**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

01 October 2012

Kenangan Seminar 6 KISWAH 29 September 2012

Sesi pengajian di seminar KISWAH...
 Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah seminar 6 berlangsung dengan jayanya..

Syukur Ya Rabbi... Ahli2 KISWAH dari seluruh negara diizinkan hadir oleh Rabbul Jalil ke teratak kami di Temerloh. Jumlah peserta menepati malah melebihi sasaran kami, Tidak kurang juga peserta seminar yang baru pertama kali menjinakkan diri dalam seminar KISWAH.

Seminar kali ini mengupas tajuk 1001 kaedah ruqyah, kerezekian menurut Islam dan amalan-amalan perawat Islam menurut syara'.
Penerangan NGO oleh Us Zul dan Cikgu Adib... Penerangan yang jelas dan telus...

Terima kasih kepada ajk yang bertungkus lumus menjayakan program kita pada kali ini iaitu Saudara Lukman, Us Anas, Us Azwan Sabah dan Us Amirul Shafiq.

Terima kasih tidak terhingga kepada semua ahli KISWAH yang hadir dan para peserta khususnya yang datang dari jauh. Mereka sanggup berkorban masa dan kepunyaan demi meraih setitis ilmu yang sedikit cuma di serambi teratak KISWAH.

Macam biasa, tradisi halaqah di KISWAH tidak lengkap dengan bacaan mawlid dan qasaid yang disampaikan oleh "MEVLEVI DERVISH ENSEMBLE" di bawah naungan KISWAH.
Tradisi Halaqah Ilmu di KISWAH. Semoga Allah memberkati sahabat2 seperjuangan yang datang dari jauh. Berkorban segala kepunyaan demi setitis ilmu.. BarakALLAHU fikum..

Pada sesi petang, bacaan Ratib Haddad, Solawat Azamiah dan Solawat Shah Naqshbandi bergema di 'dewan' seminar KISWAH. Majlis diteruskan dengan sesi penerangan NGO KISWAH oleh al Fadhil Ustaz Zul selaku Timb Pengerusi NGO KISWAH dan Cikgu Adib selaku SU Agung KISWAH. Sesi soal jawab dan cadangan yang dikemukan hadirin memeriahkan lagi dialog pada petang yang penuh barakah tersebut.

Ceria bersolawat... Bertemu dan berpisah dalam tautan mahabbah..
Majlis diakhiri dengan pengijazahan amalan, Solat Asar, bacaan Taalimul Mutaalim Shaykh Zarnuji, qasidah dan wada'

Insya Allah berjumpa lagi dalam seminar seterusnya; Seminar 7 pada 10 November 2012; 

BEKAM SUNNAH, RAWATAN PINGGAN PUTIH, MUHASABAH PERAWAT DAN PENGIJZAHAN BUKU PERUBATAN ISLAM KELUARAN KISWAH " RAHSIA AIR JAMPI"..

Insya Allah jumpa di sana...
Ukhuwwah Fillah Lestari Selamanya..

Syukran kathira kepada semua yang hadir.. Ukhuwwah Fillah menuju Firdausi Insya Allah...



Ukhuwwah Fillah Syafaat Ke Syurga..




Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...