A) Bacaan Ruqyah kepada bayi
B) Ibu dan bapa sedekah setiap hari dengan niat anak berhenti menyusu
C) Baca ayat pelembut hati kepada bayi. Paling kurang Surah as Syarh
D) Ibu dan bapa selalu bercakap dalam hati kepada bayi untuk lembut hati lantas berhenti menyusu
E) Bernazar. Sekiranya berhenti menyusu akan berpuasa sehari atau lain2.
F) Berdoa dan solat hajat.
Fatimah jadi model |
TIPS BAYI BERHENTI MENYUSU
1. Beritahu anak kenapa kena berhenti
Cakaplah dengan anak, “Syifa’ dah besar, dah pandai minum susu dalam botol, tak boleh minus susu ummi dah”. Cakaplah baik-baik dan layanlah kerenah anak kalau mereka meminta-minta nak susu.Anak kena faham dan bersedia untuk berhenti menyusu. Emosi dan perasaan mereka kena jaga supaya nanti anak tak buat hal.
2. Kurangkan dahulu, jangan berhenti secara mendadak
Peringkat nak berhenti menyusu nie lama. Jangan terus berhenti dan buat tak layan je anak nak menyusu. Buat tak tahu je anak menangis walaupun nak susu. Janganlah paksa anak minum susu botol sebab kita nak wean-off mereka. Fikirkanlah apa yang mereka akan rasa. Kesianlah anak kita tak betul-betul bersedia lagi.
3. Jangan offer kalau anak tak minta
Bila anak kita main, letak je botol susu di tempat berdekatan. Tengah-tengah dia main bagi dia minum susu botol kalau dia nak. Tapi, yang penting, jangan offer dan jangan tanya “Syifa’ nak susu?” Biarkan je. Kalau anak kita minta, baru bagi. Selagi boleh lengahkan dia tak menyusu, lengahkan je.
4. Lekakan anak dengan permainan ataupun makanan lain
Bagi anak kita main dengan mainan kesukaan mereka. Kalau mereka minta susu, bolehlah cakap “Jom main puzzle dulu nak. Kejap lagi la kita susu”. Kalau anak terima, baguslah. Kalau dia mula merengek nak juga, bagilah buat lepas gian
5. Pastikan anak kenyang makan sebelum menyusu
Sebelum anak kita menyusu, pastikan mereka dah kenyang makan. Nanti takde la diorang menyusu lama-lama. Kalau anak kita nak menyusu, suruh diorang makan dulu. “Syifa kena makan dulu, baru boleh susu tau”.
6. Jangan susukan anak lama-lama
Setiap sesi penyusuan, jangan susukan lama-lama. Beritahu anak kita awal-awal “Boleh susu kejap je tau”. Sebab tu la kita kena pastikan yang anak kita dah kenyang supaya takde la anak minum susu lama sangat sampat puas hati.
7. Ganti sesi penyusuan dengan susu formula/air lain
Kita nak anak kita suka susu formula, jadi kita boleh cuba bagi mereka sedikit demi sedikit susu formula. Jadi, takde la anak kita minta nak menyusu badan
8. Manjakan anak
Apabila anak kita menyusu, itulah masa anak kita bermanja-manja dengan kita. Tapi, bila dah tak dapat nak menyusu, hilanglah masa bermanja. Jadi, kita kena tukarkannya dengan manjakan anak dengan cara lain. Peluklah, ciumlah, geleteklah anak, apa-apalah asalkan anak kita masih dapat kasih sayang dan manja-manja tu.
9. Limit masa/tempat
Limitkan masa dan tempat adalah salah satu cara nak ceraikan susu badan. Kita boleh cakap “Syifa’ boleh menyusu masa nak tidur je ok” ataupun “Syifa tak boleh nak susu sekarang. Kita menyusu kat rumah kan?”. Sekurang-kurangnya anak kita tahu ada beberapa tempat je yang boleh nak minta menyusu.
.
Tak boleh berhenti terus untuk waktu siang dan malam serentak. Nanti anak mengalami gangguan emosi pula. Kesian kan? Berhentikan secara berperingkat. Kalau ibu dah bersedia nak berhentikan penyusuan pada waktu malam, ada juga beberapa perkara yang ibu boleh cuba.
10. Pastikan anak kenyang sebelum tidur
Sebelum anak kita tidur, pastikan dia dah minum susu formula dulu ataupun dah siap makan. Perut anak kena kenyang supaya mereka boleh tidur tanpa menyusu. Kalau anak kita menyusu pun, takde la lama sangat.
11. Susukan anak di tempat lain
Jangan susukan anak di dalam bilik tidur dalam keadaan gelap macam kita nak tidur. Susukan anak di tempat lain sebelum masuk bilik tidur. Masa dalam bilik nanti, layan anak sampai tertidur (kalau boleh la).
12. Minta suami layan dan tidurkan anak
Anak kita mesti nak susu sebelum tidur kan? Jadi, masa nie la nak minta tolong suami layan anak hingga tidurkan anak. Takde la anak kita ingat nak susu kalau mereka tidur dengan ayahnya.
Kalau anak bangun tengah malam pun, minta suami yang layan, buatkan susu botol, bagi susu dan tidurkannya semula. Kalau anak nak menyusu pun, perahlah susu dan minta suami bagikan.
Kalau tak jalan juga, barulah kita mengalah dan menyusukan anak.
Sebab itulah nak ceraikan susu untuk waktu malam nie ibu dan ayah kena bersedia sebab kes-kes begini. Kena layan kerenah anak nak menyusu tapi kita sebolehnya tak nak bagi. Tapi, tak leh nak marah mengamuk tau! Kena banyak sabar.
RUJUKAN: BLOG UMMU ZUHAYR….
No comments:
Post a Comment