**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

30 May 2013

KISWAH di Berita Harian Edisi Jumaat 31 Mei 2013; Ruangan Famili; Sihir Cinta dan Penangguh Jodoh

BERITA HARIAN EDISI JUMAAT 31 MEI 2013 Ruangan FAMILI

Sihir cintaPenangan ilmu sihir mencetuskan rasa benci dalam diri pasangan. - Gambar hiasan
Azizah, 45, (bukan nama sebenar), dikenali seorang yang peramah, cantik, bijak dan memiliki kewanitaan yang didamba lelaki. Bidang tugasnya yang sering berhubung dengan orang ramai menjadikan dia disenangi, malah ramai lelaki yang tertawan dan ingin menyunting sebagai isteri. 

Cintanya dengan Mazlan paling hangat. Mereka bertunang dan hampir berkahwin, tetapi akhirnya terputus atas sebab yang tidak pasti. Sejak itu bukan tidak ada lelaki yang hadir dalam hidupnya, tapi semuanya seakan tidak serasi dan ditolaknya. 
Ada kalanya, Azizah suka dan amat merindui teman lelakinya, tapi akhirnya bertukar benci. Dalam usia sebegitu, sebenarnya wanita patutnya semakin resah sedang tidak juga berkahwin sedang usia beranjak dari setahun ke setahun. Bukan sengaja menolak jodoh atau ingin digelar andartu, tapi dia sendiri pun tidak mengetahui mengapa dirinya dibelenggu perasaan begitu. 


Malah, wanita tinggi kurus lampai ini selalu melawan gejolak jiwanya dan memberontak supaya hasrat untuk berkahwin dengan mana-mana lelaki tidak wajar diteruskan. 

Kata Azizah, fikirannya selalu runsing manakala badannya terasa lesu dan pernah beberapa kali meracau serta bertukar menjadi murung. Badannya juga sakit dan paling teruk, sering bermimpi bukan-bukan termasuk hamil dan mendukung bayi. 

Katanya, selepas mendapatkan rawatan perubatan Islam barulah dia mengetahui semua itu berpunca daripada sihir pelalau yang dititipkan kepadanya melalui makanan. 

Kemudian baru menyedari ia angkara rakan karibnya yang juga menyimpan perasaan dendam padanya. Semua berpunca, kisah 12 tahun lalu apabila rakannya dalam diam cemburu pada Azizah yang sentiasa disenangi hampir semua rakan lelaki mereka. 
Jiwa kacau 

Apa yang terjadi kepada Azizah bukanlah perkara pelik, malah ia tidak mustahil boleh berlaku kepada sesiapa saja. Pelalau adalah satu istilah dalam ilmu kebatinan Melayu yang membabitkan sihir. 

Kesan daripada sihir itu akan menyebabkan terkunci nafsu atau tabiat orang yang terbabit mungkin akan berubah seperti menjadi pendiam, tidak aktif, murung, menyendiri dan ada yang bertindak di luar kebiasaan, akibat daripada tekanan jiwa ataupun akibat sihir pelalau, atau kerana kedua-duanya. 

Selain daripada pelalau kunci nafsu kahwin, sihir jenis ini juga boleh menyebabkan berlakunya halangan menyebabkan usaha untuk menemukan jodoh seseorang itu tidak kesampaian. Inilah yang berlaku pada Azizah tanpa disedarinya. 

Menurut ulama, perkataan sihir dari segi bahasa bererti terdapatnya sesuatu yang amat halus sedang bersembunyi dan kehadirannya tidak dapat dikesan dengan pancaindera. 

Takrifan sebahagian ulama pula mendakwa sihir merujuk kepada azimat, pelbagai jampi mantera dan simpulan tali yang dapat memberikan kesan yang nyata kepada jiwa, akal dan badan seseorang. 

Biarpun kemajuan teknologi semakin menghiasi muka bumi, kecanggihannya masih tidak dapat mengesan punca penyakit atau gerak laku individu terkena sihir. 

Sebagai contoh, seseorang menderita kesakitan namun diagnosis doktor mendapati tiada masalah kerosakan atau kegagalan saraf pada diri pesakit. Begitu juga mungkin isteri tiba-tiba benci kepada suaminya tanpa sebarang perkelahian atau perselisihan pendapat antara mereka. 

Begitu juga sihir boleh menyebabkan seseorang menderita sakit di bahagian tertentu badan atau seluruh badan atau menyebabkan anggota tertentu badannya menjadi lumpuh tanpa sebab yang jelas. Antara sihir yang kerap ditemui dalam masyarakat kita ialah sihir pelalau, santau dan pukau. 

Liat jodoh 

Sihir boleh menyebabkan seseorang tidak waras atau membuatkan fikirannya celaru, boleh menimbulkan rasa cinta berahi atau benci tanpa sebab yang jelas serta membuatkan badan sakit. 

Pastinya, apabila bercerita mengenai sihir penyekat atau penghalang jodoh yang lebih dikenali pelalau dalam kalangan masyarakat bukan perkara luar biasa di telinga. 

Menjelas lanjut mengenai sihir tatiluz zawaj, Pengasas dan Pengerusi Pertubuhan Pengamal Perubatan Islam Ruqyah Syariyyah Malaysia (Kiswah), Hayat Abdul Rahman, berkata kesan daripada masalah itu individu tidak menemui jodoh sehingga lanjut usia atau sampai ke hujung nyawa bergantung sama ada terkena gangguan atau tidak. 

Soal jodoh sememangnya kuasa Allah. Kelewatan bertemu jodoh boleh juga disebabkan ga gangguan jin atau sihir yang dihantar baik menerusi bantuan makhluk halus atau sebaliknya secara santau. 

Pembabitan sihir ini boleh dibahagi kepada sama ada membabitkan gangguan jin atau dihantar oleh orang yang membuat onar, jelasnya ketika dihubungi, baru-baru ini. 

Sihir penyekat jodoh 

Hayat berkata, sihir penyekat jodoh boleh berlaku kerana munculnya hasad dengki dalam kalangan saudara, pasangan atau sesiapa saja apabila pujaan hati tidak dapat dimiliki atau juga menolak lamaran dikemukakan. 

Sihir pelalau membuatkan seseorang berat hati untuk menerima cinta baru dan juga boleh menjadikan seseorang itu hilang perasaan terhadap jantina berlainan jika kisahnya teruk. 

Allah menjadikan fitrah kita untuk menyukai jantina berlainan. Sihir ini juga mampu menutup hati wanita dan buka kepada sesama jenis berdasarkan pengalaman saya sendiri. 

Sihir penghalang jodoh ini juga membuatkan wanita untuk menolak lamaran sama ada kerana kehadiran jin Asyik yang menutup pintu hati untuk meneruskan perasaan cinta terhadap manusia atau pun jin yang dihantar oleh tukang sihir, katanya. 

Rasa benci mula timbul 

Kehadiran sihir mampu mengubah sikap dan keinginan seseorang hingga mereka tutup hati sepenuhnya terhadap persekitaran dan untuk menerima lelaki dalam hidupnya. 

Hayat berkata, individu dikenakan sihir pelalau, lazimnya akan hilang rasa kasih mereka kepada pasangan malah melihat pasangan seakan sesuatu dibenci dan ada juga berubah nafsu hingga mereka memilih untuk berkongsi kasih dengan kaum sejenis. 

"Berdasarkan pengalaman dikongsi pesakit, tanpa mereka sedar perasaan sayang yang dicurahkan kepada pasangan mereka merubah benci malahan melihat cinta hati seakan haiwan dan hodoh. 

"Sihir itu juga menjadikan mereka cenderung melupakan perkara sunat iaitu berkahwin dan memilih untuk memberi fokus pada kerjaya dan kehidupan sendiri. 

"Bahkan, ada mengalami gangguan ketika majlis akad nikah dan ada juga pula mengamuk pada detik itu hingga hubungan sedia ada putus. 

Cara rawatan 

Bahana yang dicetuskan sihir terlalu besar dan merugikan di akhirat nanti. Justeru, kita semua mesti menjauhi sihir yang membawa kepada syirik dan sentiasa bersandar dan meletakkan harapan sepenuhnya kepada Allah dalam merungkaikan apa saja masalah membelenggu diri. 

Katanya, jika mula terasa wujudnya perasaan pelik dalam setiap perhubungan yang terputus biarpun puas cuba untuk menerima pasangan, individu disaran mengambil langkah mencari penyelesaian menggunakan perkhidmatan pakar perubatan Islam. 

"Memang sukar untuk mengetahui sama ada kita terkena sihir atau sebaliknya. Tapi jika dengan berkat keizinan Allah dan usaha pesakit sendiri, Insya Allah sihir boleh disingkirkan dari tubuh. 

"Antara tanda yang boleh diteliti adalah seperti mimpi melihat haiwan liar dan berbisa, melihat bayi dan api serta ketap gigi. Tanda itu juga boleh dirasai ketika sedar termasuk sakit tulang empat kerat, sakit pelikat, ketumbuhan, sawan dan gelisah mendengar ayat al Quran, sebaiknya cari penawarnya," katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...