**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

20 June 2016

Dikunjungi Senior KISAS - 23 April 2016

23 April 2016. Dikunjungi oleh abang2 senior - legend2 ex kisas AbangAhmad Fakhrurrazi, Abg Mohd Rifahmi A Musikin dan Abg Hifdzi di Kiswah Rawatan Islam Temerloh. Ukhuwwah fillah abadan abada


Membaca Ruqyah Dengan Menggunakan Speakar

Ramadhan kareem Ya Ikhwani..

"Rawatan ruqyah di kedua2 pusat rawatan kami menggunakan speaker untuk menguatkan lagi suara bacaan 33 ayat manzil tersebut. Kami membacakan sepenuhnya ruqyah syariyyah beserta khutbah, doa kesembuhan dan selawat2 pilihan.. Biar bergema menusuk ke kalbu jin dan manusia..."



Allahu haq! Hidayah Seluruh Alam!

04 June 2016

Ahlan Sahlan Ya Ramadhan 1437 H / 2016 M Dari NGO Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Malaysia KISWAH

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan 1437H / 2016

Ahlan Ya Ramadhan...
Saya dan warga KISWAH mengucapkan RAMADHAN KAREEM kepada semua khususnya kepada ahli keluarga KISWAH dan semua muslimin muslimat di mana sahaja anda berada...
Semoga kita berjaya mengharungi ujian2 keimanan sepanjang madrasah Ramadhan ini. Semoga kita beroleh ijazah TAQWA sebagai hasil kepada amal soleh yang dilakukan ikhlas kepada Allah Taala sepanjang bulan yang mulia ini. Semoga kita berjaya mendapat mutiara2 berharga yang hanya didapati di bulan Ramadhan untuk menjana kekuatan keimanan bagi menempuh ujian2 mendatang di 11 bulan yang berikutnya...
Di dalam satu hadis Nabi saw menyatakan bahawa jika baik prestasi Ramadhan seseorang pada tahun itu maka 11 bulan yang mendatang juga akan baik kerana Ramadhan adalah penghulu buat sekalian bulan... Baiklah penghulu maka baiklah 'anak2 buahnya'.
Semoga kita menjadi orang yang bertakwa dan menjadi INSAN RABBANI yang sejati... Berkata ulamak; apakah maksud insan rabbani": Merekalah: " Allazina Yamsyuna fil ard bi qulubi ahlil akhirah" Iaitu mereka yang berjalan di atas bumi sedangkan hatinya dinisbahkan kepada akhirat; hatinya adalah hati AHLI AKHIRAT.
Saya memohon jasa baik dari semua ahli keluarga KISWAH dan sahabat2 seperjuangan semua agar berdoa khusus di bulan Ramadhan ini agar Allah mengurniakan kecekalan, semangat juang yang tinggi, terhindar dari fitnah akhir zaman, dan keikhlasan luar biasa untuk meneruskan perjuangan memartabatkan perjuangan perubatan ISLAM yang sebenar di negara kita..
Saya juga mohon doa dari anda semua agar semua pengamal perubatan Islam berasakan ruqyah syariyyah dapat bersatu hati memartabatkan perubatan Islam di negara kita berbekalkan keikhlasan yang mudah-mudahan senantiada kita miliki.....
Ini kerana ribath ukhuwwah di kalangan mereka yang berjuang di jalanNYA merupakan prasyarat utama untuk mendapat NUSRAH; pertolongan dariNYA... Semoga Allah mengurniakan kita nikmat MALAM LAILATUL QADAR.... AmIn Ya RABB....
Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam....
Bersama2 Muhasabah dan Muaqabah diri untuk Muraqabah menuju Allah...:

13 April 2016

12 April 2016. Temuramah Tesis Tahun Akhir Pelajar Kuliah Antropologi dan Sosiologi UNIMAS - Spiritual Healing

12 April 2016. Temuramah Tesis Tahun Akhir Pelajar Kuliah Antropologi dan Sosiologi UNIMAS - Spiritual Healing




Allahu Haq ! Hidayat Seluruh Alam!

8 April 2016. Bacaan Yaasin dan Ruqyah Sempena Naik Bangunan Asrama Baru Pusat Latihan RISDA Awah Temerloh

8 April 2016. Bacaan Yaasin dan Ruqyah Sempena Naik Bangunan Asrama Baru Pusat Latihan RISDA Awah Temerloh






Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!

28 March 2016

Sambutan Mawlidurrasul Dan Akikah Anak Khairul HandSet Hospital Di Surau Taman Jaya 3 9 Feb 2016

Sambutan Mawlidurrasul Dan Akikah Anak Khairul HandSet Hospital Di Surau Taman Jaya 3 9 Feb 2016






Ziarah Madrasah Baalawi Tekal 22 Feb 2016

Ziarah Ribat Baalawi KgTekal bersama Ustaz Barakatullah Pondok Pok Kob dan Ust Amin Qadhi. Terharu melihat pengorbann Ustaz Fathi dr Kedah yg bertungkus lumua mendidik 9 org santri dan mengasuh mereka. Beliaulah pendidik, warden dan tukang masak. Wakaf diri utk Allah. Taat menjunjung amanah gurunya Habib Abd Rahman utk menjaga anak2 ini. In sya-Allah ada keberkatannya. Doakan.



Liqa Mahabbah KISWAH 4 Mac 2016

Liqa' mahabbah ahli kiswah. Selepas sama2 memeriahkan kuliah tafaqquh tauhid dan tasawwuf di surau taman jaya 3. Dengan kehadiran tetamu istimewa- timb pengerusi kiswah Ust Zuhaidi Mukapit..




Sewaan Bilik Seminar Oleh Agen Penjawat Awam 20 Mac 2016

Persediaan untuk program lepasan pelajar SPM dan temuduga oleh Syarikat Agen Penjawat Awam.. Ahad 20 Mac 2016



Meriah. Audience - 50 lebih.. pelajar, ibu bapa dan keluarga. Ahad 20 Mac 2016.






Sewa Bilik Seminar Temerloh 2016 - RM40 Sejam - Hari Sabtu Dan Ahad

NGO KISWAH menawarkan perkhidmatan sewaan bilik seminar, kuliah dan kursus dengan harga yang rendah. Hanya hari Sabtu. RM40 Sejam. Maksimum 50 orang. Sewaan ini adalah untuk membantu NGO menambah dana bagi menampung perbelanjaan kelas pengajian yang tinggi. Sila hubungi Ustaz Hayat KISWAH 017 9065131.



30 January 2016

Jenis-jenis Asbab Dalam Pelajaran Tauhid

Asbab ada 3:

1) Dengan Asbab - seperti pada orang awam - Makan kenyang, ubat - sembuh.

2) Tanpa Asbab - seperti pada awliya' - Tak makan kenyang, - tak berubat sembuh. 

3) Lawan Asbab. seperti pada anbiya' - Nabi Ibrahim tidak pula terbakar dengan api walaupun asbab terbakar itu disebabkan kehadiran api.. Malah sejuk dan selamat pula baginda.. Adapun dunia itu 'Darul Asbab' dan Allah Jalla Jalaluh itu 'Musabbibul Asbab'.




Perasmian Kuliah Maghrib di Abu Bakar School (ABS) Temerloh 2016. Pada 25 Jan 2016

Syukur ya Rabbi Alhamdulillah. Kuliah Maghrib pertama 2016 di Abu Bakar School (ABS) Temerloh. Mukhtasar Ta'limul Mutallim fi Toriqit Taallumi... Anak2 yang soleh solehah. 25 Jan 2016




Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!

25 January 2016

Mawlidurrasul Bersama Habib Ku Suhaimi Al Aydrus di Felda Bukit Mendi 23 Jan 2016

Malam yg gilang gemilang. Meriah sungguh majlis mawlid malam ni 23hb jan 2016 di Felda Bukit Mendi bersama al Habib Ku Suhaimi dan Habib Fageh Mugaddam serta al Mukarram Shaykh Keiry Alias al Waseemi...








17 January 2016

Pertemuan Bersejarah Bersama Ustaz Syarhan Shafie di Hospital HOSHAS Temerloh Pada 15 Januari 2016

Setelah 6 tahun. Teringat dulu2 zaman bersama team tobibi di insaniah kedah dan mesir sejak 2001. Ukhuwwah tetap bersemi moga lestari ke syurga. Ustaz masih ingat lagi kenangan2 lama bersama generasi pertama dulu, mak ayah saya, zaujah Mulia Karimah. Tanya jugak pasal ustaz amirShariff Awang dll. Tak semena2 kena berduet menjawab soalan di Majlis Ilmu di Auditorium HOSHAS Hospital Temerloh .. Kenangan indah 15 Jan 2016 bersama guru pertama dlm rawatan Islam...

Tak pasal2 kenal jawab soalan pulak.. walaupun tahu diri tak layak.. Majlis bersama Ust Syarhan di Hoshas tadi. Dah 6 tahun tak jumpa...



Bersama Pengarah HOSHAS Hospital Temerloh







Majlis Bersama Ulamak Nusantara di Tahfiz Berhala Gantang Temerloh 15 Januari 2016

Kiswah turut serta dalam Majlis Bersama Ulamak Nusantara di Tahfiz Berhala Gantang Temerloh Pada 15 Januari 2016





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...