**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

23 September 2014

Kaedah Mencari Barang Hilang (2)





Larangan mendatangi tukang nujum

    عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ الْكُهَّانَ كَانُوا يُحَدِّثُونَنَا بِالشَّيْءِ فَنَجِدُهُ حَقًّا قَالَ تِلْكَ الْكَلِمَةُ الْحَقُّ يَخْطَفُهَا الْجِنِّيُّ فَيَقْذِفُهَا فِي أُذُنِ وَلِيِّهِ وَيَزِيدُ فِيهَا مِائَةَ كَذْبَةٍ

    Dari ‘Aisyah, dia berkata; “Aku pernah bercerita kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, bahwa para tukang tenung berkata begini dan begitu dan kadang kami lihat kenyataannya memang benar.” Sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam: ” Kata-kata yang benar itu ditangkap oleh bangsa jin, lalu dibisikkannya ke telinga tukang tenung dan ditambahkan ke dalamnya dengan seratus kedustaan .” [ Hadis Muslim].

KAEDAH:

1) Kadang-kadang ada orang menelefon meminta untuk ‘menilik’ dan mencarikan barang peribadi mereka yang hilang. Malangnya, disebabkan saya tidak mempunyai kasyaf yang cukup kuat untuk men’scan’ di mana terletaknya barang tersebut dan tidak juga menternak ‘khadam jin’ serta ilmu astrologi atau pun ilmu falak yang dakik (mendalam) untuk mencarinya maka saya katakan bahawa saya tidak berupaya mencarinya.

Walaubagaimanapun saya memberikan mereka satu senjata berbentuk doa yang menjadi amalan para awliya’ dan solihin yang terdapat di dalam kitab Bustanul Arifin (Taman Orang-orang yang A’rifin / Ahlillah / Awliya’ Allah) tulisan Imam an Nawawi. Imam Nawawi meriwayatkan doa ini daripada kitab Risalah al Qusyairiah tulisan Imam Abul Qasim al Qusyairi radiyAllahu anhu di dalam bab ‘Karamah Awliya’. Doa itu adalah:

يا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَّ رَيْبَ فِيهِ اِجْمَعْ عَلَيَّ ضَالَّتِى

“ Ya Jami’an Naasi li yaumil la raiba fihi, ijma’ alayya dhollati”

Maksudnya: “ Wahai Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya,himpunkanlah aku dengan barang aku yang hilang itu.”

Berkata Imam Nawawi:
“ Sebenarnya doa ini telah saya cuba maka saya mendapatinya sangat bermanfaat dan menjadi sebab untuk mencari barang yang hilang itu dengan tidak bersusah payah mencarinya. Barang itu juga tidak jauh dari tempat yang kita sangka. Saya juga telah mendengar perkara yang sama daripada Sheikh al Hafiz Abu Baqa’ ketika beliau mengajarkan doa ini dahulu kepada saya.”

Amalkan doa ini selepas solat atau bila-bila masa. Saya sendiri mempunyai pengalaman yang ajaib apabila mengamalkan doa ini. Setakat ini, setiap barang saya yang hilang semuanya telah dijumpai setelah membaca doa ini. Itupun dengan izin Allah dan ikhtiar kita dengan membaca doa yang telah menjadi amalan para awliya’ ini! Alhamdulillah!!! 

2) Bernazar: Sekiranya berjumpa; saya akan berpuasa sehari, menjamu fakir miskin dan lain2. Sekadar kemampuan kita.

3) Sedekah tiap2 hari dengan niat:
     a) Panjang umur dalam ketaatan kepada Allah
     b) Terangkat bala' ujian yan tak mampu dihadapi; seperti sakit, barang hilang dll


4) Jangan ada unsur menilik. Sekali menilik khuatir tak jumpa sampai sudah dan mendapat kemurkaan Allah. Syirik hukumnya.

5) Redha ketentuan Allah Taala kepada kita.. " Hilangnya harta kita bermakna, Allah Taala menolak ujian yang lebih besar. Memanjangkan umur, menyihatkan tubuh, mengelakkan kemalangan dan menyembuhkan penyakit."

6) Doa lembutkan hati pengambil supaya memulangkan barang kita...


اللَّهُمَّ يَا مُحَوِّلَ الأَحْوَالِ حَوِّلْ, وَيَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ قَلِّبْ

Maksudnya:" Ya Allah yang Maha Menukarkan satu keadaan kepada keadaan yang lain; TUKARKAN, yang Maha Membolak Balikkan hati.. Balikkan hatinya (untuk memulangkan barang tersebut)."

7) Bertawakkal kepada Allah Taala.. Serahkan keputusan 'jumpa atau tidak' kepada Allah Jalla Jalaluh..

Silalah amalkan! Insya Allah barang anda yang hilang akan dijumpai!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...