Hari
|
Tanggal
|
Catatan
|
Hari 1
Kamis |
26 Safar SH 1
(9 September 622) |
Meninggalkan rumah di Mekkah. Tinggal tiga
hari di Gua Thur di dekat Mekkah.
|
Hari 5
Senin |
1 Rabiul awal SH 1
(13 September 622) |
Meninggalkan Mekkah. Perjalanan ke Madinah.
|
Hari 12
Senin |
8 Rabiul awal SH 1
(20 September 622) |
|
Hari 16
Jumat |
12 Rabiul awal SH 1
(24 September 622) |
Tiba di Madinah untuk salat Jumat.
|
Hari 26
Senin |
22 Rabiul awal SH 1
(4 October 622) |
04 November 2013
Fakta dan Kisah Hijrah Nabi Muhammad SAW serta Pengajarannya
Pada September 622, terdapat skenario pembunuhan kepada
Nabi Muhammad, maka secara diam-diam Nabi Muhammad bersama Abu Bakar pergi meninggalkan kota Mekkah.[3] Sedikit demi sedikit, Nabi
Muhammad dan pengikutnya berhijrah ke Yastrib 320 kilometer (200 mil)
utara Mekkah. Yastrib kemudian berubah nama menjadi Madinat un-Nabi, yang
berarti "kota Nabi", tapi kata un-Nabi
menghilang, dan hanya disebut Madinah, yang berarti "kota ".[4] Penanggalan Isalm yang disebut Hijriah dicetuskan oleh Umar bin Khattab pada tahun 638 atau 17 tahun
setelah peristiwa hijrah.[4] In the following chronology[4] Kota tempat tinggal Nabi Muhammad
disebut Madinah dan wilayah sekitarnya disebut Yastrib.
Sebaik sahaja keputusan durjana diambil untuk membunuh Rasulullah,
Jibril pun turun menemui Rasulullah, dengan wahyu dari TuhanNya Tabaraka
Wataala, Jibril memberitahu pakatan jahat Quraisy, kini Allah telah mengizinkan
baginda untuk keluar berhijrah, dengan menentukan masa pergerakan hijrah dengan
katanya: “Malam ini jangan kau tidur di tempat kau yang biasa tidur itu”.
Di tengah hari rembang Rasulullah datang menemui Abu Bakr
as-Siddiq untuk memastikan kepadanya jadual hijrah, Saidatina Aisyah (r.a)
telah menyebut: Semasa kami sedang duduk di rumah Abu Bakr, di ketika rembang
hari, ada seorang berkata kepada Abu Bakr,
“Itu Rasulullah berkelubung datang di saat yang tidak biasa
baginda menziarahi kami”, kata Abu Bakr demi Allah, baginda tidak datang di
ketika ini, kecuali untuk urusan besar.
Kata Aisyah: Maka tibalah Rasulullah, lalu baginda meminta izin,
lantas baginda masuk sambil berkata kepada Abu Bakr, “Boleh kau keluar
sekejap”. Jawab Abu Bakr, “Mereka ini semua keluarga engkau Rasulullah, demi
engkau sebagai bapaku wahai Rasulullah”. Kata baginda, “Kini aku telah
diizinkan untuk keluar”. Jawab Abu Bakr, “Demi kau sebagai bapaku, apakah aku
mengiringi tuan hamba?” Jawab Rasulullah, “Ya, memang begitu”.
Setelah ditetapkan perancangan hijrah, maka Rasulullah pun pulang
semula ke rumahnya, menunggu ketibaan malam.
PENGEMPUNGAN
RUMAH RASULULLAH S.A.W
Pimpinan dan kepala jenayah Quraisy menghabiskan siang mereka
untuk menyempurnakan perancangan dan persiapan seperti yang diputuskan oleh
sidang Dar al-Nadwah, sebelas orang kenamaan wakil kabilah masing-masing ialah
seperti:
1. Abu
Jahal bin Hisyam
2.
Al-Hakam bin Abi al-As
3. Ugbah
bin Abi Muit
4.
al-Nadhr bin al-Harith
5.
Umaiyah bin Khalaf
6. Zamaah
bin al-Aswad
7.
Tu’imah bin ‘Adi
8. Abu
Lahab
9. Ubai
bin Khalaf
10.
Nabyah bin al-Hajjaj
11. dan
saudaranya Manbah bin al-Hajjaj
Kata Ibnu Ishak: Bila malam bergerak gelap, mereka pun berkumpul
di pintu menunggu baginda tidur, di masa itu mereka akan menyerang serentak. Mereka dengan penuh keyakinan
dan kepercayaan yang mereka akan berjaya dengan pakatan jahat itu, di mana Abu
Jahal berdiri dengan penuh sombong dan ujub, sambil mereka bertanya kepada semua pengikutnya itu, yang sedang mengepung rumah
Rasulullah penuh senda dan ejekan terhadap kesudahan Rasulullah dengan katanya,
“Itu dia Muhammad yang pernah menjanjikan kamu semua, sekiranya kamu
mengikutnya beliau akan serah kuasa kepada kamu sebagai Mahajara Arab dan Ajam,
kemudian kamu akan dibangkitkan semula dari kubur kamu, deng menyerahkan kunci
syurga seperti taman-taman di Jordan kononnya, dan sekiranya kamu tidak mahu
menurutinya kau akan disembelihnya, setelah itu kamu akan dihidupkan semula
kemudian sekali lagi kamu akan diazab dengan disumbat ke dalam neraka yang
membakar”.
Masa tindakan adalah ditengah malam, untuk itu mereka berjaga
sepanjang malam menunggu detik terakhir, namun Allah mengatasi seluruh
perancangan. Mentadbir petala langit dan bumi, Tuhan mampu berbuat segala sesuatu
yang dikehendakinya, ianya mampu melanggar sesuatu tetapi tiada suatu pun yang
mampu melanggarNya. Memang Allah melaksanakan sesuatu seperti yang disuarakan
kepada Rasulullah dengan mafhumnya:
“Dan ingatlah (Wahai Muhammad), ketika orang kafir musyrik (Makkah)
menjalankan lipu daya terhadapmu untuk menahanmu, atau membunuhmu, atau
mengusirmu. Mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya
(mereka), kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya”.
(al-Anfal:
30)
RASULULLAH
MENINGGALKAN RUMAHNYA
Di dalam suasana pihak Quraisy begitu prihatin dengan perancangan
mereka, namun mereka gagal di saat terakhir dan kritikal ini, Rasulullah telah
meminta Saidina Ali (r.a) dengan sabdanya, “Ayuh, kau tidur ditempatku ini dan
berselimutlah dengan kain Hadramiku ini, dan lenalah, tiada suatu pun yang kau
tidak suka itu akan terkena kau”. Sebenarnya Rasulullah tidur biasa berselimut
dengan kainnya itu.
Rasulullah pun keluar, membelah barisan sekatan mereka malah
Rasulullah telah mengambil segenggam pasir dari atas tanah di mana baginda
menaburkannya ke atas kepala mereka semua dan Allah membuta penglihatan mereka
hingga mereka tidak sedikit pun melihat Rasulullah keluar di masa itu sambil
membaca ayat Allah yang bermaksud:
“Dan Kami
jadikan sekatan di hadapan mereka, dan sekatan di belakang mereka. Lalu Kami
tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat.
(Yaa
Siin: 9)
Tidak seorang pun dari mereka yang terkecuali, malah kesemua
mereka diletakkan tanah ke atas kepalanya, baginda terus berjalan ke rumah Abu
Bakr. Rasulullah dan Abu Bakr keluar melalui jendela di rumah Abu Bakr di malam
itu juga, hingga sampai ke gua Thur yang terletak dipertengahan perjalanan ke
arah Yaman.
Mereka yang mengepung rumah Rasulullah menunggu-nunggu detik
terakhir, malangnya sebelum sampai saat dan ketikanya terbongkar kegagalan,
di mana seorang lelaki lain yang tidak bersama mereka telah datang menemui
mereka semua, mendapati mereka sedang berkawal rapi di pintu rumah Rasulullah
dengan katanya, “Apa yang kamu tunggu ini?” Jawab mereka, “Kami menunggu
Muhammad”. Jawab lelaki tadi, “Kau sudah gagal dan kehilangan peluang. Demi
Allah, Muhammad sudah berlalu dari sini, malah telah menabur tanah-tanah ke
atas kepala kamu semua dan kini beliau sudahpun beredar untuk tujuannya”. Jawab
mereka semua, “Demi Allah, kami tidak melihatnya pun”. Mereka semua bangun,
mengibas tanah dari kepala masing-masing.
Mereka cuma mengintai dari celah pintu dan mendapati Ali di tempat
tidur Rasulullah, maka mereka berkata “Demi Allah, itu dia Muhammad sedang
tidur berselimut dengan kainnya”. Oleh itu, mereka pun tidak bergerak dari
tempat masing-masing hinggalah ke subuh. Pada masa itu, Ali pun bangun dari
tidurnya. Alangkah terkejut melihat keadaan yang mengecewakan itu, lalu mereka
pun bertanya kepada Ali di mana gerangannya Muhammad. Jawab Ali, “Aku tidak ada
muklumat mengenainya”.
DARI
RUMAH KE GUA
Rasulullah meninggalkan rumahnya pada malam 27 bulan Safar tahun
keempat belas kebangkitan baginda bersamaan 12 atau 13 September tahun 622
Masihi. Baginda tiba ke rumah temannya Abu Bakr yang merupakan manusia yang
paling dipercayai oleh Rasulullah, untuk persahabatan dan hartanya. Kemudian
mereka berdua beredar keluar dari rumah Abu Bakr dari pintu belakang, untuk
lari dari Makkah secepat mungkin dan sebelum fajar menyinsing.
Rasulullah menyakini yang Quraisy akan berusaha sedaya upaya
mereka untuk memburunya dan jalan yang akan terlintas dipemikiran Quraisy ialah
jalan utara menuju ke Madinah maka sebab itu Rasulullah mengambil
jalan yang mencanggahi jalan ke utara, iaitu jalan yang berada disebelah
selatan menghala ke negeri Yaman, baginda mengambil jalan itu yang sejauh lima
kilometer hingga tiba ke bukit yang dikenali sebagai Jabal Thur, ianya mempakan
bukit yang tinggi, jalannya sukar, pendakiannya berhalangan, berbatu-batu
hingga melecet tapak kaki baginda (s.a.w). Diceritakan bahawa Rasulullah
terhincut-hincut dengan tujuan menyembunyikan kesan tapak kakinya hingga
melicit tapak kaki baginda, walau bagaimana sekali pun Abu Bakr telah mendukung
Rasulullah, sesampainya mereka ke Jabal Thur itu, terasa berat oleh Abu Bakr
namun beliau dapat menyampaikan baginda ke kemuncak bukit, dalam sejarah Islam
dikenali sebagai gua Thur.
KETIKA
MEREKA BERDUA Dl DALAM GUA
Sesampainya mereka ke gua berkenaan, kata Abu Bakr, “Demi Allah,
Rasulullah jangan masuk, kecuali setelah hamba masuk dahulu, sekiranya ada
sesuatu yang berbahaya biar terkena hamba dahulu”. Lalu beliau masuk ke
dalamnya dan membersihkannya. Di sana ,
Abu Bakr mendapati sebuah lubang maka beliau mengoyak kainnya dan
disumbatkannya dan beliau menyeru, “Sila masuk, Rasulullah”. Maka baginda pun
masuklah. Abu Bakr meletakkan kepala baginda ke ribanya hingga baginda lena, di
masa itu kala jengking menyengat kakinya yang terhulur ke dalam lubang, namun
sedikit pun beliau tidak bergerak supaya Rasulullah tidak tersedar. Tetapi air
matanya terjatuh ke muka Rasulullah. Kata Rasulullah, “Apa hal diri kau wahai
Abu Bakr”. Jawab beliau, “Daku telah disengat, demi ibu bapaku korban untuk
kau, ya Rasulullah”. Oleh yang demikian, Rasulullah menawarkan bekas sengatan
tadi dengan ludahan baginda, maka segera hilanglah kesakitannya itu.
Selama tiga malam mereka bersembunyi di gua itu, iaitu malam
Jumaat, Sabtu dan Ahad, Abdullah bin Abu Bakr turut tidur bersama-sama mereka, ujar
Aisyah, “Abdullah adalah salah seorang pemuda berpengetahuan dan cerdik,
menemani mereka di waktu malam. Di hujung malam beliau keluar dari sana dan berada di
kalangan Quraisy di pagi hari menampakkan yang beliau bermalam di Makkah
bersama Quraisy, beliau mendengar dan mengingati segala sesuatu yang
diperihalkan di Makkah untuk dibawa kepada mereka berdua di tengah malam”.
Manakala Amir bin Fahiirah orang suruhan Abu Bakr bertugas memelihara kambing
untuk membekalkan mereka berdua dengan susu dan daging panggang, beliau
menyampaikannya kepada mereka berdua setelah malam berlabuh dengan melaung dan
menyebut perkataan, “susu dan daging” kepada mereka. Beliau melakukan ini di
ketiga-tiga malam persembunyian itu, selain dari itu, Amir bin Fahiirah juga
bertugas menghalau kambingnya di atas kesan-kesan tapak kaki Abdullah bin Abu
Bakr supaya tidak dapat dikesan oleh pihak Quraisy.
Pihak Quraisy menjadi gila, setelah mereka yakin Rasulullah telah
terlepas dari usaha jahat mereka itu. Apa yang dapat mereka lakukan ialah
dengan melanyak Saidina Ali serta diseretnya ke Kaabah dan mereka mengurungnya
dengan harapan memperolehi berita arah mana Rasulullah dan Abu Bakr melarikan
diri. Setelah mereka tidak dapat memperolehi sebarang maklumat dari Ali,
mereka menuju ke rumah Abu Bakr al-Siddiq pula, setelah mengetuk pintu rumah,
Asma’ binti Abu Bakr pun keluar, kata mereka, “Mana bapa awak?”. Jawab Asma’,
“Demi Allah, mana aku tahu ke mana dia pergi”. Sebelum beredar, Abu Jahal yang
buruk akhlak itu, sempat juga menempeleng muka Asma’ hingga melayang sebelah
subang di telinganya.
Dalam sidang tergempar Quraisy, mereka telah membuat keputusan
segera, iaitu mengerah seluruh jentera yang ada untuk menangkap buruan yang
lari itu, semua jalan masuk ke kota Makkah diletakkan dalam kawalan
bersenjata api, dan pihak Quraisy menawarkan kepada sesiapa yang dapat
menangkap mereka berdua hidup atau mati dengan hadiah yang lumayan, iaitu
seratus ekor unta untuk seorang.
Di ketika itu seluruh pahlawan penunggang kuda dan pejalan kaki
serta tukang pengesan tapak kaki, seluruh mereka bertebaran ke pelusuk sekitar
Makkah di lembah-lembah dan di bukti-bukit, di dataran mahupun di gua, namun
kesemua mereka tidak berjaya. Mereka yang memburu tadi sempat juga sampai ke pintu gua Thur,
tetapi Allah yang menguasai di atas segalanya. Imam al-Bukhari menceritakan
dalam riwayatnya dari Anas dari Abu Bakr katanya, “Semasa aku bersama dengan
Rasulullah di dalam gua, aku mendongak kepalaku, tiba-tiba aku melihat kaki-kaki
Quraisy dari celah batu. Kataku,Wahai Rasulullah! kalaulah di antara mereka
tunduk ke bawah, nescaya mereka dapat melihat kita di sini. Jawab Rasulullah,
“Berdiam sahajalah, kita berdua, Allah yang ketiga bersama kita, dalam lafaz
yang lain aku meyakini bahawa Allah bersama-sama kita”.
Sebagai mukjizat Allah yang dianugerahkan kepada RasulNya mereka
telah beredar pulang dari situ meskipun hanya beberapa langkah sahaja dari situ
Rasulullah sedang bersembunyi.
DALAM
PERJALANAN KE MADINAH
Sebaik sahaja api kemarahan dan usaha membunuh Rasulullah reda,
rondaan dan sekatan pemeriksaan dihentikan, setelah tiga hari berturut-turut,
maka Rasulullah dan sahabatnya bersiap untuk keluar dan bergerak ke Madinah. Mereka berdua telah pun
mengupah Abdullah bin Uraiqat, beliau adalah seorang yang tenang dan mahir
mengenai jalan di padang pasir, beliau masih lagi dengan agama Quraisy, namun baginda mempercayai dalam hal ini, Rasulullah dan sahabatnya itu
telah menyerah kedua-dua binatang tunggangan mereka kepada Abdullah, dengan
menjanjikannya untuk menemui mereka di pintu gua, selepas tiga malam berlalu di
malam Isnin satu haribulan Rabiul al-Awal, tahun pertama Hijriah bersamaan 16
September 622 Masihi, Abdullah bin Uraiqat pun tiba ke pintu gua dengan membawa
dua tunggangan, kata Abu Bakr kepada Rasulullah, “Dikaulah sebagai ayahku,
ambillah salah seekor tunggangan ini”. Beliau pun menyerahkan yang terbaik di
antara dua ekor itu. Jawab Rasulullah, “Ku ambil Dengan harga”.
Asma’ binti Abu Bakr pun membawa bekalan perjalanan Rasulullah dan
Abu Bakr, beliau terlupa membawa tali pengikat untuk diikat bekalan tadi pada
kenderaan baginda, akhirnya beliau mengoyak kain pengikat pinggangnya, sebelah
diikatkan bekalan makanan yang sebelah lagi diikat semula ke pinggangnya,
dengan itu beliau dikenali dengan “Zat al-Nitaqain “ yang
empunya dua tali pinggang.
Rasulullah bersama-sama Abu Bakr menuju ke destinasinya,
bersama-sama mereka Amir bin Fahiirah, melalui jalan pinggir pantai mengikuti
dalil penunjuk jalan Abdullah bin Uraiqat. Arah pertama yang beliau tunjuk
sebaik sahaja keluar dari gua itu, ialah ke arah selatan negeri Yaman, kemudian
baru beliau mengalih arah menuju persisiran pantai, hingga apabila beliau
sampai ke jalan yang tidak pernah dilalui orang, beliau mengalih arah ke utara
menghampiri pantai laut merah, iaitu jalan yang tidak diguna orang kecuali
jarang-jarang sahaja.
Ibnu Ishak menceritakan mengenai tempat-tempat yang dilalui
Rasulullah di dalam perjalanan mulia ini. Katanya, “Sebaik sahaja dalil
penunjuk membawa mereka ke selatan Makkah, tidak lama kemudian beliau membawa
mereka rrtenyusur ke tempat bertentangan jalan ke bawah Asapan, kemudian baru
mereka ke bawah Amaj, memasuki Qadid, dari situ dibawa memasuki al-Kharar,
terus pergi ke Thaniya al-Murrah, berlepas ke Laqfa dengan memasuki Madlajah
Laqaf, dari situ bergerak ke Madlajah Mujah, bawa mereka masuk Marjah Muhaj
kemudian memasuki Mazhaj Zi Ghadhwin menyusur ke Zi Kasyr terus ke al-Jadajid,
lepas itu ke al-Ajrad, dengan memasuki Za Salam kemudian dari Batnu A’ada
memasuki Ta’hn berlepas ke al-Ababid melintasi al-Fajah turun al-A’rj mengarah
ke Thaniyah al-A’air di sebelah kanan Rakubah, kemudian turun lagi ke Batn
Ra’im akhirnya sampai ke Quba’. Di sini diringkaskan beberapa peristiwa di
dalam perjalan berkenaan:
1. Al-Bukhari meriwayat dari Abu Bakr al-Siddiq (r. a) dengan
katanya: Pada malam itu, malah dari kelmarin lagi kami berjalan malam hinggalah
rembang hari, jalan lengang, tak siapa pun melaluinya, di suatu tempat kami
menghampiri sebuah batu panjang ditepinya teduhan, di situ kami singgah
sebentar, aku sediakan tempat, menyapu-nyapu dengan tanganku untuk Rasulullah
berhenti dan tidur dengan menghamparkan sebidang kulit dan kuberkata, “Tidurlah
wahai Rasululllah dan hamba hendak memerhati yang di sekeliling man hamba ini”.
Rasulullah pun tidur. Kemudian aku pun keluar memerhati di sekeliling baginda,
tiba-tiba aku bersua dengan seorang pengembala membawa kambing-kambingnya ke
batu yang kami singgah, hendak berteduh seperti kami, ku berseru kepadanya,
“Siapa tuan kamu, wahai pengembala?”. Jawabnya, “Yang ampunya ini ialah seorang
lelaki dari penduduk Madinah atau Makkah. Kataku kepada lelaki itu, “Ada tak di antara
kambing-kambing ini yang bersusu?”. Jawabnya, “Ya, memang ada”. Kataku, “Boleh
tak kauperahkannya”. Jawabnya, “Ya, sudahtentuboleh”.Beliaupun segera memegang
seekor kamping betina. Kataku, “Hai, kau bersihkan uncang susunya dari
tanah-tanah, bulu dan kotoran”. Lepas itu, beliau memerah susu ke dalam sebuah
bekas, kemudian ku tuangkannya ke dalam bejana yang sedia ku bawa bersama ku
untuk Rasulullah. Baginda meminum dan berwudhu’ darinya, ku pun bawa ke hadapan
Rasulullah, keberatan untukku mengejutkan Rasulullah dari tidurnya itu, ini
membolehkan daku merenjis air ke atas bejana supaya susu di dalamnya menjadi
dingin. Setelah Rasulullah terjaga, aku pun segera meminta Rasulullah
meminumnya, baginda pun meminum kesemuanya, kemudian Rasulullah bersabda,
“Boleh tak kita bergerak sekarang ini?”. Jawabku, “Bahkan boleh, wahai
Rasulullah”. Kemudian kami semua bergerak. .
2. Kebiasaannya Abu Bakr mengekori dari belakang Rasulullah,
beliau seorang yang dikenali sedang Rasulullah seorang yang muda yang tidak
dikenali, bila beliau ditanya, “Siapa yang dihadapan kamu itu?” Jawab Abu Bakr,
“Itu penunjukjalan”. Orang itu menyangka yang dimaksudkan itu ialah penunjuk
arah perjalanan, namun apa yang dimaksudkan oleh Abu Bakr ialah penunjukjalan
kebaikan dan kebenaran.
3. Suraqah bin Malik telah mengekori mereka dari belakang. Cerita
Suraqah, “Ketika ku sedang duduk di dalam satu majlis qabilahku, Banu Mudlij,
tiba-tiba seorang lelaki telah datang ke majlis berkenaan. Beliau berdiri,
sedang kami semua duduk, lalu berucap, “Wahai Suraqah, baru sebentar daku telah
melihat lembaga hitam dipersisiran pantai, aku mendapati Muhammad dan
sahabat-sahabatnya”. Kata Suraqah di dalam hatinya, “Aku tahulah mereka itu
memang Muhammad dan sahabat-sahabatnya”. Kemudian katanya kepada lelaki itu,
“Mereka itu bukan Muhammad dan pengikut-pengikutnya, tapi yang kau lihat itu si
Fulan dan si Fulan, mereka itu berjalan dalam pengawasan kami”. Daku duduk
dalam majlis beberapa ketika, kemudian ku keluar dari situ dan suruh “perempuan
suruhanku” iiupaya bawa keluar kudaku yang tertambat disebalik berlukar,
sementara aku mengambil tombak dan ku keluar dari belakang rumah, dengan
mengheret batang tombak di atas tanah dan matanya direndahkan, hinggalah sampai
dekat kudaku, terus ku pecutnya, aku mengenali mereka itu dan menghampiri
mereka, malangnya kuda aku terbenam kaki depannya ke dalam pasir, hingga aku
terjatuh, setelah ku berdiri, ku membuat cabutan nasib dengan menggunakan anak
panahku dengannya aku bersumpah di antara dua “membunuh mereka atau tidak”,
cabutan nasib keluar yang ku tidak suka, namun aku melanggar sumpahan itu, sekali
lagi kuda ku menghampiri mereka, memang dekat hingga aku dapat mendengar bacaan
Rasulullah (s.a.w) baginda tidak menoleh ke mana-mana tetapi Abu Bakr kerap
sangat menoleh ke belakang, sekali lagi kaki hadapan kuda ku terbenam ke dalam
pasir hingga ke lututnya sekali lagi aku tercampakjatuh, ku mengherdiknya ia
pun bangun, kaki depannya hampir-hampir tidak dapat dibawa keluar, namun
setelah berdiri tegak semula tidak semena-semena kelihatan debu bercahaya di
depan langit seperti asap, sekali lagi ku membuat cabutan dengan anak panah dan
sekali lagi keluar yang ku membencinya, kali ini ku menyeru kepada mereka
memohon keselamatan, mereka semua berhenti dan ku pun memacu kuda, ku menuju
arah mereka hingga sampai ke hadapan mereka, kini terlintas di dalam jiwa ku
dengan apa yang telah terjadi di mana tindakan ku itu semua terhalang adalah
petanda kepada kejayaan urusan Rasulullah itu di masa-masa akan datang. Ku
menyeru kepada baginda, “Kaum ku telah menawar ganjaran untuk sesiapa dapat
menangkap Rasulullah”. Dan ku menceritakan kepada mereka apa yang hendak
dilakukan oleh orang ramai, ku tawarkan kepada mereka bakalan dan barang-barang
makanan, namun tak seorang pun yang mempedulikan, cuma apa yang mereka meminta
dengan berkata, “Jauhilah dari kami”. Ku meminta Rasulullah menuliskan daku
watikah keamanan, baginda menyuruh Amir bin Fahiirah, beliau pun tulislah ke
atas sebidang kulit, setelah itu Rasulullah pun meneruskan perjalanannya.
Mengikut riwayat Abu Bakr yang berkata, “Kami keluar berhijrah
dalam keadaan kaum kafirin mencari-cari kami, namun tak seseorang pun yang
dapat memburu kami kecuali Suraqah bin Malik bin Ja’syam sahaja yang menunggang
kudanya, ku menyeru kepada Rasulullah, yang ku mencurigai pemburuan itu
kalau-kalau ianya sempat menangkap kami. Jawab Baginda dalam ayat yang
bermaksud:
(Jangan berduka sesungguhnya Allah bersama kita)(al-Taubah: 40)
Dengan itu Suraqah pun berpatah balik, di Makkah beliau mendapati
orang ramai memang sedang mencari-cari Rasulullah dengan berseru kepada mereka
sekalian: Telah pun aku usahakan untuk kamu, dan di sini aku yang
bertanggungjawab”. Di awal hari beliau menjadi musuh Rasulullah, di akhir hari
menjadi pengawal Baginda.
4. Di dalam perjalanan Baginda itu, Rasulullah telah melewati dua
perkhemahan Ummu Ma’bad al-Khuza’ iyah, beliau adalah seorang wanita tegas,
duduk berehat di halaman khemahnya biasanya memberi jamuan dan minuman kepada
sesiapa yang melewati khemahnya, di hari itu mereka berdua bertanyakan beliau,
“Apakahada sesuatu bersama puan?” Jawabnya, “Demi Allah, kalau ada sesuatu
bersama kami, kamu tidak akan terbiar tanpa jamuan, kambing semuanya tak
bersusu dan ini pula tahun kemarau”.
Rasulullah membeiek ke arah kamping betina di tepi khemah dengan
bersabda, “Apa kambing betina di tepi khemah itu wahai Ummu Ma’bad?”. Jawab
beliau, “Itu adalah kambing tertinggal kawan kerana keletihan”. Tanya Baginda,
“bersusukah?”. Jawabnya, “lanya terlalu teruk untuk memberi susu”. Sabda
Rasulullah, “Berikan izin untuk sayamemerahnya,” Jawab Ummu Ma’bad: Ya, demi
Allah, kau sebagai ibu bapaku kalau, nampak boleh diperah-perah sajalah.
Rasulullah mengusap-usap uncang susu dengan tangan Baginda disertai dengan
pembacaan Bismillah dan berdoa, uncang pun mengembang memenuhi susu terus
mencurah susu, Baginda meminta bekas agak besar mencukupi beberapa orang,
Baginda perah hingga berbuih pada permukaan bekas perahan itu. Baginda memberi
Ummu Ma’bad meminumnya hingga puas, lepas itu memberi kepada sahabatnya, mereka
pun minum hingga puas, lepas itu Baginda minum, sekali lagi Baginda memerah
hingga tepu bekas, lalu ditinggal kepada Ummu Ma’bad dan mereka semua
meneruskan perjalanan.
Tidak berapa lama kemudian suami Ummu Ma’bad pulang menghalau
kambing-kambing kekurusan, kesemuanya berjalan terhuyung hayang, kerdil-kerdil
belaka, tetapi bila beliau melihat susu di khemah beliau kehairan terus
bertanya dari mana kesemua ini, kambing yang tertinggal itu belum beranak, dan
yang tertinggal di khemah tadi tak ada yang bersusu pula? Jawab Ummu Ma’bad:
Tak tahulah, demi Allah sesungguhnya tadi telah berlalu dari sini
seorang lelaki bertuah membawa berkat, di antara percakapannya begini-begini,
perwatakannya begini-begini, kata suami Ummu Ma’bad: Sesungguhnya demi Allah,
aku percaya inilah orang yang diburu oleh Quraisy, cuba kau terangkan lagi
wahai Ummu Ma’bad, lalu beliau menceritakan sifat-sifat Baginda yang terpuji
dengan bahasa beliau yang menarik, seorang yang mendengar itu bagaikan melihat
Rasulullah berdiri di hadapannya, akan kita perihalkan sifatnya itu di hujung
tajuk nanti, kata suami Ummu Ma’bad: Demi Allah itulah dia orang yang
disebut-sebut halnya, aku amat berhasrat untuk bersahabat dengannya, pasti ku
tunaikan hasrat ku ini bila terluang bagi ku nanti. Di subuh pagi kedengaran
suatu suara di Makkah tetapi tidak kelihatan pengungkapnya:
Semoga tercurah balasan Allah,
Melalui teman berdua, melewati khemah,
Dipersinggahan membawa barakah,
Pemergian pun meninggalkan tuah,
Berbahagia kau taulan Muhammad,
Rugilah kaum Qusai,
Dari kau… Allah elakkan pimpinan,
Bersenanglah Banu Ka ‘ab,
Lantaran kedudukan pemudamu,
Kedudukan
kaum mukmin mu,
Bertanyalah
saudara mu,
Mengenai
kambingnya, Bejananya,
Kambing
pula menegas saksian.
Kata Asma’: Sebenarnya kami tidak tahu arah mana Rasulullah tujui,
namun telah tiba satu lelakijin satu dari sebelah Makkah sana dengan mendendangkan rangkap-rangkap
tadi. Orang ramai mengikutinya dan mendengar suaranya tetapi tidak
kelihatanjasadnya, dia berlalu hinggalah ke sebelah atas Makkah sana . Bila kami semua
mendengar laungan ini kami pun tahulah yang Rasulullah menuju ke arah
al-Madinah.
5. Di dalam perjalanan Baginda telah bertemu dengan Aba Buraidah,
beliau adalah ketua kabilahnya, beliau keluar dalam usaha mencari Rasulullah
dan Abu Bakr dengan harapan akan meraih tawaran Quraisy yang sangat lumayan
itu, tetapi apa yang terjadi adalah di sebalik itu kerana setelah beliau
bertemu dan bercakap dengan Rasulullah terus beliau memeluk Islam bersama-sama
dengan tujuh puluh orang pengikutnya, dengan itu beliau menanggal serbannya dan
diikat ke hujung lembingnya, sebagai bendera mengisytiharkan kedatangan
penguatkuasa keamanan dan kesejahteraan telah tiba untuk memimbarkan keadilan
dan kesaksamaan dipersada cakrawala ini.
6. Di dalam perjalanan ini Rasulullah bertemu al-Zubair dengan
rombongan kaum muslimin di dalam kabilah perniagaan dari al-Syam, beliau
memberi persalinan baju putih kepada Rasulullah dan Abu Bakr.
PERSINGGAHAN
DI QUBA’
Bertepatan pada hari Isnin 8 Rabiul al-Awal tahun 14 kebangkitan
Rasulullah, iaitu tahun pertama Hijrah bersamaan 23 September 622 Masihi,
Rasulullah telah sampai ke Quba’.
Kata Urwah bin al-Zubair: Umat Islam di Madinah telah pun mendapat
maklumat mengenai penghijrahan Rasulullah dari Makkah ke Madinah, justeru itu,
paada setiap pagi mereka keluar beramai-ramai ke tanah lapang al-Hurah,
menunggu kedatangan Rasulullah. Mereka pulang ke rumah apabila matahari terik
memaksa mereka pulang ke rumah. Di suatu hari, apabila mereka pulang ke rumah
masing-masing kerana keletihan menunggu, ditakdirkan seorang Yahudi yang sedang
berada di beranda atau menara pagarnya, beliau ternampak Rasulullah
bersama-sama para sahabatnyaseba putih kelihatan jelas dari jauh, Yahudi tadi
tak tertahan untuk meluahkan perasaannya dengan melaung,” wahai bangsa Arab,
itu dia datuk kamu yang kamu tunggu-tunggu,” kaum muslimin pun marah dan segera
mereka mencapai senjata.
Ibn al-Qayyum menceritakan,” Kedengaran laungan takbir di rumah
Banu Amru bin Auf, justeru itu seluruh kaum musliminpun melaungkan takbir
kegembiraan dengan ketibaan Rasulullah seluruh mereka mengalu-alukan kedatangan
Rasulullah dengan sambutan dan aluan sebagai seorang nabi, kesemua mereka
merenung ke muka Rasulullah melingkungi baginda dalam suasana di selubungi
ketenagan dan wahyu pun turu kepada Rasulullah”.
“…Sesungguhnya Allah adalah Pembelanya, dan selain dari itu Jibril
serta orang salih dari kalangan orang yang ebriman dan malaikat-malaikat juga
menjadi penolongnya”
(al-Tahrim:
4)
Urwah bin al-Zubair menceritakan dengan katanya: Mereka semua
menyambut Rasulullah dan Baginda membelok ke sebelah kanan hingga sampai dan
singgah di kalnagan qabilah Banu Amru bin Awf, pada hari Isnin bulan Rabiul
al-Awal, Abu Bakr bangun berdiri manakala Rasulullah duduk berdiam, orang-orang
Ansar yang belum pernah melihat Rasulullah terus mendatangi Rasulullah untuk
mengucap selamat datang – dalam salu naskah tertulis; mereka berucap kepada Abu
Bakr, hinggalah sampai matahari terbit dan terkena Rasulullah (s.a.w) oleh Abu
Bakr segera bangun memayungi Rasulullah dengan kainnya, maka dengan itu orang ramai
pun kenallah diri Rasulullah itu.
Al-Madinah keseluruhannya dengan penduduk Islamnya bagaikan
berombak bergerak, menyambut kedatangan Rasulullah, ianya merupakan suatu hari
yang paling bersejarah yang belum disaksi lagi selama ini. Kaum Yahudi telah
menyaksi kebenaran bisyarah kedatangan Rasulullah utusan Allah oleh Habquq yang
bertulis, “Sebenarnya Allah datang dari al-Tayinan dan al-Quddus dari bukit
Faran”.
Di Quba’ Rasulullah (s.a.w) telah singgah di rumah Kalthum bin
al-Hudm, tapi dalam riwayat yang lain mengatakan Rasulullah singgah di rumah
Sa’d bin Khaithamah riwayat pertama lebih tepat. Ali (r.a) tinggal di Makkah,
untuk selama tiga hari selepas Hijrah Rasulullah itu, hingga selesai beliau
menyerah kembali barang-barang amanah orang yang pernah mereka tinggalkan
kepada Rasulullah sebelum ini. Lepas itu beliau pun susul berhijrah dengan
berjalan kaki dan sempat beliau menemui Rasulullah dan Abu Bakr”di Quba’ di sana beliau singgah di
rumah Kalthum bin al-Hudm.
Rasulullah tinggal di Quba’ empat hari iaitu Isnin, Selasa, Rabu
dan Khamis. Baginda mengasaskan masjid Quba’ dan bersembahyang di situ. Ianya
adalah masjid yang pertama sekali dibina di atas dasar taqwa setelah Baginda
dibangkitkan sebagai Rasul, di hari kelima iaitu hari Jumaat, dengan perintah
dari Allah Baginda berangkat dengan diekori oleh Abu Bakr dari belakang untuk
menemui Banu al-Najar, mereka adalah bapa
saudara Rasulullah dari sebelah ibunya, sebelum itu Rasulullah
menghantar perutusan ke sana
menjemput mereka, dengan segera mereka semua datang dengan pedang-pedang
bergalas keluar untuk menemui Rasulullah, mereka semua bertemu dengan
Rasulullah di perkampungan Banu Salim bin Auf, di dalam masjid di lembah
berkenaan Rasulullah berhimpun dengan Banu al-Najar yang seramai seratus lelaki.
MEMASUKI
AL-MADINAH
Selepas solat Jumaat Rasulullah (s.a.w) memasuki al-Madinah, di
mana sejak hari itu daerah yang bernama Yathrib itu dikenali dengan Madinah
al-Rasul (s.a.w) untuk singkatan maka disebut al-Madinah sahaja, hari itu
adalah hari bersejarah dan gemilang, jalan-jalan, lorong dan rumah-rumah
bergema dengan tahmid dan taqdis, selumh anak-anak gadis Ansar mendendangkan
rangkap-rangkap puisi, tanda kegembiraan dan keceriaan.
Orang-orang Ansar bukanlah golongan pemilik harta yang banyak,
namun setiap dari mereka bercita-cita semoga Rasulullah singgah ke rumah mereka
bila sahaja Rasulullah melewati di hadapan rumah setiap orang memegang tali
kuda Baginda sambil berkata, “Wahai Rasulullah, ayuh bersama kami, kami ada
kekuatan dan bilangan yang ramai, kami buat senjata untuk mempertahankan man
hamba”. Rasulullah hanya akan menjawab kepada mereka, “Biarlah dia bergerak
mengikut arahnya, kuda Baginda terus bergerak hingga sampai ke tapak masjid
al-Nabawi yang ada sekarang ini, sampai ke situ kuda Rasulullah pun berlabuh,
namun Rasulullah tidak terus turun, malah kudanya bangun semula dan berjalan
lagi ke hadapan kemudian berpatah balik semula ke belakang ke tempat pertama
tadi, dengan itu barulah Rasulullah turun darinya, sebagai taufik dari Allah tempat
itu adalah kawasan kediaman Banu al-Najar keluarga bap’a saudara Rasulullah
sebelah ibunya. Kerana Baginda sendiri pun suka kiranya Baginda dapat turun di
kalangan bapa saudaranya, kerana itu adalah suatu penghormatan kepada mereka,
semua hadirin meminta Rasulullah tinggal di rumah mereka, tetapi Abu Ayub
al-Ansari segera ke binatang tunggangan Baginda dan menuntunnya ke dalam
kawasan rumahnya, maica kata Rasulullah, penunggang harus mengikut
tunggangannya, manakala As’ad bin Zurarah pun memegang tali kuda dan dengan ku
tunggangan tadi tinggallah bersama-sama beliau.
Al-Bukhari meriwayatkan dari Anas: Rasulullah bersabda, “Mana dia
rumah keluarga kami yang terdekat?”. Kata Abu Ayub, “Saya Rasulullah dan ini
dia rumahku dan ini dia pintu masuk”. Maka beliau pun meluru ke dalam membuat
persiapan dan katanya, “Ayuh, bangun kamu berdua dengan keberkatan dari Allah”.
Selepas beberapa hari tibalah isterinya Saudah, dua orang
puterinya Fatimah dan Ummi Kalthum, Usamah bin Zaid dan Ummu Aiman, manakala
Abdullah bin Abu Bakr pula tiba bersama-sama anak-anak Abu Bakr di antara
mereka Aisyah, adapun puteri Rasulullah Zainab masih bersama Abi al-As, kerana
tidak dapat keluar untuk berhijrah hinggalah selepas peristiwa Badar.
Kata Aisyah: Setibanya Rasulullah ke al-Madinah, Abu Bakr dan
Bilal terns lemah badan, Aisyah masuk menemui mereka berdua untuk bertanyakan
khabar mereka, “Bagaimana bapa mendapati diri bapa. Dan bagimana pula kau
Bilal?”. Kata Aisyah, “Abu Bakr ini apabila terasa demam berat beliau akan
berkata:
Setiap insan bersama keluarganya, sedang kematian lebih hampir
kepadanya dari tali kasutnya.Dan Bilal pula akan menyebut-nyebut:Kalaulah ku mengetahui; Apakah ku masih berkesempatan untuk
bermalam di lembah Makkah di sebelahku hkhir dan Jalil Apakah pasti suatu hari
ku berminiim dari air Mijannah Apakah pasti ku dapat melihat melihat Shamah dan
Tufail.
Kata Aisyah lagi: Dengan itu ku pun datang menemui Rasulullah dan
memberitahu Baginda hal dua orang sahabatnya itu, maka sabda Rasulullah yang
bermaksud:
“Ya Allah Tuhanku perkenankanlah cinta kami kepada al-Madinah
seperti cinta kami kepada Makkah atau lebih darinya, berilah kesihatan
kepadanya, berkatkanlah cupak dan gantangnya, pindakanlah demamnya itu serta
letakkannya ke Juhfah.”
Di sini selesai sebahagian dari penghidupan Rasulullah dan
terlaksana satu juzu’ peranan dakwah Islamiah di peringkat Makkah.
Pengajaran:
1-Mengambil sebab: Melalui hijrah Rasulullah
dan Abu Bakar kita mendapati mereka menggunakan sepenuh kemampuan mereka untuk
menjayakan hijrah. Dan inilah persediaan yang dituntut dari setiap mukmin,
untuk mempersiapkan segala yang mereka mampu, dan apa jua yang di luar
kemampuan tidak dituntut.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Dan
sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis
kekuatan yang dapat kamu sediakan”. (Al-Anfaal:60)
Namun kadang kala selepas mengatur strategi,
kita dapati berlaku perkara-perkara yang di luar perancangan manusia. Ketika
peristiwa hijrah, orang musyrikin telah tiba di rumah Rasulullah s.a.w sebelum
waktu yang baginda jangkakan dan selepas baginda mengatur strategi mengikut
jangkaan baginda s.a.w, orang-orang yang memburu mereka tiba di pintu Gua Thur,
Suraqah dapat mengejar Rasulullah s.a.w dan Abu Bakar r.a, dan mereka
bertembung dengan Buraidah Al-Aslami bersama kaumnya.
Tetapi pengajaran yang kita dapati di sini
adalah sekiranya kita mengerahkan seluruh kemampuan dan mengambil asbab, Allah
akan menyempurnakan kekurangan yang berlaku di luar jangkaan kita. Dengan itu,
Allah s.w.t menutup mata-mata orang musyrikin sehingga mereka tidak nampak
Rasulullah s.a.w keluar dari rumah baginda, Dia tidak membuatkan mereka
menjenguk ke dalam gua, Dia menenggelamkan kaki kuda Suraqah ke dalam pasir dan
mencampakkan rasa takut di hatinya, dan Dia jualah yang melapangkan dada
Buraidah dan kaumnya untuk memeluk Islam.
2- Rasulullah tidak sekali-kali bergantung
pada asbab dan meninggalkan Tuhan bagi asbab, sesungguhnya baginda mengetahui
bahawa asbab tidak akan mendatangkan hasil kecuali jika Allah kehendaki. Oleh
itu, selepas mengerahkan segala asbab dengan sempurna baginda menyertakan
keyakinan yang tinggi bahawa apa yang dikehendaki Allah pasti berlaku. Ini
jelas daripada sabda baginda s.a.w: “Apa katamu bahawa di samping yang berdua itu ada yang ketiga iaitu
Allah!”
Keyakinan baginda s.a.w juga jelas dari
perbuatan baginda yang tidak banyak menoleh dalam perjalanan. Sesungguhnya
baginda telah melaksanakan apa yang dipertanggungjawabkan ke atasnya, dan apa
yang Allah kehendaki pasti akan berlaku. Tanpa keyakinan seperti ini tidak
mungkin Negara Islam akan tertegak.
3- Setiap detik kehidupan baginda s.a.w
tidak pernah sunyi daripada sikap optimis, termasuk ketika perjalanan hijrah
yang bahaya ini. Walaupun nyawa baginda s.a.w dan sahabatnya diancam ketika itu,
baginda mengkhabarkan kepada Suraqah bukan sahaja tentang kemenangan Islam ke
atas kaum Quraisy atau Arab, bahkan tentang jatuhnya kerajaan Kisra ke atas
umat Islam dan harta Kisra menjadi harta ghanimah (harta rampasan perang).
4- Dalam setiap peringkat kehidupan dan
setiap langkah dakwah baginda s.a.w kita dapati betapa baginda sangat
mementingkan perihal teman. Baginda hidup di Mekah dengan sahabat-sahabatnya,
keluar ke Thaif dengan teman, menemui delegasi berteman, mengikat baiah
berteman, malah ketika hijrah baginda bertanya kepada Jibril a.s. tentang
temannya berhijrah. Semua ini berlaku dalam keadaan baginda s.a.w seorang rasul
yang hebat, namun setiap manusia memerlukan teman. Rasulullah s.a.w mengajar
kita untuk sentiasa mencari teman yang soleh sebagaimana sabda baginda: “Syaitan
bersama seorang dan dia lebih jauh dari yang berdua”.
Walaupun Syaitan tidak mungkin dapat
memperdayakan baginda s.a.w semenjak dadanya dibelah dan dibuang dari hatinya
bahagian syaitan, serta Allah membantunya untuk menghadapi syaitan sehingga dia
(syaitan) memeluk Islam dan mengajaknya ke arah kebaikan, namun Rasulullah
s.a.w tetap mementingkan teman sepertimana yang diajarkan kepada kita melalui
petunjuk sirahnya.
5- Hijrah ini menjelaskan kepada kita
bagaimana seorang pemerintah yang hebat hidup dalam kesusahan rakyatnya.
Baginda s.a.w berhijrah sepertimana mereka, diusir seperti mereka, penat
seperti mereka,sedih seperti mereka, hidup bersama mereka merasai setiap
keperitan dan pengorbanan mereka.
Boleh sahaja Allah s.w.t memindahkan baginda
s.a.w dari Mekah ke Madinah menggunakan Buraq seperti peristiwa Isra’ dan
Mikraj, namun di manakah qudwah? Dari mana kita dapatkan teladan? Muslimin
memerlukan jalan praktikal untuk membina ummah, jalan yang dalam kemampuan setiap
orang muslim. Oleh itu Rasulullah s.a.w perlu melalui jalan ini walaupun penuh
dengan halangan dan kepenatan.
6- Dakwah mengalir dalam darah Rasulullah
s.a.w, baginda tidak pernah melepaskan peluang dan tidak terikat dengan keadaan
untuk mengajak siapa sahaja yang baginda mampu. Sepertimana baginda menyeru
Buraidah dan kaumnya kepada Islam. Baginda s.a.w tidak memikirkan jalan untuk
melepaskan diri dari mereka, malah baginda menganggap bahawa Allah s.w.t
mendatangkan lelaki itu dan kaumnya sebagai hadiah, pemberian, nikmat, ganjaran
dan pahala yang tak terkira.
7- Pada hijrah ini kita dapati bahawa Abu
Bakar As-Siddiq r.a bersedia untuk beramal kerana Allah dalam apa jua situasi
dan pada setiap waktu dan tempat. Perkara yang paling utama dalam hidup beliau
adalah keredhaan Allah s.w.t dan rasul-Nya. Tidak wujud dalam hidupnya
perkataan ‘zuruf’ (situasi), bahkan beliau mengabaikan situasi yang berlaku
dalam hidupnya kerana wujudnya situasi yang lebih besar, iaitu amal, usaha,
pengorbanan dan jihad di jalan Allah s.w.t.
8- Kita juga dapati betapa cintanya Abu
Bakar r.a kepada Rasulullah s.a.w dan bagaimana beliau tidak menunggu arahan
ataupun permintaan, malah beliau berusaha dalam membuktikan cintanya kepada
Rasulullah s.a.w dengan menyediakan tunggangan, menangis akibat gembira dipilih
menjadi teman hijrah baginda, membersihkan gua, berjalan di depan dan belakang
baginda bagi menjaga baginda, dan banyak lagi.
Beliau mencintai Rasulullah s.a.w dengan
ikhlas, dan cinta kepada Rasulullah s.a.w adalah satu kewajipan. Barangsiapa
yang mengutamakan cinta lain berbanding cinta kepada Rasulullah s.a.w, maka dia
berada dalam bahaya yang besar. Sabda Rasulullah s.a.w: “Tidak
beriman salah seorang dari kamu sehingga aku lebih dia cintai berbanding
ayahnya, anaknya dan manusia seluruhnya” (Riwayat Bukhari dan Muslim).
9- Pemberian dan infaq As-Siddiq r.a, beliau
mengambil 5000 dirham yang merupakan seluruh hartanya untuk dibelanjakan demi
dakwah. Sebelumnya beliau membelanjakan 35000 dirham di jalan Allah, kemudian
dia terus menginfaqkan hartanya di Madinah, dan ketika beliau menjadi khalifah,
dan ketika beliau di pembaringan menanti maut. Sesungguhnya beliau r.a telah
membeli syurga, dan pemuda yang memiliki sifat seperti ini berhak diredhai oleh
Allah: “Dan (sebaliknya) akan dijauhkan (azab neraka) itu daripada orang
yang sungguh bertaqwa, yang mendermakan hartanya dengan tujuan membersihkan
dirinya dan harta bendanya, sedang ia tidak menanggung budi sesiapapun, yang
patut di balas, hanyalah mengharapkan keredaan Tuhannya Yang Maha Tinggi. Dan
demi sesungguhnya, ia tetap akan berpuas hati (pada hari akhirat, dengan
mendapat segala yang diharapkannya)” (Al-Lail: 17-21).
10- Tidakkah anda lihat bagaimana As-Siddiq
r.a menggunakan seluruh keluarganya di jalan Allah? Beliau menggunakan anak
lelakinya Abdullah untuk menyampaikan berita-berita, menggunakan Asma’ anak
perempuannya untuk membawa makanan dan minuman, menggunakan Amir bin Fuhairah
hambanya untuk menyembunyikan kesan-kesan tapak kaki. Sesungguhnya As-Siddiq
r.a telah memindahkan cintanya terhadap dakwah ni kepada ahli keluarganya.
Malangnya sesetengah pendakwah menghidap penyakit ‘uzlah dari keluarga’. Kita
dapati mereka sangat aktif di luar rumah, kemudian mereka tidak melibatkan
orang yang paling rapat dengan mereka untuk beramal demi Allah s.w.t., mereka
tidak berusaha untuk membuatkan ahli keluarga mereka turut merasai kemanisan
iman seperti yang mereka rasai. Ini merupakan satu salah faham yang amat besar
dan pengabaian aulawiyat yang sangat dahsyat. Maka belajarlah daripada Abu
Bakar r.a dan ingatlah: “Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu akan dipersoalkan
(dipertanggung jawabkan) tentang rakyatnya”.
Labels:
artikel,
pengajaran
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment