sering lakukan adalah kita perlu menyentap supaya sangkutan lebih teguh dan ikan tidak akan terlepas lagi. Oleh kerana ikan ini saiznya ada yang kecil kadang-kadang kuasa tarikannya tidaklah begitu kuat namun dengan teknik yang disebutkan tadi ianya akan menjadi lebih menarik.
Dalam memburu ikan ini sebaiknya pastikan kawasan sungai atau lubuk untuk memancing banyak ikan lampam. Ikan ini biasanya berada dibahagian pertengahan dan hulu sungai. Ikan lampam ini hidup satu habitat yang sama dengan jenis ikan Terbol, Merah Pipi, Pucuk Pisang, Kaloi dan jenis ikan sama dengannya. Kalau dapat ikan lampam terus dibersihkan dengan cepat dengan membuang tahi dan isiperutnya disebabkan ikan lampam mudah membusuk dan sebaiknya simpan dalam coolman yang ada air batu. Saya juga mendapat petua menyediakan umpan ikan lampam sungai dari rakan orang asli di Kg Peta, Mersing, Johor. Mereka menyediakan jenis umpan khusus untuk memancing ikan lampam sungai atau serupa dengannya dengan guna umpan dedak kuning (dedak ayam), gandum dan serbuk kunyit - gaul biar sebati dan gentel dimata kail (mata rambai atau guna perambut selari 5-6 mata pancing). Jenis umpan ke 2 yang mereka selalu gunakan adalah dengan pakai isi kelapa sawit di peram, gandum dan serbuk kunyit kemudian bahan ini di gaul sebati dan gentel di mata kail (mata rambai atau guna perambut selari 5-6 mata pancing). Sebaiknya menggunakan jenis mata saiz kecil yang sesuai untuk mulut ikan disesuatu lokasi memancing. Dalam pada itu dinasihatkan agar untuk memeasang banyak mata kail pada pancing dan jangan hanya gunakan mata satu. Teknik ini penulis rasa amat signifikan memancing lampam sungai.
Dalam beberapa laporan dinyatakan ikan lampam sungai adalah diantara jenis ikan yang menjadi penyelamat kepada para pemancing. Ini kerana ikan ini jarang kecewakan pemancing setelah seharian tercongok memancing di tepi sungai dan tasik. Populasinya yang tinggi dan tabiat pemakanannya yang tidak memilih juga memudahkan kita untuk memancingnya jika ikan yang diidamkan pemancing langsung tidak dapat. Lampam sungai merupakan ikan kedua terbanyak selepas tilapia di perairan air tawar negara kita. Walaupun kedua-dua spesis tersebut berbeza dari segi asal kedatangan dan tabiat pemakanannya namun kedua-duanya berkembang-biak dengan baik dalam pelbagai keadaan air. Antara beberapa batasannya adalah kualiti air yang teruk tercemar atau suhu air sangat sejuk seperti di anak-anak sungai pergunungan. Biarpun begitu lazimnya ikan lampam merupakan sumber yang penting kepada pemancing dan juga para pentemak ikan. Ikan lampam sungai pada saya paling enak untuk digoreng dengan memberikan sedikit garam dan serbuk kunyit. Ikan lampam segar yang ditangkap enak dimakan dengan nasi dan sayuran ketika penat selepas memancing. Bagaimana pun resepi ikan lampam bakar dicicah dengan sambal kicap atau sambal lain kini telah menjadi satu hidangan popular dibeberapa buah restoren untuk makan tengahari (Sila lihat foto dibawah). Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca. Wasallam!..
IKAN LAMPAM... DISUNGAI KITA..
CEPAT MEMBIAK..DIMANA JUA...
DITANGKAP... PELBAGAI CARA...
ENAK DIGORENG.. LAZATNYA DIA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kg Bangau Parit Hilir,
Temerloh, Pahang,
Malaysia.
(5 Rejab 1437H)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...