**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

23 July 2014

Dalil Dibolehkan Memasang Pelita Pada Malam Tujuh Likur Jika Tidak Mempunyai Fahaman Karut


(Nak buat takpe, tak buat takpe..takde sapa paksa... Yang buat tak pernah pula dengar kata wajib, yang tak nak buat, jangan pula dikata syirik dan haram. Barulah rukun dan bersatu anak beranak, keluarga dan masyarakat kita...)

"Asal sesuatu hukum itu adalah harus; kecuali didatangkan kemudiannya dalil mengatakan ia haram. Malam 7 Likur.. Pasang pelita.. Bagi saya tidak menjadi satu kesalahan. Mengatakan ia sebagai amalan hindu, menerangi rumah supaya roh keluarga yang sudah pergi, mampu jumpa jalan lantas datang menjenguk, malaikat nampak sikit rumah kita bila pasang pelita adalah kata2 penghinaan, perli dan fitnah kepada amalan yang baik ini. Maka, takdirnya, jika ada orang yang berpegang begitu; memang tidak syak lagi ia salah. Jika tiada; maka tidaklah mengapa...

Malah sesuatu yang nabi saw tak buat tidak boleh diistinbatkan ia haram.. Kaedah Usul Fiqh menyatakan; " Tarkus Syai' (binnisbati ilan nabi saw) la yaqtadi tahrimahu." Sesuatu yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad saw; tidak boleh dihukumkan kesemuanya haram.. (Nabi saw tak pernah buat, jadi haram hukumnya kita buat:) Ini satu kaedah fiqh yang salah.. Jika tidak, banyaklah benda haram yang kita buat sebab nabi saw tidak pernah buat..

Orang dulu pasang pelita, lampu dan sebagainya khusus pada malam2 likur (malam ganjil 10 terakhir bulan Ramadhan; 21; 1 likur, 23; 3 likur, 25; 5 likur, 27; 7 likur, 29; 9 likur) ada sebab2nya:

1) Memeriahkan malam2 terakhir bulan Ramadhan. Kalau di Mesir, mereka memasang 'tanglung arab'; dipanggil 'FANOOS' adalah amalan biasa mereka di sana. Khusus untuk membangkit biah meriah di dalam hati muslimin di sana. Al kisahnya seorang pembesar Mesir pada abad ke-10 bernama Al Hakim Biamrillah yang mahu menyalakan lampu jalan-jalan di Kaherah pada malam Ramadan. Dia mengarahkan semua ahli jemaah masjid menggantung tanglung yang boleh diterangi dengan lilin.

2) Mewujudkan feel dan biah 'jaga malam' untuk beramal ibadah. Malam tidak gelap gelita lantaran ada orang yang bangun untuk beramal ibadah; maka mereka memasang pelita lampu untuk tujuan memudahkan aktiviti dan urusan di malam hari.

3) Orang2 kampung dulu sangat prihatin kepada mereka yang beriktikaf di masjid. Lantaran itu mereka ingin mendapat sahamnya dengan menerangi jalan-jalan kampung agar memudahkan orang kampung menuju ke masjid surau tanpa perlu membawa lampu picit, obor dll.

4) Mengkhususkan pasang pada 27 Ramadhan pun tiada salahnya.. Lebih2 lagi ada qaul mengatakan bahawa malam Laylatul Qadar banyak terjadi pada malam 27. Qaul yang paling diterima pakai adalah malam2 ganjil 10 malam terakhir Ramadan. Apapun pendapat malam 27 ada sandarannya.. Tetapi tidaklah muktamad.

Daripada Ibn Umar r.a bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda :

ليلة القدر ليلة سبع وعشرين
lailatul qadar ialah malam ke 27

(Direkodkan oleh Imam Ahmad 4793 daripada hadis Ibn Umar dengan sanad sahih, dan Abu Dawud1386 daripada hadis Mu’awiyah bin Abi Sufyan)
Imam Muslim merekodkan (762) daripada Ubay bin Kaab r.a. bahawa beliau pernah bersumpah mengatakan malam 27 adalah malam lailatul qadar.

begitu juga Ibn Abi Shaibah meriwayatkan daripada Zurr bahawa beliau pernah ditanya tentang lailatul qadar, maka jawabnya :
“Adalah Umar, Huzaifah dan sebahagian sahabat tidak menyesyaki lagi bahawa malam 27 adalah lailatul qadar”
(al-Durr al-Manthur, tafsir surah al-Qadr)

Antara dalil-dalil syarak yang boleh dijadikan hujah ialah kisah seorang lelaki yang bermimpi melihat malam qadar pada malam 27 ramadan,
lantas Nabi bersabda :

أرى رؤياكم في العشر الأواخر فاطلبوها في الوتر منها
Aku melihat mimpi-mimpi mu pada sepuluh terakkhir maka carilah nya pada malam-malam witir daripadanya
(Bukhari 2015)

Sesetengah tempat; seperti di Mesir seolah2 telah menetapkan malam 27 itulah malam Lailatul Qadar.(Di luar negara khususnya Arab dan Turki malam 27 adalah malam semalam). Antara dalil yang digunakan oleh sebahagian ulamak adalah rahsia di dalam Surah al Qadr.

Lailatul Qadr disebut 3 kali di dalam al Quran dan ejaan setiap lailatul qadar di dalam bahasa Arab adalah 9 huruf. Jadi 9 x 3 kali adalah = 27...

Mantan Mufti Mesir; Sh Dr Ali Jumaah dalam kitab himpunan fatwanya; ad Din wal hayah menyatakan:Pernah sekali Saidina Jabir RA bersumpah bahawa malam Laylatul Qadar adalah pada malam 27. Hendaklah kita berjaga2 pada sepuluh malam terakhir. Khususnya pada malam ganjil.'Khususnya pada malam 27 atau 29'"

Apapun hukumnya tak lah wajib mahupun sunat. Harus je. Bila bab harus ni, nak pasang tak pe.. tak pasang pun takpe.. Jangan mewajibkan sesatu yang sedia tak wajib, dan jangan pula mengharamkan sesuatu yang tak diharamkan Tuhan.. Janganlah sampai membidaah, menyesat dan mengkafirkan tok, nenek, pak sedara, mak sedara, sepupu sepapat kita yang masih beramal dengan pemasangan pelita ni. Malah menyamakan mereka sedarjat dengan penganut Hindu dll.. Berat tu bro....

Teruskanlah amalan memasang pelita ni.. Insya-Allah kheir..


(Nak buat takpe, tak buat takpe..takde sapa paksa... Yang buat tak pernah pula dengar kata wajib, yang tak nak buat, jangan pula dikata syirik dan haram. Barulah rukun dan bersatu anak beranak, keluarga dan masyarakat kita...)

Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...