**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

02 August 2013

Majlis Ifthar, Akikah, Tarawih dan Mawlid di Teratak Mawlawi 25 Julai 2013 Dan Perihal Akikah dan Tahnik

Kenangan ifthar, aqiqah anakanda 'Fatimah', tarawih dan mawlid serta hari lahir Muhammad Nazim yang ke - 3 
 di teratak kami pada 25 Julai 2013



 ____________________________________________

MAKLUMAT BERKENAAN AQIQAH, TAHNIQ, TASMIYYAH DAN HALAQ

Maklumat berkenaan aqiqah, tahnik, tasmiyyah (beri nama), halaq (cukur jambul): (rujukan kitab al Iqna' fi Hall Alfaz Abi Syuja' oleh Imam Sheikh Shamsuddin Muhammad bin Muhammad Khatib as Syarbini)

1) Aqiqah bermaksud: Sembelihan yang dilakukan pada hari ketujuh kelahiran si anak. Pada hari tersebut dicukur rambutnya dan diberi nama yang baik2.

2) Hukum: Sunnat Muakkadah - yang sangat2 dituntut.

3) Dalil: Hadis Nabi Muhammad saw: "Setiap bayi tersebut ditebus (sakit, masa depan dan keperibadiannya) dengan akikah yang disembelih pada hari yang ketujuh, dicukur rambutnya dan diberi nama."

" Sesungguhnya Nabi Muhammad saw memerintahkan bayi diberi nama pada hari yang ketujuh kelahirannya."

4) Waktu akikah: Sejak kelahiran bayi dan disunatkan pada hari yang ketujuh kelahiran bayi seperti yang ditulis di dalam kitab Majmu' Imam Nawawi.

5) Sunat2 lain: Dicukur rambutnya dan kemudian kepala bayi tersebut disapu dengan za'faran / saffron. Kemudian dikumpul rambut2 tersebut, dikering dan ditimbang dengan harga PERAK.... Jumlah duit tersebut kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin /mana2 lapan asnaf. Nabi
Muhammad saw membayar harga timbangan cucuandanya Saidina Hasan dan Husian ra dengan harga PERAK.

6) Sunat2 lain: Diberikan nama pada hari yang ketujuh seperti yang ditulis di dalam kitab Majmu'. Tetapi jika ingin diberi nama awal pun tidak mengapa. Disunatkan memberi nama2 yang baik dan sebaik2 nama adalah Abdur Rahman dan Abdullah.Nama2 Nabi khususnya Nabi Muhammad saw dan nabi2 lain,nama para sahabat dan orang soleh... begitu juga nama wanita: Fatimah, Khadijah, Maryam dan Asiah serta nama anak2 & keluarga nabi dan sahabiah.

7) Jumlah kambing: Bayi lelaki: Disunatkan dua ekor kambing. Perempuan: Seekor kambing... Lagi besar dan banyak daging lagi baik!!!

8) Bentuk daging: Hendaklah dimasak MANIS dan diberi / memberi jamuan kepada orang ramai khususnya FAKIR MISKIN. Tidak diberi mentah seperti daging korban.

9) Dagingnya dimasak manis (orang kita biasanya masak kurma atau kari manis) dan disertai dengan manis2an... (orang kita biasa buat bubur jinak @ liar) supaya sabda nabi saw; akhlaknya juga manis di hadapan manusia. Sesungguhnya nabi Muhammad saw suka kepada manisan dan madu!

10) Fadhilat dan kelebihan akikah: Anak2 menjadi pemberi syafaat di akhirat, anak berakhlak mulia dan sihat dengan kehendak Allah jua serta berkat usaha ibu bapanya.

11) RISIKO MENINGGALKAN AKIKAH:Berkata ulamak, anak yang tidak diakikahkan; maka tidak dapat menjadi syafaatnya ibu bapanya diakhirat, berisiko untuk sakit zahir dan batin serta kurang akhlaknya.

12) Perkara yang perlu diberi perhatian: Belanja akikah dan kendurinya adalah duit si bapa bayi tersebut. Bukan duit pemberian orang kepada anak2 kita yang baru lahir... Hasil dari usaha si bapa. Sebab itu, apabila dapat saja berita isteri mengandung; terus diwujudkan dana akikah dan
kelahiran dalam rumahtangga supaya dapat akikah seawal hari ketujuh!

13)Nama disunatkan diberikan oleh bapa kepada ayah bayi... Tok belah ayah.... kerana Nabi Muhammad namanya diberikan oleh Abd Mutalib. Juga 'ayah2 rohani' atau guru2 mursyid kita.... Sekiranya kita ada berhajat dan berkenan mana2 nama, ambillah berkat dengan meminta izin dan dustur mereka serta meminta pandangan mereka.

14) Tahnik (belah mulut) iaitu dengan cara memasukkan manisan khususnya kurma / jus kurma ke dalam mulut bayi yang masih kecil dan disunatkan pada hari yang ketujuh. Disunatkan tahnik dilakukan oleh orang2 alim / mursyid / tok guru supaya keberkatan mereka mengalir ke bayi tersebut dan semoga anak tersebut menjadi seperti orang yang mentahnik.... Jika tiada orang2 alim maka bolehlah ditahnik oleh bapa atau datuknya....

15) Perihal majlis: Selalu majlis diadakan serentak; akikah, cukur jambul dan tahnik... Namun ada juga majlis yang mengasingkan akikah dan cukur jambul. Walaubagaimanapun yang terbaik; semuanya dibuat pada hari yang ketujuh. Majlis juga boleh dimeriahkan lagi dengan bacaan selawat,maulid, tahlil dan doa selamat.

Alhamdulillah pengalaman saya berhadapan situasi mencemaskan anak kedua saya Muhammad Nazim dimasukkan ke NICU kritikal kerana masalah paru2 tidak matang memberi banyak pengajaran kepada saya... Baby Nazim lahir pada 15 Syaaban dimasukkan ke NICU selama 10 hari. Sebaik saja akikah selesai dilakukan di Klang; terus saya diberitakan oleh isteri (ketika itu kami seminar di Masjid Negeri Shah Alam) doktor sudah menaggalkan oksigen... dan ketika jamuan akikah diadakan di masjid tersebut saya dimaklumkan alat2 lain juga ditanggalkan.... dengan IZIN ALLAH JUA!

Sungguh ajaib ibadah akikah ini...

Sebab itu sekiranya ada pihak yang bertanya kepada saya tentang bayi mereka yang sakit.. Maka saya sarankan diakikahkan secepat mungkin kerana akikah; selain menghidupkan sunnah nabi saw, antara fadhilatnya adalah menebus penyakit; untuk kesihatan bayi dan molek akhlaknya di kemudian hari nanti....

Saranan saya kepada sesiapa yang masih tidak akikah, tahnik anak masing2... silalah berbuat demikian secepat mungkin!






Allahu Haq ! Hidayah Seluruh Alam!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...