**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

08 February 2011

Kelas Tafaqquh Perubatan dan Sambutan MaulidurRasul saw KISWAH

"Sesiapa yang menyumbangkan satu dinar untuk menyambut Maulidur Rasul saw maka seolah2 dia telah menyumbangkan segunung Uhud emas fi sabiliLLAH - Saidina Abu Bakar ra."

Assalamualaikum semua...

Kepada semua ahli kelas KISWAH, sahabat seperjuangan Temerloh, Kuantan, Raub, Jengka, Raub, Bentong, Kota Tinggi, Sg Besar dan Teluk Intan...

Insya Allah minggu ini pada 12 Feb 2011 bertempat di Pusat Rawatan KISWAH Temerloh akan diadakan Kelas Tafaqquh Tibb Nabawi dan Majlis Sambutan Maulidur Rasul saw peringkat KISWAH...

Tentatif:

3.00 ptg: Rawatan kepada pesakit yang datang ke pusat rawatan


7.30 mlm: Solat Maghrib dan Kelas Tafaqquh

9.00 mlm: Solat Isyak dan Sambutan Maulidur Rasul:

- Bacaan Ratib Haddad dan pengijazahan

- Bacaan Syamail Muhammadiah Imam Tirmizi dan penceritaan kelahiran Nabi Muhammad saw

- Maulid Daibaie

Penutup dan Jamuan Ringan...

Semua anak2 murid kelas tafaqquh KISWAH dijemput hadir...

"Selamat Menyambut Maulidur Rasul saw 1432.. Semoga bertambah kecintaan kita kepada baginda Rasul saw... Cinta kpd baginda saw bermakna CINTA KEPADA ALLAH...."

Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...