**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

28 September 2010

Beberapa Amalan Pendinding Diri!


Selalu menghadiri halaqah zikir, berjemaah dan mempunyai guru rohani juga merupakan perisai ampun untuk kita sekeluarga dari sebarang bentuk sihir dan kejahatan makhluk halus.

Beberapa amalan pendinding diri

1.Ikhlas dalam beramal dan beribadat hanya kerana Allah.

2.Sentiasa menjaga solat berjemaah dan jangan tinggalkan wiridnya.

3.Sentiasa duduk di dalam jemaah.

4.Membaca istiazah dan Bismillah.

5.Membaca al Mau’uzat atau 3 Qul

6.Menjaga aurat dan memakai kain basahan ketika mandi.

7.Jangan berubat dengan bomoh.

8.Pakai minyak wangi ruqyah di 32 point sebelum tidur.

9.Membaca ayatul Kursiy.

10.Melaungkan azan.

11.Mengekali Qiyamullail.

12.Mengekali berwuduk sepanjang masa khususnya sebelum tidur..

13.Makan Tamar Ajwah dan tamar Madinah.

14.Jangan melakukan perkara yang boleh menzalimi jin seperti mencurah

air panas dari tempat tinggi dsb

15.Membaca doa perlindungan ketika masuk tandas.

16.Memagar diri sebelum bersetubuh dengan doa.

17.Membaca al Baqarah ketika naik rumah baru.

18.Membaca “La Ilaha illAH wahdahu la syarikalah….” 100 kali setelah

Solat Subuh setiap hari.

19.Memperbanyakkan selawat dan maulid nabi saw.

20.Mengamalkan zikir yang khusus seperti hizib bahar, hizib Imam

Nawawi, Ratib Attas, al Mathurat dsb.

21.Sentiasa menghadiri majlis ilmu dan halaqah zikruLLAH.

22.Sentiasa berdamping dengan orang-orang soleh.

23.Sentiasa merendah diri dan tidak mencari musuh.

24.Sentiasa menjaga lidah dari menyakiti sesiapa dan menjauhi segala

perbuatan zalim.

25.Perdengarkan cd ruqyah setiap hari di rumah anda... (pagar diri,

keluarga dan rumah) paling kurang satu round sekali sehari.

26.Baca satu sesi ruqyah setiap hari. Pilihlah waktu yang sesuai supaya

anda boleh menjazamkan bacaan tersebut di dalam hati sanubari anda.

27.Al Quran pun jangan lupa baca satu juzuk sehari!

28.Doa dan tawakkal kepada Allah Taala dan madad (doa tabarruk) dengan

Rasulullah SAW, para solihin dan guru mursyid anda....

29.Sekali sekala minum air ruqyah dan mandi air ruqyah plus ais plus air

batu plus limau purut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...