**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

28 January 2010

Sepakat membawa berkat -Terima kasih sahabat seperjuang...

Pusat Rawatan baru... Wiring kena buat sendiri wooo... hampir seribu ringgit burn kat situ...Pasrah...

Sebelum di'tikargetahkan'

Anak murid (kepada guru yang kekurangan ini); Pak Cik Mat Saed; pengerusi surau Taman Saga Indah sibuk menge'mop' lantai


Tikar getah yang memakan kos hampir seribu ringgit! Syukran bantuan anda. (Banyak tu seribu ringgit bagi orang miskin macam saya hi hi)


Ustaz Kasim Ahmad; ketua kelas perubatan memang bersemangat membantu! Sentiasa bersemangat juang!


Insan yang paling banyak berkorban harta benda, tenaga dan waktu untuk pusat rawatan di Pahang ni... Moga Allah membalas jasanya... Di saat saya tiada kawan membantu; pasti ada Ustaz Kasim.. Berduyun kawan mari, silih berganti datang dan pergi, tapi Ustaz Kasim tetap di sisi...isk isk..


Ustaz Kasim Ahmad lagi...(bukan Kasim Ahmad anti hadis ye!)


Dua orang anak murid merangkap sahabat seperjuangan yang jasa mereka tidak akan saya lupakan... (Mana yang lain???)

Inilah hasilnya; 1001 pengharapan...


Moga-moga Allah memberkati usaha murni kami... Walaupun kami adalah pasukan yang kerdil, sedikit bilangan ahlinya, miskin dan tidak berpengengaruh serta tidak ada nama di persada perubatan Islam di negara kita, tak masuk radio IKIM, tv, Expose Mistik, Syifa' Astro,surat khabar dan tak juga menganjurkan seminar di ipt sini di hotel sana di masjid kat KL sinun; langkah kami yang kejap ini tetap digagahi jua.... Berjuang tetap berjuang untuk mendaulatkan perubatan Islam... Itulah agenda dan fokus kami...
Mahu terkenal? Berpengaruh? Mencari pengikut yang ramai? Duit berjuta?.. 'Setakat ini' bukan matlamat kami.... Insya Allah
Doakan kami agar tidak tersasar di jalanNya. Amiin!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...