**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

15 December 2009

Salam Maal Hijrah! + Dana Pusat Rawatan TAQ Pahang!


Salam Maal Hijrah 1431 kepada semua!!!

Dari kami ahli keluarga TAQ Pahang...

Terima kasih atas sokongan anda semua selama ini.

Secoret rasa:

Alhamdulillah saya baru pulang dari Kedah selepas hampir 4 hari di sana... Sempatlah berzikir dengan ikhwan Naqshbandi di rumah al Marhum Sheikh Abd Rahman al Lidani al Muluki guru rohani pertama Sheikh Abd Malek; Sheikhul Mualij TAQ Darul Hikmah. Almarhum Sheikh Abdul Rahman adalah merupakan seorang anak murid besar Maulana ...meninggal sekitar tahun 2002. Zikir dipimpin Sheikh Rosli an Naqshbandi. Sempat juga memberi sohbet / suhbah / tazkirah pada malam Jumaat atas tu atas permintaan Sh Rosli.

JazakALLAH khairal jaza' kepada Abang Malek bagi ana tidur rumah inta malam Jumaat tuh!

Sempat juga meluangkan masa menziarahi makam Di Raja Langgar dan makam Sheikh Abd Rahman di Kg Telok Jawa, Jln Gunung Keriang; berkat kesabaran adik angkat saya Ustaz Hasif  membawa saya ke sana ke mari...

Alhamdulillah ziarah ke Kedah menggamit segala warna warni kenangan saya semasa mangaji di Kedah dulu; Insaniah di samping berulang ke pondok Derang, pondok-pondok lain dan masjid-masjid sekitar AS seperti Masjid Sultanah Bahiyah, Masjid Rafeah etc... Malah saya mengenali tarekat dan perubatan Islam juga semasa saya berada di Kedah yang penuh barakah ini..

Sempat juga mengunjungi TAQ Darul Hikmah Kedah @ Headquarters TAQ Darul Hikmah seluruh Malaysia.... Ustaz Majdi dan Ustaz Hassan; dua perawat di pusat rawatan sentiasa sibuk merawat pesakit sehingga kadang-kadang mencecah 30 orang sehari!!!

Nampaknya pusat rawatan Kedah sudah banyak kemajuan... Kelihatan Ustazah Husna; kerani baru Sheikh Malik dengan pc barunya tekun melayan pengunjung. Tidak ketinggalan zaujah Sh Malek; Ustazah Ira sibuk membantu suaminya! Maklumlah sayap kiri perjuangan la katakan... Ustazah Safiah; perawat muslimah baru 3 hari menjadi warga TAQ cepat belajar merawat pesakit yang kerasukan. Produk-produk baru termasuk bio sawda' (dijangka hit) kelihatan di rak produk. Sheikh Malek menghabiskan kira-kira 150 000 dan memerlukan hampir 170 000 lagi untuk proses pengilangan produk dan pengiklanan!!!

Kami sempat mendengar temuramah Sh Malek dengan deejay RMK Kedah berkenaan perubatan Islam secara live. Sh Malek on air hampir 3 kali seminggu di Radio Kedah! Dahsyat!!!

Saya sempat juga merawat beberapa orang pesakit di pusat rawatan dan berkunjung ke rumah sahabat saya di Pondok Bukit Pinang untuk merawat keluarganya...

Sebenarnya tujuan saya ke Kedah adalah untuk menghadiri satu mesyuarat khas bersama Sheikh Malek... Mesyuarat yang diadakan pada hari Ahad baru-baru ini dihadiri beberapa figure besar dalam TAQ. Antara yang hadir Abang Zailan TAQ Klang (Tuan Admin Forum TAQ), Abang Din TAQ Ipoh (bakal dilancarkan), Ustaz Imam (bakal dilancarkan: TAQ KL) dan saya sendiri TAQ Pahang (cover Pantai Timur sekali; insya Allah).

Topik utama perbincangan tidaklah boleh saya storykan secara khusus kerana ia adalah rahsia..Apapun perbincangan berkisar kepada hala tuju TAQ Darul Hikmah tahun hadapan...Antara yang saya boleh catatkan di sini adalah pembukaan beberapa pusat rawatan lagi terutamanya di KL, Ipoh dan satu lagi di Perak. Promosi yang bakal diadakan di Radio Ikim, radio-radio negeri, akhbar harian dan TV3 insya Allah...

Saya pun pulang dengan membawa 1001 memori indah... Tasyakkur kepada Ustaz Hasif yang sanggup menjadi 'pemandu pelancong; saya selama di Kedah. Tq bagi menumpang umah inta 2 malam!!!

BAB LAIN:

Justeru....sempena tahun baru dan ekoran mesyuarat tersebut:

Saya bercadang untuk berpindah ke kedai yang lebih sesuai untuk tujuan perubatan setelah setahun berjalan di rumah sendiri... Maklumlah kurang profesional kata Sh Malek.. Tambahan pula kita sudah berkeluarga... Minggu lepas seorang ibu yang gila meroyan mengamuk dan meludah-ludah di dalam pusat rawatan @ ruang tamu rumah saya... tempat yang sama anak nak merangkak.. kan tak sesuai.... Tambahan kita nak masuk tahun baru hijrah dan masehi... Jadi kenalah semua baru!!!! Ye tak??!!

Jadi saya berharap tahun baru yang diiringi azam dan cita-cita untuk memajukan lagi TAQ Pahang menjadi realiti berkat doa anda semua, walaupun hakikatnya kami masih kesempitan duit dan dana untuk menyiapkan kemudahan pusat rawatan ke tahap yang 'sepatutnya'.

Saya terpaksa menabung untuk untuk merealisasikan hasrat Sh Malek dan segenap lapisan pengunjung dan anak-anak murid agar pusat rawatan TAQ seluruh Malaysia khususnya di Pahang ini dijalankan di tempat yang lebih 'proper'.

Harapnya TAQ Pahang semakin diberkati Allah dan dipermudahkan segala urusan serta dana untuk pusat rawatan baru ini mencukupi untuk perpindahan awal tahun hadapan.... Doakan kami!!!

Untuk itu TAQ Pahang melancarkan
DANA PUSAT RAWATAN BARU TAQ DARUL HIKMAH PAHANGkhas untuk membantu kami mendapat pusat rawatan yang lebih sesuai dan selesa. Kepada anda yang budiman apalah kiranya anda infaqkan sebahagian 'kepunyaan' anda ke:

Akaun Bank Islam / Online Banking Bank Islam Biz:

14162020055479
Muliati binti Saad
Selamat menyumbang dan menderma!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...