28 November 2014
Promosi Bekam Sunnah di Temerloh. Hanya RM50.
Bekam Sunnah di Temerloh.. Antara Yang Termurah. Sila call Us Hayat 017 9065131 untuk mendapatkan tarikh rawatan bekam...
Labels:
bekam
02 November 2014
Amalan Pada Hari Asyura (1436)
![]() |
| Sabda Nabi saw: Puasa pada hari Asyura akan dikira oleh Allah yang boleh menghapuskan segala dosa pada tahun sebelumnya - Riwayat Muslim... |
Keutamaan Memperbanyak Puasa Sunnah Pada Bulan Muharram
Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu berkata, Rasulullah shallallaahu 'alaihi wasallam bersabda,
أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَأَفْضَلُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلَاةُ اللَّيْلِ
"Puasa yang paling utama sesudah puasa Ramadlan adalah puasa pada Syahrullah (bulan Allah) Muharram. Sedangkan shalat malam merupakan shalat yang paling utama sesudah shalat fardlu." (HR. Muslim, no. 1982)
Assalamualaikum semua... Ini adalah beberapa amalan yang boleh dilakukan pada hari Asyura seumpama yang diajarkan oleh guru2 kami yang mulia:
- Fast on the 9th and 10th of Muharram or on the 10th and 11th.
On the Day of Ashura (10th of Muharram), do the following:
- Between Dzuhur and Asar, pray 4 raka’ats.
In each raka’at, read Surah Al-Fatihah once, and Surah Al-Ikhlas, eleven times.
- Then recite the following Zikir:
La ila ha illallah 1000 times
Salawat 1000 times
Surah Al-Ikhlas 1000 times
- Then make the following do’a:
Allahumma thabbitna ‘alal Haqq
Ya Ghaliban ghaira maghloob
Ya Nasiral Mu’mineen
Ya Ghiyathal Musta ghi theen
Ya Qariban ghaira ba’id
Ya Shahidan ghaira ba’id.
Hasbi Allahu wa ni’mal wakeel, ni’mal mawla wa ni’man naseer (70 times)
La haula wa la quwwata illa billahil ‘aliyyil ‘azdheem
Ghufranaka rabbana wa ilaykal maseer
Rabbana taqabbal minna, bi hurmatil habeeb, Fatiha.
Credit to Shaykh Abd Sattar Khan Singapore....
Labels:
sufi
01 November 2014
Majlis Mawlid Bulanan KISWAH (November) Pada 30 Okt 2014
Assalamualaikum semua..
Pada 30 Okt 2014 yang lalu, NGO KISWAH telah menganjurkan mawlid bulanan khusus untuk buan Oktober.
Terima kasih atas kehadiran semua,
Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam!
Sambutan Akhir dan Awal Tahun 1436H KISWAH di Surau Batu Sawar Pada 23 Okt 2014
Majlis sambutan awal tahun, majlis zikir dan program ukhuwwah di Kg Batu Sawar bersama ahli keluarga KISWAH pada 23 Okt 2014. Ukhuwwah Fillah Syafaat Ke Syurga...
Labels:
berita
21 October 2014
Ahlan Wa Sahlan Ya Syahra Muharram 1436H dan Amalan Awal Muharram
![]() |
| Ahla wa Sahlan Ya Muharram al Haram.. 1 Muharram Tarikh Malaysia 25 Okt 2014 |
Assalamualaikum semua...
Warga KISWAH mengucapkan Salam Maal Hijrah kepada semua rakyat Malaysia umumnya dan semua ahli keluarga KISWAH serta para pesakit yang pernah berkunjung ke KISWAH khususnya...
Bulan Muharram adalah bulan yang mulia dan merupakan salah satu dari bulan haram...
Muharram adalah bulan yang agung dan setiap hari yang berlalu di dalam bulan ini mempunyai kelebihan dan tajalliyat dan berpuasa di dalam bulan ini adalah mustahab..; sunat.
Secara kebiasaannya, pada bulan ini para wali mendapat makam 'wilayah' kewalian dan paras syuhada' mendapat makam 'syahadah'.
Disunatkan kita membaca DOA AWAL DAN AKHIR TAHUN...
Sebelum Maghrib 1 Muharram dibacakan Doa Akhir Tahun.. Dan Selepas Maghrib kita membacakan Doa Akhir Tahun.
Disunatkan kita membaca DOA AWAL DAN AKHIR TAHUN...
Sebelum Maghrib 1 Muharram dibacakan Doa Akhir Tahun.. Dan Selepas Maghrib kita membacakan Doa Akhir Tahun.
Di dalam bulan ini mengandungi haru yang amat mulia iaiatu hari Asyura.. Sabda Nabi saw: " Sesiapa yang berpuasa pada sepuluh hari pertama Muharram sehingga Asyura' maka dia akan mewarisi Jannatul Firdausil A'la" - Futuhat Haqqaniah. Berpuasa pada hari tersebut adalah sunnah muakkadah... Hendaklah kita mengapit puasa tersebut sehari sebelum atau selepasnya...
Hari Asyura' adalah hari kemenangan:
Dicipta dan dipilih Nabi Adam as
Diangkat Nabi Idris ke syurga
Bahtera Nabi Nuh berlabuh di Bukit Judi
Nabi Ibrahim dipilih sebagai KhalilullAH...
Dikembalikan kekuasaan Nabi Sulaiman
Disembuhkan Nabi Daud as
Dikeluarkan Nabi Yunus dari Huut.. Ikan Nun / Ikan paus selepas 40 hari
Dipertemukan Nabi Yaakub dan Nabi Yusuf selepas 40 tahun
Hari dilahirkan Nabi Isa dan diangkat ke langit
Nabi Muhammad saw berkahwin dengan Saidatina Khadijah ra
Hari Allah mencipta langit dan bumi
Hari Allah mencipta 'Qalam', Nabi Adam as, Hawwa'..... Semuanya pada hari Asyura...
Antara amalan yang diajar oleh guru kami sepanjang bulan ini adalah:
- Maulana Sheikh asked us all to add to our daily Zikirs:
| 40 times | Salawat Tunjina |
| 100 times | Hasbuna Allah Rabbuna Allah |
| 100 times | Bismillah r- Rahman r- Rahim |
| 100 times | Ikhlas al Sharif |
| 100 – 1000 times | Salawat al Sharif |
- For those uncertain, this is the Salawat Tunjina:
Selamat beramal.. Semoga tahun baru ini menambahkan CINTA kita kepada Allah.....
PENGERTIAN AWAL MUHARRAM
1) MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah)
2) Sebelum rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi.
3) Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.
4) Pada asasnya, Muharam membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91)
5) Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan
PERISTIWA-PERISTIWA PENTING
1) 1 Muharam – Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah
2) 10 Muharam – Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran
3) Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
·
· Nabi Adam bertaubat kepada Allah
· Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit
· Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan
· Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud
· Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa
· Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara
· Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah
· Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya
· Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam
· Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun
· Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah
· Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar
· Hari pertama Allah menciptakan alam
· Hari Pertama Allah menurunkan rahmat
· Hari pertama Allah menurunkan hujan
· Allah menjadikan ‘Arasy
· Allah menjadikan Luh Mahfuz
· Allah menjadikan alam
· Allah menjadikan Malaikat Jibril
· Nabi Isa diangkat ke langit
14 October 2014
Kuliah Tasawwuf; Kitab Penawar Bagi Hati Setiap Minggu Kedua dan Keempat Di Surau Al Falah; Surau Abi Kg Paya Pulai, Temerloh
![]() |
| Mari meramaikan "Taman Syurga" |
Kuliah Tasawwuf; Kitab Penawar Bagi Hati Setiap Minggu Kedua dan Keempat Di Surau Al Falah; Surau Abi Kg Paya Pulai, Temerloh
Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!
Labels:
seminar dan ceramah,
sufi
09 October 2014
Diskusi Buku Rahsia Air Jampi Terbitan Kiswah Publishing House di Utusan Malaysia 10 Okt 2014
Assalamualaikum semua..
Buku Terbitan Kiswah publishing House 'Rahsia Air Jampi' di Ruangan Diskusi Buku Utusan Malaysia hari ini. Jumaat 10 Okt 2014.
Boleh dapatkan di http://airjampi.com/
Labels:
Kiswah Publishing
24 September 2014
Tuan Guru Pak Su Mid Gunung, Kelantan Telah Pulang Ke Rahmatulah Pada 24 September 2014... Inna Lillah.. Al Fatihah..
Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Rajiun.. Tuan Guru Abdul Hamid bin Saleh Gunung, Kelantan (Pak Su Mid Gunung) telah pulang ke rahmatullah..Semoga almarhum di tempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Masyhur dgn pengajian Hikam Tokku Pulau Manis. Al-Fatihah.
p/s: Gambar beliau tidak dipaparkan; kerana semasa hidupnya beliau tidak membenarkan gambarnya diambil dan disiarkan di media sosial. (Teringat al Marhum Sh Raja pun tidak membenarkan gambarnya disiarkan)
Labels:
berita
23 September 2014
Kaedah Mencari Barang Hilang (2)
Larangan mendatangi tukang nujum
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ الْكُهَّانَ كَانُوا يُحَدِّثُونَنَا بِالشَّيْءِ فَنَجِدُهُ حَقًّا قَالَ تِلْكَ الْكَلِمَةُ الْحَقُّ يَخْطَفُهَا الْجِنِّيُّ فَيَقْذِفُهَا فِي أُذُنِ وَلِيِّهِ وَيَزِيدُ فِيهَا مِائَةَ كَذْبَةٍ
Dari ‘Aisyah, dia berkata; “Aku pernah bercerita kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, bahwa para tukang tenung berkata begini dan begitu dan kadang kami lihat kenyataannya memang benar.” Sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam: ” Kata-kata yang benar itu ditangkap oleh bangsa jin, lalu dibisikkannya ke telinga tukang tenung dan ditambahkan ke dalamnya dengan seratus kedustaan .” [ Hadis Muslim].
KAEDAH:
1) Kadang-kadang ada orang menelefon meminta untuk ‘menilik’ dan mencarikan barang peribadi mereka yang hilang. Malangnya, disebabkan saya tidak mempunyai kasyaf yang cukup kuat untuk men’scan’ di mana terletaknya barang tersebut dan tidak juga menternak ‘khadam jin’ serta ilmu astrologi atau pun ilmu falak yang dakik (mendalam) untuk mencarinya maka saya katakan bahawa saya tidak berupaya mencarinya.
Walaubagaimanapun saya memberikan mereka satu senjata berbentuk doa yang menjadi amalan para awliya’ dan solihin yang terdapat di dalam kitab Bustanul Arifin (Taman Orang-orang yang A’rifin / Ahlillah / Awliya’ Allah) tulisan Imam an Nawawi. Imam Nawawi meriwayatkan doa ini daripada kitab Risalah al Qusyairiah tulisan Imam Abul Qasim al Qusyairi radiyAllahu anhu di dalam bab ‘Karamah Awliya’. Doa itu adalah:
يا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَّ رَيْبَ فِيهِ اِجْمَعْ عَلَيَّ ضَالَّتِى
“ Ya Jami’an Naasi li yaumil la raiba fihi, ijma’ alayya dhollati”
Maksudnya: “ Wahai Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya,himpunkanlah aku dengan barang aku yang hilang itu.”
Berkata Imam Nawawi:
“ Sebenarnya doa ini telah saya cuba maka saya mendapatinya sangat bermanfaat dan menjadi sebab untuk mencari barang yang hilang itu dengan tidak bersusah payah mencarinya. Barang itu juga tidak jauh dari tempat yang kita sangka. Saya juga telah mendengar perkara yang sama daripada Sheikh al Hafiz Abu Baqa’ ketika beliau mengajarkan doa ini dahulu kepada saya.”
Amalkan doa ini selepas solat atau bila-bila masa. Saya sendiri mempunyai pengalaman yang ajaib apabila mengamalkan doa ini. Setakat ini, setiap barang saya yang hilang semuanya telah dijumpai setelah membaca doa ini. Itupun dengan izin Allah dan ikhtiar kita dengan membaca doa yang telah menjadi amalan para awliya’ ini! Alhamdulillah!!!
2) Bernazar: Sekiranya berjumpa; saya akan berpuasa sehari, menjamu fakir miskin dan lain2. Sekadar kemampuan kita.
3) Sedekah tiap2 hari dengan niat:
a) Panjang umur dalam ketaatan kepada Allah
b) Terangkat bala' ujian yan tak mampu dihadapi; seperti sakit, barang hilang dll
4) Jangan ada unsur menilik. Sekali menilik khuatir tak jumpa sampai sudah dan mendapat kemurkaan Allah. Syirik hukumnya.
5) Redha ketentuan Allah Taala kepada kita.. " Hilangnya harta kita bermakna, Allah Taala menolak ujian yang lebih besar. Memanjangkan umur, menyihatkan tubuh, mengelakkan kemalangan dan menyembuhkan penyakit."
6) Doa lembutkan hati pengambil supaya memulangkan barang kita...
اللَّهُمَّ
يَا مُحَوِّلَ الأَحْوَالِ حَوِّلْ, وَيَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ قَلِّبْ
Maksudnya:" Ya Allah yang Maha Menukarkan satu keadaan kepada keadaan yang lain; TUKARKAN, yang Maha Membolak Balikkan hati.. Balikkan hatinya (untuk memulangkan barang tersebut)."
7) Bertawakkal kepada Allah Taala.. Serahkan keputusan 'jumpa atau tidak' kepada Allah Jalla Jalaluh..
Silalah amalkan! Insya Allah barang anda yang hilang akan dijumpai!!!
Labels:
rawatan islam
12 September 2014
Hati Bersih Melihat Tuhan - Mevlana Jalaluddin ar Rumi...
HATI BERSIH MELIHAT TUHAN:
"Setiap orang yang melihat Yang Tak Terlihat dalam persemayam hatinya,
Dan penglihatan itu bergantung kepada sejauh mana dia menggosok hatinya,
Bagi sesiapa yang menggosoknya sehingga bergilap,
Maka hakikat Yang Tak Terlihat semakin nyata kepadanya..."
Mevlana Jalaluddin Ar Rumi Al Mevlevi..
Labels:
sufi
01 September 2014
Histeria di Sekolah Menangah Agama Al Khairiah Temerloh Pahang ~ Ogos 2014 ~ Semoga Semua Pesakit Disembuhkan Allah...
Assalamualaikum semua....
Histeria di Sekolah Menangah Agama Al Khairiah Temerloh Pahang; sekolahku dahulu. ~ Ogos 2014 ~
Semoga Semua Pesakit Disembuhkan Allah...
Tak mahu komen beria kecuali.. Diharapkan semua murid disembuhka Allah Taala Jalla Jalaluh..
Syukur Ya Rabbi diberi peluang bercakap di perhimpunan berkenaan kewajipan membuang segala cerita takhayyul dan fahaman karut berkenaan jin.. dan langkah2 wiqayah dari terkena gangguan serta first aid sekiranya histeria berlaku...
Semoga pihak guru, ibu bapa dan murid menerima nasihat kami.
Tidak melibatkan mana2 bomoh dalam proses rawatan.
Tingkatkan amalan dan keyakinan kepada Allah Taala bahawa Allah sentiasa menjaga kita..
Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam..!
Labels:
rawatan islam
21 August 2014
Kenangan Rumah Terbuka Pertubuhan Pengamal Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Malaysia (KISWAH) Di Teratak Mevlevi 16 Ogos 2014
Jamuan Eidulfitri Kiswah di Teratak Mevlevi no 35 Taman Jaya 2..Sabtu lalu..Terima kasih kepada semua ahli keluarga yg hadir,sahabat handai, jiran tentangga dan ajk surau taman yg hadir.. Terima kasih atas kehadiran semua..tetamu mengundang rahmat, mengangkat bala', menyembuh penyakit, memurahkan rezeki.. dr kami keluarga ngo kiswah.. yg hadir tempoh hari..
Labels:
NGO KISWAH
Subscribe to:
Posts (Atom)









































