**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

10 August 2009

Kaedah Mencari Barang Hilang (1)




Larangan mendatangi tukang nujum

    عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ الْكُهَّانَ كَانُوا يُحَدِّثُونَنَا بِالشَّيْءِ فَنَجِدُهُ حَقًّا قَالَ تِلْكَ الْكَلِمَةُ الْحَقُّ يَخْطَفُهَا الْجِنِّيُّ فَيَقْذِفُهَا فِي أُذُنِ وَلِيِّهِ وَيَزِيدُ فِيهَا مِائَةَ كَذْبَةٍ

    Dari ‘Aisyah, dia berkata; “Aku pernah bercerita kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, bahwa para tukang tenung berkata begini dan begitu dan kadang kami lihat kenyataannya memang benar.” Sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam: ” Kata-kata yang benar itu ditangkap oleh bangsa jin, lalu dibisikkannya ke telinga tukang tenung dan ditambahkan ke dalamnya dengan seratus kedustaan .” [ Hadis Muslim].

Kadang-kadang ada orang menelefon meminta untuk ‘menilik’ dan mencarikan barang peribadi mereka yang hilang. Malangnya, disebabkan saya tidak mempunyai kasyaf yang cukup kuat untuk men’scan’ di mana terletaknya barang tersebut dan tidak juga menternak ‘khadam jin’ serta ilmu astrologi atau pun ilmu falak yang dakik (mendalam) untuk mencarinya maka saya katakan bahawa saya tidak berupaya mencarinya.

Walaubagaimanapun saya memberikan mereka satu senjata berbentuk doa yang menjadi amalan para awliya’ dan solihin yang terdapat di dalam kitab Bustanul Arifin (Taman Orang-orang yang A’rifin / Ahlillah / Awliya’ Allah) tulisan Imam an Nawawi. Imam Nawawi meriwayatkan doa ini daripada kitab Risalah al Qusyairiah tulisan Imam Abul Qasim al Qusyairi radiyAllahu anhu di dalam bab ‘Karamah Awliya’. Doa itu adalah:



َيا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَّ رَيْبَ فِيهِ اِجْمَعْ عَلَيَّ ضَٓالَّتِي


“ Ya Jami’an Naasi li yaumil la raiba fihi, ijma’ alayya dhollati”

Maksudnya: “ Wahai Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya,himpunkanlah aku dengan barang aku yang hilang itu.”

Berkata Imam Nawawi:
“ Sebenarnya doa ini telah saya cuba maka saya mendapatinya sangat bermanfaat dan menjadi sebab untuk mencari barang yang hilang itu dengan tidak bersusah payah mencarinya. Barang itu juga tidak jauh dari tempat yang kita sangka. Saya juga telah mendengar perkara yang sama daripada Sheikh al Hafiz Abu Baqa’ ketika beliau mengajarkan doa ini dahulu kepada saya.”

Amalkan doa ini selepas solat atau bila-bila masa. Saya sendiri mempunyai pengalaman yang ajaib apabila mengamalkan doa ini. Setakat ini, setiap barang saya yang hilang semuanya telah dijumpai setelah membaca doa ini. Itupun dengan izin Allah dan ikhtiar kita dengan membaca doa yang telah menjadi amalan para awliya’ ini! Alhamdulillah!!!

Silalah amalkan! Insya Allah barang anda yang hilang akan dijumpai!!!

16 comments:

  1. Ustaz,tulisan dalam bahasa rabnya takde ke ustaz?Saya takut nanti saya tersalah sebut kalau dalam tulisan rumi.

    ReplyDelete
  2. اللهم يا جامع الناس لا ريب فيه اجمع علي ضالتي

    ReplyDelete
  3. terima kasih ustaz hayat,doa ini dah lama saya cari

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. tulisan tu ada sedikit kesalahan:

    اللهم يا جامع الناس ليوم لا ريب فيه , اجمع علي ضالتي

    ReplyDelete
  6. salam ustaz..kalau orang hilang leh gune doa ni ke?

    ReplyDelete
  7. ustaz..kalau saya baca doa ni utk ikhtiar utk dptkan moto adik kene curi ..insha'Allah buleh ke? maksud saya saya pon tolong amalkan skali..buleh ke?

    ReplyDelete
  8. salam ustaz kalo saya amalkan doa ni bole ke cari balik org yang ambil duit saya sebanyak rm20k ..

    ReplyDelete
  9. اَلَّلهُمَّ جَامِعُ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَّ رَيْبَ فِيهِ اِجْمَعْ عَلَيَّ ضَٓالَّتِي
    Allahumma Jaa mi ‘unn naasi li yaumil la ra aiba fiihii Ijma’ ‘alaayya dhoollatii. (kenapa ayat di atas lain sebutannya?

    ReplyDelete
  10. Jangan lupa solat hajat, bernazar dan sedekah tiap2 hari... Teks asal Ya Jamiannasi.. tetapi kalau nak tambah Allahumma Ya Jamiannasi pun tak mengapa..

    ReplyDelete
  11. َيا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَّ رَيْبَ فِيهِ اِجْمَعْ عَلَيَّ ضَٓالَّتِي

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum ustaz . Saya ada masalah yang sangat serious dan lama sudah saya pendam & tanggung seorang diri . Saya harap uztaz boleh bantu

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...