**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

03 February 2010

Pendedahan Eksklusif... cerita saya

Assalamualaikum...

Kepada yang tertanya-tanya pasal ijazah...

Ijazah ruqyah anda dari Us Malek masih berterusan dan tak ter'delete' dengan pertukaran nama pusat rawatan dsb. Ijazah tak akan terhapus kalau dah diijazah oleh guru kecuali kalau derhaka dan salah guna.

Lagipun kami cuma tukar rumah dan nama sahaja namun hubungan dgn us Malek masih baik dan semakin baik.

Cuma dimaklumkan bahawa saya bukanlah keluaran TAQ Darul Hikmah dan Ustaz Malek bukanlah guru rasmi saya tetapi merupakan rakan seperguruan saya semasa berguru dengan Us Syarhan Syafie at Tobibi bermula tahun 2001 / 2002 yang lalu... until dia sendiri berjumpa tok guru kepada Us Syarhan; Sh Wahid Abd Salam Bali di Mesir... Us Syarhan adalah murid rasmi Sh Wahid.Beliau bukanlah satu-satunya murid Sh Wahid dari Malaysia. Sebelum dan selepas beliau juga telah ramai yang mendapat didikan Sh Wahid. Beliau berguru dengan Sh Wahid selama 6 bulan di Mesir.

Setelah memiliki sendiri ijazah kitab dari Sh Wahid beliau keluar dari Tobibi dan mengasaskan Terapi al Quran Darul Hikmah sambil menegaskan di hadapan saya bahawa Us Syarhan masih gurunya yang dia sangat kasihi dan hormati. Cuma terdapat beberapa perbezaan pendapat di kalangan mereka berdua akhirnya Us Malek berasa lebih sesuai beliau bergerak berasingan... dan mereka sekali-kali tidak bermusuhan seperti sangkaan semua orang sebelum ini!

Begitulah juga perihalnya saya dan Us Malek... kerana saya tidak boleh ikut cara beliau maka Us Malek syorkan saya 'keluar' dan menggunakan jenama saya sendiri... Semua ini terjadi bukan kerana niat saya tetapi saranan yang diberikan oleh Us Malek kepada saya. Perihal yang sama terjadi kepada Ustaz Zailan TAQ Klang (ex).

Adapun saya yang diperintah dan diamanatkan oleh guru saya Us Syarhan untuk berjumpa sendiri dgn Sh Wahid setelah mendapat rekomen dari Us Syarhan untuk menerima ijazah dari Sh Wahid, tidak pula bertindak seperti Us Malek kerana sebab2 tertentu yang saya tidak boleh ceritakan... memadailah dengan guru rohani saya Maulana Sheikh.

Saya sebenarnya mempunyai autoriti memberi ijazah ruqyah dan perubatan Islam sejak tahun 2004 setelah buku saya dan Us Syarhan siap pada tahun tersebut (PERUBATAN ISLAM MENANGKIS KEJAHATAN MAKHLUK HALUS)... dan saya telah mula memberi ijazah semasa di Mesir dan Syria terutamanya kepada pelajar2 Singapura dan mengelola berpuluh2 seminar dan diskusi kitab di sana sekitar 2005-2007 dgn menggunakan autoriti yang diberikan oleh Us Syarhan kepada saya selama ini. Cetakan buku tersebut versi MESIR mendapatkan sambutan hangat dari pelajar Melayu Mesir dan Syria sehingga habis di pasaran! Buku terebut mendapat pengiktirafan MANHAL PMRAM iaitu satu badan penyelidik yang dianggotai pelajar2 Master al Azhar dan universiti2 lain di Mesir serta barisan ulamak-ulamak muda di Mesir!

Pada ketika itu hanya Us Syarhan dan saya (yang telah diberi autoriti olehnya) sahaja yang dibenarkan memberikan ijazah ruqyah dan perubatan Islam di dalam perubatan Tobibi melebarkan dakwah dan pengajian perubatan Tobibi di bumi anbiya'.

Sehinggalah saya dipelawa oleh U Malek menyertai team TAQ setelah pulang dari Syria. Saya juga disuruh mendiamkan ijazah dan autoriti saya memberi ijazah yang bersanad dari Us Syarhan....

Walaupun ada beberapa pendapat saya berbeza dengan Us Syarhan tetapi beliau tetap guru saya dan beberapa hari yang lalu beliau menegaskan lagi ijazah dan kepercayaan beliau kepada saya selama ini melalui perantaraan telefon....

Begitu juga Us Malek yang merupakan guru saya secara tidak rasmi dan merupakan seorang yang berjasa menarik saya ke dunia tarekat semasa berada di INSANIAH Kedah... Kami sangat rapat dan berkenalan sejak di zaman sekolah di KISAS lagi. Beliau adalah senior saya. Kemudian sama-sama ke INSANIAH dan ke Mesir.

Begitu juga Us Syarhan yang memperkenalkan saya kepada dunia perubatan Islam, sama-sama tidur sebantal dan biasa berkunjung dan tidur di rumah ibubapa saya di Pahang...Saya juga telah menjalani praktikal bersama Us Syarhan dan selalu menemaninya merawat selama 2 tahun sebelum saya berangkat ke Mesir.

..... kesimpulannya saya masih rapat dan menghormati mereka berdua sebagai orang yang sangat berjasa kepada saya yang jahil dan serba kekurangan ini.

...dan tidak lupa kepada GURU UTAMA saya Maulana Sheikh yang sentiasa mengajar saya dari segenap aspek kehidupan termasuklah perubatan Islam dari dulu sehingga kini dan selamanya!

... Tujuan pendedahan ini bukan untuk mengusutkan keadaan atau menaikkan nama saya yang memang tak naik-naik dari dulu tetapi untuk maklumat semua agar faham apa yang berlaku semenjak dua menjak ini.. AMPUN SELALU, CERIA SELALU!!!

7 comments:

  1. Barang yang lepas jangan dikenang... Usaha keras kehadapan!!!!!!!

    ReplyDelete
  2. Salamun Alaik Ya Syeikh,

    Asif Jiddan, sekadar tumpang lalu..

    Bagi ana, ana pegang satu pepatah Arab..

    Kalau bercakap itu perak, maka diam itu emas..

    WALLAHUALAM.

    ReplyDelete
  3. Waalaikumussalam,
    Jazakallahu khairal jaza' ustaz.

    Takpe... yang penting niat sy baik. Menerangkan apa yang sepatutnya diterangkan. Sepatutnya saya jelaskan sejak dahulu lagi bagi mengelak sebarang spekulasi...

    Untuk pengetahuan semua, spekulasi yg dibuat serta difitnah yg ditabur lagi menakutkan...

    Guna kaedah fiqhiyyah 'sadduz zarai'" menutup sebarang kemungkinan tergelincir ke lembah haram... Baik kita jelaskan sejelas-jelasnya untuk tutup sebarang mulut yang berniat jahat... itu sahaja... CERIA SELALU!

    ReplyDelete
  4. Teima kasih kepada teguran... semua orang ada persepsi masing2...

    ReplyDelete
  5. bertenang tuan saya akan buang pasal murid pertama tu..mungkin silap fakta.... jauhkan provokasi dan jalinkan ukhuwwah.. kalau tuan baca saya dah ubah ayat tu untuk menenangkan semua pihak.. tidak berniat apa2. Mungkin saya salah maklumat ... Ceria selalu...

    ReplyDelete
  6. Salam ustaz,

    Apakah manhaj rawatan ustaz juga serupa dengan apa yang diamalkan oleh Ustaz Jumadi Mustar yang giat melakukan rawatan melalui Pusat Rawatan Darul Ilaaj?

    Bagaimana caranya untuk saya mendapat ijazah rukyah syar'iyyah daripada ustaz?

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  7. Waalaikumussalam alhaque!

    Ampun; saya tidak mengetahui teknik / manhaj yang digunakan beliau malah saya juga tidak mengenali beliau.... Cuma saya pernah terdengar ceramahnya dalam bentuk MP3....

    Sekiranya ingin ijazah; sebolehnya hadirla ke kuliah / seminar yang bakal kami anjurkan nanti...

    Tahniah atas keprihatinan anda!!!

    Wassalam

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...