Asslamualaikum tuan puan dan para muhibbin.
Acara : Hari Keluarga Majlis Tafaqquh Kiswah; NGO KISWAH
Tarikh : 4 Mac 2017
Kehadiran : Lebih 20 Keluarga
Lokasi : Pantai Sepat (Kg Kempadang) Kuantan
Imam Al Syafi'ie berpesan :
“Jika engkau punyai sahabat yang selalu membantumu dalam rangka ketaatan kepada Allah; maka peganglah dia erat-erat; dan jangan sesekali kau lepaskannya. Kerana mencari teman baik itu susah. Tetapi melepaskannya sangat mudah sekali”
Imam Hasan Al Bashri rahimahullah menasihatkan, “Perbanyaklah berteman dengan orang – orang yang beriman. Kerana mereka memiliki syafaat pada hari kiamat”
............................................................................
Segala puji bagi Allah kerana dengan izinNya terlaksana satu program yang cukup indah tersemat di sanubari kami ahli Majlis Tafaqquh Kiswah; kelolaan Pertubuhan Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Malaysia (KISWAH).
"Ukhwah fillah lestari selamanya menjadi syafaat ke syurga."
Kami dipertemukan Allah Rabbul Jalil dengan barakah al Quran dan Pengajian Kitab; Tafaqquh Fid Din. 2 tahun usia ukhuwwah yang terjalin dan 2 tahun juga lah
Kiswah Pengajian Al-Quran Temerloh beroperasi. Medium ilmu menyatukan kami. Walaupun kami datang dari background yang berbeza namun matlamat kami satu iaitu menggapai MARDHATILLAH. Sesuai dengan sabdaan baginda kekasih kami Rasulullah saw menuntut ilmu adalah kewajiban bagi setiap muslim.
Terima kasih JazakALLAH Khairal Jaza' diucapkan kepada semua ahli MTK di samping keluarga yang sanggup berkorban masa, tenaga, wang ringgit, dan segalanya untuk menjayakan Fourth Family Day yang serba singkat dan sederhana pada tahun ini.
Terima kasih kepada Saudara Hairul Faisal Handset yang menaja seekor kambing untuk dijadikan santapan BBQ. Besar pengorbanan beliau. Semoga murah rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Tidak lupa kepada jemaah muslimin, Madi, Duan, Gopeng dan Din yang memerap kambing pada malamnya.
Begitu juga Kak Syahrizan dan suami Abang Nizam serta Kak Liza Aziz dan suami Abang Bad yang bersusah payah menyediakan ayam perap. Kak Liza Farmasi Berkat dan Kak Azizah yang menaja ikan patin, Cikgu Ridhauddin dengan jagungnya..Serta semua ahli yang membawa POTLUCK yang tidak dapat saya sebutkan namanya satu persatu namun tidak mengurangkan sedikitpun penghargaan saya kepada mereka semua yang berjasa.
Mabrouk juga kepada ketua kelas Abg Duan dan Kak Timah yang banyak membantu serta semua ahli yang bersusah payah berabih untuk menjayakan. Semoga dinilai Allah sebagai amalan soleh di sisiNya.
Terima kasih kepada Tuan Timb Pengerusi Kiswah al Fadhil Ustaz
Zuhaidi Mukapit yang turut membantu dan ahli senior KISWAH Cikgu Tuan
Aredeep Haron yang turut meluangkan masa untuk hadir memeriahkan acara ukhuwwah ini.
Tak lupa kepada puan Bidadari Ustazah
Mulia Karimah yang menjadi mastermind di sebalik Family Day Keempat ini. Tanpa beliau maka program ini sukar terlaksana.
In sya-Allah tahun hadapan kita akan mengadakan sekali lagi Hari Keluarga yang kelima... Mungkin dalam suasana yang berbeza pula. Semoga dipanjangkan umur dimurahkan rezeki olehNya.
“Seorang mukmin terhadap mukmin (lainnya) bagaikan satu bangunan, satu sama lain saling menguatkan.” (HR. Al Bukhari dan Muslim).
“Perumpamaan orang-orang beriman dalam hal saling mencintai, mengasihi, dan saling berempati bagaikan satu tubuh. Jika salah satu anggotanya merasakan sakit maka seluruh tubuh turut merasakannya dengan berjaga dan merasakan demam.” (HR. Muslim)
......................................................................
Pengajian Al Quran dan Fardu Ain berkitab di bawah kelolaan Pertubuhan Pengamal Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Malaysia yang dinaungi oleb Sohibus Samahah Mufti Negeri Pahang. Kami adalah pertubuhan sah yang berdaftar di bawah ROS yang menjalankan aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan.
Pengajian Al-quran dewasa muslimin dan muslimat serta pengajian fardu ain dewasa berkitab dibuka kepada sesiapa yang berminat. Tidak mengenakan sebarang yuran khusus namun sumbangan dari tuan tuan sangat dialu-alukan. Maka atas hikmah tersebutlah ukhwah kami begitu erat seperti isi dengan kuku, dakwat dengan kertas
Loves and Salams;
Hayat Kiswah; Khuwaidim Tholabah Ilm as Syarif...
Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!
No comments:
Post a Comment