NOTA MINDA USTAZ
HAYAT 14: BERBEKAMLAH DENGAN TERTIB (PART 2)
Bilakah tarikh
yang sesuai berbekam?
Pada 15, 17 dan 21 hb Qamari atau kalender hijri setiap bulan.
Hari apakah yang sesuai untuk berbekam?
Hari Isnin, Selasa atau Khamis.
Bilakah waktu yang sesuai untuk berbekam?
Waktu Dhuhaa. Waktu tengahari dan malam tidak digalakkan. Tengahari kerana
panas terik dan malam kerana badan sudah lemah dan memerlukan rehat.
Bilakah waktu yang kurang sesuai berbekam?
Pada awal dan akhir bulan.
Sila sebutkan adab dan aturan bagi pesakit
sebelum dibekam.
- Pesakit hendaklah berpuasa 2 -5 jam sebelum dibekam.
- Hendaklah memilih hari-hari yang dianjurkan Rasulullah r.
- Solat Taubat dan Hajat sebelum berbekam.
- Jangan mandi sejuk sebelum berbekam. Namun digalakkan mandi air
panas 15 – 30 minit sebelum berbekam untuk menggalakan pengaliran darah.
- Duduk di atas kerusi mengadap kiblat. Duduk lebih baik dari baring.
- Pesakit jangan terlampau letih, terlampau tua atau muda serta tidak
digalakkan berjima’ malam sebelum berbekam kerana menyebabkan badan
menjadi lemah.
- Tenangkan jiwa dan fikiran semasa berbekam agar darah kotor mudah
keluar.
- Sebelum berbekam hendaklah membaca doa:
ÉOó¡Î0 «!$# Ç`»uH÷q§9$# ÉOÏm§9$#
أَعُوذُ بِاللهِ مِنْ عَيْنِي فِى دَمِّي وَفِى هذِهِ الحِجَامَةِ وَمِن
كُلِّ سُوءٍ
- Semasa dibekam hendaklah
- Istighfar
- Berselawat
- Membaca zikir: الله هو الشافى: Hanya Allah yang Maha Menyembuhkan. Sebanyak
mungkin.
- Membaca
zikir sebanyak mungkin:
سُبْحَانَ
اللهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللهِ العَظِيمِ أَسْتَغْفِرُ الله
- Setelah bekam baca doa
اللَّهُمَّ رَبّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَأْسَ
اِشْفِ وَأَنْتَ الشَّافِى لا شِفَاءَ إِلا شِفَاؤُكَ, شِفَاءً لايُغَادِرُ
سَقَمًا وَلا أَلَمًا وَلا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ إِلا بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ
Hilangkanlah kesakitan wahai Tuhan bagi seluruh
manusia, dan sembuhkanlah wahai Engkau wahai Tuhan yang Maha Menyembuh, tiada
kesembuhan melainkan dengan kesembuhanMu, sebagai kesembuhan yang tidak dapat
diapa-apakan oleh sebarang penyakit dan kesakitan, dan tiada daya (meninggalkan
maksiat) dan upaya (melakukan ketaatan) melainkan dengan Allah s.w.t. yang Maha
Tinggi (keagunganNya) lagi Maha Agung.
- Berharap sepenuhnya dengan
rahmat Allah dan yakin hanya ALLAH YANG MENYEMBUHKAN.
- Bersabar jika tidak beransur pulih. Ujian Allah. Bekam lagi secara
berkala iaitu sebulan sekali.
- Banyakkan bersedekah. Kalau boleh sedekah setiap hari dengan niat
kesembuhan.
- Memberi hadiah sebagai upah kepada juru bekam.
(PETIKAN DARI
MODUL 7 ; KURSUS RAWATAN ISLAM KISWAH)
Jangan
lupa sedekah setiap Subuh untuk kehidupan yang lebih berkat, panjang umur,
murah rezeki, angkat bala’, disembuhkan penyakit, membahagiakan, mengkabulkan
hajat dan mempermudahkan urusan
Allahu Haq – Hidayah Seluruh Alam -
Hayat Kiswah -
Rawatan
di Pusat Rawatan Islam Kiswah Temerloh. 0179065131
#infaqsarkafakiswah
Bank
Rakyat: 1101587095
#binapondokkiswah
Maybank:
556057503843
Support
ekonomi KISWAH dengan membeli barangan ruqyah di Shopee Online Shop;
Jom
join group rawatan Islam Kiswah. Bimbingan oleh Ustaz Hayat Kiswah.
https://t.me/joinchat/xnPqoBoS5UpiYWNl
No comments:
Post a Comment