**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

06 July 2009

Kajian kes: pesakit buah pinggang plus gangguan jin



Saya berkesempatan merawat seorang gadis yang mempunyai gangguan jin dan dalam masa yang sama menderita penyakit buah pinggang yang kronik. 3 kali seminggu beliau mesti mencuci darahnya di hospital. Semasa hadir tangan kirinya membengkak dan sangat menyakitkan. Saya mensyakki bahawa penderitaan yang dialaminya adalah gabungan penyakit hospital dan gangguan jin yang dialaminya.Untuk pesakit yang begini rawatannya ialah:

1) Untuk gangguan jin: seperti biasa dirawat dengan ruqyah.

2) Untuk penyakit buah pinggang: Seperti yang telah dianjurkan oleh mursyid saya adalah: Ambil 5 kilo mentimun dan dikupas kulitnya. Kemudian kulit timun tersebut direbus bersama 3 tangkai daun pasli atau dikenali juga dengan daun ketumbar. Rebus dengan 3 kali ganda air. Rebus sehingga air tinggal setengah. Tapis dan disimpan di dalam peti sejuk. Minum sebanyak segelas air tersebut, 3 kali sehari selama 40 hari. Insya Allah penyakit buah pinggang yang kronik juga mampu sembuh dengan izin Allah dan keberkatan amalan para awliya'.

Selamat mencuba!!!


LAGI BERKENAAN RAWATAN PENYAKIT BUAH PINGGANG :- 

4 comments:

  1. Assalamualaikum wbt encik.., saya nabil dan berminat dengan cara rawatan yang encik katakan berkenaan dengan buah pinggang. Isteri saya sudah hampir 3 tahun menderita penyakit kegagalan buah pinggang. Selama itu juga saya telah mencari ubat, namun tiada satu pun yang berjaya. ini termasuklah dengan minum air berempah. saya juga pernah membawa isteri berubat secara alternatif. menurut ustaz tu, isteri saya diganggu gangguan jin dan hantu. kesahihannya saya tidak pasti. namun isteri saya menunjukkan kesan yang positif. air mukanya telah berubah, badannya tidak selenguh dulu. namun pertanyaan saya adakah rawatan dengan minum air campuran mentimun dan daun pasli?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.. cubalah.. Insya Allah.. atau tuan boleh mencuba daun katik murai.. sila ke link..http://www.deanjungkiswah.com/?p=productsMore&iProduct=152

      Delete
  2. atau search.. "daun katik murai kiswah"

    ReplyDelete
  3. salam...ustaz saya berminat untuk pelajari ilmu perubatan islam... bila lagi akan diadakan kursus..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...