**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

07 October 2012

Berbohong Terkena Sihir Kerana Tidak Mahu Ke Sekolah!!!


Assalamualaikum semua...

"Budak sekarang sudah advance. Tak mahu ke sekolah pandai berlakon kena gangguan, sampai mak ayah mati2 percaya. Dah setahun tak ke sekolah.Sudah kita beritahu bahawa anak tidak sakit tapi pembohong, tapi masih nak mempertahankan anaknya yang bijak buat trick. Sudah berubat kaedah ruqyah dan rahsia dah pecah, masih tak percaya maka terus bawak ke bomoh pula..."Ustaz nak cakap apa2 cakaplah... Saya tak percaya". Lebih percaya bomoh dari cakap seorang ustaz. Inilah kalau khurafat dan kesyirikan sudah menjadi akidah. Jawablah esok dengan Tuhan..."

 Bila kita nak tegur si ayah.. ayah pun angkat tangan stop.. " Saya tak mahu dengar apa2 dari ustaz..".. Ni akhlak kepada orang yang sudah tolong mereka dengan sepenuh hati.. :(

 KISWAH dah bertahun-tahun merawat budak2 yang tak mahu ke sekolah kerana dikatakan angkara jin... 9 / 10 dari mereka adalah pembohong... Mana tak nya dah dekat setahun tak datang sekolah. Bila bermain nombor 1. 

Ada kes yang selesai setelah maknya bawak ke 13 bomoh, bila datang ke KISWAH, maka ubatnya adalah saya berkata, "AWAK PEMBOHONG YE, SAMPAI HATI AWAK TIPU MAK AYAH AWAK, DAH BERPULUH RIBU DIA BERHABIS BERUBAT AWAK, TAK KESIAN KE.." Terus sihat dan mak ayah dia panggil KISWAH untuk kenduri kesyukuran... Tu saja ubatnya.. tp malangnya bila kita tegur, mak ayah pula yang tak 'marah' pada kita.. Elok la macam tu...

Saya tidak menolak 100% kemungkinan gangguan itu mungkin ada.. Namun kalau dah terang2an menampakkan pembohongannya takkan mahu mendiamkan diri. Lebih2 lagi apabila diruqyah dsb didapati memang tiada gangguan.. Kita just menyarankan ibu dan ayah membacakan ayat2 pelembut hati.

Pelbagai trick budak2 ni ada dalam koleksi saya:

1) Sakit kepala bila nak ke sekolah. 
2) Bila dah tenghari ligat pula bermain PS3 dan tengok tv.
3) Lalu depan sekolah buat2 takut.
4) Buat2 pengsan ketika ke sekolah.
5) Sebut pasal sekolah terus pening kepala atau sakit perut. Tapi bila lepas tempoh nak ke sekolah sihat wal afiat pula..
6) Biasanya ada masalah dengan rakan (kena buli @ ragging). 
7) Masalah dengan guru yang garang atau tak berkenaan di hati budak.
8) Masalah sekolah baru.
9) Masalah 'homesick' tak mahu duduk asrama.
10) Ambil kesempatan dari masalah histeria di sekolah
11) dan macam2 lagi....

 Perawat yang berpengalaman tidak semudah itu percaya dan terpengaruh dengan cerita ibu bapa... selidik dulu. bandingkan dengan al Quran as Sunnah, al Ijma' al Qiyas. Tidak lupa pengalaman lepas. Betul ibu dan bapa tertekan. Tapi dengar la sikit nasihat ustaz.. tapi malangnya lebih percaya bomoh yang buat trick terpelanting keluar pisau nipis topaz dan paku dari badan budak.. Tengok budaknya relax je..

  Ye le.. kita sayang pada pesakit kita, takut habis duit terus tertipu dengan bomoh2 yang mengikis duit. Tp malangnya akidah mereka kata ustaz dan kaedah al Quran (ruqyah) ni takde kuasa apa2... Nak buat macam mana..

  Setelah mengubat kita ada sesi tazkirah kepada pesakit dan keluarga setiap hari tentang bahaya syirik, khurafat dan tipu daya bomoh. Tentang trick terpelanting itu dan ini dari mulut dsb.. Tentang hukum menilik yang yang menyebabkan tidak sah solat selama 40 tahun menurut hadis sohih muslim. Tapi semuanya macam mencurah air ke daun keladi.. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri...

 Sampai di jerantut ada bomoh yang boleh mengeluarkan kereta sorong buruk dari badan sorang pesakit tu pun masyarakat percaya dan berbondong2 datang berubat dengan bomoh tersebut.. alahai

  Itulah realiti yang terjadi.. sabar..

Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...