**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

11 May 2009

satu permulaan...















Assalamualaikum wa rahmatullah...
Alhamdulillah. Wassolatu wassalam ala rasulillah saw.
Madad wa destur ya sultanal awliya'.

Akhirnya dengan izinNya maka blog kami berjaya dilancarkan.

Blog ini sekadar ingin mempromosikan Pusat Rawatan Terapi Al Quran Darul Hikmah cawangan Pahang yang telah dirasmikan pada 15 Disember 2008 yang lalu.

Saya telah diberikan amanah dan kepercayan oleh al Fadhil Ustaz Abd Malek bin Ladzim al Azhari sebagai penaung Darul Hikmah untuk menggerakkan pusat rawatan Darul Hikmah di Pahang. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau yang juga sahabat seperjuangan lama saya kerana memungut dan menerima saya di dalam keluarga Terapi al Quran setelah bertahun-tahun di dalam 'team' perubatan lain dan kemudiannya bergerak solo. Lebih-lebih lagi saya telah mengenali beliau sejak zaman persekolahan lagi. Kemudian belajar di INSANIAH atau KUIN di Kedah sama-sama dan menyambung pengajian ke Mesir dalam bidang yang sama.

Puat Rawatan ini khusus untuk menangani masalah gangguan jin, sihir, saka, santau, histeria, strok, kanser, khidmat memagar rumah dan sekolah serta yang seumpanya dengan kaedah Terapi Al Quran! Menawarkan seminar perubatan Islam & ijazah ruqyah syari’ah kepada agensi, institusi dan masjid yang berminat!!!

Semoga Allah Taala, anbiya' dan awliya' merestui usaha kerdil ini. Syukran!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...