**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

17 September 2017

Doa Ibadah Korban

بسم الله اللهم هذه أضحيتي فتقبل منى..

Niat dan doa ketika melakukan ibadah korban. "Dengan Nama Allah. Ya Allah Ya Tuhanku, Ini Adalah Korbanku. Maka Terimalah Seadanya Korban Dariku Ini..."


6 September 2017 - 2 Tahun Genap Majlis Tafaqquh KISWAH

Hari ni genap 2 tahun kelas pengajian tafaqquh fiddin dan al-Quran Kiswah Pengajian Al-Quran Temerloh seliaan NGO KSWAH. Kelas ini diwujudkan ats dasar membantu masyarakat average umur dewasa untuk menguasai alQuran dan fardu ain menggunakan kitab turath. Seikhlas hati tanpa sebarang yuran dan bayaran tertentu. Terima kasih kepada semua yg sudi menyumbang seikhlas hati dan mendoakan. Syukur ya Rabbi.






Wadah kelas kami yg kecil ini dipertemukan dgn pelbagai golongan masyarakat. Ada doktor, farmacist, misi, guru, staff hospital, peniaga, kakitangan kerajaan, swasta, kerja sendiri, dll. Tua muda, ada asas mahupun tiada semua kami sambut dgn tangan terbuka penuh kasih sayang.
Cukup membahagiakan apabila ramai pelajar yg mula2 langsung tidak pandai membaca al-Quran sudah mula dpt menguasainya bahkan mahir dalam tajwid. Ibarat syurga dunia apabila mendengar sahabat muslimah yang dahulunya huruf hijaiyyah pun tidak kenal kini sudah tersenyum membaca al-Quran dan tahu sedikit sebanyak hukum tajwidnya.

Terima kasih Allah Rabbul Jalil kerana cita2ku sejak di UIA untuk mempunyai kelas dan pusat pengajian al-Quran sendiri, dimaqbulkan Ilahi secepat ini.

Walaupun dianggap bukan profession yg glemer lagi makan gaji bertangga, daku menganggapnya sebagai satu perjuangan berkhidmat di jalan Allah yg mudah2an layak menjadi persembahan amalan soleh di negeri akhirat yg kekal abadi.

Walaupun ramai pelajar datang dan pergi. Ada yg masih istiqamah ada yg telah menghilangkan diri tanpa khabar berita, kuharap lama atau sekejap sepermukiman di lembah tafaqquh KISWAH menggamit kenangan indah dan mencetus semangat tolibul ilmi sejati di benak hati kalian.

Semoga senantiasa diberi kesihatan agar dapatku beristiqmah di jalan perjuangan serba sederhana yg ku dan mr kekasihku Hayat Kiswah pilih ini.
Amiin ya Rabb...

Cawangan KISWAH Terkini 2017 !

Meskipun nama KISWAH ni tak beso dan glemer sekalipun - Sekiranya ada perawat yg mengaku anak murid Hayat Kiswah atau perawat kiswah di mana2 pun di muka bumi Allah ni jgnlah percaya. Kecuali: Anak murid perubatan Islam KISWAH yg aktif merawat le ni hanya 3 org sahaja. 1) Kiswah Rawatanislam Kotatinggi - Ustaz Azhari Abidin 2) Kiswah Rawatan Islam PasirGudang - Ustaz Mohd Junaidi Sahlan dan 3) Pusat Rawatan Kiswah Bentong - Ustaz Zuhaidi Mukapit. Serta sahabat2 penyokong rawatan seperti Haji Abdul Hafiz Muar dan wakil muslimah Ustazah Noor Hayati Teluk Intan dan Kak Hawa. 

Selebihnya mungkin pernah ikut seminar KISWAH dan tak belajar habis. Atau perawat yg telah digugurkan keahlian kerana masalah disiplin tapi guna nama KISWAH utk kepentingan peribadi..
Bukan apa takut ada yg mengenakan cas tinggi dan unsur penipuan. Pastu mengaku perawat KISWAH. Nyudohnya terfitnahla kome terpalit nama buruk. Sebab pernoh jadi ada yg cas upoh rawatan beratus / beribu ringgit, mengaku anak murid koi.. Pastu tak puas hati ke KISWAH. Naye le gitu gaya.

Sekian dimaklumkan..

8 September 2017. Program Jentait Rumah Rakit Pangsenam Majlis Tafaqquh KISWAH

Indahnya Ukhuwwah. Ahli Kiswah Pengajian Al-Quran Temerloh Tafaqquh Pengajian Quran dan Pengajian Kitab bersillaturrahmi di Rumah Rakit Pangsenam pada 8 September 2017. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program kali ini.


Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!
















Rabu Hari Mencukur Rambut

Rabu - Hari cukur rambut. DONE!!! Jom cukur sebanyak 40 Rabu... Mcm budok2 pondok cukur pada setiap Rabu ....

رح المقدمة الحضرمية المسمى بشرى الكريم بشرح مسائل التعليم (ص: 400)
وخرج بـ (العانة والإبط): الرأس، فلا يسن حلقه إلا لنسك ومولود وكافر أسلم ومن شق عليه بقاؤه، ويباح فيما عدا ذلك .
وخبر "من حلق رأسه أربعين مرة في أربعين أربعاء .. صار فقيهاً" لا أصل له، لكن عمل به، وظهر صدقه.

Hadis yang berbunyi
“ barang siapa yang mencukur gundul rambutnya selama 40 rabu ( tiap hari rabu dicukur gundul) maka orang tersebut akan menjadi orang yang pintar (ahli fiqih/ menjadi orang alim) “....tiada asal padanya:
TETAPI orang yang mahu melakukannya akan nampak kebenarannya ( mujarab).
Kitab Busyrol Kareem halaman 400..

Tarbiyyah Memancing


"Sabar dan tenanglah; kerana tiada siapa bisa menangkap walau seekor ikan dalam ammarahnya.. ~ Be patient and calm - for no one can catch fish in anger..."



Surah at Tin dan Bacaan Selepasnya


Imam Masjid Pangesenam Temerloh Yang Istimewa

Ajeeeb! Nikmat ala nikmat. Berimam terawehkan Pak De; Imam senior Masjid Pangsenam kg apok koi. Umur dah 87 tapi masih cergas lincah jadi imam terawih 20 rakaat ngalohkan org muda. Bacaan ayat lazim bertajweed sayu je mcm imam2 zaman dulu. Zauqnye la wei.. Setiap waktu solat diajak makmum berwirid penuh siap beratib sekali. Dulu pernoh org tak berwirid terus blah dimarohnya waktu tu juga.


Semalam mlm akhir jadi imam terawih. Ada dia 'ijazah' ke koi rahsia amalan dan ayat panjang umur badan sihat cergas amal ibadat dan cerah mata. 3 kali langgor dak kereta takde mende dia kabo.. Ajaib... ;) Aokme nok kena ngadap laa

14 August 2017

Reunion SMA al-Khairiah Temerloh SPM 98 - 28 Jun 2017








Kenangan terindah 28 Jun 2017. Jumpa balik sahabat2 lama setelah tidak ketemu kurang lebih 20 tahun. Reunion SMA al-Khairiah batch PMR96 / SPM98. Terima kasih kpd penganjur yg bertungkus lumus. Juga kpd Cikgu Nasir, Cikgu Sufian merangkap Pemangku Pengetua Khairiah sekarang dan Ustaz Borhan yg turut hadir.
Cikgu Nasir berucap sambil bersenda gurau: Batch ni keluar jadi mcm2. Pensyarah, DR, ustaz, cikgu dan BOMOH pun ada ... Bomoh pun bomohlaa... Janji ikhlas tolong orang walaupun tak glemer dan berstatus...










Ziarah Abang Gobang Patin 30 Jun 2017

4th Raya. Ziarah raya sahabat kami; Abg Rizal Gobang Maju Patin Tempoyak di Bukit Kelulut. Terima kasih atas sokongan dan bantuan kpd Kiswah Pengajian Al-Quran Temerloh dan pusat rawatan selama ini ... Ukhuwwah Fillah.

Mengaji Sifat Istighna' dan Iftiqar


Mengaji sampai lebam... Bab sifat istighna (28 akidah) dan iftiqar(22 akidah) dlm kalimah LA ILAHA ILLALLAH. Semuanya ada 50 akidah. Bab kenapa perlu IMSAK. Imsak terbahagi 2. IMSAK SYARIE (terbit fajar-terbenam mentari)dan IMSAK IHTIYATI (berjaga2- 10 minit sebelum fajar). Imsak ihtiyati diijtihad ulama kerana faktor zon waktu, perbundaran waktu solat ke minit seterusnya dan persiapan membersih mulut menjelang permulaan waktu puasa.


29 May 2017

Jualan Biskut Hari Raya Kiswah 2017 / 1438 Untuk Dana Pusat Rawatan dan Pengajian KISWAH

🍫🍰🍮🍦🍨🍧🎂🍩🍪

*Jualan Kuih Raya Kiswah 2017 Harga Terendah Di Pasaran!!!*

(Utk Dana Pusat Pengajian dan Rawatan KISWAH)

*Biskut 45-50 biji:*

1) Tart Nenas - RM21

2) Samperit - RM21

3) Choc Rice - RM21

4) Dahlia - RM21

5) Snow Almond - RM21

6) Kacang Peas- RM21

7) Blueberry Tart - RM21

8) Jejari Nestum - RM17

9) Biskut Strawberry-RM21

10)Karipap Mini - RM15

11)Popia Simpul 1kg-RM36👑 ( top seller )

12)Popia Simpul 1/2kg-RM21

13)Popia Nestum 1/2kg- RM21👑(top seller)

14)Kerepek Pisang Tanduk 1/2 kg - RM19

15)Kerepek Pisang Nangka 1/2kg - RM18

16) PEPERO JEJARI COKLAT - Habbatus Sawda' Syifa - RM15 (promo) 👑(top seller)

17) PEPERO JEJARI COKLAT - Kelapa - RM15 (promo) 👑(top seller)

18) PEPERO JEJARI COKLAT - Nestum - RM15 (promo) 👑(top seller)

19) PEPERO JEJARI COKLAT - manik choc - RM15 (promo) 👑(top seller)

Berminat? Utk gambar dan tempahan sila whatsapp 0179066131 Ustazah Mulia Kiswah.

www.rawatanislam2u.com
Fb: Kiswah Rawatan Islam Temerloh.

🍪🍩🎂🍧🍨🍦🍮🍰🍫

PM / Whatsapp 0179065131 - Ustazah Mulia mana yang berkenan. Bank in. Kita hantar + RM8 penghantaran.


















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...