**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

26 August 2013

Tarikh dan Hari yang Sesuai untuk Berbekam. Ayuhlah Serbekam di Pusat Rawatan Islam KISWAH Secara Sunnah!!!


Assalamualaikum.. Syukur Ya Rabbi.. Kami di KISWAH hanya membekam pesakit pada hari Isnin, Selasa atau Khamis.. yang bertepatan dengan tarikh 17, 19 atau 21 Hijrah (Bulan Islam)...Ini adalah untuk memenuhi ciri-ciri BEKAM SUNNAH yang tulen.. Bukan berasaskan keuntungan maksimum semata-mata... Bekam Sunnah bukan sekadar tarikh dan harinya, malah titik bekamnya, waktu, kaedah dan adab2nya...Malah kami juga meruqyah pesakit ketika membekam...

 Ini adalah panduan2 kami:


 Bilakah tarikh yang sesuai berbekam?
Pada 15, 17 dan 21 hb Qamari atau kalender hijri setiap bulan. Nabi Muhammad r bersabda: “Barangsiapa yang berbekam pada tanggal 17, 19 dan 21 maka itu akan menyembuhkan semua penyakit.” (HR Abu Dawud).

* Separuh kedua sehingga minggu ketiga setiap bulan seumpama yang menjadi kesepakatan para tabib seperti pendapat Ibn Qayyim al Jauziah.





Hari apakah yang sesuai untuk berbekam?

Hari Isnin, Selasa atau Khamis.


Hadis Riwayat Ibn Umar t, bahawa Rasulullah r bersabda, “Berbekam dilakukan dalam keadaan perut kosong adalah yang paling baik. Ia akan menambahkan kecerdesan otak dan menambahkan ketajaman menghafal. Oleh itu, barang siapa hendak berbekam, maka sebaik-baiknya dilakukan pada hari KHAMIS dengan menyebut nama Allah I  . Hindarilah berbekam pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Berbekamlah pada hari Isnin dan Selasa. Hindarilah berbekam pada hari Rabu kerana hari Rabu adalah hari Nabi Ayyub u ditimpa ujian. Tidaklah timbul penyakit kusta dan lepra (sejenis sakit kulit dan saraf  yang menyebabkan kecatan pada badan) kecuali pada hari Rabu atau malam hari Rabu.” (HR Ibn Majah)



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...