Murni sebenarnya tidaklah semurni mana...
09 September 2013
Kecewa Dengan Syarikat Botol MI MURNI INDUSTRY Yang Tidak Bertanggungjawab Menghantar Botol Yang Salah
Assalamualaikum semua...
Kepada sesiapa yang nak buat bisnes botol air mineral... Tak perlulah berurusan dengan syarikat Murni Botol yang suka putar belit pelanggan.. Sebab tu kadang2 kecewa dengan pengusaha melayu. Bukan nak tolong bangsa sendiri.. Ngap orang lagi ada..
Sudahlah menghantar botol yang salah, tidak mahu menghantar semula botol yang betul. Apabila kita tidak bersetuju dengan botol tersebut; disalahkan kita pula lalu passing botol kami yang salah kepada syarikat Tasnim Gau dan digunakan tanpa memberitahu kami terlebih dahulu. Padahal kami telah bayar cash kepada Murni Botol.
Murni Botol lepas tangan selepas dapat duit dengan jualan yang mahal dari biasa dan tak mahu mengganti botol yang sepatutnya. Selepas tu suruh kami berurusan dengan Syarikat Tasnim Gau pula. Dengan egonya memaksa kami menjual botol yang salah kepada Syarikat Tasnim Gau. Tasnim Gau hendak beli dengan harga yang sangat murah berbanding dengan harga yang kami beli dengan Murni... Apa ni???
Itulah sesama Islam kalau tak mahu amanah dan jujur...
Janji dia untung.....
P/S: Pendedahan ini sekadar satu perkongsian pengalaman.
Supaya anda semua berjaga2 dengan Syarikat Murni ini.
Murni sebenarnya tidaklah semurni mana...
Murni sebenarnya tidaklah semurni mana...