Selingan: Tahniah buat sahabat dan anak murid saya; Us Zulkhairi Ahmad yang telah melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya Faizah raya ketiga yang lalu... Semoga berbahagia ke syurga...
“Seseorang yang tidak menemui jodoh sehingga lanjut usia atau sampai ke hujung nyawa sama ada kerana gangguan atau tidak”
Terbahagi dua:
1) Tidak melibatkan gangguan jin dan sihir. Jodoh tak sampai.
2) Melibatkan gangguan jin atau sihir yang dihantar oleh orang yang membuat onar.
Punca:
1) Masalah kedengkian.
2) Tidak dapat memiliki si pujaan hati.
3) Permintaan ditolak dengan kasar.
4) Jin Asyiq
5) Semata2 gangguan jin yang tidak suka manusia berkahwin.
Simptom:
1) Melihat bakal tunang hodoh seperti kera.
2) Berasa benci kepada jantina yang berbeza
3) Minat kepada golongan sejenis.
4) Gangguan ketika akad seperti mengamuk / tidak boleh melafaz akad nikah.
5) Tidak terlintas untuk kahwin kerana kerjaya.
6) Hubungan sentiasa terputus.
7) Tidak merasakan nikah itu sunnah yang penting.
Tanda2 lambat jodoh disebabkan campurtangan sihir
- Selain dari simptom tadi seperti putus tunang / hubungan… tanda2 ada sihir:
Tanda ketika tidur:
* Mimpi ular, binatang buas dan berbisa, sampah, kubur, bayi, bunyi gigi, tersentak, benda tajam, benda gatal, lembaga, mayat dsb.
Tanda ketika jaga:
* Sakit tulang empat kerat, sakit belikat, ketumbuhan, takut menziarahi orang mati, sawan, ragu2 akan iman, gelisah mendengar al Quran dan azan dsb.
Rawatan
1) Jika ada campurlibat jin hendaklah dirawat dengan ruqyah syariyyah terlebih dahulu. Mendengar ayat al Quran yang dibacakan oleh perawat, minum air ruqyah dan mandi air ruqyah. Kepada pesakit yang ada masalah ‘sejenis’ dirawat dengan kencing atas kapak panas.
2) Jika sudah suci dari sebarang gangguan jin maka bolehlah amalkan 3 -7 kali selepas solat; Surah ar Rum ayat 21 sambil mengatahui makna, menghayati dan berazam untuk merealisasikannya: