**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

31 May 2009

Kajian kes: histeria di smk ??????, maran




Pada 14hb April yang lalu saya dijemput hadir ke sebuah sekolah di daerah Maran. Ustaz yang menelefon kata ramai budak-budak sekolah tu yang histeria. Semua angkatan perawat Darul Hikmah telah saya hubungi tetapi tiada seorang pun yang dapat turut serta. Jadi dengan menaiki motor Nouvo LC, saya bergegas la ke tempat kejadian. Sampai-sampai sahaja saya suruh pasang cd ruqyah dengan pembesar suara.Kemudian saya nak jumpa yang mula-mula sekali kena histeria. Maklumlah kaedahnya memang macam tu. Kepalanya adalah yang mula-mula kena. Tapi bila jumpa keadaannya dah ok.

Saya terus bergegas ke bilik yang kedua; budak lelaki nama Hafizuddin. Saya suruh geng2 dia pegang kuat2 dan azan kuat2. Alhamdulillah tak sempat dialog, jin yang ada di dalam badan dia terus keluar.

Dipendekkan cerita hampir lapan orang juga yang saya rawat dengan izin Allah mereka berhenti histeria. Semuanya diubat dengan ayat ruqyah. Badan saya punyalah letih. Maklumlah tiada orang yang membantu. Pengetua sekolah mintak saya pagar sekolah secepat mungkin. Dia kata sanggup bayar berapa sahaja. Tapi saya jelaskan agak payah nak pagar semua sekolah. Cara kita bukan pakat2 dengan jin naik bas pastu longgok kat bukit mana2…

Pada malam tu juga, saya and the gang; abang sb, abang Kasim, Us Rahmat dan Pakcik pun bertolak selepas kelas perubatan Islam di rumah abang Kasim yang diikuti dengan jamuan soto oleh tuan rumah! Kami sampai di sekolah tu pukul sebelas mlm lebih. Tindakan pertama kami adalah memasang cd ruqyah Ustaz Malek menggunakan pembesar suara. Kemuadian kami minta kepada pelajar yang masih berbaki di asrama supaya membaca Yaasin pada 20 baldi air sambil mengulangi ayat 58 surah Yaasin sebanyak 21 kali. Sementara itu,kami membaca ayat ruqyah pada botol2 air mineral, garam kasar, limau nipis (sepatutnya limau purut), asam keping dan lada hitam.

Kami merenjis di dalam semua bilik dan dorm dengan air yaasin dan meletakkan air ruqyah di dalam botol di 4 penjuru setiap bilik. Bayangkanlah berapa bilik yang ada. Kemudian kami pagar pula bangunan dengan barang-barang tadi. Kami siap lebih kurang pukul 4 pagi!

Beberapa hari kemudian saya, abang kasim dan pakcik bergegas kembali ke sekolah terbabit. Tujuannya adalah untuk mengubati cikgu2 pulak. Ada pulak cikgu yang terkena histeria. Saya ubat lebih kurang 3 orang. Tapi yang betul2 histeria seorang je. Dipendekkan cerita ustazah tu cerita geng2 jin nak tengok sejauh mana sekolah boleh bertahan. Jin dari bukit pakat-pakat turun. Katanya kejadian ini berlaku kerana pembinaan satu blok bangunan di lereng bukit sebelah sekolah. Kebetulah tu tempat port mereka. Puak jin ni tak dapat masuk kawasan asrama sebab team kami dah pagar jadi mereka attack kawasan sekolah. Baru saya ingat yang team kami pagar hari tu kawasan asrama sahaja. Kawasan sekolah kami suruh budak2 je renjis air.

Selepas mengubat, puan pengetua suruh pagar semua rumah cikgu kat kuarters. Jadi kami pun pagar termasuk rumah dia sekali. Apa yang menyedihkan, ada guru-guru yang tidak memberikan kerjasama. Apabila Pak Cik masuk memagar rumah, mereka tarik muka…Aparaaa…Hamba beri syarat, kalau tak mau ada gangguan lagi jangan dok buat persembahan nyanyi2, band dan aktiviti lagha. Itu pantang larang dia.Tapi ada cikgu kat situ menafikan. “Kami buat nasyid je kat sekolah ni. Nasyid tu ada la,” kata cikgu tu. Sedangkan ada ustaz2 kat situ bagitau saya sekolah ni memang selalu buat aktiviti lagha yang sebenarnya boleh ‘meruntuhkan’ pagar dan mengundang jin ke sekolah serta menghambat malaikat rahmat keluar. Tapi saya pesan juga pada GPK jangan buat dah. Tu pantang larang dia.

Selepas tu ada juga dilaporkan beberapa kejadian histeria kecil berlaku tapi boleh terkawal.Sekolah aman buat sementara waktu….

Minggu lepas…. Ada cikgu dari sekolah tu telefon saya dalam pukul 10 malam. Waktu tu saya tak berapa sihat. Dia kata ada lebih kurang 30 orang histeria!!! Saya minta ampun kata tak boleh nak pi. Sebenarnya saya nak siasat apa yang berlaku. Keesokan harinya saya telefon sahabat saya yang mengajar di sana. Taulah ceritanya…. Rupanya ada sambutan hari guru peringkat negeri di situ, yang tak sedapnya ada band pulak tu. Bila kita kata kat depa; depa kata dah program dia orang atasan perintahkan supaya buat. Takkan kami nak tolak. Sebab tu la awal-awal lagi tolak je program tu. Suruh buat kat sekolah lain. Maklumlah sekolah tengah pantang la ni. Jadi kesimpulannya mereka dah langgar pantang larang yg saya bagi… tamatlah cerita…. Katanya malam tu mereka dah panggil tok bomoh yang gitu-gitu la… Habislah..

Saya ada prinsip, kalau dah langgar pantang kita bagi buat apa nak tolong lagi.Mereka yang meruntuhkan pagar tu! INI POINT CERITA NI. Saya call us Malek dia cakap pendapat yang lebih kurang la… Timbul juga kata2 cikgu kat sana kata Ustaz Hayat dah buat pagar dan kami dah bayar, tapi kenapa masih jadi juga histeria….Saya kata panggil la Dr Harun Din sekalipun dan pagar 40 lapis pun, tapi kalau awok yang meruntuh pagar dan panggil puak-puak jin ni selagi itulah masalah ini tak akan habis…

PERSOALANNYA SIAPA YANG BERSALAH DALAM HAL INI!??

2 comments:

  1. sikap org melayu yg x pernah berubah...selalu menuding jari cari kesalahan org lain walhal kadang2 kesalahan itu datangnya dari diri sendiri...Macam nie, turun la perubat dr kayangan pun, kalau diri sendiri yg melanggar pantang larang, tiada guna acapkali meminta pertolongan dari org lain.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...