**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

04 January 2014

Jemputan Sambutan Mawlidurrasul 1435H di KISWAH Temerloh 13 Januari 2014


Semua Dijemput Hadir....
Sambutan Mawlidurrasul Peringkat Pertubuhan Pengamal Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Malaysia (KISWAH) 1434

13 Januari 2014 bersamaan Malam 12 Rabiul Awwal
Bertempat di Pusat Rawatan Islam KISWAH

Jemputan: Semua Ahli KISWAH dan Masyarakat Umum.

Tentatif:

Malam:
7.15: Solat Maghrib Berjemaah
Pembacaan kisah kelahiran Rasulullah
8.30: Solat Isyak Berjemaah
Khatam Khawajakan
Solat Tasbih
Pembacaan Maulid ad Daibaie
11.00: Jamuan
12.00: Bersurai

Kelebihan Menyambut Maulidurrasul saw Mengikut Khulafa’ ar Rasyidin


Berikut ini adalah beberapa perkataan 4 sahabat khulafa’ ar rashidin ridiyALLAHU anhum ajmaien yang menyentuh berkenaan kelebihan menyambut maulid nabi besar Muhammad sholallahu ‘alaihi wasalam:...

Saidina Abu Bakar ash-Shiddiq radiyALLAHU anhu:
Telah berkata Sayyidina Abu Bakar As-Shiddiq: “Barangsiapa yang menafkahkan satu dirham bagi menggalakkan sambutan Maulid Nabi saw., maka ia akan menjadi temanku di dalam syurga.”

Saidina Umar bin Khottob al-Faruq radiyALLAHU anhu:
Telah berkata Sayyidina ‘Umar: “Siapa yang membesarkan (memuliakan) majlis maulid Nabi saw. maka sesungguhnya ia telah menghidupkan Islam.”

Saidina Utsman bin ‘Affan Dzun-Nuraini radiyALLAHU anhu:
Telah berkata Sayyidina Utsman: “Siapa yang menafkahkan satu dirham untuk majlis sambutan maulid Nabi saw. maka seolah-olah ia menyaksikan peperangan Badar dan Hunain”

Telah berkata Saidina ‘Ali Karram ALLAHU wajhahu:
“Siapa yang membesarkan majlis maulid Nabi saw. dan karenanya diadakan majlis sambutan maulid, maka dia tidak akan keluar dari dunia melainkan dengan keimanan dan akan masuk ke dalam syurga tanpa hisab”.

(sumber dari kitab anni’matul kubro ‘alaa al-’aalam fii maulid sayyidii waladii aadam karya Imam Syihabuddin Ahmad ibnu Hajar al-Haitami as-Syafii


p/s: Jemputan Temerloh Bersolawat di Pusat Rawatan Islam KISWAH Temerloh Pahang Sempena Sambutan Maulidurrasul saw pada 13hb Januari 2014 Selepas Maghrib… Jumpa di sana…. www.rawatanislam2u.com.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...