**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

06 February 2010

Pelancaran Kelas Perubatan Islam Online





Jemputan Menyertai Kelas Online Perubatan Islam.


Kepada Tuan-tuan guru, ustaz, ustazah, tuan, puan , cik dll:


Berita baik buat semua…

Atas permintaan ramai terutamanya penyokong perubatan Islam serata Malaysia dan diinspirasikan dari kuliah-kuliah tafaqquh ONLINE sahabat-sahabat pelajar MESIR; dengan ini Pusat Rawatan Islam KISWAH Terapi Ruqyah Syariyyah melancarkan KELAS PERUBATAN SECARA ONLINE pada ketetapan berikut:


Kelas: Kelas Perubatan Islam secara online.


Kitab: Wiqayatul Insan, as Sorimul Battar, A’lij Nafsaka bil Quran, Dalilul Mualijin dsb.


Hari: Jumaat malam Sabtu.


Waktu: 9 malam – 11 malam


Kekerapan: Dua Minggu Sekali. Akan berubah menjadi seminggu sekali jika ada permintaan.


Moderator: Ustaz Hayat an Naqshbandi


Jangka waktu kelas:

<Sehingga diberitahu kelas akan ditamatkan (dijangka berjalan selama setahun untuk sehingga tamat pengajian / atau lebih)

<Diselang seli dengan perjumpaan / gathering untuk pengijazahan dan pelarasan. 3 atau 4 bulan sekali (jika perlu).



Yuran:

<Pendaftaran (kos untuk kitab dan penghantaran - akan diberitahu)

<Seikhlas hati secara bulanan - ihsan kepada tenaga pengajar untuk dana pusat rawatan.


Pembayaran: Muliati Binti Saad: Bank Islam: 14162020055479

Maybank: 156057415555


Jumlah peserta: 10 orang peserta atau lebih. (siapa cepat mendaftar dia dapat dan akan disaring oleh Us Hayat)


Aplikasi: SKYPE CALL GROUP


1) Download Skype: SINI

2) Buka akaun SKYPE anda..

3) Add saya: hayat.annaqshbandi



Cara mendaftar:

<Emailkan YM anda ke hayat.annaqsyabandi@gmail.com jika berminat dan berhajat. Kemudian saya akan emailkan kepada anda peraturan-peraturan dan keperluan2 lain. Jika bersetuju maka saya akan:

<Saya akan add kan nama anda ke contact YM saya. Nama yang saya add kan sahaja yang boleh menyertai kelas / conference. Nama-nama anda akan saya saringkan terlebih dahulu! (sesiapa yang add kan nama saya tidak boleh menyertai)

<Tempoh pendaftaran adalah dari tarikh promosi ini dikeluarkan… sehingga diberitahu

<Kelas akan bermula pada 19 Februari 2010.



Keperluan:

<Komputer peribadi / laptop (tiada webcam pun tidak mengapa)

<Microfon untuk interaksi dan perbincangan.

<Kitab: kitab dan terbitan yang sama dengan moderator. (macam mana nak mengaji kalau takde kitab???!!!)


Pengijazahan perubatan Islam:

<Diakhiri dengan pengijazahan perubatan Islam (kepada yang berminat / mengikut budi bicara moderator) Ustaz Hayat

<…serta ijazah-ijazah hizib, selawat dan doa dari pelbagai guru yang berlainan (melalui perjumpaan khas).


JANGAN LUPA JOIN DAN ‘PROMOTE’KAN KEPADA KENALAN ANDA…


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...