**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

12 November 2009

Teguran terbuka kepada orang Temerloh!


Al kisahnya bermula apabila sebuah sekolah yang terletak di seberang Temerloh mengalami insiden histeria. Maka berbondong-bondonglah perawat Islam datang terutamanya dari Darul.... dan Darul....... . Tak ketinggalan ustaz-ustaz, tok imam,bekas imam dan sebagainya mencuba nasib di sekolah tersebut..... Malah seorang tokoh agama Malaysia merangkap tokoh perawat Islam juga berkunjung ke sekolah terbabit...Khabarnya beliau juga ditendang..... dan bermakna masalah masih berlanjutan....

Nak dijadikan cerita keadaan makin meruncing dan tidak terkawal sedangkan musim peperiksaan menjelang tiba.

Diri ini tertanya, apakah diri ini tidak akan dipanggil. Maklumlah rumah mak dekat je sekolah tersebut... Hari demi hari berlalu, kejadian demi kejadian hanya sampai ke hujung telinga sahaja. Tak lebih dari itu....

Mujurlah ada cikgu yang sudi berhubung dan memberitahu perkembangan semasa sekolah terbabit... Rupa-rupanya isu yang dimainkan di sekolah adalah,.....

"TAK GUNA PANGGIL USTAZ-USTAZ DAN PERAWAT ISLAM. TARA DATO.................... MAI MENGUBAT PUN TAK JALAN....!!! INIKAN ORANG LAIN!!!LEBIH BAIK PANGGIL BOMOH"

Ooooh, itu isunya...Isu ini dibawa oleh ibu bapa. Tak ketinggalan cikgu2 dan ustaz ustazah pun turut berpendapat begitu!!! Amat menakutkan!!!!

......Persoalannya; akidah kita bagaimana? Ustaz / Dato' yang menyembuh atau Allah Rabbul Jalil? Kita sebagai manusia kan wajib berikhtiar dengan saluran yang betul!!!!

Darul Hikmah pun tak dipanggil.. Tidak mengapa, Ustaz Malek bagitau orang yang macam ni biarkan sahaja dengan labu-labunya...Kita kesian la tapi tak rugi apa-apa...yang rugi depa juga... Saya pun jadi tak lalu untuk ke sekolah terbabit walaupun sekiranya dijemput....Nak buat macam mana; dah merajuk....

Malam tadi dilaporkan kepada saya ada satu team bomoh bertandang ke sekolah terbabit siap dengan botol2 nya....Haaiiii tak tahu laa, berapa banyaklah pula jin bomoh2 yang diimport masuk....

Saya agak terkilan kerana perawat Islam tidak diberikan ruang dan peluang yang seluasnya untuk berjuang dan menabur bakti di tempat sendiri. Tak tunggu saya, sape2 lah pun yang bergelar perawat Islam sepatutnya dihargai...Bukan dihina dan dibangkitkan isu2 yang pelbagai.

Patutlah pusat rawatan di TJ semenjak dua menjak ni lengang saje...Nampaknya orang Pahang khususnya di Temerloh lebih suka melanggan bomoh....

Saya tidaklah mengaku saya hebat, saya tak pandai dan saya tidak mengaku kalau saya mengubat memang wajib sembuh. Belum tentu kalau saya ke sekolah terbabit masalah akan selesai... Saya akui!!!!... Kerana semua kesembuhan adalah di tangan Allah semata-mata berdasarkan kemurnian perubatan dan niat perawatnya... Tak gitu!!!

Namun kaedah Quran yang diguna sudah tentu hebat kerana al Quran adalah sumber kesembuhan yang hebat. KALAMULLAH!!! Mukjizat nabi terbesar...!!!!

BUKANKAH AL QURAN ADALAH SYIFA' DAN RAHMAT KEPADA ORANG YANG BENAR-BENAR BERIMAN!!!!

Kalaupun pesakit tidak sembut setelah berikhtiar dengan al Quran, adakah bermakna Quran tidak hebat dan sabda Nabi saw bahawa sebaik-baik penyembuhan adalah al Quran tidak benar??????? Sudah tentu TIDAK!!!!... Sudah tentu ia ada kaitan dengan kerohanian dan keyakinan perawat atau rawatan yang patut dikenakan mesti diulang secara intensif atau atau atau dan atau lagi..... 1001 alasan lagi.

Sebenarnya Allah tidak memberi keizinan lagi untuk sembuh!!!! Allah suruh anda semakin kuat bermujahadah dan lebih berpaut kepadaNYA!!! MengharapkanNYA!!!

Ini kafarah dosa anda!!!!

Yang lebih penting akidah kita jangan tersasar... Ini kerana YANG MAHA PENYEMBUH adalah Allah Taala semata dan bukan manusia.... Manusia hanya berikhtiar....dan ikhtiarnya juga hendaklah selari dengan al Quran dan as Sunnah...


Ada orang sound saya:

1) Ustaz mengubat dengan al Quran lambat jadi. Lebih baik guna jurus silat atau khadam. Sekali NGAP......zussssssssss!!!! Terus lega.....

2) Buat apa pasang ayat al Quran (ruqyah syariyyah) di sekolah terkena histeria.....sakit la jin tu nanti.....kenapa nak ISA kan jin... pujuk la sembang dulu...diplomasi la... Jangan seksa jin dengan al Quran...

Terkejut saya.....!!!! Isu ni saya akan kupas nanti....

Apapun inilah mentaliti orang di tempat saya, BANDAR IKAN PATIN, TEMERLOH, PAHANG...

Orang Temerloh jangan marah ye.... Saya bukan nak cari gaduh dengan sesiapa.....saya tak suka cari pasal ye.... sekadar teguran terbuka kepada orang Temerloh, Bandar Ikan Patin........... :)

3 comments:

  1. Hanya kepada orang Temerloh sahaja ke Ustaz. Saya rasa anggapan Ustaz tidak tepat.
    Semasa saya di Utara Negera kita, bomoh Siam yang dipuja. Kalau ke Selatan dan Tengah, bomoh - bomoh Jawa pula dijunjung.
    Sebenarnya ianya berlaku di seluruh dunia, amalan yang menggunakan Al Quran terpinggir. Mengapa? saya rasa Ustaz lebih arif.
    Dan menjadi tanggungjawab kita terus berjuang dan memperkembangkan penggunaan ayat - ayat Al Quran sebagai penawar.

    ReplyDelete
  2. ye betul, semasa saya menulis post ni post ni pun saya sedar orangmelayu keseluruhannya masihi kuat berbomoh.....sebenarnye semua orangkita begitu...sya pun pernah dok kedah dan mebgubat di sana mmg begitu..cuma perbezaannya perawat islam di sana agak laku di sana....

    saya saja highlightkan temerloh sebab orang tempat saya dipertanggungjawakan.....kena la taukid sikit...

    lagipun insiden di sekolah tu dah jadi bualan seluruh malaysia...

    apapun syukran taujihat tuan Kekacang...!!!

    ReplyDelete
  3. Salam ustaz. Saya orang temerloh yang dekat dgan sekolah yang dimaksudkan. adakah ustaz memperolehi maklumat dari sumber yang benar.adakah ustaz nak menyatakan pentadbir dan ustaz ustazah sekolah terbabit tidak mempercayai perubatan islam.
    apa yang saya faham dari komen ustaz, ustaz seolah2 kecewa kerana tidak diberikan ruang.adakah ustaz tahu kisah sebenar.
    sehingga hari ini saya tidak kenal pusat rawatan darul hikmah, jika tidak kerana ada rakan yang mempersoalkan komen ustaz. jadi tidak menjadi pelik kalau pihak berkaitan tidak menjemput pihak ustaz kerana kami memang tidak tahu wujudnya pusat rawatan ini.
    janganlah dek kerana kita telah berjaya merawat ribuan orang. kita mula merasa besar diri. jika orang tidak memilih kita, kita mula berasa mereka sebenarnya tidak memilih orang yang tepat.
    ustaz lebih arif.
    kita hamba yang perlu mengakui kelemahan diri. mungkin kita berasa kita hebat, janganlah merendahkan orang lain.
    berrfikirlah dengan kerendahan hati.
    pihak sekolah sangat memerlukan bantuan sesiapa yang berkelayakan dalam hal ini.
    jadi tidak hairan sesiapa yang dikatakan arif akan dijemput.tetapi tidak pulak saya dengar mereka lebih mempercayai bomoh2 syirik.
    saya mohon pihak ustaz datanglah bertanya jika boleh menghulurkan bantuan.jika tidak mahu.lebih baik jangan komen yang akan merendahkan diri sendiri pada mata orang lain.
    ustaz kena tahu.pihak sekolah sedang bertungkus lumus menangani masalah ini.jadi kita hanya berusah, Allah jua yang menentukan.
    Saya jemput ustaz untuk membantu jika ustaz ikhlas. Dan jangan mengambil maklumat dari sumber yang tidak siqah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...